Subscribe:

Thursday, October 22, 2009

:perjalanan itu:

Dah berapa hari saya tak update ni ha?

Oke, hari-hari sebelum ni saya malas nak update sebab..emm..sebab..sebab saya malas.

Hari ni saya rasa dah tak malas so, let's proceed..
Kita mulakan dengan hari Isnin.
Eh, tak. Kita mulakan dengan hari Ahad [sebab ada benda yang buat saya bengang pada malam harinya]
Cerita dia macam ni..
Pada suatu masa dahulu, di sebuah kampung yang kecil, tinggal seorang ayah dan isterinya..
Oke, oke..merapu.
Macam ni..saya ada bagitau kat en debab yang saya akan ke KL pada hari Ahad petang. Kemungkinan. Tak pasti lagi. Dia cakap dia nak datang ambil saya kat Kuala Perlis. Saya cakap tak payah. Nanti akan menimbulkan kontroversi. Esp dari sebelah pihak mak ayah:|
Lepas berhempas pulas bergaduh, dia akhirnya akur dengan kehendak saya supaya tak datang ambil saya kat Kuala Perlis.
Pada malamnya, seperti biasa turn saya akan call dia menggunakan Super Saver yang kononnya s.u.p.e.r  s.a.v.e.r lah sangat. [padahal sminit 10sen jek..tak jauh pn beza ngn active10]
Waktu saya call dia, suasananya lain sangat. Sunyi, mcm sayup, sunyi jek..sunyi..sunyi lagi..senang cakap sunyi semacam la.
Rupa-rupanya dia dh duduk dalam bas otw ke Kuala Perlis!!
Ya Allah!
Dia ni memang la!
Suka betul cari pasalX(
Encik debab, saya tak pergi pada petang Ahad oke. Saya bertolak pada hari Isnin pagi. I.s.n.i.n!
Rasakan kena tido satu malam kat Kuala Perlis. Huh





Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
1Malaysia Blogger Community
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected blogr.my

BlogMalaysia.com