Friday, November 20, 2009

Hari Pertama


Khamis [19.11.2009]


11.00 pg : Bergerak ke Airport Antarabangsa Langkawi. 

11.10 pg : Tiba di Airport Antarabangsa Langkawi. 

11.15pg : Check-in bagasi

11.16pg : Beratur kat kaunter [ramai la pulak manusia kat kaunter]

11.18pg : [Tersedar] 'Eh, kaunter mana sebenarnya aku kena check in ni?' 

11.19 pg : Pegi cari seat bukak netbook semak flight no.









'AK9537. Hmm..apsal takde kaunter bernombor penerbangan ni? Macam 
mana ni? dah la kaunter ramai orang? Sampai lambat ke aku ni?'

11.21 pg : Fikir

11.22 pg : Mintak tolong makcik seat sebelah jaga luggage.

11.23 pg : Pegi kat kaunter Customer Service Air Asia. Ada 3 orang minah saleh tengah  buat penempahan.

[waktu ni saya dah tak tengok jam dah]

: Tunggu

: Tunggu

: Abang kat kaunter pandang-pandang sambil key-in maklumat kat pc [bang, hebat sangat la tu key in sambil pandang-pandang orang, nak tanya sket boleh?]

: Tunggu lagi

: Dengar kat walkie-talkie "Kaunter 9537 dah tutup" Hoh!! Flight aku! 


: "Abang, check in  takde itinerary takpe kan?" [ Feeling beat up apa pulak soalan tu yang keluar] (sebenarnya nak tanya FLIGHT AK 9537 NAK CHECK IN  KAT KAUNTER MANANot talking]

: Terus lari pegi amek luggage  kat makcik tadi sambil ucapkan terima kasih.

: Pegi beratur kat belakang dua orang akak.

: Tak sedap hati

: Cuit akak kat depan 

“Kak, flight pukul berapa?”


“Pukul 12.40. Adik?”


“Saya pukul 12.15..”


“Ya Allah, dah lambat ni dik”


”Tu la..cmana ni”


“Tu..kaunter tu kosong. Adik cuba pegi tanya dia” sambil tunjuk kat kaunter kosong sebelah kanan.


“Kak, tumpang tanya, flight AK 9537 check in kat mana?” sambil hulur IC.


“Ah, Shafina Othman ek?”


“Ye saya”


“Patut la kat sini ada lagi sorang tak check in. Akak cari jugak. Tengok dah takde sapa, tu yang akak tutup kaunter tu” nasib baik dia tak marah.


Check in check in check in..


“Oke, nah boarding pass”


“Tima kasih kak”


Dengan penuh ketaktentuarahan, pegi ke pintu masuk departure hall, scan begsegalamaknenek untuk kali kedua, terus pegi cari seat nak duduk [part ni saya mengaku sangat bodoh pegi duduk kat seat tanpa melihat GATE berapa-.-"]


Duduk kat sebelah seorang gadis sihat.


Tanpa melihat kiri kanan atas bawah, saya terus duduk kat situ [tak ingat no flight tapi flight tu pukul 12.05 dan flight saya 12.15!]


Kemudian penumpang yang akan berlepas melalui flight 12.05 dipanggil.


Waktu passenger bersesak-sesakan-beraturan, saya duduk situ lagi. ye lah, bukan flight saya…apa nak kecoh kan?


Tapi, gap time cuma seploh menet je. Nape tak panggil lagi?


Takpe lah, nanti kang dia panggil la kan?


Hm..tunggu.


Tunggu lagi..


Tiba-tiba, akak yang check in saya kat kaunter tadi meluru berlari ke arah saya.


“Adik! Cepat! Flight dah nak jalan! Mujo akak ingat muka adik. Kalo tak dah terlepas” (sambil rebut boarding pass yang berada kat tangan saya, koyak slip atas dan bagi balik kat saya slip bawah)


Ya Allah.. [itu je yang saya sebut sebab terasa kebodohan berganda bila tak tengok kat boarding pass kat gate mana saya sepatutnya tunggu flight saya]


But one thing, saya respect dengan staff kat situ. Walaupun saya telah buat mereka kelam kabut, mereka masih mampu tersenyum manis dan penuh keikhlasan cakap lembut-lembut dengan saya. [Alah, bukan sakit pn kelam kabut tu kan?]


”Adik naik flight yang kiri sekali tau. Bukan yang ni. Yang tu tau” (sambil menghalakan tapak tangannya ke arah kapal terbang berkenaan) – sopan.


Sambil berlari-lari yang tak berapa nak lari sebab bawak luggage, seorang abang yang hensem tengah tunggu saya sambil cekak pinggang dan kat tangan dia ada walkie-talkie [haruskah kau bercerita detail sebegitu Cik Fina??] – [abang hensem, jangan ketuk saya ea. saya tobat tak lambat lagi dah pasnih]


Lalu depan dia sambil buat muka senyum tak senyum.. [takut kena marahWorried]


Tapi kan, mujo la waktu saya sampai kat tangga nak naik flight tu, ada satu family berpakejkan 8 dewasa dan seorang bayi tersalah flight tengah turun dari tangga yang diattached ke flight, maka berkurangan lah rasa kebodohan yang tak tertampung ni. Lepas tunggu mereka dah turun, abang yang hantar luggage ke katebang [perkataan ditiru dari Ojin yeTongue] amek boarding pass saya.


 Nak tengok la tu kot-kot saya salah flight. Lepas dah naik flight, ada dua orang penumpang terlebih la pulak. Check punya check, ada uncle cina 2 orang yang dah siap duduk kat seat kat depan saya.


Oke dipendekkan cerita, saya sampai kat LCCT..Sesentuhnya tapak kasut kat kaki lima airport [panggil kaki lima ke tempat tunggu kereta tu?], terus saya call mak cerita kejadian yang berlaku. Dah la cakap kuat, dah tu berdiri, dh tu semangat plak tu. Buat malu kompeni je kau ni kan.


Sesampainya Dikja, saya tengok sorang mamat ensem keluar dari seat pemandu. dekat nak berdarah idung I you tengok dia.


Oh, adik saya rupanya. Buat rambut berharga RM100. Patut la lain-.-"


Pada malam harinya, pegi ke KLIA untuk menjemput mak ayah dan adik adik. Mereka flight malam. Maka lengkaplah keluarga En Othman-cuma-adik-nombor-4-sahaja-tak-ada berada di Kuala Lumput..


P/s - Sedap tak blog saya..sedap tak? [TAK SEDAP. TERLEBIH BAHAN PERASA – saya sedar akan kelemahan diri-.-"] emosiot!


4 comments:

  1. sangat sedap...
    hahahhaha...

    nak kutip royalti nie sebab menggunakan perkataan katebang tanpa kebenaran..

    awat hang tak bitau nak mai KLIA...kalau tak leh detim kejap..ahaks..

    ReplyDelete
  2. detim :">:">..malu ah:P..p amek mak ayah ja..ngeh. nak detim kena kat tempat kelas2 dan mahal2..wahahaha..meterialistik sungguh

    ReplyDelete
  3. hoh... kensel detim la macam tue..baru nak ajak detim kat tepi sungai....

    ReplyDelete
  4. sungei?! awww..sungai pelek kah..:)):))

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected