Subscribe:

Friday, January 22, 2010

Hanya disebabkan BF saya orang KL

Kelmarin waktu saya naik lif untuk turun ke bawah menekan kad segiempat tepat untuk check out dari tempat kerja, dua orang wanita yang juga bekerja di bangunan yang sama tapi di jabatan yang lain turut berada di dalam lif tersebut. Dengan niat ingin menegur dan belum sempat membuka mulut, si A sudah berbicara dengan si B


A : Kite dah basuh muke..dah takde mekap dah kat muke kite [ala-ala gedik - she’s late 20’s & just imagine she talked that way]
B : Hai you, you sihat? [tetiba je kan. hari-hari jumpa tanya soalan camni]
A : I sihat..bla..bla..bla [tak amek port]
B : bla..bla..bla..I merajuk dengan die lagi..[cuba bercakap pelat KL- tersekat-sekat]
A : Ye ke..nanti awak nak balik naik teksi mane pulak..hikhik [ayat lebih kurang, tp nada ala gedik dia tu camtu la]


Mujur la ada handphone di tangan konon-kononnya tengah fokus kat situ padahal mengelak rasa malu dan sakit hati.


Sejurus pintu lif terbuka, terus saya meluru ke kotak punchcard, tekan kad segiempat tepat kasi lekat dakwat warna biru kat kad dan jalan laju-laju ke skuter. Sakitnya hati Ya Allah!





Kenapa saya marah?


Bukan sebab perkara yang diboldkan dengan warna hitam itu, tapi perkara yang diboldkan dengan warna dialog masing-masing.


Tak faham?


Oke, macam ni..saya tinggal dan berkerja di sebuah pulau di utara semenanjung yang obviously bercakap pelat utara. Tapi disebabkan saya mempunyai seorang kekasih dari KL dan bila bercakap dengan dia dalam pelat utara memerlukan saya mengulang semula sesetengah perkataan dengan pelat KL sebab dia kurang faham so, saya ambil keputusan untuk bertutur menggunakan pelat KL apabila kami berkomunikasi. Masalah timbul bila ada orang tak puas hati bila terdengar saya bertutur pelat KL di talian dan mula melakukan tindakan seperti dialog diatas – MEMERLI [perli] saya bercakap menggunakan pelat KL!


Kenapa perlu berbuat demikian? Apa yang saya dah buat sampai mereka-mereka sakit hati sangat? Adakah kerana saya kurang bertegur sapa dengan mereka ketika melintas ofis mereka? Apa senyuman yang saya lontarkan ketika melewati ofis mereka-mereka itu tidak cukup padu? Adakah kerana saya tidak melepak di ofis mereka-mereka dan bergosip-gosip sambil makan buah mempelam cicah sambal belacan ketika bos pergi meeting? Saya tak faham.


Kat mana silapnya saya berkawan dengan orang yang bukan bercakap pelat yang sama? Pelik sangat kah? Menggangu perasaan merekakah saya berkawan dengan orang KL? Sakit hati kat manakah?


Apa perasaan korang bila jadi macam ni? Dipandang sinis oleh mereka-mereka yang sejantina yang usianya sudah sepatutnya tidak lagi berkelakuan macam ni?

Serius saya tak faham.

10 comments

January 22, 2010 8:06 PM

kak fina...!!
lme dah xsinggah cnie...
akak,
sabar laa ye..
alaa..
ignore je dorang..
dorang jeles 2..
hehee~

January 22, 2010 8:21 PM

dik, memang boleh ignore, tp sedih la masih ada lagi orang yang ada mentaliti macam tu :(

January 22, 2010 8:45 PM

aku buat duhh je.. kalo guna slang sabah yg pekat.. ehehe

January 22, 2010 8:48 PM

biaq pi kat depa aihhh...(betui kaa loghat utara saya..)

lantaklah diorang..kenape nak amik pot cik fento oiii..

January 22, 2010 9:33 PM

@3795549545682270422.0
kesian pn ada jugak. dah tua2 pun masing2 nak buat perangai mcm budak2..

January 22, 2010 9:34 PM

@8163837083719828288.0
sakit ati ojeng oii :((:((

January 25, 2010 3:20 AM

nenek lempang jer sekor2 tu.cheq ni cakap utahga tunggang terbalik naa..?hahahahaha.

January 25, 2010 12:08 PM

@2660837801641561301.0
indah sungguh cakap utaramu itu atuk T_T

January 30, 2010 12:34 AM

hek elehh ingat loghat dia bagussss ke nak ngutuk org...siot je

January 30, 2010 12:58 PM

@2227623898320028942.0
tu la pasal..tak tahu apa masalah sebenar ngn diorang..

Post a Comment
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
1Malaysia Blogger Community
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected blogr.my

BlogMalaysia.com