Subscribe:

Tuesday, June 15, 2010

Feedback pasal entri kelmarin..dan saya sangat kesian kat kawan saya yang seorang ini..

Amaran keras : Sila baca entri ini betul-betul supaya kekeliruan dapat dielakkan. Sekian Mekasih.
Ahad
Lepas kecoh seketika berkenaan entri kelmarin di facebook saya, ada lah seorang teman ni yang saya rasa kesian sangat dengan dia. Nak tau kenapa?

Alkisahnya..Selepas saya menyiapkan entri terbaru di blog kelmarin, terus saya ping di GengBlogger. Dan secara automatiknya akan terus di publish di twitter dan facebook saya.
Selepas di published di facebook dan melihatkan tajuknya, ada kawan – kawan komen kat situ. Tajuk tu macam panas. Tajuknya yang macam panas tu telah menimbulkan kontroversi kecil di Facebook wall saya..

Ada yang meminta link video tersebut dan ada juga yg menegur supaya tak elok menyebarkan perkara yang tak elok. Minta maaf lah kepada sesiapa yang tersinggung dengan pos saya tu ok. Almaklumlah, blog dah beberapa hari tak update, bila check je Nuffnang, ternampak keyword tu pulak. Terus buat entri ekspress tu memandangkan kat kepala ni ada idea tapi malas nak olah ayat. Saya minta maaf. Truly.

Asalnya nak tanya pasal keputusan carian ber’keyword’kan perkataan tu yang masuk ke blog saya. Tak sangka pulak nak jadi topik panas. Takpelah. Belajar dari kesilapan. Tak lama kendian, saya padam post tu..

Saya kemudiannya menceritakkan perkara tersebut kepada teman saya di telefon. Teruk saya dibantainya. Saya dicop gatal sebab katanya mengutarakan isu – isu tak senonoh dan dikatakan ingin menjatuhkan maruah sendiri sebagai perempuan bertudung dengan bercakap tentang hal – hal sedemikian. Apakah?I dont know

Saya mempertahankan tindakan saya dengan mengatakan yang saya tidak pula mengulas tentang video itu ataupun menunjukkan screenshot gambar kejadian atau memberi link untuk didownload. Hanyalah beberapa patah perkataan tentang isu itu. Kalau tak cakap nanti kang orang tak faham pulak.

Tertulisnya pos tu kerana saya terkejut dan hairan sebab saya tak pernah pun menceritakan hal tersebut kat blog apatah lagi nak mention pasal nama – nama mereka yang terlibat namun masih mendapat trafik melalui carian itu. Tu je. Saya just rasa pelik dan nak dapatkan kepastian. Mana tau kalau ada kawan – kawan blogger yang lebih arif boleh bagi tunjuk ajar.

Dia buat spekulasi yang nanti orang akan aggap saya ni jenis perempuan mudah sebab boleh berbicara pasal hal – hal macam tu. The thing is, saya tak terniat pun nak bincang pasal tu kat blog tapi saya nak menyatakan kepelikan di atas sebab – sebab kat atas tadi dan dengan sebab tulah saya nak tanya kat blogger lain dengan membikin satu entri pasal hal ni. Disamping tu jugak, saya nak eksperimen kekuatan keyword tu kat blog saya memandangkan saya tak tulis pasal tu pun boleh dapat trafik, macam mana pulak keputusannya kalau ada keyword tu kat blog..nak jugak tengok hasilnya macam mana kan..

Tapi lastnya saya mengalah memandangkan dia bukanlah seorang blogger. Tidak faham tentang terma – terma yang digunakan oleh blogger. Apa itu keyword, apa itu up trafik, apa itu blogwalking, apa itu chatbox dan sebagainya..

Dah tak tahu tu buat la cara tak tahu. Ini tak, nak tunjuk pandai. Macam la dia dah baca apa yang saya pos kat blog. Tak tahu perihal blog tp masih nak berhujah mengenai itu. Maka bertegang urat leherlah kami berdua di dalam telefon. Bila saya nak explain dimarahnya saya [bengang sangat la tu]. Pastu salah anggap pulak bila orang cakap tanpa explain yang sah – sah dia tak faham. Lastnya, saya mengalah sebab memikirkan takde gunanya bertegang leher dengan dia. Makan mee goreng basah kat umah mak sedara kat sebelah lagi best. Hilang terus rasa sakit hati.
+++   +++   +++   +++   +++
Isnin
Masuk keja pagi ni, check blog, ada komen dari amir..
oh_malaysia
Ha’ah..betul lah..hahah..saya pernah terbaca pasal ni kat blog ariff. Oh oh..tak terfikir lansung :D
   Pic5777sedang merindui budak kecil ini SadWorriedCrying
P/s – apa perasaan korang kalau kawan baik sendiri menentang tindakan korang hanya disebabkan dia tak faham betul – betul tentang tindakan yang kita ambil tu?
P/s/s – Entri lepas geram. Kalah dalam telefon tak bermakna kalah terus. Sudah lupa ke saya ni blogger? Hahahahahaha *gelak puas hati..jangan marah no…1-1Whistling

17 comments

June 15, 2010 12:49 PM

sabar banyak2..
anggap tu dugaan hidup..

June 15, 2010 1:00 PM

hurmm...biase la. kdg2 org lupa blog ni milik peribadi n terpulang pada pemilik blog nak tulis pape pun. org yg bace kdg2 lebih suka cari silap penulis drpd berfikir maksud tersirat. sabar je la...

June 15, 2010 1:02 PM

sabo laaa fentot..
hang pie makan Kerabu beronok lagi best..

lembik lembik basah...
awwww..


[harap harap keyword ini tak kuar kat nuffnang...wakakakaka..]

June 15, 2010 1:04 PM

cik Yana :

cik fentot tak tulis pon pasal video tue..
...tenet nie yang memandai..

keh keh keh..

June 15, 2010 1:05 PM

@::fadxieza::
thanks :)

June 15, 2010 1:43 PM

incek abg kacak :

sy mmg tak tau menau pun pasal video tu. dah lama tak singgah blog sendiri n kawan2. sibuk buat cekelat :D

June 15, 2010 2:00 PM

@Cik Yana
itulah..lagi susah kalau orang tu bukan blogger..haih

June 15, 2010 2:22 PM

@Aujinz
cessss :-w

June 15, 2010 2:28 PM

@Aujinz
thanks backup :D

June 15, 2010 2:50 PM

ngee~ sy tau psal kt facebook tuh.. budak perempuan tuh xniat nk cakap kt awk pun.. :p lgpun it's not ur fault laa.. relex suda.. ternet nih mmg macam2.. hehhe~

June 15, 2010 3:16 PM

@adza
cik adza,budak manakah yg kamu maksudkan? budak itukah? nasib baik dia tegur..kalo tak tak pasal2 nampak macam blog sy ni blog lucah :-s

June 15, 2010 3:29 PM

sebab tu saya malas nak post pasal isu semasa yang panas.. mesti ada yang tak sependapat/sekepala.. lepas tu nak kena bertengkar dalam ruangan komen..wooo habis masa saya untuk hidup bahagia di dunia ni.

eh macam kenal je ayat atas tu hehe apa2 pun sabar je la.. ini mungkin masanya kita muhasabah diri sebagai blogger...


- - -
Susulan Kes Jardness a.k.a. Owner Ignorantbrat.blogspot.com Di Kecam Hebat!

June 15, 2010 4:46 PM

@Fitrihadi.com
itulah pasal..konfius sekejap saya..rupa2nya ayat dari blog dia..haha

June 15, 2010 5:15 PM

comelnye syabil!!

June 15, 2010 5:22 PM

@[S]itie [B]Um [B]Um
huhuhu..refer kakak sulung dia :P

June 15, 2010 7:51 PM

kadang2 orang ni baca tajuk jer.. baca setengah2.. pastu komen tanpa faham keseluruhan isi... takpe2.. akak faham tujuan entri tu..

June 16, 2010 8:23 AM

@cikgu isza
terima kasih akak sebab faham :) susah bila berhadapan dengan orang yang jenis cepat melatah ni. sabar je la.

Post a Comment
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
1Malaysia Blogger Community
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected blogr.my

BlogMalaysia.com