Friday, July 2, 2010

Kantoi dengan loceng. PWNED!

PWNED GUA MUSANG 2 Julai – Seorang lelaki dipercayai terlibat mencuri kabel telefon di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Jeram Tekoh diberkas oleh penduduk di situ yang memerangkapnya dengan memasang loceng-loceng kecil pada kabel sebagai satu cara mengesan.

Lelaki berusia 20-an itu, yang diberkas 5 pagi semalam berhampiran Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh, kemudiannya diikat pada sebatang pokok selama empat jam sebelum diserahkan kepada polis.

Seorang penduduk Abdul Aziz Mohamad, 57, berkata, usaha menangkap pencuri dijalankan secara bergotong-royong kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini penduduk Jeram Tekoh tidak dapat mengguna telefon di kediaman masing-masing akibat kabel kerap dicuri.

“Kami ambil keputusan untuk mengetahui pergerakan curi kabel dengan menggantung loceng-loceng ke kabel telekom dan kami bersembunyi di sebuah rumah.

Apabila ada orang menyentuh kabel tersebut, loceng akan berbunyi dan kami akan buat serbuan,” katanya.

Abdul Aziz berkata, lelaki yang sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak itu serahkan kepada polis bersama kabel sepanjang empat meter dan sebuah motosikal yang dipercayai dicuri. – Bernama

sumber

P/s - Padan muka!Devil

2 comments:

  1. haha..kreatif gak diorg ni ye..

    ReplyDelete
  2. @Hasrol Nizam
    tu lah..tak payah pakai teknologi canggih punnnnn..:))

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected