INI INI INI MENARIK!! RUGI WOOO TAK TENGOK

Wednesday, March 31, 2010

Aku Join Mencari The Ranggi

Photobucket


Contest time!! Jom pakat-pakat memeriahkan majlis..meh meh..



Oleh kerana si empunya blog ni adalah Lanun Ranggi, so konsepnya senang. Kita cari harta karun!


Takde slogan, takde time limit, takde pilih pilih siapa best...
siapa cepat dia dapat! Fair and Square.

Ape syarat?

dua jer...
1. korang mesti ade ID. Janji korang bukan Anon. Korang takmo jadi follower?.. no hal! [ BAIK! ]

Tapi...sebagai menghargai Follower DAN Pengomen Tegar, ade bonus untuk korang. Hadiah + bonus Follower + bonus Pengomen Tegar = 3 hadiah korang dapat! [ ALRIGHT ]

2. Sila bagi info kontes dia dalam blog korang ok! [ DONE ] The more the merrier! Dah warwarkan...post link entri korang..En. Lanun akan skodeng! [ SIAP PAK! ]

Hadiah?

Akan di beritahu di dalam Peti Harta Karun! Tak seberapa. Tapi masih bernilai. Kita nak seronok seronok kan???

Macam mane konsepnya?

1. En. Lanun akan post soalan berkaitan entri merapu dalam blog dia. Korang selongkar blog dia cari jawapan...jawapan tersebut adalah kata laluan untuk mendapatkan satu daripada empat kunci untuk membuka peti harta karun. Simpan leklok..jangan bagi kat orang lain.

2. Soalan akan di pos berkala untuk bagi korang masa selongkar blog En Lanun. Masa entri soalan di pos akan di beritahu bila korang berjaya memberikan password.

3. Entri Peti Harta Karun akan di poskan paling last. Masa akan di beritahu. Masukkan kunci kunci yang korang dapat (password) untuk claim hadiah korang. Arahan terakhir ada dalam Peti Harta Karun okeyh!

4. Siapa cepat dia dapat. En. Lanun takkan bertanggungjawab sekiranya korang lambat di sebabkan kelembapan internet korang!


So, apa lagi..terjah En. Lanun Ranggi sekaranggg!!


kunci pertama akan di post pada 1 April 2010 jam 3

petang



Nak duit lebih? enjin carian pun boleh bagi duit..klik kat sini

Hilang habis suma..

Kawan-kawan sekalian [blogspot], pernah jadi mcm ni tak kat dashboard korang?
Masuk ni dah dua kali dah..kenapa ha?





Sapa-sapa ada jawapan..tolong ek..*buat muka seposen 




P/s - baru perasan, sejak dua tiga entri lepas, asek letak gambar printscreen je..hmm..kira halal lah.





Nak duit lebih? enjin carian pun boleh bagi duit..klik kat sini

Tuesday, March 30, 2010

Din Beramboi Koma akibat kencing tikus yang boleh membawa maut

Dari status Facebook Scha Alyahya

dinberamboikoma

Berita ini pula diterima sewaktu saya mengalami masalah nak login ke blogger

dinberamboi

Ya Allah, selamatkanlah Din Beramboi..

Kawan-kawan, beringatlah. Air kencing tikus sangat merbahaya. Fatal.

Info tentang penyakit Leptospirosis. <-- klik.


Info on 2 April 2010 :

Al Fatihah buat Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, yang telah menyahut seruan Ilahi pada jam 12.30 tengah malam. Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang selepas disyaki mengidap denggi berdarah - Mangga Online

Sakit lutut di usia 25..

Umur 25 dah sakit lutut, macam mana agaknya kalau Tuhan panjangkan usia saya lagi 25 tahun atau lebih? Adakah penyakit-penyakit yang memegang ranking tertinggi yang menyerang atuk-atuk dan nenek kita semua akan menyerang dengan lebih hebat lagi memandangkan umur tak masuk 30 dah sakit itu ini..Ish..tak mau tak mau..saya tak mau sakit sia sia..saya nak jadi nenek yang masih sihat walafiat dikala mencecah usia 50-60..nak jadi nenek yang bertenaga..yang masih mampu panjat Gunung Mat Chincang, yang masih boleh panjat tangga seribu kenangan ke Gunung Raya, nak jadi nenek yang boleh masuk Explorace ok dah lebih dah lebih..

Sejak sebulan lepas, lutut kiri saya selalu sengal-sengal. Tak dapat dipastikan kenapa. Takkan sebab banyak duduk pulak..saya ni jenis duduk tak diam. Kalau mengadap laptop, sekejap duduk bersila, sekejap regangkan kaki, sekejap meniarap kat lantai, sekejap begitu, sekejap begini..hmm..

Sampai lah satu hari, terjumpa seorang kawan yang sama-sama menjalani kursus PKA pada Disember tahun lepas di Bagan Lalang di FB..dan berlaku conversation seperti berikut : 

oh iyaa....tiba-tiba teringat..
Kes berlaku waktu buat aktiviti obstacle..peserta dilepaskan mengikut kumpulan. ada dalam 10 kumpulan n kumpulan saya adalah kumpulan ke.........tak ingat. 

Lepas melalui titi gantung, kawat berduri, gayut melepasi kolam, sampai la ke tembok 6 kaki [kalau tak silap], semangat ni..kaki kanan pijak encik yang bersandar kat tembok selaku penampan, then naik ke atas dengan bantuan encik kat dalam gambar tu yang sedia menstandby kan diri kat atas tembok..peh peh..yakin je panjat..
sekaliii..waktu kedua-dua kaki sudah melepasi tembok yang disebelah sana, terasa seperti kaki kiri kebas, sejuk, kejang, keras kat atas tu seminit..orang kat bawah dah standby nak sambut in-case salah landing..tiba-tiba..
sekejap sekejap..kaki saya..
hoh? kenapa pulak si fina ni? masing-masing cuak, heran, penuh tanda tanya sambil mata masing-masing tertumpu kat saya..

 dan saya tutup muka..dan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..menangis kat atas tembok tu (T__T)


sangat memalukan..serius malu (_ _")


antara hero-hero yang terlibat dalam pembikinan adegan tersebut-.-"


Inilah akibatnya membuat aktiviti berat tanpa warm up.


Persoalan disini..adakah lutut saya jadi camtu disebabkan aktiviti tu..atau adakah pasal perkara lain..maka..tunggu apa lagi..pegi la check cik fina oii!



P/s - semalam saya terskip regime dumbbell X_X

Sunday, March 28, 2010

Musim Anugerah pulak dah..

Orang nak award, kita pun nak award jugakkkk..


Tak mau buang masa pembaca yang hensem dan cantik dannnn... [ nak tau kena baca sampai abes]




cantik lah sangat kau cik fina



Dapat award dari adik Rowena somel dan encik Ojin yang sengal sempoi!
We make it light..taknak berat-berat ye..here we go..


Ini adalah 7 fakta tentang diri saya....
  1. suka makan
  2. suka sangat dengan budak-budak terutamanya budak ni ----> KLIK 
  3. suka merapu kat blog, FB, VF [walaupun dah sedikit jarang], dan kawasan yang sewaktu dengannya.
  4. orang cakap, kalau saya senyum, nampak manis , tapi kalau tak senyum..masyaallah..macam ni...

    .
    .
    .
    .
    =(
    dah, jangan tengok lama-lama
  5. tahun ni dah 25..patut \0/ ke (_ _") ??
  6. Nampak je lembut tapi hati keras macam batu lesung. 
  7. susah marah...tp kalau dia dah marah..tak tau la...ha ha..sila takut sekarang
Oke, dah..ada lagi satu award tak buat lagi..malam ni sepatutnya attend makan malam kat Bamboo Restoran sempena penganugerahan..err..err..tak ingat..-.-"..tak pegi sebab terlupa-.-" [baek punya alasan]










[sambungan]..tahniah anda memang hensem dan cantik sebab berjaya abeskan pembacaan...dh cukup-cukup la tu perasan..dah dah..




Nak Bercuti di Langkawi tanpa tinggal kat hotel/resort/chalet mahupun rumah sedara...?

..duduk la homestay..haha


Oke, tujuan entri ni dibuat adalah untuk memperkenalkan blog teman saya yang menawarkan perkhidmatan homestay di Langkawi. So, kepada sesiapa yang berniat nak datang Langkawi dan pada masa yang sama nak merasai pengalaman seperti tinggal di rumah sendiri tapi di tempat lain, silalah berkunjung ke Yasree Homestay =D

pandangan hadapan
ruang tamu
bilik utama [bilik ada empat oke]
bilik mandi ada tiga :D

gambar dapur dan dining hall tak dapat diupload, sila klik untuk melihat kemudahan-kemudahan yang lain ye.


Lokasi : Taman Seroja, Kuah, Langkawi
Dari Jeti : 5-6 minit
Dari Airport : 20-25 minit
Antara kelebihan Yasree Homestay :

  • Bilik tidur utama berpenghawa dingin
  • Astro disediakan
  • Berada di kawasan pekan
  • berdekatan cc
  • kemudahan perkhidmatan dobi berdekatan homestay
  • berhadapan dengan Idaman Suri [syurga pinggan mangkuk]
  • 3 minit perjalanan sahaja untuk ke pusat membeli belah Haji Ismail Group [syurga buat pencinta cokelat =D] - 2 tempat kat atas ni kalau datang langkawi tak singgah memang tak lengkap percutian..hoho

    Untuk pertanyaan rate dan T & C, sila hubungi :

    0194585070 [Sobree]
    0194172179 [Hayana]


    Sila-sila, jemput-jemputlah ke YHS =) [klik klik]


    P/s - boleh dikatakan homestay ni lengkap seperti keperluan rumah kediaman yang lain. Ada peti ais, rice cooker, blender boleh buat sambal tumis udang dengan petai nyam nyam..pinggan mangkuk, tuala mandi, sabun, dan etc etc etc..[tak larat nak taip..pegi sendiri ke blog YHS sekarang =P]


    Cabaran kepada diri sendiri..boleh buat ke tak?

    Ini entri hari Rabu lepas..ye ye saya tau saya malas padet blog.
    Jadi, tolong layankan je entri ni..kalau tak mau layan..layankan jugak hokeh..

    Hari ni saya masuk bilik awal..awalnya tu rasa mengantuk, tapi lepas mandi mata jadi segar bugar balik. Okelah, siapkanlah keja untuk esok [khamis] siap-siap. Nanti abg senior tanya, hulur je terus.
    Lepas mandi, masuk ke bilik. Tak pasal-pasal ternampak dua ketul dumbbell avon kat tepi susunan buku-buku reader’s digest
    [dulu waktu kecik-kecik panggil buku ni raiders deegest Feeling beat up]


    Pic2761

    Saya amek dumbbell tu, tengok menda alah dua ketul tu, then saya tengok lengan saya. Dari atas nampak slim. Dari tepi, dah ala-ala peha anak kambing usia 4 bulan pun ada jugak.
    Lalu saya terfikir..nak challenge diri sendiri Tongue.

    Baik, mulai dari hari esok [khamis], saya akan mulakan regime kuruskan lengan sendiri…
    Mula-mula, kena ukur ketebalan isi lengan dulu..


    Pic2803

    then, lakukan regime mengangkat dumbbell tersebut tiap-tiap malam sebelum tido sebanyak 100 kali. Sikit sangat ke banyak sangat tu ha?

    Okelah, nevermind..yang penting, tiap-tiap minggu saya akan poskan perkembangan penurunan/
    penaikan kadar isi lengan yang terlibat.
    Saya bagi masa selama sebulan untuk mengetahui keberkesanan regime ini. Jika berjaya, saya akan awardkan diri sendiri barang seketul dua hadiah
    ..[kalau ada yang sudi nak kasi hadiah jugak, kecik tapak tangan, airport Langkawi saya tadahkan – oke, poyo]

    Kalau ada sapa-sapa kat sini yang pernah buat perkara seumpama ini dan mempunyai tips menarik untuk dicuba sudi-sudi la kongsi-kongsikan dengan saya yeSmugRaised Eyebrow

    P/s - selalunya benda ni sesuai dilakukan waktu baru bangun pagi ke sebelum masuk tidur? Ke bila-bila masa pun sesuai?

    P/s/s - masuk hari ni dah hari ke 3 saya buat regime tu..harap-harap berkekalan la tabiat ni hingga ke anak cucu..ngeh

    Monday, March 22, 2010

    Jatuh sayang

    Dulu..masa awal-awal dapat dia, saya macam tak berkenan sebab kena sentuh..pastu macam besar la pulak. Tak tergenggam saya..Tapi nak buat macam mana kan. Dah jadi satu keperluan pulak sekarang. Sapa yang takde tu kira ketinggalan lah..Saya dapat dia pun sebab adik saya dah taknak pakai dah lepas 3 bulan dia guna sebab dia dapat yang lagi best. BB. So, memandangkan yang lama dah rosak, saya beli je la kat adik kan? Kira oke la, dapat harga adik-beradik..

    si dia :)
    gambar amek kat sini

    Awalnya, saya macam malas nak layan dia..sebab kena sentuh. Semuanya kat skrin. Takde keypad pun. Mula la malas nak sms dengan buah hati. Dah si buah hati cakap saya sombong la, ada orang lain la..ye lah..berjela-jela sms dia bagi, saya jawab 'k' je..

    Dia tak bawak masalah sangat dengan saya, cuma saya kurang suka dia sebab kualiti kamera dia tak cantik walaupun 3.2 mp. Dah tu, kamera takleh mute. Malu tau nak amek gambar pinggan kosong lepas makan tengahari nak buat koleksi kat fb sebab dia bunyi-bunyi nanti tarik perhatian orang. Kecik hati rasanya.

    Tapi, beberapa siri kejadian telah berlaku yang membuatkan saya jatuh sayang, suka, cinta kat dia. Lepas saya jumpa benda ni. Asalnya saya tak heran sangat benda tu..Ntah cmana satu hari tu boring-boring main hp, main-main la kat Ovi tu, pehh..macam-macam adaaaa..Yang paling best sekali sebab senang sangat lah nak install menda alah tu..

    Terus jadi suka. Terus rasa sayang kat dia balik. Membuak-buak perasaan ni. Asal ada masa terluang je, mesti saya takkan lepaskan masa dengan dia. Di tambah pula kemudahan wifi liputan penuh satu bangunan pejabat dan di kiosk-kiosk kedai makan di sekitar yang membuatkan saya malas nak pegi lunch kat tempat lain memudahkan proses. Hue hue hue..sambil tunggu nasi ayam sampai [ye, ini menu hari-hari..nasib baik sedap], boleh la online sekejap. Walaupun tak sepuas guna laptop, kira boleh la kan..Takkan la nak bawak laptop turun macam abang-abang macho tu buat kan. Tak sesuai gitu.


    Antara perkara-perkara menarik yang buat saya jatuh sayang, cinta, rindu, dendam sama ini barang :

    draf blog kat hp :P

    boleh skype [walaupun tak pernah guna lagi-.-"]

    mini opera!

    paling best! scribble :D:D
    hasil lukisan dari scribble ilham Zack :P
    theme yang best :D

    applications

    Screenshot hp dibawakan khas oleh
    ScreenSnap

    Monday, March 15, 2010

    How to Remember Something That You Forgot

    Tajuk tak menahan. Nak jugak English. Hahah..



    Pernah tak korang alami situasi dimana kita bergerak dari satu tempat untuk buat sesuatu [contoh nak ambil pen kat dalam laci] lepas tu tak sampai beberapa langkah, terus lupa apa yang kita nak buat..pernah tak pernah tak?







    Selalunya, apa korang akan buat kalau jadi camtu?
    Selalu sangat benda ni jadi kat saya.


    So, saya cuba google pasal ni..oh, rupa-rupanya ada cara untuk ingat balik..hahah..


    jumpa kat sini :P


    Kalau lupa, saya akan tengok balik kat tempat waktu saya berfikir tentang perkara yang saya terlupa tu. Not exactly tengok kat tempat tu, tengok sipi-sipi je la but still dalam zon penglihatan. Selalunya berkesan. Mesti akan ingat balik. Cuma tabiat selalu lupa tu susah sikit nak kikis. Nasib baik selalu ingat balik.




    Saturday, March 13, 2010

    Facebook berjaya kenakan saya..terima kasih T__T

    Kelmarin, chat dengan sorang kawan kat facebook. Tak lama lepas tu, ada sorang lagi kawan tegur, Abang Wan namanya. Kawan lama masa keja hotel dulu. Arabic GRO kat hotel untuk handle guest Arabic. Masing-masing bertanya khabar. Dia sekarang kat Kuwait, buka travel agency kat sana kalau tak silap. Bisnes maju katanya. Dia pun tak banyak chat. Setakat bertanya khabar, tanya keja kat mana then diam.


    Dengan kawan lagi sorang ni, banyak benda kami bincangkan. Baru - baru ni berlaku satu masalah berat yang tak tertanggung seorang diri. So, kawan saya yang ni lah yang banyak membantu. Dia rapat dengan keluarga adik [suami adik tu kawan baik dia] maka senang untuk saya luahkan apa yang terbuku kat hati yang 'pihak tu' tak faham. Susah bila saya terpaksa lawan 1-4. For sure saya kalah kan?


    Ha kau, entri je dah dua rangkap :P


    Macam ni ceritanya..
    Waktu tengah feeling meluahkan perasaan tak puas hati kat kawan saya ni, saya refresh page. Takut nanti terlepas perkara best yang kawan - kawan pos.


    Mula - mula, kedudukan chat box [ke ada nama lain?] tu macam ni.


    lihat kedudukan 1 [Abang Wan] & 2 [kawan lagi sorang]

    So lepas dah refresh, saya teruskan menaip. Dengan penuh semangat, saya taip dengan laju tanpa melihat nama kat pane chat tu.


    Dalam 12 baris saya taip, kawan saya tu tak balas, then kat pane yang berkedudukan no 2 keluar notification, bila saya tengok kat nama si pembalas chat tu..


    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    Ya Allah, saya hantar kat Abang Wan!!
    Macam mana boleh jadi macam ni?!

    kedudukan dah bertukar T___T
    Bila dah terperasan yang diri ni dah tersalah hantar mesej, terus mintak maaf kat Abang Wan.

    Ada masalah ek..takpe, kalau rasa nak cerita, share je ok. 
    yee..baeklah (_ _") 

    Malu wei..mana nak letak muka ni. Dah la baru contact balik. Nasib baik jauh. Adeh.


    Kesimpulan : berhati - hati ketika memandu sebab kita takkan tahu bila lembu akan melintas di jalan * tetibe.


    Sunday, March 7, 2010

    Demam demam pun nak berjalan jauh #2

    Minta maaf sebab lambat update blog. Berlaku masalah yang sangat berat. Tak tertanggung sorang-sorang.

    Seperti yang dijanjikan, ini entri kesinambungan kepada part #1 hari tu.. 

    Sesampainya kat Kuala Perlis, singgah makan dulu. Nanti kang perut masuk angin dalam bas tu tak ke susah. 

    sebelum bertolak kena makan dulu. nanti perut kosong pulak


    Tunggu bas sambil sembang-sembang ngn akak satu sekolah saya tu. Mengajar kat Klang. Baguslah. Dah bekerjaya. Saya? erm..

    Oke, setibanya bas, terus saya g cari seat. Macam biasa, saya amek seat tepi sekali. Port wajib-duduk-tiap-tiap-kali-naik-bas :P

    Duduk sebelah kakak bersama seorang anak kecil. Kak Ida namanya. Nama baby, Rashid Reza [kak ida jangan marah kalau tersalah eja nama baby akak :P] 

    Seperti biasa, menjadi rutin saya naik bas akan check lubang air con sebab saya tak suka air con kena muka. nanti muka jadi kering berkedut-kedut T__T.

    Okeh, sudah tutup.


    dh tutup

    Tapi..apesal rasa angin lagi ni? bocor ke apa? Check balik..dah tertutup. rapat-rapat lagi.

    Tercari-cari mana punca angin tu. Buat cara kuno. Jilat jari, julang jari ke udara tapi tak melebihi paras seat nanti orang cakap 'apehal pulak budak ni angkat tangan dalam bas macam nak jawab soalan. ingat ni kelas matematik ke hapa' T_T
    Berkeadaan begitu selama 30 saat setengah dan jumpa punca angin. hahah..tipu tipu. takde lah sampai buat aksi pengakap sekolah segala. Study situasi dalam bas tu..then lepas tengok atas bawah kiri kanan maka terjumpa punca angin tersebut..kat situ -.-"
    hambek kau 10 jam kena sapu muka tanpa halangan T___T







    Perjalanan yang menyeronokkan sebab ada kawan nak berbual. Kak Ida memang banyak cakap! Respek kat dia. Walaupun penat jaga baby Rashid yang super aktif tu, mulut masih bertenaga nak bercakap. Tabik.

    identiti si comel terpaksa dirahsiakan sebab tak mintak kebenaran mama dia letak gambar dia kat blog :P
    Gambar kat atas ni waktu singgah kat RnR mana ntah..thanks kak ida sebab belanja mee udang :D
    oke, saya takkan sebut pasal mee udang yang udang dia dah expired hinggakan isi pun dah mengecut sampai ada ruang antara kulit ngn isi..eh, tercerita pulak :P

    Sepanjang perjalanan tu jugak habis tak habis-habis saya tweet tweet ke twitter :P
    ngaaaa~

    Bosan oke. Tambah-tambah lepas Kak Ida turun kat Sg. Buloh :-s

    Orait..dipendekkan cerita, maka sampailah saya di Pudu, terus ke Hotel Midah, Kuala Lumpur. Disambut oleh Faizal dan Heri & gf! Tak sangka you! Terharu sangat. Sayang korang!

    Esoknya, check out dari hotel dan pegi kursus. Petang tu [oke, bukan petang, dah malam] singgah rumah adik kat Putrajaya then keesokannya pukul 10 pagi naik bas balik ke Kuala Perlis, sampai dalam pukul 8@9 malam, tido kat umah mak sedara kat Kuala Perlis, naik feri ke Langkawi, balik rehat sekejap then pegi keja pada pukul 2.00 petang. Heaven kan T__T








    Saturday, March 6, 2010

    Panggilan kepada atuk @ nenek

    Waktu tu saya dalam bas on the way ke Kuala Lumpur untuk mendengar taklimat pasal pengurusan kesihatan [apesal la badan kerajaan kat Malaysia tak praktis video conference..takdelah semata-mata nak dengar taklimat 4 jam sampai kena buang 3 hari sebab travel dari Langkawi ke Bangsar..penat oke].

    Ketika bas melalui Jitra, saya pandang ke luar tingkap kot-kot ternampak mimiot tengah jual goreng pisang ke jual ikan keTongue sebaliknya ternampak sepasang atuk dan nenek hendak menaiki motosikal kat depan bank.

    Nampak macam romantik pula tengok atuk bawak moto dan diboncengi oleh nenek kat belakang. Comel je~Love Struck


    Teringat kat arwah tok dan tokwan..Worried

    Keluarga saya, tok wan adalah panggilan untuk atuk manakala tok pula adalah panggilan untuk nenek. Ada juga yang menggunakan sebaliknya iaitu tok kepada atuk dan tokwan kepada nenek .Ada yang panggil opah, ada panggil uwan, etc etc..

    Korang panggil apa kat atuk @ nenek masing?

    P/s – Rindu allahyarham tokwan ngan tok. Al-fatihah~
    P/s/s - betul ke orang cakap tak boleh sebut perkataan arwah merujuk kepada allahyarham / allahyarhamah sebab arwah adalah nama setan?
    Ping your blog, website, or RSS feed for Free
    MyFreeCopyright.com Registered & Protected