Monday, May 31, 2010

Kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang, dua wartawan Astro Awani antara yang dikhuatiri menjadi mangsa



PETALING JAYA:
Tindakan kejam tentera laut Israel yang membedil kapal Mavi Marmala kira-kira jam 7.30 pagi tadi (waktu Malaysia) ketika kapal tersebut dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza setakat ini telah mengorbankan 15 sukarelawan dan 30 lain cedera.
Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor yang mengesahkan insiden tersebut kepada mStar Online berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada maklumat sama ada sukarelawan Malaysia antara yang menjadi mangsa atau tidak.
"Seramai 12 sukarelawan Malaysia terlibat dalam misi ini, termasuk dua wartawan Astro Awani. Tapi kita masih belum mendapat maklumat sama ada mereka yang terkorban atau cedera itu melibatkan sukarelawan kita atau tidak," katanya di sini hari ini.
Dua warganegara Malaysia - wartawan, Ashwad Ismail dan jurukamera, Shamsul Kamal Latip dari Astro Awani - menaiki kapal Turki bernama Mavi Marmara yang diserbu komando Israel.
Menurut sumber kanan Astro Awani, masih tidak dapat dikenal pasti sama ada mereka adalah di kalangan yang terkorban atau cedera.
"Kami berhubung dengan menggunakan telefon satelit tetapi tidak berhubung lagi sejak petang semalam," katanya sambil menambah mereka sedaya upaya berhubungan dengan staf mereka.
Dua rakyat Malayssia, aktivis Matthias Chang dan wartawan Shamsul Akmar yang menaiki kapal lain dari Cyprus adalah selamat, kata Yuzaidi Yusoff yang bersama NGO Viva Palestina.
Mengulas tentang perkembangan konvoi Freedom Totilla yang melibatkan tujuh buah kapal yang membawa sumbangan berbentuk perubatan, pendidikan dan pembinaan untuk rakyat Gaza, beliau difahamkan bahawa kesemua kapal tersebut sedang dikepung oleh helikopter dan bot-bot tentera Israel.
"Mereka (tentera Israel) mengugut untuk merampas kesemua barang yang dibawa dan akan menahan kesemua sukarelawan di sebuah pusat tahanan khas jika enggan berpatah balik," katanya.
Pagi tadi, Mavi Marmala telah diserang oleh tentera Israel menggunakan peluru hidup dan semburan gas sebelum sempat rombongan tersebut memasuki perairan Gaza.
Konvoi Freedom Tortilla adalah konvoi kemanusiaan terbesar yang disertai oleh 50 buah negara termasuk Malaysia.
Rombongan kemanusiaan ini melibatkan lebih daripada 700 peserta dan kapal Mavi Marmala membawa seramai 540 orang penumpang. - sumber


Ya Allah, lindungilah mereka dibawah payungMu..Amin..



Tuesday, May 25, 2010

Sapa nak jadi model?? Pencarian Top Best Friends Model CLEAN & CLEAR® sudah bermula!


Anda ada kawan baik? Bagus. Apa kata mari kita memberi makna yang lebih manis kepada persahabatan kita melalui pencarian menarik ini.

Sangat senang nak menyertainya :
1. Register 
2. Upload your photo 
3. Vote, and also TELL your friends to Vote kat sini --> 
http://www.facebook.com/mycleanclear
Be the top 15 models in your country! Tell your friends to Vote! Then, the Panel of Juries will choose the country's representative to compete with 6 other Asia countries' representatives in CLEAN & CLEAR Top Best Friend Models 2010 haha kan dah tetiba terkeluar bahasa Inggeris pulak ;P
Jadi, apa tunggu lagi, cepatlah. Jangan lepaskan peluang ni!! 
Ops~ Hadiah?
Ni haaaa...
Amacam amacam amacam? Teruja tak?

Haa..dah tu? Tunggu apa lagi..




Monday, May 24, 2010

Gambar saya dah ada imej sendiri~watermark!

Ada la satu hari tu saya berblogwalking secara malas. Tiba-tiba ntah macam mana termasuk satu blog kakak mana ntah. Dia ada cerita pasal watermark. Wah. Saya juga mencari orang yang boleh buat watermark. Dah bosan asek taip alamat blog je kat kat gambar buat watermark. Nak jugak letak watermark lawa-lawa kan, cari identiti sendiri katanya. 


Lepas terjumpa, terbaca dan tersuka serta terminat, terus klik link yang dia bagi tu.



Wau..dia jual watermark! Satu lagi jenis bisnes online yang baru. Bijak. Kakak Eya nama pemilik blog ni. Cantik-cantik watermark dia. Suka saya. Banyak yang saya berkenan tapi dah jadi hak orang la pulak. Kenapalah lambat jumpa blog ni? Watermark ni dibuat satu design untuk satu customer. So, pegi la mana-mana pun, takkan jumpa punya dua watermark yang sama dari pemilik yang lain-lain. Ubah-ubah sikit tu mungkin la kan. Harga dia pun murah je. Sekarang dia ada buat offer kalau tak silap.

screenshot blog eybizzonline.

Antara contoh-contoh watermark yang dah siap.

Ada banyak lagi watermark yang cantik-cantik. Pergi tengok sendiri ye kat sana

Lama gila saya lepak kat blog dia semalam semata-mata nak pilih watermark tu. Banyak sangat. Rambang mata! 

So, lepas dah berkenan, saya beli dua watermark (dan bercadang nak beli lagi *gila tamak)

RM5
dapat tiga kaler. pink, hitam & putih

RM7
Yang ni dapat dua warna jugak.
Satu untuk background gelap &
satu lagi untuk background cerah
Ni contoh gambar saya yang ditempek watermark. 
kaler putih
kaler hitam

Nak siapkan ni pun sampai pukul 12 dengan bantuan kak eya haha. Gila tak pandai.

So, kepada sesiapa yang nak beli watermark, boleh la ke eybizzonline ye.


Lepas ni nak cari tukang buat header pulak. Orang tak pandai kan. Terpaksalah guna khidmat orang lain..sapa-sapa sudi ajar saya buat header?

Saturday, May 22, 2010

Polls : Perlukan bantuan kamu semua

Manusia ni memang tak pernah cukup kan? Ada saja perkara yang dia tak puas hati. Mula lah nak ubah itu ini sebab mahukan yang terbaik. Kalau menjurus kepada kebaikan itu oke lah kan, tapi kalau perkara ke arah keburukan tapi di assume baik itu memang tak baiklah kan? Faham? Takpe. Skiiiiiiiip




Dah boring dengan template lama ni jadi nak tukar template baru tapi tak tau yang mana yang bersesuaian


Entri awal pagi ni dibuat sebab nak mintak pendapat kawan-kawan samada perlu ke tak saya buat Contest untuk penukaran template baru untuk blog ni?


Saya dah bosan asyik conteng dinding pagar rumah jiran jadi berniat nak tukar ke template yang lebih mesra alam pengunjung sikit dan mengurangkan semak samun yang ada kat sidebar kat sebelah kanan ni supaya nampak blog ini lebih kemas dan tak berat.


Tapi, sense saya ni teruk sikit dalam bab-bab pemilihan template. So, kalau nak mintak pendapat kawan-kawan secara free, mesti ada yang malas nak bagi idea betul tak? Jadi, saya terfikir untuk membuat satu kontest berkenaan perkara ini [gila skema].


At least, bila lagi ramai bagi idea dan cadangan lagi banyak pilihan yang saya dapat buat kan?


So, nak mintak kawan-kawan sekelian tolong jawab polls kat sebelah kanan sidebar blog ni 



Kalau dapat sambutan, boleh la saya buat contest :D


Terima kasih siap-siap.






Saya yang pemalu [tiru Fitrihadi :P]

Wednesday, May 19, 2010

Up trafik cara baru. Mesti cuba!

Nak cuba cara baru untuk up traffic blog anda? Meh sini aku tunjukkan. Cepat, mudah enak senang nak buat. Aku dapat entri ni dari Rumah 4 Tingkat

1. Buat satu entri seperti ini, atau copy+paste yang ini pun boleh dong. Kemudian tepek tajuk yang menarik.

2. Anda cuma perlu meletakkan Link URL di bawah untuk entri yang anda buat dalam blog anda. Takmoh pandai-pandai tambah URL orang lain ye.






PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan Link URL ke entri blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang no.3 jadi no.2, yang no.4 jadi no.3 dan seterusnya.

3. Kemudian masukkan link anda di turutan bawah sekali. (No.15)

4. Ingat! Jangan ubah turutan link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Jika posisi anda pada..
Posisi no.15, jumlah backlink = 1

Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Mari tolong-menolong sesama blogger. Berbaloi-baloi.
Selamat mencuba!!!

Siapa yang copy+paste dari R4T jemput letak komen kat bawah bersama URL entri masing-masing. Ada surprise menanti anda!


*Dengan kartun-kartun tu kena kopipes :P


Monday, May 17, 2010

Tiba-tiba rasa macam nak makan kerabu beronok..nyam nyam tapi dah kenapa dengan mentaliti orang melayu?

Tengah buzy-busy buat laporan, pamplet, kertas kerja [nak bagi ilusi orang tengah bizi gila babeng] terasa lapar nak makan kerabu. Lebih tepat kerabu beronok.
Beronok? Apakah? Sejenis kuih kah? 
Nahhh..ni gambarnya..tapi gambar selepas tuan badan dikerat kecil-kecil dan dijadikan bahan kerabu..kejap lagi saya tunjuk gambar tuan empunya diri yang pemalu itu. 

Kerabu beronok nyam nyam *lap air liur
| klik gambar utk ke source asal |

Beronok ni adalah makhluk laut yang lembik, takde tulang, pelik, geli, jijik macam eaauwwwww tapi tapi tapiiiiiii..

tu sebelum makannn. Lepas makannn ha kau nak lagi ai tell yu..tak percaya? mai Langkawi try test tengok..terus nak pack bawak balik rumah sambil mintak resepi tapi jangan harap sebab beronok ni cair dengan cepat tambah-tambah bila letak dalam peti ais. Ini bermaksud, pagi ni g cari kat laut yang berselut melut tu, tengahari dah kena siap sebagai menu makan tengahari. Jangan tanya kenapa ia cepat cair sebab tu lumrah tuhan. Jangan pertikaikan. Boleh terima tak alasan ni?

Rasanya makhluk tuhan paling seksi ni cuma ada kat Langkawi je, kalau tak silap la. Mungkin kat tempat lain ada jugak cuma tak dijadikan sebagai makanan tapi dijadikan sebagai haiwan peliharaan tengok cik fina menipu oke dah dah dah baca kat bawah ni sumber dari wiki.

Beronok ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Beronok di makan mentah iaitu di jadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di LangkawiKedah.
Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa dan rasanya agak masin. Beronok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cair.



See see see, saya dah cakap kan, jadi makanan eksotik kat Langkawi. Rasa dia memang la masin bang, namanya pong dok kat laut.

Oh ya, nak buat kerabu beronok ni senang je. Tak payah masak ye puan-puan (ala-ala chef wan)
Iyee..TAK PAYAH MASAK. Maksudnya DIMAKAN MENTAH. Benda tu dah la mudah cair kalo terdedah kepada udara, ko nak masak pulak. Tinggal air je laaa hahah..

Orait, ni gambar tuan punya badan yang pemalu tu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaa...cak cak cak..
Geli kan kan kan?
| klik gambar utk ke source asal |
Takda maknanya ko nak geli. Lepas dah masuk mulut..minta tambah lagi adaa...

Ni cara-cara nak buat kerabunya..mula-mula kena ada bahan-bahannya dulu..


| klik gambar utk ke source asal |
  1. Pucuk gajus dihiris halus [berapa helai tu ikut kesukaan, lagi banyak, lagi meriah la kerabu tu] - amek pucuk ye. Jangan g amek daun plak. Apa kau ingat nak bagi kamben makan ke apa?
  2. Bawang dimayang halus [Lagi banyak lagi sedap]
  3. Kelapa [diparut/dimesin], serai [dlm 2 3 batang], lada hitam [ikut kesukaan], cili kering [ikut kesukaan], sedikit belacan dan garam [BLENDER KESEMUANYA] - step ni sy tak sure sebenarnya..nanti balik sy tanya kat mak ye :P 
  4. Beras di blend halus
  5. Kerisik 
  6. Mangga masam yang dimayang halus..*kecur air liur ni seketika.
 Lepas tu cara-cara menyediakan kerabu yang menggoda ni.
| klik gambar utk ke source asal |

  1. Sediakan suspek.
  2. Hiris kecik-kecik. Jangan la kecik sangat. Nanti masuk mulut tak rasa pulak.
  3. Cuci dengan air asam jawa untuk hilangkan bau hanyir - selalunya kat umah, cuci dengan asam. ramas2 asam dengan beronok tadi.
  4. Masukkan kesemua bahan-bahan tadi dan gaul biar rata..
  5. Siap untuk dihidang. *slurrrppp..

Kerabu ni, ada yang makan ngn nasi. Tapi lagi sedap kalo makan macam tu je..Selalunya Lang [panggilan utk mak sedara singkatan kepada mak lang] buat kerabu, hantar sikit kerumahtengok tu masih tebal semangat kejiranan kan kan kan, belum sempat masuk bawah tudung saji dah licinnzzz..
Dulu waktu kecik-kecik ayah selalu bawak g cari beronok. Dia hidup dalam keadaan berselut, kalau air bersih dia takkan boleh survive. Badan dia mostly licin dan gemuk - penuh dgn air, tapi lepas ditangkap, dia akan jadi kurus dan berketak-ketak macam gambar kat atas tu sebab dia kencing :P
eh, boleh ke guna perkataan 'tangkap' sebab dia bukan lari pun kan?
Pernah beberapa tahun lepas time Explorace buat kat Langkawi, ada satu cabaran, peserta kena cari beronok dan makan kat situ jugak haha tapi kesian kat saya sebab tak dapat tengok pasal kena kerja. Kesian.

Ini yang keluar bila saya google perkataan 'beronok'

kuajaqqqqqq


sumber gambar :sini, sini dan sini
tuan punya gambar : kakak ni


Saturday, May 15, 2010

Printer dalam tandas, tandas dalam makmal

Hari : Khamis

Lokasi : Ofis

Hari ni saya sedikit terlewat ke pejabat. Saya rasa saya tahu kenapa. Sebab semangat. Semangat nak kemas makmal di pejabat. Berpakaian sukan siap dengan kasut sukan segala. Gila semangat. Lepas parking motor kat parking, bergegas ke pejabat. Bukan. Bukan sebab takut nanti bos marah saya datang lambat. Sebab kat ofis saya mengamalkan membaca doa sebelum mulakan kerja dan selepas habis kerja yakni sebelum balik. Saya tak suka sampai ke pejabat waktu di pertengahan doa. Lepas tu sambil berjalan masuk ke ofis, sambil tadah tangan. Tak ikhlas. Nak mintak dengan Tuhan kenalah serius dan ikhlas..kan? Sesampainya ke pejabat. Nasib baik. Ngam-ngam. Doa baru nak dibacakan. Perenggan pertama ni saya rasa skema. Abaikan.

Pagi ni, cuma saya, Julia dan Bad je yang cuci makmal tu. Hafis tak dapat join sebab kena attend meeting pukul 10 pagi. So, dia tak boleh tolong memandangkan dah pakai smart-smart. Bilik tu berfungsi sebagai bilik gerakan atau bilik perbincangan selain fungsi makmal itu sendiri. Bilik tu tak besar. Cukup – cukup la untuk kitorang empat orang. Ada sebiji peti ais baru, 3 mikroskop, botol sampel, kipas dinding, dan kotak letak sampel untuk buat kerja luar yang banyak etc etc etc. Terberangan sekejap jadi CSI Duquesne [eh, betul ke ejaan ni?]

Pic5392Lorong misteri ke makmal.

Barang dalam bilik tu nampak sikit je. Tapi bila dah dipunggah-punggah, jadi banyak pulak. Dalam bilik tu ada tandas. Dalam tandas tu penuh dengan kayu-kayu dan besi-besi rak fail yang diletak disitu. Turut serta adalah sebijik printer kat situ. Printer dalam tandas?? Kagum.Pic5377 Bilik ni dah lama tak digunakan sampai dinding & karpet jadi macam tu.Pic5379 Lepas kemas. Second round to come.   Pic5394Lepas siap kemas round kedua. Belum final.

Mikroskop buat eksyen :P Pic5381Pemandangan dari luar makmal.  Pic5391Barang tak perlu. Nampak je sikit tapi banyak gila. Pic5389Barang yang tak perlu. Kelihatan En. Bad disitu.

Habis bab satu kat situ. More to come. Cepatlah berlalu bulan 6.

 

P/s – bulan 5 pun terkial-kial lagi (_ _”)

Sepetang petangan meronggeng di pantai cenang..

Uii..dah macam pantun dua kerat pulak.
Hari : Rabu.
Masa : Pukul 5 lepas balik kerja.
Tujuan : Meronggeng sambil makan free. Itu yang kita cari.
Rasa dah lama tak jejak kaki ke Pantai Cenang. Erm..oke, tak lama sangat. Last jejak ke sana waktu Pesta Air Langkawi 2010 berlansung [kena letak nama penuh ye, mana tau sangkut SEO macam kat entri lepas lagi :P]
Pegi ni pun atas ajakan oleh Yati, sebab dia nak belanja bihun sup sedap kat depan Underwater World. Orang nak belanja kan. Tanpa segan silu dan membuang masa terus setuju. Haha dasar pelahap kau Fina.

Lepas pukul 5 dan selepas meminta kebenaran mak dan ayah untuk pulang lambat, terus saya pecut skuter ke Pantai Cenang. Standard speed 80km/sejam. Tak berani laju-laju. Bak kata Nabil Raja Lawak, 60 km/sejam mampu menyelamatkan nyawa *baca dalam nada serius macam pembaca berita.
Sampai kat depan kedai tempat Yati bekerja, park skuter ikut suka saya je nak park kat mana, tumpang simpankan beg keja sekejap dan terus kami menuju ke destinasi yang telah dirancang. Pegi jalan kaki je. Tak jauh pun.

Pantai Cenang merupakan tempat favourite pelancong-pelancong asing bila berkunjung ke Langkawi..sampaikan kadang-kadang terasa seperti berada di tempat diorang pulak. Kanak-kanak yang selalu berada di area-area situ pun dah tak heran dah dengan mat-mat dan minah-minah saleh ni. Kalau setakat tanya jalan tu celah jari je dorang jawab *bukan jawab sambil tutup muka pastu bercakap di celah-celah jari ye :P Setengah tu, bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun takut nak berhadapan dengan pelancong asing sebab takut nanti tak reti nak explain dalam English.

Di sepanjang jalan Cenang tu ada yang jalan kaki, naik basikal, menunggang bersama orang tempatan [selalu dapat dilihat anak dara mat saleh atau anak dara orang jepun], pemandu teksi turunkan penumpang, ada juga yang sekadar lenggang kangkung sambil menjelajah gerai-gerai yang berteteran di tepi jalan sambil tanggung tuala atas bahu tanpa ada sesiapa pun pandang dengan muka pelik. Malah ada juga yang sekadar bertuala je browse barang-barang kat kedai. Dah biasa.  Meriah. Dengan orang yang yang lalu lalang, orang yang menjual. Macam pesta. Jalan pun rasa sekejap je dah sampai ke hujung.

Sesampainya di kedai yang dimaksudkan, terus duduk, order dan bermulalah persidangan kurang rasmi kami berdua. Banyak benda jugak diborakkan dari kisah kerja sampailah hal-hal peribadi serta tak lupa juga aktiviti mengkomplen bihun sup tak sedap sebab tukang masak yang masak sedap tu kena bancuh air. Yati dah dah macam cencurut kes tak puas hati..Takpee..boleh pegi lagi. Ada la alasan untuk kita bertemu lagi. Ceh, ayat macam susah sangat nak berjumpa.

Yati keja kat Pro Link, sebuah company yang menawarkan pakej-pakej menarik kepada pelancong-pelancong ke Langkawi. Ada Pulau Payar Trip, Day Cruise, Sunset Cruise yang dinner kat tengah laut atas kapal oh so romantik! Nanti kawen nak ajak suami pegi Sunset Cruise tu la. At least sekali pun jadi la. Haha. Demand. Diorang juga ada sediakan Nature Tours, Island hopping, Mangrove Tour, pakej memancing,  dan baaaanyak lagi la. Jual tiket bas pun ada tau. Untuk ini nanti saya buat entri khas ye.

Lepas makan, kitorang bergerak balik ke pejabat Yati. Sambil jalan tu sempat la snap 2 3 keping pic sepanjang-panjang Jalan Pantai Chenang tu.Pic5329
P.cenang7P.cenang5P.cenang6
Sesampainya di pejabat, tinggal lagi 20 minit ke pukul 7 petang. Yati ajak lepak kat pantai sekejap. Awal tu menolak, tapi dah alang-alang lagi 20 minit, bertolak sharp pukul 7 je lah. Hehe. Membawa kaki menuju ke pantai dan duduk di kerusi batu yang di sediakan oleh pihak chalet bersebelahan. Damai sangat rasa bila ditiup angin laut. Tenang.

Belum sempat berangan chapter 1, adik waiter chalet datang bagi menu.
First tu Yati cakap tak payah, tapi melihatkan muka adik waiter yang kesian dan ala-ala innocent tu, saya gagahkan mengorder. Kentang goreng. Lepas makan bihun sup gasak kentang goreng pulak walaupun perut dah ala-ala penuh. Terbaik.
Pic5347 Disimbahi cahaya matahari terbenamPic5346
RM3.50~
Sambung borak-borak sambil usya-usya gelagat pengunjung-pengunjung pantai.
P.cenang4
Parasailing
Pic5345
Cuba teka couple ni dah kawen ke belom?
Ada banyak lagi pic tapi malas nak upload. Boleh camtu? :P
Lepas perut dah tak boleh terima kentang goreng tadi, terus balik ke ofis . Amek pamplet-pamplet yang berkenaan untuk bahan entri yang lain, terus panjat skuter n balik.
P.cenang3 Budak-budak 4 orang ni awal tu naik moto slow gle, dah tu asek pandang-pandang belakang. Cuak 2 minit. Lepas potong diorang, tengok kat side mirror, rupanya arah lain-lain. Nasib baik.


P/s – perasan tak saya ada yang saya taip Cenang n ada yang saya taip Chenang? Hee~ saya confuse sebenarnya. Tapi kedua-dua nama tu diterima.
Cenang ke Chenang. eh?

Wednesday, May 5, 2010

Penipuan telefon bimbit di China dah tersebar ke Malaysia

Salam,
Saya dapat ni dari mesej kat facebook. Sekadar berkongsi.. 

Salah satu teknik penipuan di China dan telah berlaku di malaysia. Terdapat berbagai kategori handphone di China (original, good copy, bad copy and handphone besi).
Seorang kawan businesman handphone (Cina Malaysia) tertipu dengan pembekal di sana. Beliau membeli iPhone good copy 1 kontena, tapi half of kontena datang hanphone besi ....
Luaran nampak cantik dan berat pun sama dengan yg original, tapi dalamnya hanya ada besi.
Yg ada besi kat dalam tu...langsung tak leh guna. Masa dia tunjuk kat kita yg betul, bila kita beli, dia tukar la, ambil yg baru, konon nya la. Kes ni byk juga jadi kat malaysia terutama masa "handphone carnival". Ramai dah yg terkena. Toke cina tu cakap dia terpaksa tipu kita semula untuk cover dia punya loses.
Ada few people dah kena masa "handphone carnival" kat jalan jelatek setiawangsa few weeks ago. Dia jual handphone ni masa last day carnival, buy 1 free 1 (rm300 only). So, dinasihatkan jgn beli apa-apa handphone di karnival jalanan, belilah di kedai handphone biasa.




Monday, May 3, 2010

Ini yang saya buat bila saya tension♥

Salam semua..

Sihat kah? Dari Langkawi melaporkan cuaca sangat baik sekali hari ni. Pandang laut pun tenang je. Air pasang. Best sangat kalau tengok air pasang. Tambah-tambah kat jeti nelayan tu. Kalau buat photoshoot sangat cantik. Kalau la saya ada DSLR, mesti sawan jadinya.

Jeti nelayan depan pejabat - seberang jalan je ♥
Ini pemandangan kat sebelah kiri..saya suka tengok jeti ni time air pasang..dengan air dia yang membiru tu. Tenang. Bertuah rasanya dilahirkan di pulau Langkawi ni. Nak nak pulak ada sangkut-sangkut sikit dengan Mahsuri *eh, tetibe :P

Gambar pemandangan dari depan pejabat
LOL tak perasan ada burung lalu :P
Bila tension dengan kerja, saya akan bangun dari kerusi dan berdiri sambil pandang ke laut. Pandang jauh-jauh, pastu tinggalkan tensen tu kat situ. Biar dia tak dapat balik menghantui saya. Haha. Ayat tak boleh blah. Eh, tapi bukan saya sorang je tau. Kawan-kawan yang lain pun sama. Kadang-kadang, beratur diorang kat meja dekat tingkap ni sebab nak tengok ke luar - especially bila JPJ buat roadblock. Jalan depan bangunan ni adalah hotspot JPJ buat roadblock. Tak dapat dipastikan kenapa. Tapi saya nampak satu je sebab dia. Sebab ada pokok besar. Teduh. LOL. Nyaman dong!

Sebenarnya tadi saya sedikit tension, itu yang capai kamera jabatan terus snap gambar laut. Lepas dah edit-edit gambar pastu, terus tangan ni gatal nak menaip pulak, rasa release sikit :P *sambil buat-buat tak nampak report yang kena tindih dengan siku ni :P

Tak pasal-pasal dah jadi entri..Hee~


Oke semua, sudah masa rehat. Mau pegi beli roti. Masuk hari ni dah dua hari tak makan tengahari. Macam best pulak makan roti je time tengahari. Ala-ala diet gitu☻♥


Babai ♥


 
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected