Slider

Check harga barang semasa dengan pricewatch oleh KPDNKK

Monday, August 23, 2010

Nak check harga barang di kawasan anda tanpa perlu buang masa, tenaga, minyak kereta, duit untuk makan malam sebab kalau keluar mesti akan pegi makan luar eh macam cakap pasal diri sendiri je hanya semata – mata untuk pergi buat perbandingan harga antara kedai dengan kedai yang lain?

Solusinya di sini. pricewatch. Dibangunkan oleh KPDNKK, korang boleh memeriksa harga barang walaupun hanya berkain batik, bert-shirt takde lengan, sambil masak pastu bila bawang merah habis boleh terus call ayah pegi beli kat kedai mana satu di pekan sebab harga dia murah dari kedai lain eh cakap pasal diri sendiri lagi.

Memperkenalkan..

pricewatch_disclaimer
Pricewatch - laman utama. Disclaimer.

 

Melalui video di atas, sila :

  1. Pilih lokasi anda.
  2. dan pilih di daerah mana anda tinggal. Apa? tinggal di Zimbabwe? Sori, takde dalam database.
  3. Memandangkan saya tinggal di Langkawi, haruslah check harga barang di Langkawi kan, takkan nak check harga barang di Kuala Terengganu pulak khennn? Tapi kalau anda dah rajin sangat apa salahnya.
  4. Pastu anda boleh lah pilih nak buat perbandingan kedai kategori mana. Pasar Raya / Supermarket ke, Pasar Basah Besar ke, Pasar Basah Kecil mahupun KEDAI SERBANEKA (24 JAM) nampak sangat copy paste dari website tu pemalas punya orang. Abaikan. Saya puasa *tetiba
  5. Bila dah keluar senarai perbandingan tu, boleh la cetak ke, salin ke pastu simpan buat rujukan (harga tak statik jadi kena semak selalu)

Jadilah pengguna yang berhemah. Mungkin setiap barang beza harganya cuma 20sen – 30sen. Tapi bayangkan, bila sekali dah pegi membeli time dapat gaji duit berkepuk – kepuk dalam dompet nak nak pulak tak buat list barangan yang nak dibeli, amek asal yang berkenan di mata, pastu bila dah check balik, tengok2 boleh jimat sampai puluhan ringgit atau ratusan ringgit mungkin, tak dak maknanya dah nak menyesal.

Paksu & cu saya jenis suka survey ke kedai – kedai sebelum membeli barang. Hasil dari survey diorang, diorang berjaya berjimat sebanyak RM50. Tak payahlah cakap kedai mana diorang pegi. Nanti kang di cop pilih kasih pulak. Dah dah nak print n nak bagi kat mak, ayah, paksu n cu, wa leha, maklang bedah, makcik marina, ngah mah rumah depan, mak ngah yah jiran belakang umah..bla..bla..bla..

Ini ada cerita sejuk yang menusuk ke tulang dan…

Sunday, August 22, 2010

..cerita panas yang membuatkan jiwa ini hangat macam kena peluk dengan kain selimut allahyarhamah tok. Al – fatihah buat tok. Selesa sekali berkali - kali.

Pagi ni bangun awal dari hari – hari biasa. Pagi tadi tidur lewat lagi macam malam kelmarin sebab tiba – tiba rasa nak tulis entri. Lepas publish entri, buat fanpage pulak. Tak reti, tapi teringin nak buat haha. Makasih kepada orang yang Like fanpage saya tu Love Struck

Tak pastilah samada awal – awal pagi memang sejuk ke tahap cucuk tulang ke ataupun kebiasaan keluar lewat sebab selalunya sampai pejabat lagi 4 5 menet je nak ke pukul 8 yang tak selalunya sejuk tahap menggigil macam pagi tadi.

Best rupanya datang keja awal ni. Tak ramai orang. Aman je. Takde rushing – rushing.

Masuk ke pejabat pun sama. Sejuk berganda – ganda apabila meja saya tepat berada di bawah lubang angin a/c. Dalam sejuk – sejuk tu, trip pulak. Satu pejabat black – out. Lama pulak tu. Sempat juga tido barang seround dua sambil dipeluk sisa – sisa kedinginan a/c sebelum trip tadi. Nyaman dong. 

kita ke cerita panas pula..

Lepas selesai masalah black – out, dapatlah online menggunakan wifi pejabat. Tergerak hati nak check akaun nuffnang saya. Alhamdulillah..dapat lagi buffered earning.

13th&14th_BE
Digi lagi & lagi!

What more can I say, thank you lah!Love StruckBlushingKiss 

Terima kasih di atas kehangatan pelukan kasih sayang kalian NUFFNANG *peluk Big Hug

Akibat guna template free dan perihal fanpage di facebook

Cerita satu.

Nasib tak baik.

Kelmarin tak terniat nak online awal paginya. Kemas rumah, mop lantai, lipat baju., tolong mak menjahit etc etc etc sampailah ke petang.

Dalam pukul 4 lebih, baru teringat nak online. Tu pun lepas tengok adik asyik men game online. Si Syafiq ni kalau dibiarkan sampai pukul 3 pagi pun takkan abes men game tu.
Syafiq ni penakut sket. Kalo time nak tido kena ayah temankan. Tapi kalo time men game tak payah sapa – sapa temankan takde pulak dia takut. Pandai pulak tido sendiri.

Lepas guna kuasa veto seorang kakak, si comel beralih tangan. Perkara pertama yang dibuka mestilah blog sendiri.

First bukak blog je tengok tengok…

20100820_013914_fentomatteblogspotcom_p_1046
Tak payah klik, bukan nampak punnnn..nak klik jugak? klik je lah. Degil.  
Kehabisan bandwith imej untuk template yang saya guna sekarang Sad. Apa nak di expect kan, benda free. Nak buat sendiri tak pandai.

Bila dah jadi mcm tu, terus gelabah. Dah la time tu saya ada orang masuk. Kalau yang dah biasa dengan blog ni okelah maybe masing – masing faham perkara macam ni. Kalau orang tu first time masuk? Kan ke kes naya tu.

Hampir 10 jam mencari penyelesaian, lepas private blog, google solution, cuba cari template lain, upload template yang dah didownload dan sebagainya, last – last dapat satu solution yang sangat mudah. Tak makan banyak masa pun sebenarnya. Dapat jugak template ini direcover.

Tapi yang sedihnya, saya tak download template yang saya dah guna sebelum upload template baru sebab template tu saya dah edit segala mak nenek meta tag, dofollow, bla bla bla yang saya pun dah tak ingat tapi masih penting untuk blog dan sistem threaded komen yang saya suka tu pun dah direvert kepada yang asal. Adoi. Kena buat balik semula. Dah la susah jugak nak buat benda tu.

Terpaksa lah merangkak cari balik. Nasib baik lah ada beberapa perkara yang saya buat, saya masih simpan link tutorialnya. Kalau tak, penat jugak nak cari balik.

Yang pasti, saya dapat dapat ilmu baru bila dah jadi macam ni. Blog pun berubah sedikit. Hehe. Kawan saya pernah komen dia terpaksa scroll jauh ke bawah melepasi kotak follower, banner yasreehomestay, twitter n shoutbox sebelum jumpa entri. So, banner iklan dan kotak follower saya letakkan kat bawah & kotak shoutbox saya letak sebelah menyebelah dengan twitter. Jimat ruang Winking

Pengajaran yang saya dapat dari perkara ni, DOWNLOAD TEMPLATE TERLEBIH DAHULU SEBELUM KO UPLOAD TEMPLATE BARU. Kan dah padan muka kau Fentot.Phbbbttt.

Cerita Dua
Saya rasa macam nak delete akaun facebook la. Tapi still nak berhubung dengan kawan – kawan. Alasan nak delete akaun ni sebab saya rasa macam privasi dah kurang bila accept banyak request. Mostly kawan – kawan kat facebook tu ramai pengusaha blogshop & orang - orang yang saya tak kenal tapi pakai approve je. Kalau dari pihak saya, masih oke la dapat kontrol sapa yang dapat lihat gambar – gambar peribadi. Tapi bila adik, kawan – kawan tag takkan nak suruh diorang remove gambar tu semata – mata tak suka gambar kita ada disitu kan?

Serba salah. Serba tak kena semalam apabila kawan saya upload gambar waktu tingkatan 3 dulu, dimana kami sedang menyediakan juadah untuk BBQ asrama. Gambar saya tak bertudung. Lepas dia masukkan pic tu, terus saya buzz dia kat chat. Dan dia sendiri dah faham. Sori la sayang, bukan tak suka. Tapi…harap kamu tak marah Sigh

Jadi, dengan itu saya dah buat fan page kat facebook. Senang nak berinteraksi dengan pembaca. Hey, semua orang pun dah ada fanpage facebook kan? Mana tahu lepas ni tetiba terglemer ke senang la orang nak cari dan klik like kat fanpage saya tu hee..perasan nombor satu kau ni.

Dah la, malas nak cakap banyak. Kalau suka klik Like, kalau tak suka pun klik Like jugak haha. Dah, nak tido. Penat sangat hari ni. Penat tido. Babai.


Jangan lupa klik Like tau! Hee :P

Nyanyikan I lagu please

Thursday, August 19, 2010

not enough sleeping 
Jam 1.30 pagi

trutt trutt..hp berbunyi

“Hello………” *mamai

“Bebi, ai tak boleh tido laaaaa”

“Dah tu yu nak ai buat ape…………” *mamai lagi

“Bebi bebiiii..yu nyanyikan ai lagu boleh tak? Ai tak bole tido niiiii..pleaseeee..”

“Nyanyi lagu ape pulakkk tengah malam buta niii..”

“Bebi nyanyi la lagu apa – apa pun..ai sunyi”

“Sunyi pulak dah. Ai ngantuk la…pegi la bukak radio ke mp3 ke..ai nak buat apa, bukan terer 
nyanyi pun”

“Bebi niiii..tak romentik lansung la. Ai nak dengar bebi nyanyi. Ai nak orang tersayang yang nyanyikan untuk ai. Bebi tak sayang ai keee?” *merajuk

“Ye lah ye lah..dah dok diam – diam dengar ai nyanyi”

“Ok”





10 saat berlalu..*diam
.
.
.
.
.
.
.
.
.
20 saat berlalu..*diam lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.

30 saat berlalu..kritt kritt kritt *bunyi cengkerik








40 saat…”Bebi!”

“Krohhh koh koh koh..erk aa aaa..ye ye ai nak nyanyi la nih. tengah amek feel”

“Tipuuuuu. bebi tidooooo..bebi jahat..bebi tak sayang ai…”

“Tak..oke kali ni ai nyanyi..dok diam –diam”

“Nyanyi tau. kalo bebi tido lagi, ai taknak cakap dengan bebi lagi dah. huh”

“Alhamdulillah”

“Apa bebi cakap??”

“Eh tak ai cakap janganlah”

“Tau pun..dah, nyanyi cepat”

“Ye ye..ready?”

“Ready!” *excited




“Sepohon kayu daunnya rimbun..lebat bunganya serta buahnya…waaa…”

tutt tutt tutttttttttttttt *talian putus

Moral of the story :- jangan ganggu orang tido di tengah – tengah malam buta.
kredit gambar : photofacade

Peraduan: Copy & Paste Raya

Wednesday, August 18, 2010

Sapa nak menang mp4 dengan kamera? Meh sini nak kasi tau. Cuma copy paste je ayat dalam kotak tu.

mp4-raya-mediahehe-350x262

Nak menang mp4, paste ayat ni.

Raya tahun ni saya nak layan lagu Selamat Hari Raya, Balik Kampung, Dendang Perantau dan lain-lain dengan MP4 yang dihadiahkan oleh MediaHehe..

Kalau terasa nak MP4 ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com

 

mediaheheLS-23_2-copy-300x224 

Dan kalau nak menang kamera, paste ayat ni.

Raya tahun ni saya nak tangkap gambar kuih semperit, lemang Pak Ali, ketupat rendang dan semualah dengan Kamera Digital yang dihadiahkan oleh MediaHehe..

Kalau terasa nak Kamera Digital ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com

Nak copy paste kedua – dua pom bole.

Pegi sini

Bak kata tuan tanah, Masa inilah untuk menjadi tamak.. =) 

 

Hehe

Kredit : Ynn

Jom enhance smileys anda di Facebook dengan Facicons

Sunday, August 15, 2010

Dah bosan dengan ikon smiley biasa – biasa je kat facebook korang? Setakat ikon :) :)) :P n habis – habis koman pun boleh buat ikon ni –> ♥ guna alt+3 / <3 atau copy paste ikon best – best macam ni

▒▒▒▒▒▓
▒▒▒▒▒▒▓
▒▒▒▒▒▒▓
▒▒▒▒▒▒▒▓
▒▒▒▒▒▒▒▓▓▓
▒▓▓▓▓▓▓░░░▓
▒▓░░░░▓░░░░▓
▓░░░░░░▓░▓░▓
▓░░░░░░▓░░░▓
▓░░▓░░░▓▓▓▓
▒▓░░░░▓▒▒▒▒▓
▒▒▓▓▓▓▒▒▒▒▒▓
▒▒▒▒▒▒▒▒▓▓▓▓
▒▒▒▒▒▓▓▓▒▒▒▒▓
▒▒▒▒▓▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▒▒▒▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▒▒▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▒▓▒▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▒▓▒▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
▒▓▒▒▒▒▒▒▒▓
▒▒▓▒▒▒▒▒▓

dan macam semak bila tengok kat kotak komen kawan – kawan yang lain penuh dengan mesej ni kat bawah setiap komen ada mesej sakit hati ni

facicon_6
semak kan >.<

 

facicon nak ikon camni tak?

Jom ikut saya!

Mula – mula pegi ke facicons.com

 

kemudian

facicon_1 
klik download

 

step seterusnya

facicon_2
klik continue

 

pastu

facicon_3
klik install

 

then akan keluar window untuk instruction soh korang refresh fb masing – masing (f5) dan lepas korang tekan refresh / f5 kat facebook masing – masing, maka keluarlah butang ikon facicon kat kotak wall post korang dan kotak komen kawan – kawan korang..

facicon_4 

Selamat berbuka!

facicon_7 

Cikgu Isza & kisah lembu yang terkenal sekelip mata & Kyuubi, kalau la semua perkara di dunia ni bermula dengan huruf S..

Thursday, August 12, 2010

Buat dua tag dalam satu..hee~

Tag dari En. Kyuubi

Rules And Regulation:

it's harder than it looks copy this  to your own notes,

erase my answer

enter yours,

tag twenty (20) people – ai skip ye, dah lama kot

use the first letter of your name to answer each of the following questions,

they have to be real, nothing made up if the person before u had the same first initial, u must use different answer,

u cannot use any words twice and u can't use your name for the boy/girl name question.

Here we go..~

what is your name: Shafina
a four letter word: Solo
a boy's name: Salman Khan
a girl's name: Syaza Syazwana
an occupation: Salesgirl
a colour: Sephia [kira kaler jugak kan kan kan?]
something ur wear: Shawl
a food: Spaghetti
something found in the bathroom: Sprinkler :P
a place: Sabah
a reason to being late: Sorry boss, i can’t start my scooter this morning, that’s y i was late=P 
something u shout: S**lan! [sorry, takleh letak penuh, nanti hilang kesucian blog ni :P]
a movie title: Shroom
something u drink: Sirap bandung
a musical group: Spin  
an animal: Snake
a street name:
a type of car: Sorong [cakap JENIS kannn]

 

Tag dari Cikgu Isza pulak


1. Thank & link the person that gave you the cow
Terima kasih cikgu :D

http://chekguisza.blogspot.com

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active..
err..err..dah lama dah ni, tak payah la kot >.<

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat

Ni ha, orang kaya Fina nak berwasiat siket..tulun jaga ini lumbu. Nanti lagi 2 3 bulan ai datang amek balik. Bagi makan kasi bulat ye..


4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tengok tv

Melayan si kecik Syabil main / jawab soalan / mengaku benda yang dia tunjuk kat tv sebab kalau tak mengaku nanti dia buka jurus cakar muka sampai berparut +.+
Surf internet of course
Mengunyah..mananya tak berat kau cik Fina oiii


5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
laktot – sejenis rumpai laut yang dibuat ulam
beronok – hidupan laut yang buat sesetengah orang geli
lagi satu, tak dapat fikir sebab kalau fikir jadi lapar aip aip posa posa.


6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat Facebook
Ada la dekat nam ratos (kebanyakkannya profile bisnes..bisnes tudung la, shawl la, kasut la, blouse la, serunding la, underwear laNailbiting)


7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...
Panjang ceritanya..ni kalau menaip, 3 hari 3 malam takkan abes kot. Over.


Pesanan Penaja:
Simpan lembu ni elok – elok, kasi makan sampai gemuk, nanti Raya Haji ai datang amek balik nak buat korban. Makasih.

 

p/s – sori ye, dah berkurun kat dalam draft baru nak buat sekarang >.<”

Buffered more and more..Thanks thanks thanks!

Ahhh..entri Bercuti di Terengganu & entri di Pendang tak siap –siap lagiiiiii!

Bukan malas, tapi takde mood nak blogging..tengok trafik pun menyedihkan je..200++ je yang masuk seminggu. Macam mana nak jadi blogger tegar cenggini?

Pasang niat nak publish at least 4 hari sekali, last – last 4 hari sekali baru publish. Kesian kat diri sendiri, mood kelaut. Geng, cmana ek nak kasi bernafsu sket dengan blog nih? Saya suka blogging, sebab saya boleh menulis. Saya suka menulis, walaupun kadang – kadang kelihatan seperti tulisan syok sendiri, tapi saya suka, sebab sebab sebab…

suka hati saya la..

Tapi memang saya suka menulis.

Saya rasa terhutang budi sangat – sangat dengan Nuffnang sebab masih mahu beri saya Buffered earning walaupun jarang update..

Ni ha, dapat lagi..

BE_9_10_11
Buffered earning ke 9, 10 & 11. Thanks NN!

BE_tonton
tonton.com.my

BE_digi_lagi
Digi lagi Big Grin 

BE_garuda airlines
Garuda Airlines  
 

Iklan Kiwi dengan IBM Innovate tak lama kat blog ni. Buat masa ni, iklan VISA Promotion dengan Snickers paling lama, tapi jodoh blog ni dengan Snickers tak lama apabila iklan tersebut telah terkeluar selepas sebulan berada dalam carta. Cececeh, macam carta Era.fm pulaks.

P/s – Ini bukan entri meninggi diri tapi sebagai rekod pendapatan, mana tau tak pasal – pasal orang LHDN nak datang audit ke macam RedMummy tu ewah ewah tinggi berangan, taknak tinggi lagik ke >.<

P/s – Betul la tu sebagai rekod, tapi lebih kepada rekod peribadi. Almaklumlah, saya berblogging ni pun ada orang pertikai. Diorang ni kan, semua tak kena tau..semua tak puas hati apa ai buat. Tunggu la nanti ai dapat cek NN, baru padan muka masing – masing. Tak caya sangat blogging ni bole buat duit. Sabar je la kan.

Update\\

Hari ni 13 Ogos 2010, dapat lagi satu Buffered Earning!

BE_12
Tambah lagi satuBig GrinApplause 

BE_DiGi_Blackberry

DiGi Blackberry pulak Love Struck

 

Many thanks Nuffnang.

Selamat Hari Jadi ayah..eh eh silap tarikh la

Tuesday, August 10, 2010

Tabiat saya, kalau ada idea nak buat entri, saya kena taip sekarang tu jugak. Kalau simpan, nanti idea tu lari. Macam dalam keadaan sekarang, saya berada di dalam feri nak balik ke Langkawi, sedikit terhuyung – hayang feri ni dek terkena alun, tapi saya gagahkan juga menaip sebab takut nanti idea tertinggal kat dalam laut sebab dia taknak naik ke darat oke poyo. Sebab nanti dah lupa tak leh ingat dah. Lansung tak ingat.

Kembali ke tajuk berita kita kat atas ni..

Kelmarin ayah hantarkan saya pegi ke pejabat sebab nanti nak terus pegi ke seminar kat Pendang. Sewaktu dalam perjalanan, ayah suruh tengok – tengokkan hp dia untuk sebab apa saya dah tak ingat. Waktu buka hp ayah, ada 8 unread message tertera kat skrin hp ayah. Terus saya buka ingin melihat mesej apa yang dihantar..mesej pertama berbunyi “dear our valued customer..you can send free sms on your birthday..bla..bla..bla” lebih kurang la ayat dia tu.

Terus saya teringatkan hari jadi ayah. Nasib baik baca mesej tu, kalau tak mesti miss hari jadi ayah (walaupun mak yang selalu ingatkan hari jadi semua ahli keluarga termasuk menantu dan cucunya).

Waktu turun dari van, sempat saya ucapkan “Selamat hari jadi ayah” dan ayah hanya mengangguk tersenyum dan terus saya naik ke pejabat.

******

Di Pendang Lake Resort

Lepas topup, terus saya call mak bertanyakan hal Dikja. Dikja call mak pukul 4 pagi malam sebelum saya datang ke seminar. Ada sedikit masalah yang tak payah rasanya saya ceritakan kat sini. Niat telefon tu sebenarnya nak bercakap dengan adik Syabil. Macam biasa ayat dia kalau bercakap dalam talian dengan orang “Hello..Nana, watpa” dan lepas tu taknak cakap dah.

Kebetulan telefon mak terus bertanyakan hal Dikja. Lepas selesai borak, saya tanya mak “Tak keluar makan ke malam ni?

Keluar makan kenapa?

Ye lah, kan malam ni birthday ayah..

Eh, hari jadi ayah kau..eh, hari ni baru 8 haribulan..ayah kau kan 10 haribulan!

Arrrrrrrr..ye lahhhhh..ya Allah, tadi baca mesej dari celcom hari ni hari jadi ayah..” (padahal baca mesej tak abes)
Ya Allah..malunyaaaaa

Haha” mak gelak

=.=”

Malu Blushing

 

P/s – moral of the story, sila habiskan pembacaan anda sebelum buat spekulasi. nanti berkulat siku. Eh, ada kena mengenakahTongue

Pendang : Rasa macam nak datang lagi

Monday, August 9, 2010

Semalam tidur sangat nyenyak!

Lama pulak tu

Best

Rasa nak datang lagi

Yes, confirm nak datang lagi

Sekian

Pic7424

Terengganu dah sudah, Pendang pulak

Sunday, August 8, 2010

Terengganu dah sudah. Entri tak keluar – keluar lagi. Macam mana nak jadi blogger berhemah bermutu tinggi berkaliber berdedikasi berkomitmen dan ber ber ber yang lain kalau berperagani macaam ni. Pergi Pendang pulak.

Macam entri sebelum ni, nasib baik padet blog dalam feri, kalau tak, memang tak keluar – keluar la entri tu.

Sekarang sudah berada di dalam feri dengan Julia. Pegi seminar anjuran Majlis Daerah Pendang berkenaan Local Agenda 21. Kalau ikutkan hati bos, dia nak hantar ke empat empat orang PKA tapi yang diluluskan cuma dua je..so ikut je la.

Terkejut sekejap tiket feri ke Kuala Kedah dah jadi RM20 (ke memang sebelum ni RM20 tapi lupa diri bajet tiket tu murah)

Pegi beli tiket dengan Julia. Nasib baik beli awal – awal. Kalau tak, tak pasal – pasal terlepas feri pukul 11.30 pagi.

Ramai jugak orang hari ni. Habis bercuti mungkin.

Bagi harga tiket, untuk penduduk yang beralamatkan Langkawi di kad pengenalan hanya dikenakan RM20 berbanding RM23 bagi penduduk yang bukan beralamatkan Langkawi di kad pengenalan mereka.

Nak tau tak, dulu orang pakai trik guna kad pengenalan orang Langkawi untuk beli tiket sebab kita perlu kemukakan kad pengenalan kita kat kaunter kalau nak beli tiket harga Langkawi.

Sekarang ni, kalau seseorang penumpang tu hulur tiket warna merah (untuk penduduk Langkawi) waktu nak naik feri petugas feri akan check sekali lagi bagi memastikan pemegang tiket tu betul – betul orang Langkawi.

Pic2465
bukan tiket yang dimaksudkan

Waktu pergi Terengganu dulu, takde la pulak orang check. Sebab petugas kenal dengan ayah kot sebab ayah yang hulur tiket waktu nak masuk dalam feri.

Time dengan Julia ni, mungkin kami nampak macam orang luar kot. Nak nak pulak masing – masing punya style macam student dan saya pulak siap bawak beg kertas Hj. Ismail Group, mesti terdetik kat hati petugas feri tu, ‘budak luar ni’ >.<

Sekarang kat dalam feri penuh dengan penumpang. Waktu enjin feri dihidupkan macam tak ramai je orang. Dah penuh dah sekarang.

Err..harga tambang teksi dari Kuala Kedah ke Pendang Lake Resort berapa eh? Nak claim nanti Big Grin

 

Amboi amboi..main gigit – gigit telinga pulak diorang..

Saturday, August 7, 2010

Saya tak ingat bila saya terjumpa benda ni tapi lepas jumpa tu terus saya amek screenshot untuk dibuat bahan dikala kekeringan idea untuk entri. Amboi cik Fina, stalker betul kau. Keh keh keh.

Moh kite terjah.

ish_ish_ish

ish_ish_ish1

ish_ish_ish2

Amboi amboi korangggg..

Guys & gals sekelian, nak tanya, melalui perbualan diorang ni, apa yang korang fikir bila diorang boleh berbalas komen tanpa segan silu macam tu yang sah – sah kawan – kawan diorang boleh baca? Nak tunjukkan kemesraankah? Nak tunjuk yang diorang tu liberal kah?

Aha. Budak – budak ni baru berusia belasan tahun. Advance kepandaiannya.

Nuffnang : Buffered ke 6 7 & 8. I Love You NN

Tuesday, August 3, 2010

Bercuti kat Terengganu dah setel..sekarang berada di Putrajaya. Sepatutnya hari ni dah sampai ke Langkawi. Tapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, terpaksa bertolak malam ni dan tiba pada esok hari ke Langkawi.

Nanti saya update percutian kat Terengganu. Buat entri ni sebab nak ucapkan terima kasih kat Nuffnang sebab bagi lagi Buffered Earning kat saya.

6th_7th_&8th_BE 

kiwii  
kiwi
 

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright