Tuesday, November 23, 2010

Kalau korang guna Google Chrome pastu malas nak klik next page, saya ada sesuatu yang best untuk anda. Sangat convenient

As salam & a very good afternoon.

Khas untuk pengguna browser Google Chrome.

Korang pernah tak buka satu blog atau website dan kemudian terfikir;

'alangkah heavennya kalau aku dapat baca next page walaupun aku tak klik apa - apa'

Tuuuuuuuuuu..angan - angannnnnnnn..penyegan punya orang.


Tapi takpe. Jangan risau. Kerana Google Chrome telah mendevelop satu extension yang sangat best iaitu FastestChrome. Dengan FastestChrome ini korang tak payah lagi klik next atau older post untuk ke page sebelumnya kerana FastestChrome ini akan bawak korang allllll the way ke bawah (next page) tanpa perlu korang klik apa - apa dan tanpa perlu jugak korang tunggu untuk ia loading bila dah klik ke page baru. Tunggu tetap kena tunggu. Tapi dia akan load di page yang sama la..


Korang scroll ke bawah then dia akan load the next page tanpa perlu pergi ke mana – mana, macam tu jugak kalau korang nak ke next page lagi, perkara yang sama jugak korang perlu buat. So basically, korang just perlu scroll down saje. As simple as that. Kan?




Best best. Lepas ni boleh la lepak lama - lama kat blog - blog orang yang sehari update sampai berpuluh - puluh entri masa pun jimat tak payah buang masa loading lama - lama bahagia menjelma hee..


PB222300_=P
muka bahagia la kononnn

Benda alah ni adalah similar to FastestFox kat Mozilla Firefox.

Klik ke sini untuk install : FastestChrome - Browse Faster

Nanti saya padet fungsi penuh menatang FastestChrome ni yerp. Babai


Sunday, November 21, 2010

Apa pendapat anda mengenai isu delete komen dekat Fan Page Facebook? adakah sebab tak dapat terima kenyataan. atau… pendapat anda? http://youtu.be/abEUwRyDHPU

Sat nak gelak dulu..keh keh keh. Baru online hari ni selepas 5 hari bertapa dalam gua akibat internet problem kat rumah :P
Pendapat saya, orang ni jenis yang tak boleh terima kenyataan yang dia ada kekurangan tapi act macam dia tu sorang je terer kat donia ni. Itulah. Jangan gah sangat lain kali. Benda belum jadi lagi. Macam semalam waktu beregu badminton lelaki kita main kat Asian Game, yakin je orang tu cakap kita dh boleh emas. Last2? Renung - renungkannnnn..

Apa pun, kat sini saya nak ucapkan tahniah kat pemain beregu badminton kita semalam. Bersungguh - sungguh diorang main. Tapi apakandaya nasib tak menyebelahi bila kalah kepada beregu Indonesia. Nampaknya, yang lain kena struggle lagi la utk capai target nak dapat 9 emas tahun ni. 

P/s - terkejut tengok rama - rama putih muncul waktu game sedang berlansung.  

adakah anda berasa selamat ketika bersendirian?

Kadang - kadang rasa selamat. ikut keadaan la. Kalau kat rumah tade hal kot. Tapi kalau pegi travel ke kursus luar daerah ke, rasanya kena ada org teman. Takut jugak kalau jadi apa - apa kan. Kat sapa kita nak mintak tolong. Orang zaman sekarang pun tak semua yang kita boleh caya. Wallahualam..
Eh, apesal soalan ni macam seram eh?

Monday, November 15, 2010

Selamat datang ke dunia Syasya Syazwina!

Ehem..Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera semua.

Masa : awal - awal pagi sebelum mandi.

Kelihatan Dikja sudah pun bangun (dia tido depan tv sebab senang dia & Syaza nak ke toilet sebab dia preggie n Syaza pulak kalau nak terkucil, dia akan terus bangun n terkam pegi ke toilet. So, lebih selamat tidur di bawah berbanding tidur di bilik atas nak kena turun tangga lagi, silap - silap tercicir kat tangga P:)

Dari raut muka jelas terpamer sedang menahan sedikit kesakitan. Saya tanya "ko sakit ke dikja?" "sikit - sikit" jawabnya. 

Lepas bersiap - siap turun ke bawah, kelihatan Dikja sudah tiada di tempat tidur.  Dia pergi mandi. Teruskan bersiap dan bergerak ke pejabat.

Masa : dalam pukul 9 pagi nak ke pukul 10 pagi.

Rasa tak senang duduk. Call mak, mak cakap dikja ke klinik. Apa - apa hal mak akan call balik.

Call mak lagi sekali pada pukul-berapa-ntah-tak-ingat. Dikja dah disubmit ke hospital. 

oke. ai pulak yang lebih - lebih cemas kan.
Fuh fuh fuh.."dah macam nak bersalin gayenye kamu ni Cipina" kata salah sorang kawan saya kat kotak komen. Ai excited oke. Ai ni kalau excited melampau, kepala jadi pening. Terus nanti nak ilang mood sebab pening. Haih. Perangai. Burok betol.

Dalam pukul 9 berapa-berapa-belas-minit-ntah, mak call lagi dikja dah selamat melahirkan.

Syukurrrr alhamdulillahhhh..

Tengaharinya, terus pegi ke hospital dengan Julia melawat si baby & ibunya. 

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar dan segala urusan dipermudahkan..lahirlah seorang bayi perempuan yang comel berkeberatan 3.1kg.

Gambar sudah selamat diupload ke facebook. Kalau rajin, jenguklah ke sini. 

Sampai sini dulu. Nanti saya sambung balik ye. Nak balik tengok si comey tu dah buka mata ke belom. Asek tido je dia :P

Thursday, November 11, 2010

Tanya Pada Siapa - Angelika

Lirik lagu ni kena sebijik kat saya -_-"




Tanya sama pokok , Kenapa bergoyang
Nanti pokok bilang , Ada monyet yang goncang
Lagi-lagi duka , Lagi-lagi lara
Kau katakan aku yang mula semua

Oh kau telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidka mengerti

1,2,3 langkah kita bermula
4,5,6 siang tanpa kelam
7,8,9 kau kuibarat intan
setia mentari terus menerangi

@Hari demi hari masa lemas terjalan
Sinaran mentari seakan bosan
Kau kata ku tak setia , Ku bilang kau gila
Hubungan kita ada yang tak kena

#Antara oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata , siapa yang harus disalah
Ulang * (2x) , ulang @ , ulang # , ulang * (2x)

Antara Oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata kita mula bertanya
Kenapa , mengapa.. kenapa oh mengapa
Siapa yang harus disalah

Oh.. Kau tlah mencuri
Oh Hatiku , pulangkanlah
Oh semula, ku tak mahu
Oh cintaku , kau miliki

Oh kao telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidak mengerti..





FB Shoutbox - generasi shoutbox baru

Assalamualaikum korang korang, selamat pagi semuanya! (dh berapa kali tukar dah ni dari petang-malam-pagi)


Patutnya pos ni dipublish semalam, tapi memandangakan ai tertidur depan si comel ni dah tu pulak tido tak sedar diri sampai syaza amek masa jugak la nak kejutkan soh buaikan syabil sebab syabil panggil kak na dia soh buaikan takmau orang lain sebab syabil ni dia ikut suka hati je nak assign org soh buaikan dia kalau dia kata mak maka mak je lah yang boleh buaikan dia tak boleh orang lain kalau tak dia marah ewah ewah tak buai kang baru tahu.


Sudah. Bukan yang ni saya nak pos sebenarnya. Ini yang betul.


Selain template blog yang sekejap pink sekejap ijau ni korang perasan apa lagi?


(Selain ketiadaan muka tuan blog yang annoying eksen idung tinggi kat banner) 
..ada lagi tak?

Tak perasan? Oke. takpe. meh saya gtau. blog ni tak glemer. ehehe..



Kat blog saya ada satu shoutbox berjenama Shoutmix. Sekarang saya telah menduakan dia dengan shoutbox yang baru yang berjenama lagi femes, yang lagi putih, yang lagi semat, yang lagi apaapajelah. Dia datang dari brand yang terkenal serata donia. Umpanya kalau korang tak kenal kiranya ketinggalan zaman lah camtu ha..terkenal tak terkenalnya dia.. 


Meh saya tunjuk gambaq dia..meh meh..



tada!!


FB SHOUTBOX


comel x? ni incik haizatt akak yoy yang buatkan ehehe. Korang nak x? Kalo nak, p sini mintak kat dia :P

Buat haizatt, thanks banyak2 ye. Ah. ada soalan. Bila orang pos kat fbshoutbox, dia ada tempoh eh? Sebab tengok kat fbshoutbox saya yg orang komen dh ilang. harap dibantu.

Sekali lagi, berbanyak - banyak terimas kat adik haizat@yoy yang hemsembaikhatimurahrezeki ini. Terima kasih ye dik!


Tuesday, November 9, 2010

Jangan buat saya marah boleh? =)

Jangan ingat perempuan itu mudah. 
Hanya kerana dia sentiasa menurut kehendakmu, 
Jangan fikir dia akan selalu menurut.
Hanya kerana dia selalu mengalah denganmu
Ingatlah, ketika hatimu gembira memperlakukan sebegitu..
sesungguhnya..hati dia sedang kecewa denganmu..
Juga harus digam gajah, dabel tape, distapler dan diselotep di minda 
bahawa dia juga mempunyai takat didih kesabaran yang terhad
Jangan dicabar ke tahap yang dia sendiri tidak mampu untuk tangani. 
Padah nanti jadinya..


don't you? =)
sumber gambar : sini

Friday, November 5, 2010

The Cabin. Chalet dari kontena terpakai.

Nota : Pos ini telah dikemaskini dan gambar-gambar yang hilang (rujuk disini punca semua gambar hilang dalam blog) di dalam pos ini digantikan dengan gambar-gambar dari website di www.thecabin.com.my


Gambar di printscreen dari website The Cabin Langkawi
First time nampak memang takjub gila kot sebab tak sangka akan ada kat Malaysia benda alah ni walaupun dah pernah tengok kat tv tentang perkara sekreatif ini.

Tapi yang kat tv tu tak heran la sangat sebab benda tu dilakukan di sebelah barat. Kat sana, banyak je benda – benda pelik kita boleh tengok diorang invent hari – hari sebab otak orang depa murah, otak orang kita mahai. Kenapa pulak otak depa murah otak kita mahai?

Sebab depa tak kedekut nak pakai otak untuk berpikiaq tak macam orang kita yang malas nak pakai otak-cuma-aplikasikan-apa-yang-ada-tanpa-ada-inisiatif-nak-buat-sendiri. Makanya berkaratlah otak – otak orang kita sebab jarang guna. Mahai katakan. Kena la simpan elok - elok. Begitulah kisahnya.

Mukadimah saja dah tiga rangkap. Kembali ke realiti. Kontena. Ya. Itulah medium yang digunakan untuk dibuat seunit chalet yang sangat lah comel, selesa, sejuk, tak sangka dok kat dalam tu rupa – rupanya dok dalam sebijik kontena, katil empuk, tv 32”, perabot dari IKEA, astro sorang satu bukan centralized, wifi free, ada balkoni sendiri, laman cantik, dekat gila dengan Underwater World Langkawi yang hanya berharga RM satulimakosong sepanjang tahun sehingga Disember 2010 ya tuan – tuan dan puan – puan adik – adik kakak – kakak abang – abang semua mempersembahkan…


Terletak di tempat paling hampeh happening di Langkawi, mana lagi kalau bukan Pantai Chenang yang ramai orang dan sesak dah nak macam Phuket itu. Sangat senang nak ke lokasi kejadian terletaknya chalet ini. Tepi jalan je. Dekat gila dengan Underwater World Langkawi bahkan dari balkoni bilik pun dah boleh nampak bumbung Underwater World dimana penguin – penguin comel berketurunan Backhopper ditempatkan haha detail ai bagi kat yu.

Tak best ah kan baca ja takdak gambaq betul tak? Jom usya gambaq pulak.

Datang sini pun bersebab. Temankan kawan buat survey. Sambil menyelam sambil minum air kata orang, dah datang tak nak la lepaskan peluang nak menyurvey (??) jugak kan. Nak nak pulak, staf kat situ offer nak tunjuk bilik. Pucuk dicita ulam mendatang, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, setuju selalu laaaa heheh. Jom.

Dalam bilik

Gambar : SINI
       
Kami masuk ke bilik yang dah ready dipasangkan air-con untuk next guest yang tak sampai lagi. Nyaman dong. Macam tanak kuar dah ai cakap yu. Nasib baik sedar diri yang bilik tu orang nak pakai, kalau tak, mau dah tido situ seround dua sebab lepas tunjuk bilik, staf tinggalkan kami kat situ soh buat macam bilik sendiri dan dia kembali ke kaunter reception yang juga berlokasi di dalam kontena.


Tak nampak macam dalam kontena kan?

Gambar : SINI

Didatangkan dalam jumlah 10 unit, maka tak susahlah nak menjaga tempat ini memandangkan kawasannya yang tak berapa luas tu. Kemas dan bersih.

Lagi gambar.


Dari tempat si fotografer ni berdiri, dibelakangnya jalan Pantai Cenang & di seberang jalan penuh dengan
kedai kecil-kecil menjual pelbagai barangan.



Semua gambar ihsan dari SINI

Nak cari The Cabin ni tak susah pun. Once korang dah sampai Pantai Cenang, risiko nak sesat mencari tu -0% lah. Kalau sesat jugak, hmph tak tahulah.



Untuk tempahan :

Boleh isi borang disini.
Atau boleh telefon mereka di talian +6(012) 417 8499

Monday, November 1, 2010

GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM

Korang, nak domain free tak? Meh sini. Jom ikut saya join Giveaway dari Melromeo.com nih. Syarat - syarat dia senang jek. Cuma tag kawan anda seramai 5 orang dan kemudian pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org


Yeah, jom saya nak tag. Mari kita lihat siapa yang kenaaa...

GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM
Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS


1. ojin
3. hiro
5. mimiot

MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG
GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM


Sedikit pasal syarat - syarat dia.


1. Create 1 Entry bertajuk “GiveAway Domain From MelRomeo.Com
2. COPY Ayat berwarna Merah diatas dan PASTE di blog anda. (PASTIKAN LINKBACK KE ENTRY INI)
3. Tag 5 Orang Kawan Bloggers
4. Comment Entry ini berserta LINK Entry anda dan Siap!




Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected