Wednesday, January 26, 2011

Cerita pasal Cipina & jaketnya

Saya ada satu tabiat yang sedikit pelik. Pelik sikit je. Tak banyak. Iaitu suka pakai jaket / cardigan kat pejabat. 

Tujuan asal tabiat ni adalah pakai sewaktu menunggang si Ego yang comel tu ke tempat kerja. Tapi ditambah dengan keadaan pejabat yang berpenghawa dingin yang sangatlah sejuk dan kulit saya pulak jenis nipis tak tahan sejuk, terpaksa sarung jaket tu dari awal pagi sampai ke petang hari pulang kerja.

Bila dah hari – hari buat macam tu, akhirnya dah menjadi tabiat. Tak kiralah panas atau sejuk, jaket mesti sentiasa ada.

Selain sejuk melampau di pejabat, ada alasan lain sebenarnya pakai jaket kat pejabat ni hehe.

Antaranya :

  • Kadang – kadang pakai baju macam jarang sikit, pastu malas nak pakai inner kat dalam, jadi jaketlah penyelamat dari mata – mata miang meng’scan’ susuk tubuh badan kita. Bencik.
  • Kalau pakai tudung terpendek dan tak tutup dada, jaketlah jadi penyelamat dalam hal ini.
  • Walaupun naik skuter je, tapi kalau dah namanya perempuan, biasalah, kalau datang kerja mesti nak melawa ya tak? Jadi bila pakai tudung lawo – lawo mengerbang – ngerbang macam Dato’ Siti penuh glamour, jaketlah yang menyelamatkan keadaan sekali lagi. Dengan memakai jaket diluar, keglamoran tudung tadi akan terpelihara dari angin jantan yang ganas time naik skuter eh angin yang ganas ke tuan moto yang ganas sebab merempit.
  • Ini part yang paling penting. Nak cover perut yang semakin galak membesar eh eh bukan sebab ada benda hidup, tapi sebab tuan punya badan suka seksa badan dan perut sendiri dengan menyumbat segala macam jenis makanan tanpa mengikut jadual T__T asal jumpa makanan, sumbat, asal jumpa makanan, sumbat. Mana tak membelon.

Ramai yang pelik dengan kejadian saya memakai jaket ditengahari. Even nak keluar pegi makan yang pada masa itu cuaca di luar nauzubillah panas terik pun jaket tetap setia membalut badan. HAHA. Pelik kan?

Tapi saya bernasib baik mempunyai rakan seperjuagan yang mempunyai tabiat yang sama tapi tak tahulah atas alasan apa dia pakai jaket sepanjang masa. Yang nyatanya, jaket dan kami memang tak boleh dipisahkan. Rasa kekok tak pakai jaket satu hari.

Kalau nak bukak jugak jaket, kena buka dari awal – awal masuk kerja. Tongue

 

Ini draf yang telah berkurun ditaip. Juga auto – publishStriaght Face

Saturday, January 22, 2011

EP4 : Aku Seorang Blogger

Terjah cerita sebelumnya untuk lebih pemahaman =)




Seperti yang dijangka, hanya beberapa minit selepas itu ...............

..komen menderu - deru masuk di entri yang baru dipublish itu. Tak hairanlah kerana Ilya Suhana adalah salah seorang blogger yang agak terkenal di arena blogging di Malaysia. Setiap kali entri baru dipublish, menderu - deru trafik ke blognya.  Ditambah pula apabila ada entri terbarunya diselitkan sekeping dua gambar dirinya sendiri yang selalunya dipos separuh - separuh yang sebenarnya menjadi penarik kepada pembaca ke blog terkenalnya itu. Misteri..tapi cantik. Itulah sikap empunya diri Ilya Suhana ini. Di atmosfera blogging, dia terkenal dek kecantikan misterinya itu, namun di dunia realiti, dia hanyalah Ilya Suhana yang biasa. 


Dia menekan F5 di blognya di mana setiap kali refresh, ada saja komen terbaru akan muncul. Rata - rata mengecam tindakan Haqim berbuat sedemikian kepadanya. Tak kurang jugak komen yang mengutuk dirinya. Almaklumlah, blogger famous. Tak sah kalau takde haters. 


'Ah. Anonymous. Takde telur. Tak payah layan' 

Komen di blognya tidak dimoderate. Supaya telus. Selepas beberapa ketika berbuat demikian, Ilya Suhana terus menekan alt+f4 dan terus menutup laptopnya. Sebal dengan perlakuan si Haqim tadi masih bersisa biarpun telah diluahkan di blognya. Geram.


"Makan lauk semalam lah nampaknya tengahari ni. Haih..Nanti kau Haqim" 


Perkara yang diposkan di wall si Haqim malas mahu diperiksa. Tak pernahnya berbalas. Yang penting hatinya puas dapat berbuat sedemikian. Acap kali hanya kawan - kawan mereka saja yang sibuk menyakat. Kebanyakkan kenalan di facebook Haqim adalah rakannya juga. Jadi tak hairan sekiranya pada awalnya mahu memprotes di wall Haqim akhirnya menjadi tempat 'mesyuarat' Ilya Suhana dan kawan - kawannya yang lain. Selalu begitu. 




********



Berhati-Hati Dengan Lelaki Ini - Ilya Suhana


Berkali - kali Haqim membaca wall post dari gadis kesayangannya itu di Facebook. 


Apa kau dah buat ni syaitonnnnn? - Alan Hensem Gila ; Rakan sengal Haqim.

Kena sakat lagi la tu haha - Sesumpah Comel ; Teman baik Ilya Suhana

Sokong Ila, memang kene hati - hati dengan budak Haqim ni. Ila, kalau si sengal ni buat kacau lagi inform abg ye, nanti abg piat tinge die - Razman Botol ; Mentang - mentang duduk KL.

Hati - hati? Kenapakah? - Lili Asmida ; Teman yang baru diapprove tapi tak kenal pun.

Abg, abg kacau kak Ila lagi eh. Ika report mak - Ika Mardhia ; Sibuklah kau adik.



Disebalik komen teman - temannya dan adiknya di bawah pos itu, hati Haqim sedang berbunga. 

"Ilya..Ilya..comel betul lah kau ni" Desus Haqim di dalam hati.



Ilya Suhana. Nama seindah empunya diri. 'Ahh..Kalaulah kau jadi milik aku Ilya'..bantal peluk Spongebob kesayangan dicapai lalu dipeluk..


"Heheh. Kalau lah kawan - kawan aku tau yang aku ada bantal peluk Spongebob ni, mau sebulan aku kena bahan keh keh keh" 

'Ilyaaa..apesal la kau sombong sangat..Aku ni hensem apa..apa lagi yang tak cukup ha syg?' Monolog Haqim sendirian....

..dan Haqim tenggelam di dalam angan - angan sendiri. 







..beberapa belas minit kemudian..









"Qimmmmmmmm !" 


Tersentak Haqim dari mimpi yang baru nak start enjin. 


'Aduuuuuuhhh..!' 
.
.
.
.
.
"Ye makkk.."

"Turun sarapan!"

"Ye mak..jap g Qim turun"

Selepas menyakat Ilya Suhana, Haqim akan terus pulang ke rumahnya. Masih awal pagi. Teman lepaknya masih berdengkur. Begitulah rutin harian Haqim. Sanggup bangun awal pagi semata - mata untuk melihat wajah 'pagi' Ilya Suhana yang sangat comel pada pandangannya. Pelik. Haqim sendiri pelik dengan tabiatnya suka melihat wajah 'pagi' Ilya Suhana tu. Padahal muka Ilya Suhana yang bermata sembab baru bangun tidur je pun.

Bau nasi goreng belacan kegemarannya tidak dapat menahan Haqim dari terus berleka - lekaan di bilik. Terus kaki meluru keluar dari biliknya. Dirumah hanya ada dia dan ibu. Ayah seawal 6.00 pagi sudah keluar menoreh. Selalunya akan pulang antara pukul 9.00 - 9.30 pagi. Adik Ika baru sebulan mendaftar di UiTM Lendu.

Sambil enak melayan nasi goreng belacan dan cerita kartun di Astro Ceria...


..tiba - tiba tanpa disangka...

baca sambungannya di
EP5 : Aku Seorang Blogger

Tuesday, January 18, 2011

Entri pengenalan : Segmen Mari Menyambung Cerita by Fariqscorpio

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

lagi sekali. Ini adalah entri yang dicilok secara terus dari sini

Harini aku dengan rendah dirinya nak membuka penyertaan untuk segmen Mari Menyambung Cerita kepada semua para2 blogger yang berminat. Konsep yang aku nak buat kali ini bukan sahaja dapat membantu sesama blog dalam menaikkan trafik tapi ia juga dapat memantapkan cara penulisan di dalam sesebuah entri.
Konsep yang mudah lagi memudahkan. 
  • Semua peserta yang join segmen ini dikehendaki menaip satu entri untuk menyambung cerita daripada peserta sebelumnya.
  • Peserta yang menyambung cerita hendaklah memberikan backlink kepada cerita yang disambungnya. Contoh: peserta kedua membuat judul kedua dan memberikan backlink kepada judul yang pertama di blog peserta pertama.
  • Cerita mestilah berdasarkan kepada tajuk dan jalan cerita terpulang kepada penulis tetapi permulaan cerita pastikan berkait dengan judul sebelumnya.
  • Turutan cerita mengikut jumlah peserta. Dan saya akan menyenaraikan siapa yang akan mula sampai la ke penghabisan.
Siapa yang boleh join?
  • Siapa saja pon boleh, samaada blogger ataupon facebooker (dengan menggunakan note). Untuk twitterer harap maaf ye, anda nak tulis cerita kat mana sih.
Okay2, setakat ini tajuk belum ditentukan lagi. Jadi kepada yang berminat boleh tinggalkan komen disini sehingga pukul 9 malam, ini esok bergantung pada jumlah penyertaan. Sebarang update akan diberitahu kelak. Sebarang pertanyaan boleh cari saya di blogger chat room.
Fariq, ai join XD


Oh by the way, segmen ni sudah DITUTUP ye :D 


\\ Update //


Senarai Peserta dan Tarikh Segmen

  1. Elyna - 19/1/2011 - Pembukaan
  2. Fariq - 20/1/2011
  3. Moon - 21/1/2011
  4. Fina Fento - 22/1/2011 :D
  5. Cik Tom - 23/1/2011
  6. Solihin Zubir - 24/1/2011
  7. Equrlz - 25/1/2011
  8. Siti Safiyyah - 26/1/2011
  9. Echah Mahsuri -  27/1/2011 
  10. Scha Al Ahmad - 28/1/2011
  11. Aboy93 - 29/1/2011
  12. Rossoneri - 30/1/2011
  13. Nur Syafiqah - 31/1/2011
  14. Eiela - 1/2/2011
  15. Phreak-Id - 2/2/2011
  16. Wath - 3/2/2011
  17. Aza Shafiza - 4/2/2011 cik fiza :D
  18. The Crow - 5/2/2011 
  19. Aisha Inani - 6/2/2 - Penutup

Salam kopipes,
Hai, nama saya FINA

Nak chatbox yang dalam ertikata sebenarnya adalah CHATBOX? yang berchat - chat ramai - ramai bukan sorang - sorang taip, sorang - sorang baca?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selama ni macam boring / useless dan macam orang bodoh je kan kalau pegi spam tinggal mesej chatbox orang pastu orang tak datang balik? Tak pun lepas dapat mesej kat Chatbox, korang kena pegi ke blog orang yang tinggal jejak, pastu orang tu datang balik tanya lagu apa yang korang guna, pastu korang pegi blog dia balik gtau, pastu dia datang lagi tanya macam mana nak buat salji - salji kat blog korang pastu korang pegi bagi link tutorial kat blog dia. Pastu orang tu macam tunggu lama je kat blog dia untuk korang datang bagi feedback. Dah la blog penuh ngan widget segala, berat tau. Tu yang buat nafsu memblogwalking jadi terbantut tu..Haih..

Nasib baik ada jalan penyelesaian :D

Bloggers Chat Room dari Meebo :D




cilok dari sini
Apa yang bagusnya meebo chatroom ni??

  • Boleh mengurangkan spam
  • berchat sesama blogger dari blog masing2
  • Boleh tahu blogger yang tengah online kat blog masing.
  • Link url blog masih boleh dipromote kat situ..
  • Boleh private mesej/p2p antara dua blogger..
  • Tak hilang jejak dengan kawan - kawan chat kita tadi walaupun kita dah pegi ke blog orang lain asalkan tuan punya blog tu menggunakan chatroom yang sama :D
  • Boleh buat kawan dengan super duper cepat. Ini fakta. Tak percaya tanya saya
ini kat blog Jejaka Terhangat

dan pada masa yang sama jugak saya berada di sini :D



blog fariq
Adakah point tu tak cukup lagi membuktikan benda ni sangat berguna? para hadirin yang saya hormati sekalian. tidak payah la bersusah payah anda semua untuk pergi register ke sana ke mari lagi. Just copy je embed chatroom yang ada. Warna chatroom tidak boleh ditukar dan telah rasminya menggunakan warna kelabu . Hanya size saja yang boleh ditukar mengikut kadar size sidebar masing2. chatroom ni di monitor oleh Jejaka Terhangat. Dan setakat ini ada beberapa  blog yang dah embedded benda ni iaitu Jejaka TerhangatPrincess SunshineKak DianaCerita SekupangSembil9nTieka Nadira dan ramai lagi. 


Sudah jatuh ditimpa tangga. Sudah blur disiapkan lagi tutorial.. Ha cara2 nak pasang boleh tengok kat sini ye.  Tutorial dari The Nurul

Sekian, makaseh :D

sumber gambar dan ayat dicilok dengan penuh sedap dari blog encik Fariqscorpio


Hai, nama saya FINA

Monday, January 17, 2011

Ini entri ingat mengingatkan diri sendiri

Hai haiiii :D
Dah lama tak padet blog padahal idea melambak - lambak. Resolusi tahun baru yang katanya nak padet blog sehari at least satu entri tidak berjaya nampaknya. Haiz..

Antara perkara - perkara lepas yang masih jadi draf yang tak belum sampai jodoh untuk korang baca eh ada ke orang nak baca T___T antaranya ialah entri dari tahun lepas sebelum Krismas; Kursus yang sangat best sebab ada DrLuv, entri lepas Krismas; menjadi tourist guide cik fiza yang datang dari Johor :D, entri kesihatan; pasal kelas aerobik, entri sedih; pasal kejadian tak best yang berlaku kat pejabat, entri yang paling paling paling sedih; kehilangan jantung hati pengubat lara, my xpress music 5800 :'(

Lepas satu, satu kejadian berlaku dalam hidup sampaikan tak sempat nak padet. choy. tipulah kau cipina. Tuhan kasi kau 24 jam kan. tak payah bagi alasan tak sempat - marah cipina kepada dirinya sendiri (baca dalam nada pertandingan bercerita)

Dengan blog pun banyak je nak buat. Kalau boleh nak tukar template baru, nak try buat header sendiri, nak kelaskan bloglist lagi sebab tengok sekarang bloglist macam semak sikit dah. Nak buang apa yang tak patut kat blog, nak kurangkan berat blog, pendek kata banyaklah perancangan yang nak dibuat tapi tak tertunai lagi..hmm..

Actually, kat rumah kalau saya online saya pun tak tahu atas sebab apa. Macam, onlineeeeee je tapi tak tahu pun tujuannya. sebabnya saya online kat depan tv, so banyak sangat gangguannya.

Kalau nak update entri pn tunggu orang lain dah masuk tido. Nak tukar ke WiFi pulak kena tunggu abes kontrak bulan 7 ke bulan 8 ni :\

Nak beli broadband, liputan dia tak meyakinkan sangat. Tambah pulak bila nampak kat facebook tiap hari mesti adaaaa je orang komplen pasal tu. Jalan selamat, stick to Stimix la heh.

Sekarang masa terluang sangatlah banyak. Almaklumlahhhh, dapat ofis sendiri. Suka!

Da daaaa..

Tuesday, January 11, 2011

[Tutorial] : Related Post Widget di bawah setiap entri

Bismillahirahmanirrahim..


Dehem - dehem..


Tutorial ni dah lama nak pos tapi sebab malas pastu lupa benda ni dah berkurun kat dalam draf, terus tak buat. Sampailah encik ARC hemsem kita tanya, baru ai teringat.


Related Post Widget ni lebih kurang macam LinkWithin la jugak cuma takde gambar. Tapi bagi saya, widget ni lebih kemas berbanding LinkWithin. Nak tau macam mana nak dapatkan widget ni?


Chalo bete.


widget Related Post





1. Pegi ke Layout>Edit HTML


2. Sila backup terlebih dahulu template anda ye nanti kalau tak jadi boleh recover balik.


3. Tick kat kotak "Expand Widget Templates".


4. Cari kod </head>.


5. Masukkan kod kat bawah ni sebelum kod  tadi.



<style> #related-posts { float : left; width : 540px; margin-top:20px; margin-left : 5px; margin-bottom:20px; font : 11px Verdana; margin-bottom:10px; } #related-posts .widget { list-style-type : none; margin : 5px 0 5px 0; padding : 0; } #related-posts .widget h2, #related-posts h2 { font-size : 20px; font-weight : normal; margin : 5px 7px 0; padding : 0 0 5px; } #related-posts a { text-decoration : none; } #related-posts a:hover { text-decoration : none; } #related-posts ul { border : medium none; margin : 10px; padding : 0; } #related-posts ul li { display : block; background : url("http://lh3.ggpht.com/_cNpXRtRph18/S76dASm3WGI/AAAAAAAAEJg/AVmw4HhRdsk/rss.png") no-repeat 0 0; margin : 0; padding-top : 0; padding-right : 0; padding-bottom : 1px; padding-left : 21px; margin-bottom : 5px; line-height : 2em; border-bottom:1px dotted #cccccc; } </style> <script src='http://theblogtemplates.com/scripts/Related_posts_hack.js' type='text/javascript'/>

6. Sekarang, cari kod <data:post.body/> atau kalau tak jumpa cari kod 
<div class='post-body>
atau
<data:post.body/>

7. Masukkan kod kat bawah ni dibawah kod yang kamu cari tadi.



<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<div id="related-posts">
<font face='Arial' size='3'><b>Related Posts : </b></font><font color='#FFFFFF'><b:loop values='data:post.labels' var='label'><data:label.name/><b:if cond='data:label.isLast != &quot;true&quot;'>,</b:if><b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<script expr:src='&quot;/feeds/posts/default/-/&quot; + data:label.name + &quot;?alt=json-in-script&amp;callback=related_results_labels&amp;max-results=5&quot;' type='text/javascript'/></b:if></b:loop> </font>
<script type='text/javascript'> removeRelatedDuplicates(); printRelatedLabels();
</script>
</div></b:if>


8. Preview dan Save!


Source : Sini




Wednesday, January 5, 2011

Cerita 1 haribulan satu dua kosong satu satu di Langkawi

Teeeedia. Dah masuk 5 haribulan baru kau nak padet entri untuk tahun baru ye Cipina.

Alah. Tahun baru ke lama ke hidup kena diteruskan jugak. Takde apa yang berbeza pun. Bernafas pun cara tu jugak, makan pun pakai prosedur yang dok ada tu jugak, ke ada yang masuk tahun baru ni makan pesyen lain? Kalau ada, meh kongshare kat sini :P

Ha, bercakap pasal makan, ini aktiviti ai pada 1.1.11.

Syabil
awal - awal pagi baru bangun tidur dah heret kamus 4 bahasa yang dah lunyai.
kat dalam gambar adalah buku cosway..jadiiilah
budak baru reti buat peace (--)y

Wedding Shila

Janji dengan kawan nak ke rumah Shila pukul 12.30 tengahari. Tapi disebabkan takde orang nak jaga budak - budak tak cukup umur kat rumah ni, terpaksalah tunggu ayah balik. Setelah sekian lama tunggu, ayah tak kunjung tiba, suruh Syapit call ayah dan terus bergerak ke kenduri kawan. Ye lah, tak best pulak rasanya sebab dah berjanji dengan orang kann..

Sesampainya ke rumah Shila, kawan - kawan pejabat dah abes makan n nak bertolak pulang. So, terpaksalah ai cari mak sedara ai untuk jadi peneman. Nasib baik ada mak sedara sekampung dengan Shila. Kalau tak, mati kutu dibuatnya sorang - sorang kat situ. Silap - silap balik camtu je.

Lepas merapu lebih kurang dengan mak sedara n the bentara geng, ai bertolak balik ke rumah. Best gila makan ngn geng diorang. Siap duduk makan sekali macam tetamu haha.


sebelum keluar rumah, haruslah meng'kemwore' barang sekeping dua.
Orang sebelum keluar rumah baca doa, kau mencapap fulak. Derhaka betul.
Sekarang, suka pakai shawl berbanding tudung express & bawal. Hari tu ada iklan Yuna kat tv, budak kecik kat atas excited je "Kak Na, Kak Na, kawan Kak Na tu"

Haha. Bijak betol kau buat kakak kau perasan ye adik.

Ini namanya bunga telur ye tuan puan sekelian :P

cenderahati cute :D

pengikat plastik cenderahati. kreatif oke.

nanti kawen nak buat camni ah :P

Tak sempat snap gambar Shila. Selamat Pengantin Baru Ms Tomatomei!


Makan - Makan..lagi

Makan di tempat semalam jugak :P Kali ni invite keluarga Cu sekali. Yang teman ai kat umah kenduri Shila tadi tu Cu la hehe. Cu adalah adik mak yang paling bongsu. Kitorang tak panggil Maksu, panggil Cu je..mesra alam sikit.

Bawak ikan dari rumah. Menantu kesayangan keluarga bawak balik dari kolam di Pulau Ketam hari tu waktu amek Dikja, Syaza n Syasya pulang ke Putrajaya.

Makan kat kedai yang sama seperti di Entri Pengakhiran Tahun 2010 kalendar Masihi. Dua malam berturut - turut makan kat kedai yang sama nampak sangat regular customer kedai tu :P

sup tulang. kali ni ada isi :P

nasi - dua kali tukar bekas :P

ikan dari Pulau Ketam selamat jadi sweet & sour haha

Cabutan Bertuah Jualan Gudang, Pekan Rabu

Keluar malam ni ada dua sebab sebenarnya. First sebab nak belikan buku kat budak kecik kat atas tu. Dari kecik dah minat membaca. Macam kakak dia *angkat kening laju - laju nyempat je kan puji diri sendiri tapi kedai buku tutup. Pergi percutian keluarga ke hapa cuti lama - lama. Grrr.

Lepas makan 3 kali tambah, bertolak ke Pekan Rabu untuk cabutan bertuah. Orang boleh tahan jugak la ramainya. Cuba je lah. Mana tau untung - untung dapat skuter sebijik khenn..

tengah berdebar - debar kot - kot nombor ai dipanggil.

No tak bertuah malam tu. Benci.

Dalam ramai - ramai orang yang pegi malam tu, cuma tujuh je hadiahnya. Alaaahai kemut betul. Grand prize dapat skuter sebijik. Skuter apatah namanya tak ingat padahalsakithatitakdapatskuterboooo

Lepas cabutan terakhir, balik ke rumah dengan hati sebal. Merajuk tak dapat cabutan bertuah. Benci tau.

Salah satu azam tahun 2011 adalah berusaha update blog at least sehari satu entri. Tapi ini sudah hari ke lima baru keluar satu entri camno tu?

Hai, nama saya FINA
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected