Wednesday, June 29, 2011

Bila pemandu Wira perasan bawak Mitsubishi Lancer

Hai, saya ingat hari ni (selasa) saya lewat ke tempat kerja. Rupanya tak. Nasib baik.

Waktu dalam perjalanan ke pejabat, saya rasa saya pecut skuter dengan sangat laju sebab seperti berperasaan semacam saya sedang terbang. Meter motor rosak, kalau tak boleh snap kelajuan saya pada waktu tu XD.

Sewaktu di lampu isyarat Pokok Asam, kereta Wira dari sebelah kiri saya terus belok ke kanan. Tanpa bagi signal. Kereta tu dihadapan saya. Saya pula tengah laju kejar lampu hijau walaupun lampu tu statik dok kat situ. Dem. Nasib baik sempat elak. (#%^@$@%^*

Baru niat nak memarahi tuan punya kereta tersebut (kat dalam hati) terus terbantut apabila terlihat perkataan yang tertera di belakang keretanya.

kereta Proton Wira tapi kat belakang dia ...

KAH KAH KAH!

Terus tak jadi marah.

Tengok nih.

Bukan kereta sebenar
Mitsubishi NCER :))
hurup L ngn A dh tercabut 

Boo lah.

Sampai ke pejabat saya tertanya - tanya saya salah nampak ke apa. Tapi kawan pejabat mengesahkan dia pun pernah tengok kereta tu..

Sunday, June 26, 2011

Menaip dari dashboard blogger..

Hai, saya baru balik dari inspection dengan orang kementerian.

Sambung balik dari tajuk entri. Kekoknya rasa. Dah lama rasanya tak menaip di dashboard blogger ni. Selalunya menaip di Windows Live Writer. Kadang - kadang malas nak online (tipu. kalau dah ada internet tu bertuah la kau kalau tak online. Kadang - kadang je lah) saya just buka WLW, taip entri dan tekan publish.

Tapi beberapa hari lepas saya install antivirus baru terus takleh publish dah .Sebelum tu saya tukar password google akaun demi menyahut cabaran supaya mengambil langkah berhati - hati akan kegilaan para - para penggodam menggodam blog - blog orang. Bodo betul.

Lepas tukar tu, still boleh publish lagi melalui WLW, cuma saya tak tick 'remember my password' which means kena masukkan password tiap kali nak publish entri.

Beberapa kali saya publish entri dan dan beberapa kali tu lah saya kena masukkan password tanpa diketahui kenapa takmau tick kat 'remember my password' tu.

Lepas tu saya install antivirus baru sebab antivirus yg lama takmau update dan tak boleh di fix.

Kemudian teringat nak buat siap - siap entri Wordless Wednesday tapi tak kesampaian bila setiap kali nak publish dia akan prompt macam ni.


Mula - mula dia mintak ini

Kendian dia jadi camni

Pastu jadi camni balik

dan seterusnya

dan seterusnya..


Tak tau pasai apa. Tensen mak.


Tuesday, June 21, 2011

Kena dera dengan adik berusia ‘nak masuk 3 tahun’

Macam ni dah kalau dia nampak buku dengan pen/pensil.

doodle_syabil

Kena lukis setiap detail yang dia bagi.

Nasib la kau dapat kakak yang tak terer sangat melukis adikkk. Lukisan pun buruk gila-.-‘

Detail dia tu sampai ke tahap kilauan lampu pun kena lukis. Sabo je la.

doodle_syabil crop

Abang dia pandai je melukis, tak pulak disuruhnya..

Sekarang tengah belajar ABC. Saya bagi dia pilihan (kat Youtube) yang mana dia suka. Kemain, nak yang belajar bahasa isyarat (ASL)..bila org soh buat, ntah apa – apa dia bagi hahah.

Lagu ni.

Monday, June 20, 2011

Sakit dapat hadiah

Hari ni saya tak pergi kerja. Ceri beri. Mesti semua orang pun pernah rasa macam mana sakitnya ceri beri ni kan?

Seawal 6 pagi perut memulas buat hal. Sakit habis pinggang – pinggang ni. Dekat pukul 8++ baru dapat buang habis. Lega. Tapi sampai sekarang dok sakit lagi. Seksa.

Hari ni online lambat. Tidur je banyak.

Check blog, dapat ucapan tahniah dari cik zarazueyin kat entri ni.

Terus terjah blog abg EQ. Keputusan dah keluar rupanya.

bali_giveaway

 

Dapat jugak hadiah dari Bali Smile

Terima kasih!

Thursday, June 16, 2011

BALI: a simple giveaway for fabulous followers...

 

Cenderahati dari Bandung dah ada, dari Singapore dah ada, Thailand pun dah ada. Nak yang dari Bali pulak lah hehe.

Abang EQ ada buat satu giveaway untuk pengikut kecintaan beliau. Sapa yang rasa nak ole – ole dari Bali, silalah berkunjung ke blog beliau ye Smile

Rupa bentuk keychain tersebut

Ada 10 keychain untuk pengikut bertuah. Sapa nak, sila buat entri dah submitkan URL entri anda di entri BALI: a simple giveaway for fabulous followers... kat blog Abg EQ ye.

Kalau bertuah, alhamdulillah..kalau tak bertuah pun, alhamdulillah jugak sebab terupdate jugak blog saya ni hehe..

Chiow..Red heart

Sunday, June 12, 2011

Bila Angry Birds cuba berdamai dengan babi–babi. Cer tengok ni @Aujinz @mimie candycane :))

Hahah. Hahah.

Say what?? Say what??

Waktu entri ni dipublish, saya dengan keluarga kat luar. Pegi makan – makan. Esok nak puasa Love StruckBatting Eyelashes

Kisah Sam & Esther. Mari belajar bersyukur.

Baca entri bersyukur ini dulu sebelum teruskan pembacaan untuk lebih penghayatan. 

Tak tahu kenapa tiba – tiba jadi geram, bengang sangat dengan orang Malaysia bila tengok video kat bawah ni. Mula – mula tu macam taknak klik sebab kat Facebook sekarang ni kan ke banyak link – link & video – video mengarut. Tapi memandangkan kawan saya yang sorang ni bukan jenis merapu, maka saya klik jua.

Screenshot video ini.

Uganda_samANDester

Walaupun video ni dah lama, luangkanlah masa tengok video ni. First saya tengok, saya menangis teresak – esak (nasib baik waktu break time tengok ni). Menggeletar tangan ni waktu nak menaip bagi komen kat kawan yg share video ni. Kesiannn..kesian sangat melihatkan keadaan diorang yang tak bermaya, dibiarkan meniarap diatas tanah macam tu jeSad smile

Mak bapak dia takde ke? Haa..yang ni korang kena tengok sendiri. Sure korang akan terkejut tak sangka dan kagum punya.

Kisah Sam, Esther dan Jane

Part paling sedih adalah waktu diberi cookies, diorang pegang je cookies tu sambil belek – belek punya tak tahu nak buat apa. Bayangkanlahhhh. *menangis lagi.

 Pegang cookies tu pun macam nak terlepas akibat kekurangan nutrisi. Tak bermaya.

Alhamdulillah..hidup diorang jadi lebih baik selepas lawatan dari San Damiano Foundation tu.

Ada video follow up selepas lawatan mereka.

Hepi tengok diorangggg

Wallahualam..saya menulis dari pemerhatian sendiri. Minta maaflah kalau di entri lepas saya emosi sikit.

Bayangkanlah anak – anak kita mahupun adik – adik kita di tempat mereka Sad smile

Ajarlah mereka erti bersyukur.

Thursday, June 9, 2011

Bersyukur lah korang..BERSYUKUR!


Hai, 

Entri ni lama. Lupa nak publish bila letak kat draft. Relevan lagi kot.

Hal kecik pun nak gaduh, tak puas hati je saman, sesama blogger pun nak gaduh. Dasar orang tak bersyukur. Dari korang dok sibuk – sibuk gaduh pasal benda mengarut ni, lebih baik korang muhasabah diri dengan Tuhan. Bersyukur dengan Tuhan diberi rahmat dapat hidup di bumi yang aman macam Malaysia ni.

Ini tak, artis dengan cara artis, ahli politik dengan cara ahli politik, blogger pun tak mau kalah jugak. Nak jugak diorang gaduh – gaduh. Benda kecik – kecik boleh setel nak besar – bersarkan.
Saya baru nak masuk 3 tahun berblogging, tu pun tak tegar. So, tak berani nak komen lebih – lebih pasal ni..tapi please..pleaseee lah tolong jangan gaduh – gaduh camni. Kutuk sana kutuk sini. Apa yang korang dapat?

Kat TV, yang masuk Bersamamu, kebanyakannya takde lah susah mana saya tengok. Tinggal lagi malas nak keja je..keja ni melambak sebenarnya. Tinggal rajin dengan tak rajin je. Ada yang malu nak buat keja tu, ada yang tak minat. Hak masing – masing. Tapi kalau kau dah memilih sangat sampai hidup melarat macam tu sekali hingga perlu panggil wartawan melaporkan kemiskinan kau mengharapkan bantuan, tak tahulah nak cakap macam mana.

Bukanlah nak menghina orang – orang yang tak mampu ni. Cuma ada sesetengah kes yang masuk Bersamamu tu macam tak perlu pun ada. Ada satu keluarga tu, tengok ke rumah oke je pun, cumanya tak terurus. Baju sidai sana sini, kelambu tak berlipat etc etc etc dan ada satu shot di mana si kakak tengah menyedok nasi untuk adik – adiknya dari periuk. Nampak disitu jari siap ada pewarna kuku hitam, rambut lurus berebonding lagi. Tak mampu macam mana tu?

Lagi satu, kaum perempuan. Taulah kau nak kontrol jelitasopanayulemahgemalai depan pakwe kau punnnnn. Tapi tolong..tolongggglah habiskan makanan tu. Kalau dah tahu kau takkan dapat habiskan, mintak je tukang masak tu masak setengah ke, suku ke. Takdelah sayang makanan tu dibuang macam tu je. Ni tak, mengada – ngada nak itu nak ini, lapar tu lapar ni lepas tu makan 2 3 mulut dah cakap kenyang. Rasa masin sikit tolak pinggan ‘taknaklah makan, masinnnnn’, tak sedap sikit mengomel seumpama terjumpa bangkai cicak kat dalam makanan tu. Nak tak ank si lelaki jugakkkk kena habiskan. Gedik gila.

Berdosa tau tak buat macam tu.


Bagi saya, biarlah orang cakap saya ni pelahap ke kuat makan ke tapi kalau pasal makan, bila dah sekali cedok nasi dalam pinggan, kena habiskan. Tapi kalau dah teroder makanan yang lansung tak boleh diterima deria rasa (pernah terkena) atau ada bendasing yang boleh membahayakan diri tu lain cerita lah. Pakai common sense lah kan. Itu punnn.

Sebenarnya saya membebel ni bengang lepas tengok satu video ni. Saya akan share di entri lepas ni. Sangat sedih sampai bengang. Lepas tengok video ni, terus buat saya terfikir pasal ni. KITA SEPATUTNYA BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TUHAN LIMPAHKAN DAN HIDUP SELESA DI BUMI MALAYSIA NI. BUKAN GADUH – GADUH PASAL HAL REMEH TEMEH!


Wednesday, June 8, 2011

DiGi dengan Maxis, yang mana satu pilihan?

Semakin hari, semakin sengit perlumbaan rangkaian – rangkaian operator kat Malaysia ni kan?

Sebelum ni saya guna Hotlink. Then guna DiGi Easy Buddyz pulak. Kenapa saya bertukar ke Digi? well, obviously sebab dapat buat free call ke tiga nombor sesuka hati pada bila – bila masa! Cool kan? Saya ni jenis yang jarang sms tp banyak call. Call pun sekadar dengan ehem ehem (dulu la) dan kawan – kawan pejabat yang jelas sekali Julia je sebenarnya Nyah-Nyah

Time tu saya pakai dua nombor. Satu no hotlink dan satu lagi nombor digi. Seminggu nombor digi, seminggu nombor hotlink. Sampai kawan – kawan tak larat nak marah dah call tak pernah dapat Tongue

Hot tiket (maxis) memang murah gila. Tahun lepas waktu buat reunion, hot tiketlah yang banyak berjasa dengan saya sebab time tu saya kena contact kawan – kawan thru hp. So, tak terbeban la sangat sebab kadar sama rata ke semua rangkaian.



Baru – baru ni saya dengar pasal

Digi Super Reload pulak.

Topup RM15 tapi dapat ini..

digisuperreload

..yang semuanya bernilai RM 75. RM75 tu weh. Sapa nak bagi senang – senang.
[RM75 (– RM25) = perbelanjaan ai seminggu tu uols]

Kepada sapa – sapa yang kaki sms, mms, facebook n twitter inilah masanya untuk anda ambil kesempatan. Belum masuk iklan kat tv lagi rasanya. Tak tahulah kalau dh ada. Tapi setakat ni tak pernah nampak lagi la.

Jadilah orang terawal menggunakan peluang ini. Nanti kalau kawan – kawan cakap kat korang boleh la brag “Ek elle..aku dah tahu lama dah derrr..baca kat blog Cipina

kehkehkeh dan lagi tu promote fbpage Smile with tongue out

Pagi kelmarin check nombor hotlink, sampai mesej promo Maxis Super Sunday (mesej hari sebelumnya) pulak. Cuma spend RM1 je dapat bercakap selama sejam dengan kawan – kawan. Caranya dail 131 012/7******* (maxis saja) dan tada! cakap la hang sampai abeh bateri.

Tengok gambar mouse kat bawah ni :

mouse_kena_gunting
Tengok kabel dia yang tergunting dua Sad smile

Yang ni saya cerita di next entry ye. Doakan supaya Cipina rajin padet blog. Kalau tak, lama lagi lah ‘nanti’ tu =..=’

 

Buat duit dengan Churp2. Jom lah meriahkan industri! 

Pastu ni lagi satu saya konpius, betoi ka? Kongsi dengan kawan pun boleh dapat hadiah? & yang ni ni, fakta ke apa nih? Opera Mini kat hp adalah 6x lebih laju berbanding di browser.

Kat pejabat saya ada tempat melepaskan tension../dan bila bos marah..

 

Kami panggil tempat tu stadium. Ada ping pong, dart dan karom. Karom ye bukan Karim. Ramai abang – abang pejabat akan melepaskan tension masing – masing selepas kerja dengan menghabiskan masa di situ..

 

/dan selalunya kan, bila bos marah..

 

 

dia ajak main ping pong kat ‘stadium’ ikon

Fuuu..takottt takottt.

 

Ingat ye, release tension adalah selepas kerja ye ikon_tongue

Tuesday, June 7, 2011

Kerana "Dating" Lewat Malam, Siswi Dipaksa Lakukan Seks Oral oleh lelaki tidak dikenali


[HM]  SHAH ALAM: Keriangan seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi meluangkan masa bersama kekasihnya bertukar tragedi apabila dia dipaksa melakukan seks luar tabii dengan seorang lelaki tidak dikenalinya di sini, minggu lalu.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika mangsa berusia 19 tahun sedang duduk bersembang dengan teman lelakinya di sebuah kawasan rekreasi di sini.
Tiba-tiba mereka didatangi dua lelaki menaiki motosikal sebelum seorang daripada mereka menuduh pasangan itu melakukan perkara tidak senonoh.

Menurut sumber, walaupun mangsa dan teman lelakinya menafikan tuduhan berkenaan kedua-dua suspek berkeras dengan tuduhan mereka dan mengugut melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Lelaki itu mengugut mangsa mereka akan melaporkan kepada Jais sekiranya mangsa dan teman lelakinya tidak menyerahkan wang sebanyak RM1,000 ataupun melakukan seks oral dan hubungan seks dengan mereka.
“Mangsa memberitahu dia tidak mempunyai wang sebanyak itu dan merayu tidak dipaksa melakukan perkara tidak senonoh itu,” katanya.

Kata sumber itu, walaupun mangsa merayu, suspek tidak mengendahkan tangisan wanita malang itu, malah terus membawa mangsa dan teman lelakinya ke kawasan gelap dan jauh daripada orang ramai.

Teman lelakinya ditinggalkan di kawasan agak jauh dari tempat mereka berdiri. Mangsa dipaksa melakukan seks oral bersama seorang lelaki terbabit dan kerana takut dicederakan, mangsa terpaksa menurut kehendak suspek.
“Kedua-dua lelaki itu turut meraba buah dada dan kemaluan mangsa selama lima minit sebelum meninggalkan mangsa sendirian di tempat itu,” katanya.

Mangsa ditemani teman lelakinya membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, di sini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob mengesahkan kejadian berkenaan.

Duniacacamarba kata  “Bingai. Anda boleh meneka IPT yang dimaksudkan berdasarkan lokasinya di Shah Alam. Pengajaran bagi sesiapa yang gemar melakukan maksiat di tempat-tempat gelap dan tersembunyi.”

Kesian jugak. Tapi padan muka. Nak dating pn carilah tempat terang – terang sikit. Kedai makan ke, KFC ke. Pergi duduk kat tempat gelap – gelap sapa suruh. Tak pasal – pasal dah kena cabul. Yang si pelaku tu sangap sangat dah kot sampai boleh ke tahap tu dia buat.


Kredit : Duniacacamarba

 

Dapat surat kompaun dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang, sedangkan kereta tak keluar pun dari Langkawi.

 

Sebelum ni ayah ada terima surat tawaran kompaun dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Pelik apabila menerima surat itu sebabnya kami sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur pada waktu itu. Dan kami ke sana melalui jalan udara jadi takkan la kereta tu nak dibawa keluar dari Langkawi. Ayah buat panggilan ke MPPP untuk me’rectify’ akan kejadian ini tapi diminta membuat penjelasan melalui surat (smlm baru dapat tahu ayah hantar surat ke MPPP)

Semalam ayah tunjuk lagi satu surat, dimintanya saya buatkan surat nak hantar ke MPPP. Eh, surat lagi? Surat yang ayah hantar hari tu? Takde tindakan dari pihak MPPP ke bila orang dah respon melalui surat? Dihantarnya lagi surat susulan siap ada tulisan warna merah bertulis – PERINGATAN TERAKHIR TINDAKAN MAHKAMAH di bawah letter head.

Ewah ewah.

Dah la tak bagi bukti kereta ayah ada kat tempat kejadian waktu tu, apahal pulak nak hantar surat lagi. Siasat la dulu. Orang dah hantar surat kata kereta ada di Langkawi pada masa tu, check la balik. Apa bukti yang mengatakan kereta tu ada di sana pada masa kejadian? Ada gambar? Bila orang dah hantar surat bagi penjelasan kata kereta tu ada di Langkawi pada tarikh tersebut, kau pegi lah check dengan Kastam. Mintak rekod keluar masuk kereta yang dimaksudkan tu. Takkan itu pun tak reti.

 

saman_parkingNombor Kenderaan : KV 8675 B
Surat kedua ini bertarikh 27/5/2011

Teksi ayah saya macam ni la :

Rupa bentuk teksi ayah saya. Tapi teksi beliau takdela dalam ni.

Info gambar : Stesen teksi ni betul – betul depan pejabat saya sekarang. Tapi dah musnah selepas banjir besar yang dialami pada tahun 2004.

Ini ada sedikit trivia pasal prosedur nak bawak kereta berplet KV (sahaja) keluar dari Pulau Langkawi.

  1. Nak bawak keluar kereta berpletkan KV dari Langkawi kena bayar cukai kat Kastam. Kena tinggalkan geran kereta di pejabat Kastam. Balik Langkawi baru Kastam bagi balik.
  2. Dalam setahun tempoh kereta berada di tanah besar adalah selama 90 hari.
  3. Tempoh sekali keluar, tak boleh lebih daripada 30 hari.
  4. Kalau nak bawak kereta tu keluar selama 2 bulan contohnya, sebelum cukup tempoh 30 hari, kena bawak balik ke Langkawi dan baru keluarkan semula kereta. Nampak macam banyak songeh tapi ada lah sebabnya kan Kastam tetapkan peraturan macam tu. Dah katanya kereta kat Langkawi murah kannnnn.
  5. Kereta kat Langkawi memang murah. Tapi tak boleh la datang Langkawi beli kereta pastu bawak keluar pegi tinggal di tanah besar. Siap sedialah nak membayar cukai yang silap – silap lagi tinggi chargenya dari harga kereta tu sendiri (mostly kereta import)
  6. Kalau kereta dah melepasi tempoh – tempoh tertentu (5 tahun keatas), nilai cukai menjadi lebih murah (untuk yang nak bawak keluar terus).

Picture credit : Gambar sendiri & Langkawi Story


Kalau suka, kliklah ye Open-mouthed smile


Sunday, June 5, 2011

Permasalahan penyakit pelupa ni teruk jugak eh?

Ingat lagi disebabkan saya selalu terlupa kat mana saya letak barang, saya google kot – kot ada cara untuk ingat balik (sebab saya ini sangat pelupa orangnya) maka timbullah entri pasal how to remember something that you forgot ni.

Perkara ni actually serius jugak. Well, bagi saya lah, bagi orang lain tu tak tahu lah pulak. Sebab apa, kalau dari awal – awal dah terbiasa dengan penyakit pelupa, buatnya tak sempat tua dah nyanyuk haaa kan dah kes berat tu.

Jadi, betapa seriusnya akan penyakit ini adalah apabila sampai ada pihak menyediakan seminar khas untuk pelupa – pelupa dan pembuat lupa (mungkin) di luar sana.

Diorganizekan oleh Sungroup Training & Consulting Sdn. Bhd., mereka telah berjaya meng’conduct’ bengkel di syarikat – syarikat terkenal seperti Motorola, Coca Cola, Nestle, Shell, Citibank, British Telekom, Phillips, Glaxo Smith Kline dan banyak lagi.

Organisasi – organisasi besar jugak turut mendapatkan khidmat latihan mereka seperti Petronas, Bank Negara, Job Street, KLIA, Maybank dan Affin Bank.

Kali ini syarikat ini telah muncul dengan seminar yang bernama Improve Memory Phenomenally yang akan disampaikan oleh Encik Anant Kasibhatla - The Man with the most Phenomenal Memory di India.

Ini adalah promosi dari Milk a Deal dimana harga yang dikenakan hanyalah RM45 instead of RM190. 76% less tuuuu tunggu apa lagi.


Jadilah seperti mereka jugak! Klik gambar.

Dalam seminar ni korang akan belajar tentang :

  • Penggunaan sains purba Mnemonics.
  • Penggunaan teknik yang betul untuk enhance memori anda.
  • Mengexplore perkara yang menjadi halangan kepada memori yang baik dan cara untuk menyingkirkannya.
  • Ingat lebih tanpa usaha yang lebih. eh. ayat berbelit Nyah-Nyah

Seminar Title : IMPROVE MEMORY PHENOMENALLY
Trainer : Mr Anant Kasibhatla
Date : 11 June 2011 (Saturday)
Time : 2pm – 5 pm (inclusive of tea break)
Venue : Dewan Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, Penang
Who should attend : CEOs, Directors, Managers, Executives, Teachers, Tutors & (16 thn keatas)

Nak ikutkan dah dekat la tu Langkawi dengan Penang. Tapi mak ayah masih belum bersedia nak lepaskan saya pergi luar dari Langkawi tanpa diorang Disappointed smileTapi yang peliknya kalau kena pergi kursus di Putrajaya & Bangi haritu boleh pulak (itupun sebab ada adik di Putrajaya Smile with tongue out)

Jadi sign up sekarang sebab tempat adalah terhad!

Open-mouthed smileKLIK SINIOpen-mouthed smile

Friday, June 3, 2011

Bila blog direview oleh orang femes camnilah jadinya..

Sepatutnya saya kena pos pasal Shahz Jaszle kat blog selepas menulis entri ini. Tapi memandangkan blog ini cuma sorang je tuannya dan tuannya pulak kalau nak menulis kena ada mood dan kebetulan mood tuan blog ni pegi memancing kelaut, maka terbengkalailah entri pasal dia. Selalu macam ni. Haiz~

Tengoklah tarikh last entri kat blog ni. 1 haribulan haritu. Hari ni dah 3 haribulan >.<” Itu pun sebab teringin nk join Giveaway Nisa Menulis, kalau tak kira sendirila last update 28 Mei hari tu berapa hari blog ni tak diberi makanSad

Tadi sambil malas – malas dok blogwalking, tergerak nak check blog sendiri. Eh, ada 10 orang kat situ (ini kira banyak la bagi blogger yang tak tegar yang malas update dan malas blogwalking mcm Cipina ni) Ni mesti counter tu silap nihhh..Terpikir jugak apa yang sebabkan kemungkinan orang nak masuk ke blog ni. Follower pun tetiba bertambah. Asal nih? Apa saya dah buat eh?

Bila check Nuffnang, teediaa. Dari blog Yuyu Zalikha! Patotlaaaaa.

review_yuyu1

Ini pasal kes yang menang Giveaway Fererro Rocher hari tu la niOpen-mouthed smileHadiahnya dapat direview sebanyak 5 kali dalam masa sebulan..

review_yuyuComel kemain yang tak tahan tuBlushing

Hahah. Sekarang dah tahu cmana rasanya direview oleh blogger terkenal Nyah-Nyah

Sangat memberi kesan kt blog. Fiu~

Thanks adik Yuyu Big Grin

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected