Friday, January 27, 2012

Emak dan Mesin Jahit


Hai, 
Saya tulis guna blogger punya editor. Macam taip surat pulak hewhewhew. Selalu guna Windows Live Writer. So, feeling dia lain sikit.

Warning : Entri ini agak panjang. Kalau baca sampai habis, anda adalah seorang jelita dan hemsem yang tak dapat disangkal lagi. Kat bawah sekali ada ucapan best kat korang.

Saya ada buat satu projek best

Jahit baju sendiri hewhewhew. Eleh tu je ke yang kau kata best Cipina?

Dah siap. Hewhewhew.
Dah pakai dah pun hari sepupu tunang Isnin lepas hewhehew apa gedik dok hewhewhew dari tadi kau ni Cipina.

Lepas dah siap baju, mak soh jahitkan tudung tingkap (langsir) pulak.


Bahasa Utara pure okek haha

Mak saya adalah seorang tukang jahit yang berstatus surirumah. Disebabkan awal berkahwin dengan ayah dulu ayah tak benarkan mak bekerja diluar, mak ambil inisatif untuk membantu ayah dapatkan duit lebih dengan menjahit.

Berkat mak menjahit, dapatlah membantu ayah. Mak sangat berdedikasi. Tiap sesuatu perkara yang mak buat, mak akan buat betul betul. Tak pernah buat sekerat jalan. Macam tu jugak menjahit.  Mak belajar menjahit gaya pos. Belajar sampailah terer dan cikgu mak hanyalah buku yang diberi.

Sikit - sikit mak menjahit sampailah terer dan ambil upah. Alhamdulillah, berkat duit menjahit tu mak dapat tambah koleksi mesin jahit dia.

Semua tu dengan duit mak sendiri. Bukan dari bantuan sesiapa. Bukan bantuan dari mana - mana badan politik, NGO mahupun orang persendirian. SEMUA HASIL TITIK PELUH MAK SENDIRI *tetiba emo. Emo bersebab sebenarnya heheh. Tapi takyah la cerita kat sini. Nanti orang kata kita ni sembang politik pulak eh eh terbagi hint pulak :P



Sekarang ni, mak ada 5 mesin jahit hasil duit sendiri. 2 mesin jahit industri, 1 mesin jahit tepi industri, 1 mesin jahit portable, 1 mesin jahit tepi portable

Oh ya, dan 1 mesin jahit industri yang dapat baru - baru ni oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM). Ribuan terima kasih untuk sumbangan itu. Kepada KPWKM & juga orang tengah yang mana sumbangan disalurkan melalui pihak mereka.


Sudah jadi tempat lepak kegemaran sekarang :P 


Mesin jahit tepi portable (kiri) & mesin jahit tepi industri (kanan)
Dua - dua jenama Singer


Mesin jahit jenama Furim


Jenama Singer


Jenama Gemsy (KPWKM bagi)
TQsomuch KPWKM


Produk - produk kesihatan & kecantikan. Duit sampingan.

Hasil dari dari menjahit tu jugak, mak berjaya menghasilkan murid - murid yang 2 3 orang dah boleh bukak kedai sendiri, murid - murid yang kalau tak bukak kedai pun dapat ambil upah sikit - sikit kat kampung. Dapat jugak tambah ekonomi keluarga kan? Mak tak ambik bayaran dari murid - muridnya. Sebab mak kata, nak mengajar kena ikhlas. Tapi tetap jugak students bagi duit. Caranya? Bagi duit raya time Aidilfitri. Takkan nak tolak duit raya kan? Tak sopan tu. No no no. 

Cumanya, mak takleh mengajar ramai - ramai sekaligus. Mak kalau time mengajar, mak kena fokus kat sorang - sorang murid tu. Lagi satu, mak jugak tukang jahit, kalau asek dok tumpu kat student je bila masa nak menjahit woi baju satu lemari tuuuu nak siapkan. 

--**--**--**--**--**--**--**--**--**--**--**--

Sejujurnya saya tak pernah minat menjahit lansung. Dua orang adik saya minat menjahit sampaikan boleh jahit baju sendiri (adik perempuan) & tolong mak jahit tepi & jahit baju kurung budak (adik lelaki). Saya? nak dekat dengan mesin jahit pun takmau. Heh. Sombong betul kau.

Takpe, mak kan ada. Nak buat baju baru, beli kain, bagilah kat mak. Apa susah?

Tapi, itu dulu..waktu tak bijak berfikir lagi. Sekarang tak lagi :D

Eh tapi kan, dalam tak minat menjahit tu, waktu Form 2, saya berhasil jahit baju sendiri hewhewhew dia buat pulak dahhh. Tapi semata - mata jahit jelah. Ukur, buat dasar, potong kain semua mak buat hehe.

Jahit pun tunggang langgang. Hiruk pikuk haha.

Tapi bila dah besar ni  baru nampak kelebihannya reti menjahit ni. Reti. Bukan pandai. Reti lain, pandai lain.

Yelah. Sampai bila nak harapkan mak kan? Nanti kahwin suami dah tak payah pening - pening kepala lagi dah nak keluarkan duit upah buat baju. Upah buat baju sekarang dah mahal. Tambah - tambah tempah kat kedai. Kalau tempah kat rumah orang tu boleh la lagi kan.

Kot - kot la nanti kahwin suami tak bagi keja ke, boleh la amek upah menjahit.  #berangannnnnnnnnnnn Dapat jugak duit poket nak shopping - shopping. Duit poket bulan - bulan pun dapat abang bagi, duit kerja sendiri pun dapat. Well, duit suami duit isteri juga, duit isteri, duit isteri sorang ya  hewhewhew guraugurau je ye #bakalsuami.

Oh lupa nak tunjuk hasil kerja tangan sendiri. 100% buat sendiri taww..

Ukur Buat dasar Potong kain Jahit tepi Jahit sampai jadi baju Jahit sembat tangan Jahit karipap eh ke mata lalat kat leher Jahit butang dengan cangkuk semua buat sendiri! Woh satu napas!


Sebelah kiri sepupu, ai yang sebelah kanan. Chantek khenn baju aiii :D
Paksu ai cakap corak baju macam nenek - nenek=.=

Eh, kau baca sampai habisssss? Ya Allahhhh rajinnya kau baca ahkak membebel. Terima kasihlah. Sayang  kau lebih.

Ucapan : Terima kasih baca sampai habis. Memuah. Best tak dapat memuah dari ahkak? Tak best ke? Tak best? Ada ahkak kesah.

Nak gi sambung jahit langsir.

Bai.

Wednesday, January 25, 2012

Kerabu Favourite..

Hai! 

Suka makan kerabu tak?

Saya suka.

Paling feveret haruslah kerabu beronok! Ada lagi, kerabu mangga+sotong kering, kerabu timun & kerabu tembikai! Peh. Kecoq ayaq lioq baq hang.
Semalam sambil – sambil boring bawak blog jalan – jalan (blogwalking) ternampak iklan gayahidupsihat kat Nuffnang sapa ntah. Klik je lah. Tengah boring nih.

Terjumpa satu resepi ni.

KERABU EPAL HIJAU

gayahidupsihat_kerabu epal hijau

Nampak sedap. Mudah pulak tu. Nak try ah pasni.

[Tutorial] Letak Butang LIKE & SEND Facebook di Blog


Hai,

Ini sebagai tutorial untuk diri sendiri kalau – kalau rasa nak tukar template blog nanti.

Tutorial ni saya dapat dari blog Coretanhidupku dan saya modified sikit.


Jom.

Kodnya

<!-- Facebook Like+Send button Start --><b:if cond='data:blog.pageType != &quot;static_page&quot;'><div style='float:left;padding:5px 5px 5px 0;'><script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1' type='text/javascript'></script><fb:like expr:href='data:post.url' font='' layout='standard' send='true' show_faces='false' width='450' colorscheme='light'></fb:like></div></b:if><!-- Facebook Like+Send button End -->




Kalau nak letak di bawah tajuk entri :

  1. Cari kod <div class='post-header-line-1'/>

  2. Pastekan kod yang diberi dibawahnya.

  3. Preview

  4. Kalau tak keluar apa – apa error, Save.

Kalau nak letak di bawah entri :

  1. Cari kod <data:post.body/>

  2. Pastekan di bawahnya

  3. Preview

  4. Kalau tak keluar apa – apa error, Save.

Rasa Hati

Susah betul nak deal dengan lelaki yang suka mendesak ni..hmph.

Selamat jalan


Hantar adik, husbandnya n anak2nya kt airport semalam..

Tuesday, January 24, 2012

Sedar tak sedar..

awan love

..dah 7 tahun kita bersamaLove Struck

Ingat lagi tak tempat pertama kita bertemu? Ye..di kedai kristal kat Langkawi Fair Shopping Complex (SEO SEO)

Waktu awal jumpa awak dulu mata ni tak pernah lekang dari awak. Hati terus terdetik nak jadikan awak milik saya macam mana pun. Tiada istilah perigi mencari timba disini ye. Harap jelas disitu
Striaght Face
Ye. Awak jadi milik saya akhirnya. Walaupun saya terpaksa korbankan sesuatu demi mendapatkan awakLove Struck Takpe. Saya tak kisah. Yang penting, saya berjaya dapatkan awak.

Ye, bunyi macam kejam. Tapi, kat dalam dunia ni, kalau tak bersikap kejam sedikit, kita takkan dapat apa yang kita mahu. Kan?
Raised Eyebrow
7 tahun. 7 tahun kita bersama, susah senang kita harung bersama, pahit manis kehidupan kita rasa bersama..di setiap tangis tawa saya, awak ada dengan saya.Kiss

Putus sambung, putus sambung dah jadi rutin kita. Kadang – kadang tiap – tiap bulan kita ‘putus’. Tapi takpe, saya tahu hanya satu cara je nak ‘sambung’ dengan awak. Bayar sedikit amaun, kembalilah bertaut kan? Happy

Pernah saya merajuk dengan awak, berapa tahun kita putus. Hidup saya tak lengkap tanpa awak tahu Sad

Tapi nak buat macam mana, rajuk di hati siapa nak pujuk. Awak tu la, asek putus je. Penat. Saya penat tahu.

Tapi, demi sayangkan awak dan memikirkan berapa nilai saya terpaksa bayar untuk bersama awak, saya mengalahHappy

Alhamdulillah, sampai hari ni awak masih setia dengan saya. Saya suka Blushing
Itupun lepas saya pergi dapatkan khidmat pakar untuk dapat terus bersama survive dengan tabiat awak yang suka putus ni. Takpe, saya rela. Demi untuk awakBatting Eyelashes

Sekarang dah nak masuk empat tahun kan kita tak pernah putus sambung putus sambung dah kan? Harap kita dapat bersama sampai bila – bila. Awak sangat bersinar di mata sayaHappy..


..dan dimata saya, sinar awak tak pernah pudarLove StruckBlushing
Paling penting, saya rasa cantik bila dengan awak. Awak berjaya buat confident level diri saya meningkat.
Tenkiu Love Struck
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

V
 Si gelang kristal
Love Struck 

Korang, ada idea nak ikat gelang ni dengan apa lagi nak bagi tak/lambat putus? Dengan getah sudah, tali memancing laut dalam laut singkat suma dah, suasa pun dah. Sumanya putus. Kalau setakat putus je takpe, ini tidak, kalau putus mesti batu kecik - kecik tu pun hilang. Dah la sebijik harga 50sen oi. 
Gelang_kristal

Dekat nak 27 hidup, gelang kristal nilah benda yang paling lama dengan saya. Beli dengan duit sendiri  okHee hee

Walaupun dah 7 tahun, shining dia tetap tak hilang. Hehe..


7 tahun
Status kontroversi :trollface:Smug
Tapi sikit je lagi nak kantoiWhew
Tongue
7 tahun1


Kawan – kawan yang ingat saya tulis status tu untuk seseorang, mintak maaf lah ye kalau ada salah fahamNot worthy. Niat nak menyengal, jangan fikir serius noo..heehee TonguePeace SignHee hee


Jangan marreeeeBig Grin







Feeling beat up 

Kbai

Update Update!

Hahaiiii! *lambai2!

Blog saya dah pulih!
Hari tu ada masalah dengan sistem komen. Tak tahu kat mana punca masalahnya and terus jadi fed up sekejap nak update blog padahal peristiwa best – best banyak berlaku dalam tempoh fed up tu huhu..

Malam ni saya godek – godek jugak sampai dapat! Yay.

Masalahnya sangatlah kecik tapi sampai effect emosi diri sendiri. Aduhainye punn.

So, nak cerita pasal hari ni..

Pagi ni siapkan kerja rumah pastu online sekejap. Saya tinggal sorang – sorang kat rumah sebab Cu datang amek mak pegi rumah sepupu saya sebab dia tunang hari ni..

saya pegi jugak. tapi lambat la sikit..

eh?

sepupu saya tunang.

alamak.

lupa nak edit gambaq diaaa!

nanti2 sambung lagi laa nooo kena edit gambaq dulu nanti lupa naya cekkk!

kbai!

 

Wednesday, January 18, 2012

Lepas 5 tahun pegang lesen kereta..

Haiiii! *eksaited (eksaited tu minggu lepas punya)

Hari Selasa minggu lepas balik dari kerja, hujan renyai – renyai. Terus tiba – tiba terfikir ;-

“Alangkah bestnya kalau aku boleh pandu kereta”

Sampai rumah terus ajak adik lelaki saya ajarkan. Saya ni, kalau niat nak buat sesuatu kena buat terus takleh tangguh – tangguh. Kalau tak, alamatnya samada niat tu tak tertunai atau lambat nak ditunaikan Feeling beat up

Macam kes belajar bawak kereta ni lah. Dari tahun lepas dok berazam nak bawak kereta. Tahun ni baru tertunai. Kes suka bertangguh lah tu.

Dapat lesen dah 5 – 6 tahun dah. Haiye.

So, adik saya bersetuju nak ajarkan. Mula – mula adik saya bawak dari rumah sampai ke dekat nak sampai hujung kampung. Then saya ambik alih drive.

Then the journey begin.

Ingatkan susah bawak kereta auto, rupa – rupanya, pejam mata pom boley uols. Best gila perasaan tu sebab first time selepas kali terakhir (5 – 6 tahun dulu) dulu pegang stereng dah macam orang bawak kereta 2 3 tahun hehe.

Bawak takde masalah, cuma part nak belok tu je yang kena improve Smile with tongue out

Ada yang terbabas nak masuk jalan sebelah, ada yang hampir masuk longkang pun ada haha. Takpa, takpa. Masih boleh diperbaiki.

Route.

bawakkereta_peta

Part paling genting waktu nak belok kat dalam kawasan bulatan tu. Kat Titi Changwang tu, selalu sangat terjadi kemalangan. Kes pemandu tak nampak pemandu lain waktu membelok sebab ada dinding divider (kot) yang agak tinggi. So, orang tak nampak. Kawan saya dulu pernah eksiden kat situ. Ada yang patah kaki, ada yang meninggal (Al-Fatihah buat allahyarham Razif) dan kalau bernasib baik, cedera ringan.

Kat situ saya terover pulas stereng kereta sampai masuk ke lane sebelah kanan huhu. Sib baik van teksi kat belakang tu belok. Kalau jalan terus, mau aku kena hon kuat – kuat Smile with tongue out

Bila dah sampai kat rumah, pulas stereng dengan pulasan paling minima takut jadi macam tadi. Sikit lagi tayar nak masuk longkang sebab belok tak lepas. Sib baik adik saya sempat tarik stereng. Kalau tak, selamatlah sebelah tayar kereta masuk longkang hehe. Mak cuak seround sebab dia nampak saya belok tak lepas dari dalam rumah.

Overall, kira ok la. Not bad. Tak kekok walaupun first time bawak kereta auto kat jalan raya. Jangan main – main tau. Ada orang tak reti bawak kereta auto walaupun dah try banyak kali ok.

Balik rumah, terus up status ni Smile with tongue out

bawakkereta

Gedik betul.

Monday, January 9, 2012

Picnic di hari Jumaat

Hai, saya pergi picnic Jumaat lepas!

Di sini.

pasirtengkorakPantai Pasir Tengkorak, Langakwi; 06012012

Tengah tunggu gambar dari kamera kawan saya. Nantikan update! Open-mouthed smile

Psst : Tak teringin ke jadi model videoklip Yuna Big Grin

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected