Subscribe:

Sunday, February 26, 2012

[Gambar] Sehari bersama PUSPANITA Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar dan PUSPANITA Cawangan Langkawi Part #2

Oraitlah. Bersambung dari Part #1.

Hai, dah habis kat tempat blow – blow kristal, kami ke Kompleks Utama pulak.

P2170701Disambut oleh banner dengan ucapan Selamat Datang dalam pelbagai bahasa.

P2170711Penerangan oleh wakil PUSPANITA Pusat Kraf, Langkawi.

P2170723Pastu jalan – jalan tengok kawasan la apa lagi.

P2170726Teringat waktu Form 3, akak main menatang ukir – ukir ni waktu Pendidikan Seni. Oh, teringat pulak kat Puan Nora.

P2170729Buaian ni harga dia RM90 uols. Akak bercadang nak beli untuk anak pertama akak. Unik sikit kan. Lain dari orang lain punya.

P2170740Pastu masuk muzium pulak. Muzium Adat Istiadat & Perkahwinan. Dalam muzium ni mereka men’display’kan ciri – ciri, adat & kelengkapan perkahwinan masyarakat – masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Bertambah ilmu akak pasal selok belok perkahwinan. Dan terus akak rasa ready nak kawen. Cuih.
Eh, terberangan pulak akak.

P2170744Ini bergambar kat depan display perkahwinan masyarakat Cina.

P2170749Sessi menandatangani buku tetamu.

P2170754Pastu masuk pulak Muzium Warisan di mana menempatkan alat – alatan tradisional yang digunakan oleh atuk nenek moyang kita dulu – dulu. Dari segi alat perkakasan buat rumah, alat muzik, alat membantu ekonomi & sebagainya.

P2170762Korang kenal ni apa? Ini bubu.

P2170765Ini? Kenal? Akak kenal tapi dah lupa nama dia Smile with tongue out Waktu akak kecik – kecik dulu menatang ni masih digunakan lagi.

P2170766Ini akak mengaku akak first time tengok. Tapi menurut yang tertulis kat alat ni, ia digunakan untuk dapatkan jus dari tebu.

P2170768Ala ala ala..akak ni malu – malu orang amek gambar dia. Cekap sekali beliau menganyam.

P2170770Lepas dah habis ronda, berkumpul semula kat kaunter informasi, makan ringan sudah tersedia.

P2170775Makan sudah, sessi bertukar cenderahati & seterusnya upacara menandatangani buku tetamu. Pen tu adalah pen marker. Harap maklum. (akak pun tak tahu apa motif akak bagi tau ni)

Event ni sepatutnya ada sessi conteng canting batik. Tapi disebabkan masa tak mengizinkan, sessi tu terpaksa dibatalkan.

Next entri, kita bergerak ke hospital pulak.

Itu entri last. Akak tahu korang bosan. Akak pun bosan baca ooi.

P/s – kalau korang baca part buaian tu. Tu cuma angan – angan akak je uols. Calon pun takdo lagi, suami apatah lagi. Anak nak muncul dari mana? I iz sad Sad smile

Saturday, February 25, 2012

Part #1 : [Gambar] Sehari bersama PUSPANITA Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar dan PUSPANITA Cawangan Langkawi

Hai,

Tajuk tu takleh skema lagi ke Cipina?

Aktiviti adalah pada hari Sabtu lepas yakni 18 Februari 2012 dimana saya telah berusia 27 tahun 1 hari.

Ye. 27. Panggil saya kakak from now on ok? #tuadah

Berbalik ke topik asal.

Lawatan ini lebih kurang lawatan mesra – mesra la. Nak cerita panjang pun macam membosankan korang je nanti, jadi layan gambar je lah.

Oh by the way, tempat yang dilawati adalah Kompleks Kraf Langkawi & Hospital Langkawi.

Mula -  mula layan gambar di Kompleks Kraf Langkawi dulu.

P2170571

PUSPANITA Cawangan Langkawi.

Time ni tengah tunggu rombongan PUSPANITA Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Gossip – gossip dulu hehe.

P2170573

Sambil – sambil tunggu tu bergambar kenang – kenangan la dulu.

P2170574

Korang nampak apa yang akak nampak? Haiiii *lambailambai

P2170575

Maka rombongan pun tiba..salam salam.

P2170590

Pastu wajib la bergambar kannnn..time ni akak takde sebab jadi cameraman.

P2170606

Dah masuk dalam. Tengah tunggu apa ni? Abang tu dok buat apa?

P2170618

Ohh..tengah demo cara – cara nak buat angsa rupanya..

Serius senang gila tengok dia buat swan tu. Skejap je dah siap. Berapa minit je. Patutlah akak tengok kat belakang tempat akak berdiri ni berlambak – lambak angsa kristal. Akak ada rakam time ni. Kalau akak ada kerajinan, akak pos lah kat blog eh? KALAU ye.

Lepas demo buat angsa, dia demo buat ikan pulak.

Lepas dah tengok demo, tengok hasil buatan lah pulak.

P2170647

Ni contoh ikan yang abang tadi demokan. Kiut – kiut kan? Harga dia pun kiut jugak.

P2170665

See. Harga dia kiut sangat kan? Boleh la beli empat ketul bawak balik. Akak sebenarnya saja je nak letak gambar ni sebab ada muka sendiri. Gedik je taww akak niii..

P2170672

“Haiiii..*oghang Utagha panggil itteww tokkey. Itteww sejenis gecko. Harge ittew RM45 jewww..beli la iteww beli laaa”

P2170697

Ni waktu operasinya.

P2170698

Akak suka prinsip ahli – ahli Puspanita NRE ni.

“Biar Menyesal Membeli, Jangan Menyesal Tak Beli”

I loike.

Oke. Habis pati sini. Kita pegi kompleks Utama pulak.

Next entri ah.

------------------***************-------------------

Kamus :

* Oghang Utagha = Orang Utara

Wednesday, February 22, 2012

Tensi

Tension betul takleh publish entri guna Windows Live Writer.

3 entri pulak tu. Tsk.

Selamat malam..

Monday, February 20, 2012

A Shoulder To Cry On

Bila hati susah, jangan sedih – sedih. Kawan – kawan kan ada..
Kawan tak boleh diharap? Apa susah. Tuhan kan ada..
Menangis lah, bercerita lah, mengadulah. Tuhan tidak pernah tidak mendengar luahan hambaNya.

Saya bersyukur di waktu susah, sedih, duka masih ada rakan – rakan yang tidak jemu menghulur ‘bahu’ untuk saya ‘bersandar’. Terima kasih kawan – kawan Smile

Anyone needs a shoulder to cry on? Here. Let me lend you one Smile

A Shoulder to cry on by Tommy Page

Life is full of lots of up and downs
But the distance feels further
When it's headed for the ground
And there's nothing more painful
Then to let your feelings take
you down

It's so hard to know
The way you feel inside
When there's many thoughts
And feelings that you hide
But you might feel better
If you let me walk with you
By your side

Chorus:
And when you need
A shoulder to cry on
When you need
A friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone
I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be your friend to rely on
When the whole world's gone
You won't be alone 'cause I'll be there

All of the times
When everything is wrong
And your feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I'll help you work it out
And carry on

Side by side
With you till the end
I'll always be the one
To firmly hold your hand
No matter what is said or done
Our love will always continue on

Chorus:
Everyone needs a shoulder to cry on
Everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone, you won't be alone

'Cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be your friend to rely on
When the whole world is gone,
you wont be alone
'Cause I'll be there
You'll have my shoulder to cry on
I’ll be there
I’ll be the one to rely on

And when the whole world’s gone,
you wont be alone
'Cause I'll be there….

And when the whole world’s gone,
You’ll always have my shoulder to cry on

Motor dan pasar malam

Moto kotor gila. Tapi macam malas nak basuh sebab ada pasar malam 100 meter dari rumah. Eh,apa kena mengena?

Sunday, February 12, 2012

[Homestay Langkawi] Saf Homestay

Hai. Entri pasal homestay lagiSmile with tongue out

Kali ni di tempat lain pulak. Kampung Chandek Kura. Dekat je dengan airport.


Comel je homestaynya

Lokasi homestaynya disini [tengok peta di kawasan bertanda titik merah]

saf_homestay_peta

Klik peta untuk ke pautan di Google Maps

GAMBAR SEKITAR RUMAH

saf_homestay

saf_homestay1

LOKASI
- Kampung Chandek Kura, Langkawi
-  19 – 20 minit dari Jeti Kuah (
sila klik disini untuk laluan melalui google maps)
- 5 - 6 minit dari Langkawi International Airport 
  (
sila klik sini untuk laluan melalui google maps)
- 10 minit ke Pantai Cenang [
klik untuk peta]
- 15 – 16 ke Pekan Kuah [
peta]

KEMUDAHAN
- Rumah dilengkapi dengan alatan elektrik asas :

  • penghawa dingin
  • tv
  • seterika & papan seterika
  • peti sejuk
  • mesin basuh
  • cerek elektrik
  • periuk nasi elektrik
  • kipas 

Untuk bilik air pula, dilengkapi dengan :

  • sabun mandi
  • syampu
  • tuala
  • sabun basuh

Dapur untuk memasak juga turut disediakan Smile

Sebarang pertanyaan boleh dibuat di Facebook Page mereka.

Harga adalah RM120 [low season] & RM150 (peak season)

Untuk maklumat lanjut & tempahan :
Ustazah Fatimah : 013-4369075 / 019-4958126

Saturday, February 11, 2012

[Homestay Langkawi] Rossyaf Homestay

Hai. Anda sihat?

Pernah datang bercuti ke Langkawi? Pernah? Tinggal di mana?

Tak pernah? Any idea nanti nak uruskan penginapan macam mana?

Guna agent? Bagus. Siap duit lebih sikit ye.

Mari sini saya nak kenalkan dengan satu homestay kat Langkawi ni.

rossyaf homestay_depan

Rossyaf Homestay nama diberi,
Taman Sentosa terletaknya lokasi,
Kereta sewa ada sekali,
Kalau nak kedua – dua, tambah je duit sikit lagi.

Sekian pantun saya yang entah apa – apa.

Baiklah. Mari kita sambung balik.

Mula – mula sekali, eloklah kiranya kita tengok kat mana lokasi tempat kejadian homestaynya.

rossyaf homestay_lokasi
Yang ada dot merah tu lah homestaynya Open-mouthed smile Sila klik gambar untuk ke peta lokasi.

Marilah pulak kita tengok – tengok dulu facilities yang disediakan oleh pihak homestay ini.

LOKASI

- Taman Sentosa,Langkawi
- 15 minit dari Jeti Kuah (sila klik disini untuk laluan melalui google maps)
- 15 minit dari L
angkawi International Airport 
  (sila klik sini untuk laluan melalui google maps)
- 10 minit ke Pantai Cenang & Pekan Kuah
- 5 minit ke Makam Mahsuri
- Berhampiran Kampung Tok Senik (sila rujuk peta, ke kiri atas sikit je dah jumpa)
-
Berhampiran Hospital & Restoran Melayu Siti Fatimah (terkenal dengan masakan
  melayu)


KEMUDAHAN

- Rumah teres 1 1/2 tingkat dengan 3 bilik tidur & 2 bilik air
- Bilik tidur utama & ruang tamu berhawa dingin beserta kipas siling
- Astro Byond dengan TV 32”
- Lain-lain kemudahan termasuk tuala,selimut,sejadah,seterika,peti sejuk,
  pemanas air minuman,sabun dan syampu.

Sekarang mari pulak kita melihat keadaan rumahnya.

P2010163
Ini ruang tamu. Ruang berhawa dingin, TV 32” dan Astro Byond.

P2010081
Ini pula ruang makan

P2010082

Ini adalah dapurnya ye tuan – tuan dan puan – puan. Facilities yang disediakan adalah oven, pembakar roti, penapis air (panas & sejuk) & peti sejuk.

P2010084
Ini peti sejuk.

P2010085
Ini bilik air ditingkat bawah. Disediakan tuala mandi, tisu tandas, sabun mandi & syampu.

P2010092  P2010093
Bilik tidur utama [tingkat atas]

P2010097

Bilik air di bilik tidur utama [tingkat atas]

bilik tidur kedua

Ini bilik tidur kedua [tingkat bawah]

P2010120Bilik ketiga [tingkat bawah]

P2010119

Ruang solat. Tapi boleh je kalau nak solat dalam bilik. Disediakan sejadah, ironing board & seterika.

Anda berpuas hati dengan homestay ini? Tunggu apa lagi, sila savekan nombor telefon pemilik premis ini dengan kadar segera supaya bila nak datang Langkawi dah ada tempat tinggal yang super duper selesa hehe Open-mouthed smile

Moga percutian anda menjadi ceria seceria cat rumah ini juga Open-mouthed smile

Sila LIKE page mereka di sini

|
|
|
V

Harga homestay adalah RM230/malam. Jika anda ingin menyewa van, harganya adalah RM400.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan :
Rossdi : 010-4281900
Syafiza : 016-2218386

NOTA PENTING

# UNTUK MUSLIM BERKELUARGA SAHAJA
# CHECK IN 02.00PM
# CHECK OUT 12.00PM

Till then. Tata.

Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
1Malaysia Blogger Community
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected blogr.my

BlogMalaysia.com