Tuesday, August 28, 2012

Habis

Perasan tak kat entri - entri lepas saya semua gambar dah hilang?

Yes. Terima kasih diatas kebijaksanaan saya mendelete kesemua album yang terdapat di akaun Picasa saya di handphone selepas saya sync henpon ni dengan akaun Google saya.

Kenapa saya delete? Saya ada membeli sebuah telefon pintar awal seminggu sebelum raya hari tu. Lepas tu terus saya sync akaun Google ke henpon sebab nak download aplikasi kat Google Play.

Jadi alasan tipikalnya mestilah nak jimatkan space kat henpon. Mana taknya, 3000 keping lebih kot gambar di sync ke henpon ni. Semak perut ai tengok. Delete terus.

Check je blog, habis suma gambar diganti dengan gambar tiga segi dan tanda seru di dalamnya berbackgroundkan warna hitam kosong. Macam nak menangis. Macam je. Tak nangis pun.

Jadinya, kepada sesiapa yang masuk ke blog ni samada secara sengaja atau tidak tak kisahlah nak cari maklumat ke apa ke, minta maaf kalau ketiadaan gambar kat entri - entri yang mana tahu boleh membantu pencarian anda tergendala dek permasalahan ini. Minta maaf.


Thursday, August 16, 2012

PENGUMUMAN RALAT

GAMBAR HILANG DALAM BLOG

Hai.

Saya ada membeli sebuah smartphone pada 13 Ogos 2012 (Isnin) yg lalu.
Maka dengan penuh eksaitednya saya mengexplore apa yg ada kat dalam hp tersebut.
Pertama sekali semestinya login ke akaun Google sebab nk install aplikasi2 best kat Google Play.

Bila kita login ke akaun Google, secara otomatisnya contact di akaun tersebut akan di sync di bahagian Contacs. Bercampur – campur dengan contacts dari Simkad.

Tanpa sy sedari, gambar2 yang saya simpan di Picasaweb juga turut di sync ke henpon ni.
Terus saya bertanyakan adik saya seorang pengguna GNote tentang hal gambar tu.
Dia advice supaya delete je gambar–gambar tu sebab dia takkan effect gambar di Picasa.

So the next daynya saya delete gambar-gambar tu memandangkan jumlahnya yg sangat banyak. 3000++ keping gambar. Takut ianya akan consume memory henpon saya, terus sy delete kesemua gambar yang di sync tu.

Bila buka blog pada malam harinya, gambar semua jadi hitam dengan tanda seru dalam segitiga. Apa pula yang tak kena agaknya, saya berfikir-fikir sendiri. Terus saya buka Picasaweb untuk melihat apa yg tak kena.

Terkejut separuh beruk, gambar semua habis hilang. SEMUA. Gambar vacation, gambar kerja, gambar-gambar yg dimasukkan ke dalam blog ni semuanya hilang.

Malah gambar profile saya pun turut hilang. Salah sendiri tak reti fikir betul-betul sebelum berbuat sesuatu. Jadi, kepada sesiapa yang sampai ke blog saya dengan sengaja atau tidak saya minta maaf diatas ketiadaan gambar yang mungkin berkaitan dengan entri yang dibaca.

Saya akan upload semula gambar-gambar tersebut yang sememangnya akan memgambil masa yg sangat lama.

Walaupun saya kehilangan gambar-gambar  berharga, tapi ada sesuatu yg baru telah saya pelajari.

Data liberation.
Apa itu data liberation?

Untuk pencerahan, klik kat sini.

Rujukan : Lifehacker

Tuesday, August 7, 2012

Kepulangan Dato’ Lee Chong Wei disambut meriah di KLIA #London2012

 

  • Dato’ Lee Chong Wei (DLCW) membawa pulang pingat perak setelah tewas kepada pemain nombor satu dunia Lin Dan pada 5 Ogos 2012 (Ahad) lalu di Wembley.
  • DLCW memohon maaf sejurus selepas tewas kepada Lin Dan di twitter beliau. @Lee_C_Wei
  • Anggaran peminat yang berada di KLIA menunggu ketibaan DLCW adalah seramai 3000 orang.
  • Flight DLCW selamat mendarat pada pukul 7.30 pagi tadi.
  • KLIA jadi trending di twitter hari ini.
  • Begitu jugak dengan #TwtupChongWei, Datuk Lee Chong Wei & KLIA (pada masa entri ni dikeluarkan)
  • Pemain beregu negara Tan Boon Heong turut tiba bersama DLCW tetapi kurang mendapat sambutan oleh peminat.
  • Tan Boon Heong meraih tempat keempat bagi Badminton Beregu Lelaki di Sukan Olimpik London 2012 bersama – sama Koo Kien Keat.

Gambar random dari twitterer. (Gambar tak mengikut turutan)

DLCW12

DLCW14

DLCW10

DLCW13

DLCW1

DLCW

DLCW2

DLCW3

DLCW4

DLCW5

DLCW6-TAN BOON HEONG

DLCW7

**Klik gambar untuk ke sumber

Apapun, Dato’ Lee Chong Wei adalah hero kita. Sebak bila tengok dia menangis time final malam tu.

Dato’ Lee Chong Wei, you are the best & always the best.

 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected