Monday, January 5, 2015

Kau Bila Nak Kahwin?

"KAU BILA NAK KAHWIN?"

Bagi si kacak dan si manis kat luar yang usia sedang menuju ke gerbang 30an ataupun telah menjengah ke alam 3 series, soalan ini tidaklah sah kalau tak diutarakan. 

Bagi kita2 yang pernah alami situasi ni, tahulah macam mana sakit hatinya perasaan tu. Mula-mula tu boleh la lagi dilayan dengan senyuman dan gurauan balas. Tapi bila disoal/dijadikan bahan gurauan berkali-kali, lebih-lebih lagi oleh orang yang sama, itu dah jadi kes lain dah.

Dapatlah kita buat kesimpulan, soalan seumpama ini selalunya ditanya berdasarkan dua tujuan. Pertama, sebab prihatin. Yang kedua (selalunya lah) untuk bergurau/mengejek (secara halus).


Jaga tepi kain family kita tu dulu sebelum nak cari koyaknya tepi kain orang.
Status Facebook dipinjam dari teman sedaerah dan disiar dengan izin.

Selalunya kalau tujuan soalan tu ditanya dengan nada mengejek, mempermainkan, mempersenda atau bergurau-saja dalam kata lembutnya, pastinya akan disusuli dengan gelak ketawa sinis oleh si penanya. Perlu ke? 

Jadi, kira win-win situation la apabila bergurau dengan golongan-golongan macam tu, then dibalas balik dengan soalan-soalan macam kat bawah ni ye hehe


Bagi yang sudah berpasangan tak kisahlah dah berpakwe/makwe ke, dah bertunang ke, hatta yang dah berkahwin sekalipun, janganlah anggap bila diberi peluang menikmati perkara tu, dunia ni dah macam enta yang punya. Boleh permainkan kawan-kawan sesuka hati kita.

Kalau Allah nak tarik nikmat tu balik, KUNFAYAKUN. Jadilah. Jangan seronok sangat mempermainkan perasaan orang. Hati dan perasaan ni bukan benda untuk dibuat main. Tercuit sikit pun sudah terasa. 

Sapa yang alami, dia taulah macam mana perasaannya. Jadi, dalam bertanya/bergurau, biarlah berbatas. Fikirlah perasaan orang lain. Jangan sampai satu masa nanti, masalah yang kita runsingkan dijadikan gurauan orang lain pula. Dunia ni bulat.

2 comments:

  1. Tak suka betul jenis yg suka bergurau dgn soalan2 macam ni...
    Bila dah kawin, tanya anak plak...
    Bila dah ada anak sorang, tanya anak kedua plak...
    Boleh naik rimas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat rimas. Bila kita sentuh isu sensitif diorang tahu pulak marah. Mula la nak tarik muka lepas tu.

      Delete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected