Slider

Buat kerja di saat terakhir. Procrastinate la sangat kan.

Tuesday, June 17, 2014

I dunno la myself. Time paling bersemangat buat kerja-kerja yang ada dateline adalah waktu di saat-saat terakhir. Kerja sekolah, assignment, task di tempat kerja, even kerja rumah pun (ok ni tak valid sebab takdak dateline - yang buatkan selalu terrrrmiss buat. Atau tak buat terus >.<)

Sebabnya, time-time kritikal macam ni la idea tu mencurah-curah dan sangat banyak sampai last-lastnya takleh commit pun (faktor masa).

Tapi dalam dok ligan masa tu sempat lagi buat keja lain. Check FB, buat benda-benda tak penting. Sempat lagi Google masalah buat sendiri ni. And then tersangkut la kerja yang patutnya dihabiskan tu.

Macam sekarang ni. Sempat lagi publish entri kat blog!

Aha. Ha.

Rujukan di masa depan : Sini

Lambat minggu berlalu

Tuesday, March 25, 2014

Minggu ni asyik tersilap hari. Terlebih satu hari. Ingatkan esok last keja dlm minggu ni then cuti on Khamis. Baru hari Selasa rupanya.

Rezeki betul lah

Sunday, March 16, 2014

Oh rezeki. Datanglah selalu tanpa disangka. *tadah tangan berdoa*

 Minggu lepas, sengaja selak-selak buku nota harian. Terbuka halaman paling belakang di bahagian poket, terjumpa RM10. Oh. Selit waktu nak keluar inspection lah ni. (keluar inspection tak bawak purse, nanti penuh tangan dgn buku nota, kamera. Bawak RM10 untuk standby beli air especially bila inspect di kawasan pantai. Musim sekarang kan, baru duduk sepuluh minit je dah habis basah baju)




✓ Hari Khamis lepas, sebelum balik kerja, ambil RM10 dari purse letak dalam poket jaket siap-siap supaya tak perlu keluarkan purse dari beg bila sampai stesen minyak. 

Isi minyak RM5 dan berbaki RM5. Masukkan baki ke dalam poket. Eh? Ada kertas. *keluarkan* Eh eh. RM10. *letak balik dalam poket* (Kesnya, sebelum tu letak duit dalam poket dengan niat nak isi minyak. Tapi minyak motor dapat survive sampai rumah & hati pulak tak rasa nak berenti stesen, terus balik rumah dan lupa duit di dalam poket)

Hari ni. Paling best. Collector duit buku Syabil datang. Saya ada beli set pembelajaran untuk Syabil & bayar bulan-bulan. Pelaburan masa depan gitu. 

Keluarkan duit dari sampul (tiap kali gaji, cabut siap-siap dan letak tepi takut terguna), Rasa tebal dari biasa pulak duit yang terlipat ni. Buka lipatan (sekali lipat je pun) dan haaa terlebih RM50 uols. HAHAHA taqaburnya ketawa :P



Hati gembira tak terkata.

Duit beli kasut haritu 'terbayar' balik. Ehehe.


Ini salah satu tabiat buruk yang paling buat saya senang hati. Kekeke.


Sidenote : Hari ni hari ke-9 kehilangan #MH370. Macam - macam spekulasi berlegar dikalangan penduduk dunia. Apa pun, mendoakan semoga pesawat dan anak-anak kapal semuanya selamat especially bayi yang dua orang tu. Ya Allah, permudahkanlah.

Moga dalam PC hari ni mendapat perkhabaran baik.



Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright