Slider

PENGUMUMAN RALAT

Thursday, August 16, 2012

GAMBAR HILANG DALAM BLOG

Hai.

Saya ada membeli sebuah smartphone pada 13 Ogos 2012 (Isnin) yg lalu.
Maka dengan penuh eksaitednya saya mengexplore apa yg ada kat dalam hp tersebut.
Pertama sekali semestinya login ke akaun Google sebab nk install aplikasi2 best kat Google Play.

Bila kita login ke akaun Google, secara otomatisnya contact di akaun tersebut akan di sync di bahagian Contacs. Bercampur – campur dengan contacts dari Simkad.

Tanpa sy sedari, gambar2 yang saya simpan di Picasaweb juga turut di sync ke henpon ni.
Terus saya bertanyakan adik saya seorang pengguna GNote tentang hal gambar tu.
Dia advice supaya delete je gambar–gambar tu sebab dia takkan effect gambar di Picasa.

So the next daynya saya delete gambar-gambar tu memandangkan jumlahnya yg sangat banyak. 3000++ keping gambar. Takut ianya akan consume memory henpon saya, terus sy delete kesemua gambar yang di sync tu.

Bila buka blog pada malam harinya, gambar semua jadi hitam dengan tanda seru dalam segitiga. Apa pula yang tak kena agaknya, saya berfikir-fikir sendiri. Terus saya buka Picasaweb untuk melihat apa yg tak kena.

Terkejut separuh beruk, gambar semua habis hilang. SEMUA. Gambar vacation, gambar kerja, gambar-gambar yg dimasukkan ke dalam blog ni semuanya hilang.

Malah gambar profile saya pun turut hilang. Salah sendiri tak reti fikir betul-betul sebelum berbuat sesuatu. Jadi, kepada sesiapa yang sampai ke blog saya dengan sengaja atau tidak saya minta maaf diatas ketiadaan gambar yang mungkin berkaitan dengan entri yang dibaca.

Saya akan upload semula gambar-gambar tersebut yang sememangnya akan memgambil masa yg sangat lama.

Walaupun saya kehilangan gambar-gambar  berharga, tapi ada sesuatu yg baru telah saya pelajari.

Data liberation.
Apa itu data liberation?

Untuk pencerahan, klik kat sini.

Rujukan : Lifehacker

No comments:

Post a Comment

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright