Hati kuat nak menulis. Setiap hari meratib nak menulis, nak menulis, nak menulis.
Tapi tak ada idea, masa..
..atau selalu hilang motivasi. Ini yang selalunya lah.
Hilang motivasi bukan sebab tiada pembaca tapi tak ada sebab kukuh nak menulis untuk diri sendiri, nak rasa kepuasan menulis pendapat sendiri, nak rasa pendapat kita ni disalurkan di blog, nak orang tahu apa point of view kita mengenai sesuatu perkara.
Tapi itu lah, bila dah tulis, publish di blog, timbul pula rasa insecure apa nanti pembaca fikir mengenai isi entri blog kita. Atau apa pula pembaca akan judge bila baca penulisan kita, 'setakat ni je buah fikiran kau, baik tak payah menulis' 'takde nilai la entri blog macam ni' dan seterusnya. Hilang sudah prinsip menulis-bukan-untuk-siapa-siapa tu. Rasa macam pendapat sendiri tak penting pun ye juak. Haih. Takut sangat dengan judgement orang.
Tapi..takpalah.
Sekarang, nak cabar diri sendiri menulis setiap hari.
Kita start bulan Disember nanti. Kita buat 30 days blog challenge.
Cari kat Pinterest, ambil contoh dari situ dan ubahsuai ikut kesesuaian.
Boleh lah kan dari takde.
30 Hari Cabaran Menulis Blog
- 20 Fakta Mengenai Diri Anda
- Petikan Kegemaran (Favourite Quote)
- Cara Untuk Memenangi Hati Anda
- Lagu Kegemaran Anda Sekarang
- Ketakutan
- Perkara Menjengkelkan (Pet Peeves)
- Apa Di Dalam Beg Anda
- Tabiat Buruk
- Ciri Fizikal Yang Terbaik
- Beberapa Perkara Kegemaran
- Pakaian Hari Ini (Outfit Of The Day)
- Things That Make Your Day
- Kalau Saya Menang RM100,00.00
- Hari Biasa (An Average Day)
- Gambar Tulisan Anda
- Saat Membanggakan
- Makna Disebalik Nama Blog Anda
- Koleksi Anda
- Masa Sukar Dalam Hidup Anda
- Makanan Kegemaran
- Perkara Terbaik Yang Berlaku Dalam Tahun Ini
- Kerjaya Impian
- Buku Kegemaran di Zaman Kanak-Kanak
- Blog Kegemaran
- Gambar Lama Diri Anda
- Nota Kepada Seseorang
- Apa Yang Saya Nantikan (What I Look Forward To)
- Tempat Yang Saya Kunjungi
- Apa Di Dalam Beg Mekap Anda
- Kenapa Anda Menulis Blog
Mampu?
Kita tengok macam mana pergi dia.