Slider

jual baju category
Showing posts with label jual baju. Show all posts

Penggemar Online Shopping, sila berhati – hati. Periksa dulu sebelum membeli.

Monday, July 12, 2010

Sekarang ni, ramai yang suka beli barang online kan? Senang. Tak payah pakai cantik – cantik, bersiap 2 3 jam, jimat masa, jimat tenaga, pakai t-shirt dengan kain batik pun dah boleh berurusan jual beli. Boleh order dengan penuh bergaya walaupun tak mandi lagi.

Itu baru mukadimah. Ini ceritanya.

Tadi kat facebook, kawan dalam senarai friendlist saya telah ditag oleh salah satu profile yang digunakan untuk berniaga secara online.

Dengan penuh minat, terus saya klik gambar yang ditag itu. Kelihatan di dalam gambar model – model yang digunakan untuk menggayakan pakaian mereka kelihatannya seperti model – model katalog [berdasarkan pengalaman saya yang dulu gila shopping guna katalog].
Berdasarkan keadaan gambar dan gaya model menggayakan pakaian itu, jelas lah yang ianya discan dan diupload ke dalam komputer. Dan ketika itu juga mata saya tertancap pada satu perkataan di hujung atas sebelah kiri gambar itu.

Terus menggoogle perkataan itu dan nah hasil cariannya adalah blog – blog lain yang menjual produk yang sama.

Yang membuatkan saya sedikit terkejut adalah harga yang dikenakan oleh pengusaha di dalam facebook ini yang melebihi RM10 berbanding harga asal di dalam katalog tersebut.

Wajarkah meletakkan harga yang begitu tinggi sekali?

Pengalaman saya menjadi pengguna produk – produk sebegini ialah, bila kita sudah berdaftar sebagai ahli, kita akan diberi diskaun 10 % – 30 %. Bayangkan berapa untung yang dia perolehi.

Saya bukan bercakap kosong. Bukti di bawah.
OS_ori
Harga asal
RM 39.90 & RM 24.90
OS_markup
Harga selepas di mark-up
RM 50.00 & RM 35.00

Pesanan khidmat sosial : Berhati - hati sebelum membeli.

P/s – Kalau nak mark up pun, makesure la blurkan dulu nama produk tu..
Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright