Slider

Pengalaman Menarik Aktiviti Mangrove Tour Langkawi

Wednesday, January 24, 2018

So, Hari Ahad hari tu selepas tak sampai sejam perbincangan, geng-geng mak jemah buat keputusan nak pegi Mangrove Tour. Memandangkan hari Ahad cuti Keputeraan Sultan Kedah dan kebetulan jugak semuanya cuti, so kita ON!

Bergerak ke Gua Kelawar. 

Sampai je di Jeti Pelancongan Sungai Kilim, sempat lagi makan Mee Kuah Udang yang superb (kedai first sekali kt food court di situ), sambil tunggu kawan-kawan yang lain sebenarnya. Kebetulan Kak Pida tak makan lagi dari pagi. Ye lah, benda tak plan kan. Itu yg jadi pkl 10 bincang, pkl 4 baru ON hihi.

Trip kali ni special sikit sebab dapat rate istimewa. Kami menggunakan khidmat Atta Teraju Enterprise. Kalau nak diskaun lebih baik BOOK dulu. Kalau walk in, kena bayar rate tetap.

Korang kalau datang Langkawi, jangan lepaskan peluang menyusuri paya bakau di Langkawi ni. Memang best. Alami pengalaman masuk ke Gua Kelawar dan melalui di bawah Gua Buaya (depend on pakej, tapi kitorang dapat masuk memandangkan air surut sikit so boleh la lalu bawah tu).

Sebelum masuk gua kelawar kita selfie dulu.
Pendek je laluan dia. Ada apa kt dalam gua tu?
Kelawar la dah nama pun Gua Kelawar hihi.

Pastu kita akan berhenti di sangkar ikan. Boleh main dengan ikan pari, belangkas and so on. Kalau nk berkayak pun boleh jugak. Tapi yang tu pakej lain la. Looks fun. Berkenalan dengan ikan pari nama Aisyah. Pegang belangkas. First time. Diorg suruh pegang bahagian bawah belangkas tu. Geliiiiiii. 

Jadilah dapat pegang ekor pun. Ni belangkas betina sebab saiz dia besar dari yang jantan. 
Lepas main-main dengan ikan dalam sangkar tu, kami bergerak ke laut. Kat situ lah spot famous orang bergambar dengan tulisan KILIM GEOFOREST PARK tu.

Spot wajib tourist bergambar. Bukti pi Mangrove Tour hehe
Sepanjang perjalanan, budak-budak memang enjoy sangat, sebab ada formasi batu-batu yang menarik-menarik membentuk muka orang la, badan orang la, kasut la, king kong la, kura-kura la. Budak-budak excited betul bila dapat tengok dan cam figure-figure batu tu haha. Kami yang dewasa ni pun sama excited bila dapat tengok hahaha! Mana taknya, mencari-cari bentuk batu yg menyerupai muncung buaya la, muka baby la, muka Red Indian pn ada, badan orang perempuan la (sebab batu tu nampak orang mendongak - reason dia mcm bentuk wanita sebab kat leher tak ada halkum haha), pulau bentuk kasut la. Best betul main cari-cari kat laut ni.
Nampak tak bentuk kura-kura? 🐢
Sepanjang tour kami, guide memang memainkan peranan penting sebab dia akan beritahu info-info berkaitan aktiviti di kawasan paya tu. Yang ni memang puji lah Bob sebab dia akan berhenti dan explain satu-satu pasal fakta-fakta mahupun aktiviti di persekitaran paya bakau tu. Memang fun.

Lepas tu tengok aktiviti eagle watching pulak. Tengok burung-burung helang tangkap makanan di permukaan air. Cantik-cantik dan besar-besar helang-helang tu.

Lepas 2 jam lebih, kami bertolak balik ke jeti.

Overall, memang enjoy trip kali ni. Tu lah kan. Tak boleh rancang lama-lama. Nanti tak jadi. Kena rancang time time tu, semua available, terus ON je. Kalau tangguh-tangguh memang takkan jadi la hihi.

Memang fun!

Yang mana planning nak ke Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk experience Mangrove Tour ni. Harga DARI RM25 untuk seorang. Berbaloi-baloi.

Nak diskaun? Contact sini https://langkawimangrove.wasap.my (whatsapp sahaja)

Boleh check pakej Mangrove Tour kat sini

No comments:

Post a Comment

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright