Slider

birthday category
Showing posts with label birthday. Show all posts

Happy Birthday!

Thursday, February 21, 2013•

Selamat hari lahir kepada diri sendiri! (walaupun dah lepas 4 hari lepas)

Kawan - kawan buat surprise birthday party lepas office hour.

Walaupun simple tapi sangat bermakna. Last minute sebenarnya majlis tu.

I gained 10kg masuk tahun ke-4 keja kat Majlis.


Saja cakap :P


Saya tak suka surprise. Tapi tak tau kenapa surprise yang ni buat saya terharu..

Sunday, February 20, 2011•

Hari tu kan (17 Februari 2011) meeting yang sepatutnya dijalankan pada pukul 10 pagi ditunda ke pukul 11.15 pagi sebab bos ada urusan diraja (ayat suma nak grand, padahal menyambut kerabat je pun :P). It was my birthday that day dan saya ingat orang - orang kat ofis tak perasan pun *mode sedih sekejap T__T. Tapi jadi sebaliknya bila ada dua 3 4 5 orang yang tegur and wish my birthday *mode terharu pulak :-s

Lepas habis meeting masing - masing bergerak ke ruang makan. Waktu paling best kalau ada meeting ; waktu melahap. Pak Lek masak sedap oh. Tak nyesal kalau tempah kat dia. Sepulangnya dari meeting, semua menjadi sibuk mengerjakan kerja yang telah diberi mengikut arahan bos (sila bayangkan satu situasi busy macam kat pejabat CSI waktu ada kes). Bos juga turut serta duduk disebelah melihat perkembangan serta memberi tunjuk ajar. Skema semacam pulak part ni.

Waktu tengah sibuk - sibuk dok keletuk keletak keyboard komputer, Julia bersuara nak keluar sekejap. Okai lah. Tade hal. Walaupun selalunya dia ajak kalau nak kemana - mana tapi kali ni tak ajak dan terasa jugak kat situ tapi...taaakpelah. Ada hal personal tu kot. Teruskan kerja *taip taip taip.

Sepulangnya dia, dia bawak seperti sebungkus apantah tak dapat dipastikan isinya dan secawan air. Eh, gi beli makanan lagi? Baru lepas makan je kan..Sambung buat keja..

Tengah kusyuk buat keja, bos tegur..

"Eh, tu kek sapa pulak?"
"Sapa lagiii..besday girl laahh hehe" sambut Julia.


Terus pandang kat Julia. Oh my goat! Dia p beli kek rupanya T____T *terharu serta merta.

To be frank, saya jarang celebrate birthday dengan kawan - kawan dan tak pernah buat majlis pun untuk birthday saya. Sekadar makan - makan dengan family pun dah cukup. Well, it's just a birthday kan. Kalau saya betul - betul nak celebrate birthday, saya nak celebrate tepat - tepat waktu kelahiran saya which is pukul 3.40 pagi. HAHA. Sapa sanggup attend kalau saya buat? :P

jus bos belanja :P

Thanks korang ♥ kek ni sangat sedap
Tenkiu ♥
Bos tanya, "Ini birthday yang keberapa ni?"


Yang tau takpelah, yang tak tau tu, korang agak2? Hehe..

Hai, nama saya FINA
A
Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright