Blog Cipina
Subscribe:

INI INI INI MENARIK!

Wednesday, February 1, 2012

KENYATAAN AKHBAR OLEH YB DATUK FADILLAH YUSOF, TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MENGENAI HASIL SIASATAN ADUAN RAKYAT BERHUBUNG DENGAN BUNYI ‘NGAUMAN LANGIT’ DI KAWASAN KOTA SAMARAHAN, SARAWAK


PUTRAJAYA, 31 Januari 2012 - Satu Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit (Sky Roar) telah diwujudkan di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA®) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi tujuan menyiasat aduan yang telah dibuat oleh beberapa orang penduduk, berkaitan laporan bunyi yang tidak diketahui sumbernya pada 11 dan 12 Januari 2012 di sekitar kawasan Kota Samarahan, Kuching, Sarawak.

            Antara andaian oleh penduduk setempat ialah mengaitkan bunyi ngauman tersebut dengan kejadian gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme (HAARP) yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat.  Namun begitu, siasatan jawatankuasa mendapati kedua-dua andaian tersebut tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan bunyi ngauman tersebut.     

            Jawatankuasa Siasatan telah menggunakan beberapa metodologi  dalam siasatan seperti menemu bual saksi-saksi kejadian, mengenal pasti sumber-sumber potensi punca bunyi dan membuat siasatan berkaitan, mendapatkan khidmat pakar tempatan untuk menganalisis audio bunyi berkenaan dan analisis maklum balas yang diterima dari orang ramai.

Penemuan awal siasatan jawatankuasa adalah seperti berikut. Jawatankuasa siasatan percaya, bunyi ‘Ngauman Langit’ ini berkemungkinan besar adalah berpunca daripada aktiviti yang dilakukan oleh  kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap, pada tarikh 11 dan 12 Januari 2012.  Perkara ini telah disahkan oleh Penolong Pengurus kilang sawit tersebut, En. Yusmizan Desa, bahawa pihak kilang telah menjalankan penentukuran (setting) dan pengujian tekanan dandang secara auto yang mengakibatkan pelepasan wap akibat lebihan tekanan dandang secara berkala yang mana proses tersebut telah menghasilkan bunyi yang didakwa sebagai ‘ngauman langit’ oleh penduduk setempat. Pelepasan tekanan dandang adalah bagi tujuan mengekalkan tekanan dandang pada nilai yang telah ditetapkan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit. Corong lepasan wap juga didapati berada pada arah kampung-kampung di mana saksi-saksi telah mendengar bunyi berkenaan.


Demonstrasi semula penghasilan bunyi pelepasan wap dandang tersebut oleh pihak kilang telah disaksikan sendiri oleh Jawatankuasa dan saksi-saksi berkaitan dan kesemuanya berpuas hati dengan persamaan bunyi proses tersebut dengan rakaman ngauman seperti yang telah dilaporkan sebelum ini.

            Walau bagaimanapun, analisis saintifik dan pencirian frekuensi yang sedang dilakukan oleh pakar tempatan diteruskan bagi tujuan pengesahan secara saintifik.


Video :




Sumber : Agensi Angkasa Malaysia

Friday, January 27, 2012

Emak dan Mesin Jahit


Hai, 
Saya tulis guna blogger punya editor. Macam taip surat pulak hewhewhew. Selalu guna Windows Live Writer. So, feeling dia lain sikit.

Warning : Entri ini agak panjang. Kalau baca sampai habis, anda adalah seorang jelita dan hemsem yang tak dapat disangkal lagi. Kat bawah sekali ada ucapan best kat korang.

Saya ada buat satu projek best

Jahit baju sendiri hewhewhew. Eleh tu je ke yang kau kata best Cipina?

Dah siap. Hewhewhew.
Dah pakai dah pun hari sepupu tunang Isnin lepas hewhehew apa gedik dok hewhewhew dari tadi kau ni Cipina.

Lepas dah siap baju, mak soh jahitkan tudung tingkap (langsir) pulak.


Bahasa Utara pure okek haha

Mak saya adalah seorang tukang jahit yang berstatus surirumah. Disebabkan awal berkahwin dengan ayah dulu ayah tak benarkan mak bekerja diluar, mak ambil inisatif untuk membantu ayah dapatkan duit lebih dengan menjahit.

Berkat mak menjahit, dapatlah membantu ayah. Mak sangat berdedikasi. Tiap sesuatu perkara yang mak buat, mak akan buat betul betul. Tak pernah buat sekerat jalan. Macam tu jugak menjahit.  Mak belajar menjahit gaya pos. Belajar sampailah terer dan cikgu mak hanyalah buku yang diberi.

Sikit - sikit mak menjahit sampailah terer dan ambil upah. Alhamdulillah, berkat duit menjahit tu mak dapat tambah koleksi mesin jahit dia.

Semua tu dengan duit mak sendiri. Bukan dari bantuan sesiapa. Bukan bantuan dari mana - mana badan politik, NGO mahupun orang persendirian. SEMUA HASIL TITIK PELUH MAK SENDIRI *tetiba emo. Emo bersebab sebenarnya heheh. Tapi takyah la cerita kat sini. Nanti orang kata kita ni sembang politik pulak eh eh terbagi hint pulak :P



Sekarang ni, mak ada 5 mesin jahit hasil duit sendiri. 2 mesin jahit industri, 1 mesin jahit tepi industri, 1 mesin jahit portable, 1 mesin jahit tepi portable

Oh ya, dan 1 mesin jahit industri yang dapat baru - baru ni oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM). Ribuan terima kasih untuk sumbangan itu. Kepada KPWKM & juga orang tengah yang mana sumbangan disalurkan melalui pihak mereka.


Sudah jadi tempat lepak kegemaran sekarang :P 


Mesin jahit tepi portable (kiri) & mesin jahit tepi industri (kanan)
Dua - dua jenama Singer


Mesin jahit jenama Furim


Jenama Singer


Jenama Gemsy (KPWKM bagi)
TQsomuch KPWKM


Produk - produk kesihatan & kecantikan. Duit sampingan.

Hasil dari dari menjahit tu jugak, mak berjaya menghasilkan murid - murid yang 2 3 orang dah boleh bukak kedai sendiri, murid - murid yang kalau tak bukak kedai pun dapat ambil upah sikit - sikit kat kampung. Dapat jugak tambah ekonomi keluarga kan? Mak tak ambik bayaran dari murid - muridnya. Sebab mak kata, nak mengajar kena ikhlas. Tapi tetap jugak students bagi duit. Caranya? Bagi duit raya time Aidilfitri. Takkan nak tolak duit raya kan? Tak sopan tu. No no no. 

Cumanya, mak takleh mengajar ramai - ramai sekaligus. Mak kalau time mengajar, mak kena fokus kat sorang - sorang murid tu. Lagi satu, mak jugak tukang jahit, kalau asek dok tumpu kat student je bila masa nak menjahit woi baju satu lemari tuuuu nak siapkan. 

--**--**--**--**--**--**--**--**--**--**--**--

Sejujurnya saya tak pernah minat menjahit lansung. Dua orang adik saya minat menjahit sampaikan boleh jahit baju sendiri (adik perempuan) & tolong mak jahit tepi & jahit baju kurung budak (adik lelaki). Saya? nak dekat dengan mesin jahit pun takmau. Heh. Sombong betul kau.

Takpe, mak kan ada. Nak buat baju baru, beli kain, bagilah kat mak. Apa susah?

Tapi, itu dulu..waktu tak bijak berfikir lagi. Sekarang tak lagi :D

Eh tapi kan, dalam tak minat menjahit tu, waktu Form 2, saya berhasil jahit baju sendiri hewhewhew dia buat pulak dahhh. Tapi semata - mata jahit jelah. Ukur, buat dasar, potong kain semua mak buat hehe.

Jahit pun tunggang langgang. Hiruk pikuk haha.

Tapi bila dah besar ni  baru nampak kelebihannya reti menjahit ni. Reti. Bukan pandai. Reti lain, pandai lain.

Yelah. Sampai bila nak harapkan mak kan? Nanti kahwin suami dah tak payah pening - pening kepala lagi dah nak keluarkan duit upah buat baju. Upah buat baju sekarang dah mahal. Tambah - tambah tempah kat kedai. Kalau tempah kat rumah orang tu boleh la lagi kan.

Kot - kot la nanti kahwin suami tak bagi keja ke, boleh la amek upah menjahit.  #berangannnnnnnnnnnn Dapat jugak duit poket nak shopping - shopping. Duit poket bulan - bulan pun dapat abang bagi, duit kerja sendiri pun dapat. Well, duit suami duit isteri juga, duit isteri, duit isteri sorang ya  hewhewhew guraugurau je ye #bakalsuami.

Oh lupa nak tunjuk hasil kerja tangan sendiri. 100% buat sendiri taww..

Ukur Buat dasar Potong kain Jahit tepi Jahit sampai jadi baju Jahit sembat tangan Jahit karipap eh ke mata lalat kat leher Jahit butang dengan cangkuk semua buat sendiri! Woh satu napas!


Sebelah kiri sepupu, ai yang sebelah kanan. Chantek khenn baju aiii :D
Paksu ai cakap corak baju macam nenek - nenek=.=

Eh, kau baca sampai habisssss? Ya Allahhhh rajinnya kau baca ahkak membebel. Terima kasihlah. Sayang  kau lebih.

Ucapan : Terima kasih baca sampai habis. Memuah. Best tak dapat memuah dari ahkak? Tak best ke? Tak best? Ada ahkak kesah.

Nak gi sambung jahit langsir.

Bai.

Wednesday, January 25, 2012

Kerabu Favourite..

Hai! 

Suka makan kerabu tak?

Saya suka.

Paling feveret haruslah kerabu beronok! Ada lagi, kerabu mangga+sotong kering, kerabu timun & kerabu tembikai! Peh. Kecoq ayaq lioq baq hang.
Semalam sambil – sambil boring bawak blog jalan – jalan (blogwalking) ternampak iklan gayahidupsihat kat Nuffnang sapa ntah. Klik je lah. Tengah boring nih.

Terjumpa satu resepi ni.

KERABU EPAL HIJAU

gayahidupsihat_kerabu epal hijau

Nampak sedap. Mudah pulak tu. Nak try ah pasni.

Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected

BlogMalaysia.com