Slider

homestay category
Showing posts with label homestay. Show all posts
Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Servis Teksi di Langkawi | Taxi Service in Langkawi

Monday, January 7, 2013•


Hai!

Hari tu saya ada share pasal beberapa homestay kat Langkawi ni kan.
Hari ni saya nak cerita pasal servis pengangkutan di Langkawi pulak.

Kat Langkawi, tak perlu risau pasal nak bergerak ke sana sini sebab tersangatlah banyak servis berkaitan pengangkutan walaupun tak ada bas henti - henti hehe. Tak jalan servis itu.

Ada servis sewa basikal, motosikal, sewa kereta, van, bas dan juga Perkhidmatan Kereta Sewa (berpemandu). Teksi la tu heheh.

Contoh teksi kat Langkawi

Tempat penginapan kat Langkawi tak mencukupi??

Friday, February 10, 2012•

Tu lah. Sapa suruh booking last minuteWaiting

Oke. serius.

Waktu cuti Raya Cina yang lepas, terdapat keluh kesah pengunjung yang datang bercuti ke Langkawi tentang ketiadaan bilik. Kesiann..

Serius time Raya Cina hari tu sesak gila Langkawi. Tambah – tambah kat Jetty Point tu. Sampai ada yang terpaksa jalan kaki dari Garden (taman permainan) depan Mahkamah Syariah yang sejauh 1.2 km tu sebab kesesakan punya pasal.

homestay_mahkamah rendah syariah ke jetty

Point A – Jetty Point
Point B – Mahkamah Syariah

Sesak tak sesak.

Take note. Ini Langkawi, pulau pelancongan. Tempat yang sangat aman damai time tak cuti. Tapi kalau time cuti, sampai bilik tak cukup. Tu tak masuk keta sewa lagi.

Jadi, dengan keadaan yang sebegini tiap – tiap kali cuti, maka timbullah homestay – homestay di segenap pelusuk Langkawi. Nak yang tepi bendang, dalam kampung, dalam taman, tepi pantai (rasanya takde Smile with tongue out), kat mana – mana je lah. Sure ada punya.

Jadi dengan ini, satu lagi alternatif untuk menginap telah muncul dengan kehadiran homestay – homestay ini.

Jadi dengan ini (sekali lagi), brace yourself, entri pasal homestay is coming.

Lepas ni.

Tunggu Smile with tongue out

 

Ini yang saya buat bila saya tension♥

Monday, May 3, 2010•

Salam semua..

Sihat kah? Dari Langkawi melaporkan cuaca sangat baik sekali hari ni. Pandang laut pun tenang je. Air pasang. Best sangat kalau tengok air pasang. Tambah-tambah kat jeti nelayan tu. Kalau buat photoshoot sangat cantik. Kalau la saya ada DSLR, mesti sawan jadinya.

Jeti nelayan depan pejabat - seberang jalan je ♥
Ini pemandangan kat sebelah kiri..saya suka tengok jeti ni time air pasang..dengan air dia yang membiru tu. Tenang. Bertuah rasanya dilahirkan di pulau Langkawi ni. Nak nak pulak ada sangkut-sangkut sikit dengan Mahsuri *eh, tetibe :P

Gambar pemandangan dari depan pejabat
LOL tak perasan ada burung lalu :P
Bila tension dengan kerja, saya akan bangun dari kerusi dan berdiri sambil pandang ke laut. Pandang jauh-jauh, pastu tinggalkan tensen tu kat situ. Biar dia tak dapat balik menghantui saya. Haha. Ayat tak boleh blah. Eh, tapi bukan saya sorang je tau. Kawan-kawan yang lain pun sama. Kadang-kadang, beratur diorang kat meja dekat tingkap ni sebab nak tengok ke luar - especially bila JPJ buat roadblock. Jalan depan bangunan ni adalah hotspot JPJ buat roadblock. Tak dapat dipastikan kenapa. Tapi saya nampak satu je sebab dia. Sebab ada pokok besar. Teduh. LOL. Nyaman dong!

Sebenarnya tadi saya sedikit tension, itu yang capai kamera jabatan terus snap gambar laut. Lepas dah edit-edit gambar pastu, terus tangan ni gatal nak menaip pulak, rasa release sikit :P *sambil buat-buat tak nampak report yang kena tindih dengan siku ni :P

Tak pasal-pasal dah jadi entri..Hee~


Oke semua, sudah masa rehat. Mau pegi beli roti. Masuk hari ni dah dua hari tak makan tengahari. Macam best pulak makan roti je time tengahari. Ala-ala diet gitu☻♥


Babai ♥


 
Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright