Slider

pulau langkawi island category
Showing posts with label pulau langkawi island. Show all posts

Pengalaman Menarik Aktiviti Mangrove Tour Langkawi

Wednesday, January 24, 2018•

So, Hari Ahad hari tu selepas tak sampai sejam perbincangan, geng-geng mak jemah buat keputusan nak pegi Mangrove Tour. Memandangkan hari Ahad cuti Keputeraan Sultan Kedah dan kebetulan jugak semuanya cuti, so kita ON!

Bergerak ke Gua Kelawar. 

Sampai je di Jeti Pelancongan Sungai Kilim, sempat lagi makan Mee Kuah Udang yang superb (kedai first sekali kt food court di situ), sambil tunggu kawan-kawan yang lain sebenarnya. Kebetulan Kak Pida tak makan lagi dari pagi. Ye lah, benda tak plan kan. Itu yg jadi pkl 10 bincang, pkl 4 baru ON hihi.

Trip kali ni special sikit sebab dapat rate istimewa. Kami menggunakan khidmat Atta Teraju Enterprise. Kalau nak diskaun lebih baik BOOK dulu. Kalau walk in, kena bayar rate tetap.

Korang kalau datang Langkawi, jangan lepaskan peluang menyusuri paya bakau di Langkawi ni. Memang best. Alami pengalaman masuk ke Gua Kelawar dan melalui di bawah Gua Buaya (depend on pakej, tapi kitorang dapat masuk memandangkan air surut sikit so boleh la lalu bawah tu).

Sebelum masuk gua kelawar kita selfie dulu.
Pendek je laluan dia. Ada apa kt dalam gua tu?
Kelawar la dah nama pun Gua Kelawar hihi.

Pastu kita akan berhenti di sangkar ikan. Boleh main dengan ikan pari, belangkas and so on. Kalau nk berkayak pun boleh jugak. Tapi yang tu pakej lain la. Looks fun. Berkenalan dengan ikan pari nama Aisyah. Pegang belangkas. First time. Diorg suruh pegang bahagian bawah belangkas tu. Geliiiiiii. 

Jadilah dapat pegang ekor pun. Ni belangkas betina sebab saiz dia besar dari yang jantan. 
Lepas main-main dengan ikan dalam sangkar tu, kami bergerak ke laut. Kat situ lah spot famous orang bergambar dengan tulisan KILIM GEOFOREST PARK tu.

Spot wajib tourist bergambar. Bukti pi Mangrove Tour hehe
Sepanjang perjalanan, budak-budak memang enjoy sangat, sebab ada formasi batu-batu yang menarik-menarik membentuk muka orang la, badan orang la, kasut la, king kong la, kura-kura la. Budak-budak excited betul bila dapat tengok dan cam figure-figure batu tu haha. Kami yang dewasa ni pun sama excited bila dapat tengok hahaha! Mana taknya, mencari-cari bentuk batu yg menyerupai muncung buaya la, muka baby la, muka Red Indian pn ada, badan orang perempuan la (sebab batu tu nampak orang mendongak - reason dia mcm bentuk wanita sebab kat leher tak ada halkum haha), pulau bentuk kasut la. Best betul main cari-cari kat laut ni.
Nampak tak bentuk kura-kura? 🐢
Sepanjang tour kami, guide memang memainkan peranan penting sebab dia akan beritahu info-info berkaitan aktiviti di kawasan paya tu. Yang ni memang puji lah Bob sebab dia akan berhenti dan explain satu-satu pasal fakta-fakta mahupun aktiviti di persekitaran paya bakau tu. Memang fun.

Lepas tu tengok aktiviti eagle watching pulak. Tengok burung-burung helang tangkap makanan di permukaan air. Cantik-cantik dan besar-besar helang-helang tu.

Lepas 2 jam lebih, kami bertolak balik ke jeti.

Overall, memang enjoy trip kali ni. Tu lah kan. Tak boleh rancang lama-lama. Nanti tak jadi. Kena rancang time time tu, semua available, terus ON je. Kalau tangguh-tangguh memang takkan jadi la hihi.

Memang fun!

Yang mana planning nak ke Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk experience Mangrove Tour ni. Harga DARI RM25 untuk seorang. Berbaloi-baloi.

Nak diskaun? Contact sini https://langkawimangrove.wasap.my (whatsapp sahaja)

Boleh check pakej Mangrove Tour kat sini

Pakej Mangrove Tour Langkawi 2021

Monday, January 22, 2018•

Senarai Pakej Mangrove Tour Langkawi 2021 (UPDATED)




⛵ 1 Hour - RM250/boat (10-12 pax) 
🦇 Bats' Cave
Floating Fish Farm
🦅 Eagle Watching
River Cruise

⛵ 2 Hours - RM350/boat (10-12 pax)
🦇 Bats' Cave
Floating Fish Farm
🦅 Eagle Watching
River Cruise
🐊 Crocodile Cave/Langsuir Cave

⛵ 3 Hours - RM450/boat (10-12 pax)
🦇 Bats' Cave
Floating Fish Farm
🦅 Eagle Watching
River Cruise
🐊 Crocodile Cave/Langsuir Cave
🌊 Open Sea (Andaman Sea)
🏊 Swimming at Private Beach

⛵ 4 Hour - RM500/boat (10-12 pax)
🦇 Bats' Cave
Floating Fish Farm
🦅 Eagle Watching
River Cruise
🐊 Crocodile Cave/Langsuir Cave
🐒 Monkey Feeding
Snorkeling at Dangli Beach
🏊 Swimming at Private Beach
🐠 Fish Feeding 

Sharing
⛵ RM120/pax 4 jam (walk in)
 

Inclusive of lunch & tour guide

🦇 Bats' Cave
Floating Fish Farm
🦅 Eagle Watching
River Cruise
🐊 Crocodile Cave/Langsuir Cave
🐒 Monkey Feeding
🏊 Swimming at Private Beach



Hubungi https://langkawimangrove.wasap.my untuk tempahan!

[Republish] Jimba–jimba sama Ms Nurul & Mimiko sama adiknya

Wednesday, July 25, 2012•

 

Indonesia sangat tajuk tu tau.

Entri ni patutnya dipublish pada awal bulan Mei lepas tapi disebabkan kemalasan membelenggu diri makan maafkan saya diatas kelembaban saya mengupdate blog marilah kita proceed ke rangkap seterusnya.

Arakian, sahabat – sahabat yang akan berjumpa buat pertama kalinya secara real selepas bertahun – tahun merapu dan menyengal di alam maya yakni di virtualfriends.net dan facebook datang melawat ke pulau kecintaan saya Pulau Langkawi dan seterusnya mahulah kami semua berjumpa. Ampa paham dak ayat dalam rangkap ni?

Makannya masa diatur. Awal bulan Mei menjadi pilihan. 3 – 5 Mei tarikh tepatnya. Khamis sampai Sabtu.

Kawan – kawan yang datang tu terdiri daripada Ms Nurul serta Mimiko dan disertai adik Mimi, Ella.

Keesokan harinya, bertolak la saya ke Pantai Cenang melempit dengan skuter hijau berkrim kepunyaan mak saya itu (sat saya sat ai, *getu satgi ha). Plan kami pada hari Jumaat tu adalah berkunjung ke tempat sebanyak mungkin sebab hari tu je yg boleh di habiskan dari pagi sampai malam. Jadi perkara pertama ialah Island Hopping.

Island Hopping (9 am – 1 pm) RM25/pax

Moh kite tengok gambonye.

P5030834_thumb

Dayang Bunting Marble. The next week saya pi sekali lagi LADA dah betulkan dah perkataan MARBLE yang rongak tu.

P5030841_thumb

Snap – snap dulu.

Tangga nak pi ke tasik banyak tau. Penat oh.

P5030844_thumb

Spot Mis Nuon.

P5030845_thumb

Eh. Nak jugak depa inteprem. Saya suka getaran yang terhasil dalam kolam ni.

P5030846_thumb

Orang tak ramai sangat time ni.

P5030848_thumb

Rendam kaki dalam kolam keli. Saya serender awai2 sebab geli kot misai dia kena kaki. Eeeeee.

P5030852_thumb

Walaupun gambar ni blur, ai tetap nak letak. Ai suka.

P5030871_thumb

Ini Pulau Beras Basah. Cantik kan air dia?

Ada satu kejadian tak best jadi kat sini. Monyet betul perangai. Ai cita yang tu di next entry ye Time out

-- -- --

Ok next.

Trip habis dalam pukul 1.

Lepas Jumaat, singgah ke rumah saya sat, tukar baju then gerak pi ke Cable Car. Orang ramai gila. Ada company trip kot. Dari India.

Sedikit info pasal Cable Car ni.

Harga tiket untuk dewasa : RM15

Harga tiket untuk kanak2 : RM 10

Both prices adalah special discount untuk warganegara Malaysia. Kalau foreigner, sila darabkan dengan 2 harga tiket tersebut Open-mouthed smile

Anggaran masa perjalanan gondola : 30 minit pergi dan balik. Ni tak termasuk kalau korang berenti kat stesen – stesen eh.

P5030874_thumb

Dah nak dapat naik yay! Dekat 30 minit kot beratur.

P5030878_thumb

Mimi nak gerak pun kena kontrol. Gayat rupanya Mimi huhu.

P5030891_thumb

Pemandangan dari Stesen 1.

P5030901_thumb

Cantik kan pemandangan kat sini? Terpegun tak? Kalau kat depan mata laaagi terpegun.

P5030903_thumb

Jambatan Gantung. Tapi sayangnya tutup untuk renovation.

P5030909_thumb

Jadi wall of fame dah kat sini.

P5030914_thumb

Ah seng Red heart Minyak sapi eh silap miya asari.

P5030918_thumb

Sila spot Mimi. Takat situ ja dia mampu. Takleh naik atas dah.

P5030924_thumb

Itu stesen terakhir.

P5030949_thumb

Jangan main – main jang. Depa ni pro pro baq hang.

P5030960_thumb

Tenkiu jadi model ai Encik Arab. Dia tau ai dok snap – snap gambar dia. Macam rela je gambar dia diambik. Amboi.
P5030945_thumb

Suka gambar ni. Ada nilai – nilai poster sikit (berangan pulak). Tapi sayang tong sampah interprem.

Sampai sini dulu. Next entri ai cita pasal kemonyetan yang telah kami berempat alami di Pulau Beras Basah.

Jangan biarkan diri anda dibelenggu misteriii~~ (bisik sikit kasi efek seram)

Bai.

Langkawi dah macam Cameron.

Thursday, July 7, 2011•

Hai, pagi ni saya bengang akan kenderaan tak pasang lampu dalam keadaan berjerebu.

Ini Cameron..

Cameron Highlands Hotels

..dan ini keadaanya di Langkawi sekarang.

P7061153

Pantai Kok, Langkawi – #seo

Dah macam Cameron kan? Nampak nyaman je padahal tengok keadaan macam ni je pun dah rasa nak batuk walaupun tak dok kat luar – tindakan refleks #kononnya.

P7061161

Pulau Buatan – banyak kapal layar sebab kat tepi tu ada marina.

P7061169

Sepanjang Pantai Kok, Langkawi – #seolagi

P7061151

Ni Jerebu terukkkkkk!

P7061152

Oh patutlah.

P7061178

Hepi working abang – abang.
Tengok jugak pemandangan di belakang. Berkabus.

Yang diatas ini gambar yang diambil pada kelmarin hari.

Ini gambar pada hari ini.

P7071166

View dari dalam pejabat – bahagian kiri. Lansung tak nampak laut.

P7071167

Nampak bangunan yang dalam pembinaan tu? (anak panah) Itu bukan hotel.
Itu rumah orang. HEBAT kan dapat buat rumah tepi laut? #perli

P7071168

View dari bahagian kanan. Lepas pembinaan kat depan pejabat ni siap, takde lagi dah seaview dari pejabat Sad smile

Tengok laut dapat pahala tauSmile

Seronok pulak merapu main hashtag twitter kat blogNyah-Nyah

Babai.

Kalau rasa hensem & jelita, sila Like Smile with tongue out

Satu hari yang bosan

Friday, July 1, 2011•

Hai, hari ni (Khamis) menu makan tengahari saya sangat pedas sampaikenagunaduatisubolehperahperahlapidung.

Bertempat di Plaza Mara, Langkawi. Food court di Tingkat 3. Bihun sup dengan fresh oren. Fresh orennya sangat sedap hari ni!

Bihun sup RM 3.50 + fresh oren RM 1.50 = RM5 

Dalam perjalanan ke Plaza, singgah dahulu membeli pencuci mulut.
Saya tak ingat nama buah ni. Tapi buah ni dulu adalah kesukaan waktu kecik - kecik-.-"

Bihun sup sangat la pedas. Rasa macam tak boleh habiskan. Tu pun eksen tambah cili lagi. Tapi sebab sayang punya pasal, habiskan jugak. 2 helai tisu terkorban. Satu lap hidung, satu lap mata. Sambil makan sambil srot srot (lap hidung) tsk tsk (lap mata) - sound efek.

Hinggakan orang meja sebelah pun tegur "Aii..makan pun nak nangis?" "Pedas" saya balas padu.

Lepas makan jalan laju - laju balik ke pejabat (bajet bila jalan laju, makanan turun cepat maka takdelah masalah buncit melanda kann)

Memandangkan hari ni balik kerja 3.30 petang, singgah sebentar di Langkawi Parade. Cari kasut. Kasut yang sedia ada dah licin tapaknya.  Dah berapa kali nak jatuh time bukak pintu ketat pejabat saya tu..

Ada kejadian memalukan kat Guardian. Kalau rajin saya story :P Kakak kaunter tu garang betul..grrrr. 

Bila pemandu Wira perasan bawak Mitsubishi Lancer

Wednesday, June 29, 2011•

Hai, saya ingat hari ni (selasa) saya lewat ke tempat kerja. Rupanya tak. Nasib baik.

Waktu dalam perjalanan ke pejabat, saya rasa saya pecut skuter dengan sangat laju sebab seperti berperasaan semacam saya sedang terbang. Meter motor rosak, kalau tak boleh snap kelajuan saya pada waktu tu XD.

Sewaktu di lampu isyarat Pokok Asam, kereta Wira dari sebelah kiri saya terus belok ke kanan. Tanpa bagi signal. Kereta tu dihadapan saya. Saya pula tengah laju kejar lampu hijau walaupun lampu tu statik dok kat situ. Dem. Nasib baik sempat elak. (#%^@$@%^*

Baru niat nak memarahi tuan punya kereta tersebut (kat dalam hati) terus terbantut apabila terlihat perkataan yang tertera di belakang keretanya.

kereta Proton Wira tapi kat belakang dia ...

KAH KAH KAH!

Terus tak jadi marah.

Tengok nih.

Bukan kereta sebenar
Mitsubishi NCER :))
hurup L ngn A dh tercabut 

Boo lah.

Sampai ke pejabat saya tertanya - tanya saya salah nampak ke apa. Tapi kawan pejabat mengesahkan dia pun pernah tengok kereta tu..

Sabar Cipina sabarrrrrrrrr

Monday, April 25, 2011•

On the way pergi kerja pagi tadi, kesabaran diuji. Ntah kenapa hari ni naik moto macam loqlaq sket. Tak alert. Selalunya time naik moto mesti dok usya kiri kanan kot – kot ada pokok nak tumbang ka, tengok kat side mirror kot – kot ada kereta nak potong ka, tengok kat depan kot – kot ada kereta nak memotong dari depan ka, ada kereta nak lintas ka. Tengok kat lampu isyarat pastu bajet kenderaan dari arah mana yang jalan dulu ka. Banyak pulak tengoknya.

Sekali waktu kat laluan ‘Beri Laluan’ nak masuk ke jalan utama, ada makcik hampeh ni dia dok buat brek sikit sikit. Nasib baik sempat break. Tu pun hampir – hampir jatuh nak elak dari langgar bontot kereta dia punya pasal. Dah la kat traffic light, banyak kereta tengah tunggu turn nak jalan pulak tu. Malu tauwaiting

Tapi alhamdulillah, selamat sampai pejabat.

Pulang kerja pula, sekali lagi kesabaran diuji.

Setiap kali pergi dan balik kerja, saya mesti melalui satu bukit yang dinamakan Bukit Batu Asah.

Bukit Batu Asah ni berkecerunan 10 darjah. Ada satu kereta ni, warna merah. Berplatekan W** ****. Kat belakang kereta tu ada satu kereta Honda Jazz putih berplatekan K** *** * dan kat belakang kereta Honda Jazz tu ada satu moto skuter comel warna hijau berkrim disukai ramai. Dah la skuter comel, tuan dia pun comel je galas beg laptop bawak skuter tu. Eh eh. Silap. Tu saya. Belakang Honda Jazz tu saya Tongue

Kereta merah kat depan tu macam mengalami sedikit kesukaran waktu nak naik bukit tu. Sebelum sampai bukit, dari Pekan Kuah dan Taman Langkawi, akan jumpa Taman Kenari dulu (motif cerita pasal ni??). Dah payah nak naik bukit tu satu hal. Bawak kereta skejap ke tengah sekejap ke tepi. Selowwwww pulak tu. Cukup pakej. Honda Jazz tu teragak – agak nak potong sebab ada kereta berlalu – lalang kat laluan sebelah sana.

Saya ni lagi la. Beragak – agak jugak la nak potong. Tapi berani matilah kalau saya potong. Sebab kena set kat kepala dan stereng (nak speed) nak potong kedua – dua  bijik kereta tu. Kalau lepas Jazz tu, kena fikir nak bagi lepas kereta merah tu pulak.

Takpelah. Bersabar sikit. Kau nak balik rumah je pun. Kalut nak pi mana ntah..

Ingatkan pemandu kereta merah tu nak bagi jalan la kat kitorang yang setia membontoti kereta dia ni. Rupa – rupanya dia buat dek je. Takpeee..takpeee..sabarrrrr sabarrr.

Sekali waktu tengah naik bukit, ha kauuuu…!

Asap berkepul – kepul macam ada kebakaran kat serombong ekzos. Terus visual penglihatan menurun ke tahap sifar.  Sabarrrrrrrrr lagi.

Nasib baik lah hari ni pakai tudung ala – ala macam ni

V

V

V

Gambar ambik kat sini. Actually saya belajar pakai tudung macam ni pun kat blog akak ni la ehe Big Grin

paramotor_challange
Pakai tudung mcm ni. Mata takleh bukak walaupun tengah redup=.=

Eh. Melalut.

Bila pakai tudung macam ni, dapat lah tutup hidung dengan mulut dari pencemaran udara dari serombong ekzos kereta warna merah tu.

Takpelah. Tunggu turun bukit jap gi lah potong dia.

Naik bukit.

Waktu nak turun bukit..

Saya dah bersiap sedia nak potong sebab melihatkan keadaan kereta merah tu yang slow gila.

Tapiii…..

tau apa dia buat??

Dia drive kat tengah – tengah line la pulakkkkkAt wits end

Waktu nak naik bukit, dia makan jalan pastu sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Waktu nak turun terus dia conquer separuh kat jalan laluan kanan, separuh kat laluan kiri…Ya Allahhhhh…sabar je la.

Nak potong kiri kang kes naya pulak kalau jumpa pak polisi. Lagipun, Honda Jazz tu macam rileksss je ikut kat belakang melayan karenah kereta merah tu tanpa menunjukkan tanda – tanda nak memotong.

Sabarrrr je la.

Bila dah sampai simpang MARDI, saya nekad. Japgi masuk simpang Taman Herba, lepas corner tu sket, saya nak potong. Tak kira.


Mercu tanda MARDI Langkawi

Dan seperti dirancang, kebetulan kereta dari laluan bertentangan masih jauh. Terus saya accelerate. Tak kisah lah ada lopak ke apa. Aku bantai jugak pecut.

Geram kot.

Bila dah lepas, terus speed selaju boleh.

Babai pacik! Makan asap skuter saya pulakkkk~Wave

Oke. Tak banyak mana pun asapnya.

Puas hati mak Smile with tongue out

Bila dah nak masuk simpang ke kampung, baru lah nampak kereta Jazz tu pecut. Haha. Tercabar la tewwww.

Selamat sampai rumah tanpa kecederaan Big Grin

Alhamdulillahhh~

Okai. Nak siap2 solat pastu nak pi KFC Harbour Park. Esok mak dengan ayah nak p Putrajaya pulak.

 

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright