Sebelum saya pos apa – apa selepas beberapa lama tak pos entri ni, saya nak ucapkan sekalung takziah buat keluarga TTT @ Toh Tuan Tanah yang telah kembali ke rahmatullah pada 17 September yang lalu. Saya terlewat nampaknya. Sangat sibuk lepas raya ni. Keluar pagi balik malam sampaikan tak sempat nak online. Laptop pun biar je pasang takde orang layan.
Pagi ni, baru ingat nak buka blog. Dapat tahu mengenai pemergian allahyarham melalui blog Fitrihadi. Bila buka page facebook allahyarham, ramai orang dah ucap takziah.
Saya pun, macam FIT kenal TTT dari contest menang blackberry tp saya tak sempat hantar penyertaan sebab masa dah tutup masih takde idea. Walaupun saya tak join, allahyarham sering jugak datang ke blog saya tinggal mesej kat shoutbox. Sangat peramah orangnya.
Apa pun, al fatihah buat allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang – orang yang beriman.
* Saya dah jumpa info mengenai perkataan arwah waktu saya ragu – ragu dulu. Kita tak boleh sebut arwah sebab maksud arwah tu adalah roh. Kena sebut Allahyarham yang bermaksud Allah mengasihi dan bila kita sebut ‘Allahyarham polan’, itu bermaksud ‘Allah mengasihi si polan’. Sambil sebut, sambil kita mendoakan.
** Takde sebutan spesifik untuk si mati lelaki dan si mati perempuan. Semuanya guna allahyarham. Lebih lanjut, sila rujuk sini [klik]. Wallahualam..