Slider

cerita 3/4 pendek category
Showing posts with label cerita 3/4 pendek. Show all posts

Update Update!

Tuesday, January 24, 2012

Hahaiiii! *lambai2!

Blog saya dah pulih!
Hari tu ada masalah dengan sistem komen. Tak tahu kat mana punca masalahnya and terus jadi fed up sekejap nak update blog padahal peristiwa best – best banyak berlaku dalam tempoh fed up tu huhu..

Malam ni saya godek – godek jugak sampai dapat! Yay.

Masalahnya sangatlah kecik tapi sampai effect emosi diri sendiri. Aduhainye punn.

So, nak cerita pasal hari ni..

Pagi ni siapkan kerja rumah pastu online sekejap. Saya tinggal sorang – sorang kat rumah sebab Cu datang amek mak pegi rumah sepupu saya sebab dia tunang hari ni..

saya pegi jugak. tapi lambat la sikit..

eh?

sepupu saya tunang.

alamak.

lupa nak edit gambaq diaaa!

nanti2 sambung lagi laa nooo kena edit gambaq dulu nanti lupa naya cekkk!

kbai!

 

Penat

Friday, January 6, 2012

Nak rehat.

Tak mau keja dah boleh?

Nanti mana duit nak mari?

Sapa nak bayar bil internet?

Sapa nak bagi duit kat mak bulan – bulan?

Sambung study?

Duit lagi. PTPTN?

Hmph. Lepas belajar berhutang lagi.

Time belajar nanti sah – sah mak ayah kena masukkan duit jugak sedikit sebanyak.

Tahu dah kerja dengan kerajaan ni macam mana.

Kalau diberi pilihan, saya pilih keja swasta. Sebab swasta kena keja betul – betul.

Ada peningkatan, naik pangkat.

Tak ada peningkatan, duduk ditempat lama.

Tak perlu ijazah untuk dapat jawatan tinggi.

Asal kau kerja bagus.

Dan konsisten.

Bila dah kerja, kau lebih pentingkan pengalaman ke sekadar teori yang kau belajar di universiti dulu?

P/s - Kalau anda lepasan universiti dan masuk ke tempat kerja yang baru dan mampu mengubah cara hidup bekerja orang di sekeliling anda, anda..

adalah genius.

Tak semua mampu berbuat sebegitu. Segelintir saja.

Ni just pendapat. Taip tanpa berfikir. Tulus dari hati. Kalau tak bersetuju, abaikan saja.

Pi pantai hari ni.

Iklan :

Anak korang minum susu apa?

Cari & Share tempat makan menarik. Sapa nak bagi?

Ni apa menatang PETMOS, motogp bagai. Aku pun tak paham.

 

Kat pejabat saya ada tempat melepaskan tension../dan bila bos marah..

Wednesday, June 8, 2011

 

Kami panggil tempat tu stadium. Ada ping pong, dart dan karom. Karom ye bukan Karim. Ramai abang – abang pejabat akan melepaskan tension masing – masing selepas kerja dengan menghabiskan masa di situ..

 

/dan selalunya kan, bila bos marah..

 

 

dia ajak main ping pong kat ‘stadium’ ikon

Fuuu..takottt takottt.

 

Ingat ye, release tension adalah selepas kerja ye ikon_tongue

Comeback

Monday, September 6, 2010

Gosh.

Berapa lama eh saya tak update? Last update 23 Ogos lepas. Hari ni dah 6 September. Gila lama.

Ada banyak perkara sebenarnya nak update tapi mood menulis tak mau datang.

Kepada yang follow, terima kasih saya ucapkan. Juga kepada yang sudi datang ke blog pagar papan ni. Kepada yang klik Like kat Fanpage Facebook saya, i love you.

Kepada Nuffnang, thanks to you sebab still bagi BE walaupun blog ni dah bersarang labah, berdebu, berkulat dan segala macam ber ber lagi.

Tengah sedaya upaya menyeru balik semangat yang hilang eh dah macam tajuk lagu xpdc pulak.

Tunggu tau.


Nyanyikan I lagu please

Thursday, August 19, 2010

not enough sleeping 
Jam 1.30 pagi

trutt trutt..hp berbunyi

“Hello………” *mamai

“Bebi, ai tak boleh tido laaaaa”

“Dah tu yu nak ai buat ape…………” *mamai lagi

“Bebi bebiiii..yu nyanyikan ai lagu boleh tak? Ai tak bole tido niiiii..pleaseeee..”

“Nyanyi lagu ape pulakkk tengah malam buta niii..”

“Bebi nyanyi la lagu apa – apa pun..ai sunyi”

“Sunyi pulak dah. Ai ngantuk la…pegi la bukak radio ke mp3 ke..ai nak buat apa, bukan terer 
nyanyi pun”

“Bebi niiii..tak romentik lansung la. Ai nak dengar bebi nyanyi. Ai nak orang tersayang yang nyanyikan untuk ai. Bebi tak sayang ai keee?” *merajuk

“Ye lah ye lah..dah dok diam – diam dengar ai nyanyi”

“Ok”





10 saat berlalu..*diam
.
.
.
.
.
.
.
.
.
20 saat berlalu..*diam lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.

30 saat berlalu..kritt kritt kritt *bunyi cengkerik








40 saat…”Bebi!”

“Krohhh koh koh koh..erk aa aaa..ye ye ai nak nyanyi la nih. tengah amek feel”

“Tipuuuuu. bebi tidooooo..bebi jahat..bebi tak sayang ai…”

“Tak..oke kali ni ai nyanyi..dok diam –diam”

“Nyanyi tau. kalo bebi tido lagi, ai taknak cakap dengan bebi lagi dah. huh”

“Alhamdulillah”

“Apa bebi cakap??”

“Eh tak ai cakap janganlah”

“Tau pun..dah, nyanyi cepat”

“Ye ye..ready?”

“Ready!” *excited




“Sepohon kayu daunnya rimbun..lebat bunganya serta buahnya…waaa…”

tutt tutt tutttttttttttttt *talian putus

Moral of the story :- jangan ganggu orang tido di tengah – tengah malam buta.
kredit gambar : photofacade

Panggilan kepada atuk @ nenek

Saturday, March 6, 2010

Waktu tu saya dalam bas on the way ke Kuala Lumpur untuk mendengar taklimat pasal pengurusan kesihatan [apesal la badan kerajaan kat Malaysia tak praktis video conference..takdelah semata-mata nak dengar taklimat 4 jam sampai kena buang 3 hari sebab travel dari Langkawi ke Bangsar..penat oke].

Ketika bas melalui Jitra, saya pandang ke luar tingkap kot-kot ternampak mimiot tengah jual goreng pisang ke jual ikan keTongue sebaliknya ternampak sepasang atuk dan nenek hendak menaiki motosikal kat depan bank.

Nampak macam romantik pula tengok atuk bawak moto dan diboncengi oleh nenek kat belakang. Comel je~Love Struck


Teringat kat arwah tok dan tokwan..Worried

Keluarga saya, tok wan adalah panggilan untuk atuk manakala tok pula adalah panggilan untuk nenek. Ada juga yang menggunakan sebaliknya iaitu tok kepada atuk dan tokwan kepada nenek .Ada yang panggil opah, ada panggil uwan, etc etc..

Korang panggil apa kat atuk @ nenek masing?

P/s – Rindu allahyarham tokwan ngan tok. Al-fatihah~
P/s/s - betul ke orang cakap tak boleh sebut perkataan arwah merujuk kepada allahyarham / allahyarhamah sebab arwah adalah nama setan?

Hadiah dah sampaiiii!! Thanks kakak sayang!

Thursday, March 4, 2010

Hari tu kan saya join online contest kat sini anjuran Kak Sharina. Dan ditakdirkan saya menang pertandingan tu..alhamdulillah..


oh..habis satu malaya tau saya keja kat mana :P
Dan hari ni hadiah dah sampai..walaupun lambat sket, yang penting hadiahnya dah sampai..ngeh.


tengs kak sharina!
Terima kasih buat daun keladi Kak Sharina..lepas ni buat la lagi :D



Oke, tu je..pasni saya padet pasal kejadian kelmarin ye ♥♥♥




Perlukah guna model yang kuku makan cekam untuk pamplet anda?

Sunday, February 28, 2010

Saya tak faham. Apa siginifikasinya letak gambar jari kuku makan cekam untuk pamplet anda yang gah di mata dunia ni? Tak faham. Serius tak faham. Sungguh tak faham. Memang tak faham. Anda? Faham?

 

Pic2502

minta maaf kalau gambar diatas buat hati anda tak tenang

 

sekarang meh saya tunjukkan gambar yang lebih menenangkan Tongue

 IA Big GrinBatting Eyelashes

 

P/s – perjalanan kali ni sangat memenatkan.

My Laptop Contest

Tuesday, January 26, 2010





Syarat-syarat penyertaan..

* Jadi follower ~[ WARNA WARNI KEHIDUPAN ]~ [Done. FentoFina - budak kecik pakai spek ungu besar]
* Buat satu entry di blog anda bertajuk "My Laptop Contest" [dalam proses-kalau dah baca ni maknanya done la]
* Copy banner "My Laptop Contest" (save image saje..x glitter pun xpe)diatas dan letakkan di dalam entry anda dan juga di sidebar blog anda. Jangan lupa link kan gambar banner tersebut ke entry ni yek.. [Siap!]
* Letakkan gambar laptop anda dan sebab mengapa anda suka dengan laptop anda di entry anda [Yeah! Sudah letak]


Oke, kita teruskan.


Laptop saya namanya ASUS eeepc 900.



Specifications :

Operating System
Genuine Windows® XP Home
GNU Linux
Display
8.9" Display, 1024 x 600 resolution
Color
Pearl White, Black
Infusion: White, Black, Purple
Intel CPU & Chipset
Intel® Celeron M 353
Memory
DDR II 1GB
Display Card
Intel UMA
Hybrid Storage
XP: 12GB / 16GB Solid Solid State Drive
Linux: 20GB / 16GB Solid Solid State Drive
30GB External HDD (Optional)
Audio
HD audio / built-in speakers
WLAN
Built-in 802.11b/g
Camera
1.3M Pixel webcam
Storage Cards
SD / MMC (SDHC)
Input / Output
3xUSB / VGA-out (D-Sub, 15pin) / earphone jack / mic / RJ45 10/100 Mbps
Battery
Li-ion Battery
2.5 hrs*

*Operation lifetime subject to product model, normal usage conditions and configurations. Learn more about battery life >
Power
Output: 12V, 36W; Input: 100-240V AC, 50/60Hz universal
Dimensions
22.5cm(W) x 17.0cm(D) x 2cm~3.38cm(H)
Weight
0.99 kg
Infusion
Pearl White, Black










Kenapa saya suka laptop netbook saya :


  1. Kecik
  2. Comel
  3. Ringan
  4. Dah 6 bulan guna, tak pernah bagi masalah - slow sket la, netbook kecik install mcm2.
  5. Startup laju
  6. Tahan gegar
  7. Ada 3 x USB - untuk netbook yang kecil
  8. Senang dibawa kemana-mana - obviously sebab kecik kan
  9. Sangat memuaskan hati guna laptop ni.
Kenapa saya pilih laptop ni? Sebab..












..ia free!! Kenapa ia free? Tengok kat sini dengan sini..heehee~




Cincin tu…pencuri dah dijumpai

Thursday, January 21, 2010


Saya rasa saya tau sapa pencuri cincin tu..
Patut la dia asek usya-usya jari saya semenjak 3-4 hari lepas [pembaca : sila kecilkan mata sebelah kiri]
Ada niat tersembunyi rupanya ye..kiranya tinggal tunggu masa ai tanggalkan je la ye..


cuba menyembunyikan muka ketika ditemui

turut ditemui bantal pelik peluk berwarna pink

tanpa baju

terdapat makanan di tangan dipercayai roti gardenia

lokasi persembunyian : kat bawah penyidai besi dalam bilik mak

muka kantoiWaiting

Sebenarnya dah dua ke tiga kali dia amek cincin tu. Tapi yang bestnya dia pulangkan balik bila dia dah boring main [letakkan cincin kat jari, pastu bawak rata-rata pegi main sambil jari yang pakai cincin ditegakkan – elakkan cincin jatuh]




sila jangan terpedaya dengan muka comel beliau
beliau tak salah, begitu juga dengan kakaknya kerana dilahirkan comel [Feeling beat up].

sekian.

Macam mana saya dapat netbook ni #2

Saturday, January 16, 2010



Maka, selama hampir 2 minggu menggodek-godek netbook tersebut, barulah terjumpa email si tuan punya notebook ini. alkisahnya...lagi.


Netbook tu mempunyai 2 startup [kalau salah tolong betulkan]
1. Window XP Professional - English
2. Window XP Home - Arabic


Kiranya, first kita on tu kita boleh pilih samada nk XP Professional ke XP Home. Dengan perasaan tau tahu apa-apa, terus tekan enter [means masuk ke XP Professional]
Oke la bahasa Inggeris kan. Cari punya cari, takde la pulak sebarang maklumat berkenaan. Cuma yang ada slide presentation Power Point xxx love xxx je..ni mesti honeymooner kan..thehee~


Selama beberapa hari mencari-cari tak ketemu maklumat si pemilik, mula la nak fed up mencari. Nak guna takut pulak orang tu tak halalkan. Takut.


Sehinggalah pada satu hari...
Saya on netbook tu, terus tergerak hati nak buka [betul ke term ni?] XP Home. 
Bila dah masuk...
tadaaa....tu dia kat pop up msn messenger pane berserta email si pemunya..
terus saya contact dia..malas nak taip panjang-panjang, let d picture do the percakapan oke..here we go..


oh ya, kalau nak tgk gambar-gambar ni kat tab baru, sila klik kat skrol mouse tu ataupun klik kanan, 'open link in new window' atau pun tekan shift dan klik kiri untuk buka gambar di new window...jom layannzzz...

Salah teknik

Thursday, January 7, 2010

Disebabkan salah teknik, kelmarin saya terlewat seminit punchcard..Haih..

Sepatutnya :

Sesampainya di hadapan pejabat, park motor kat tepi tangga kejap pastu pegi punch card seterusnya ke parking, park motor dan naik melalui pintu belakang dan masuk ke ofis dengan jayanya tanpa mengalami ruam yang kemerahan kat panskad! Hoh. Tahniah sebab berjaya habiskan pembacaan dengan satu napas. Syabas bete. Apa? Tersekat-sekat pembacaan? Oke, sila ulang balik.

Sebaliknya, ini yang dilakukan :

Sesampainya ke kawasan ofis, terus pergi ke parking belakang, masuk melalui pintu belakang, menapak tangga naik ke ofis, letak beg, keluarkan laptop, dan...
.
.
.
.
.
.
.

:Tersedar:

Saturday, December 26, 2009





Tadi saya dah tidur. Tapi dalam tempoh waktu tu, saya tersedar dan tak dapat buka mata.


Tapi...








..saya dapat rasa saya masih berada di atas katil bilik 242 Hotel Seri Malaysia dan saya dapat rasa kehadiran Santhy dan Seha. Perasaan itu sangat kuat. Saya menangis.


Saya rindu Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang. Saya rindu Kursus Asas SKS. Saya rindu kawan-kawan PKA saya :'(


Saya rindu 9 hari itu. I wish I could turn back time and freeze those moment as I wish :'(





Seha & Santhy, I miss you gals so much!


I miss you room 242:'(


Saya nak ulang balik saat ini!


Walaupun budak-budak lelaki kecoh-kecoh dan nakal-nakal, tapi diorang tak pernah ganggu kami waktu kat bilik walaupun Blok D hanya dua bilik sahaja dihuni oleh peserta wanita. Bilik 241 & 242. Bilik 241 bilik Syira & Siti.


P/s - Abaikan gangguan berbentuk panggilan palsu ke bilik cari Tok Penghulu setiap kali kami masuk ke bilik lepas habis aktiviti.


...

Monday, November 2, 2009

Pagi tadi lepas bangun tido, muka saya bengkak- bengkak.
Kena gigit dengan nyamuk-.-"
Semalam saya tido depan tv dengan Lang.
Teruk jugak kat bahagian pipi. Macam muka orang kena tumbuk.
Tapi kesan gigitan kat mata tu buat mata saya 'besar' [mata saya kan slit] dan saya kelihatan sangat comel:X:X

** Kesian bf Cik Fina dapat gf suka perasan



^_^ : Ada cerita menarik selepas ini:D:X





Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright