Slider

Update terakhir dari Putrajaya. Eh, ada update ke sebelum ni?

Sunday, February 13, 2011•


Eh. Takde update punnnnn haha.

Waktu sekarang dah pukul 1.31 pagi. Tengah tunggu pukul 4.00 untuk bergerak pulang (bajet mata tahan ah kan tunggu pukul 4 pagi. Macam tahan je mata tu tak tido). Awalnya plan nak naik bas je dengan adik beradik seramai dua orang itu yang seorang tinggal kat umah sebab kena keja nasib kaulah adikkkkk..

Oke. Orang tak faham.

Camni...

Kami sekeluarga yang dianggotai oleh ayah, mak, saya sendiri, adik no. 3, adik no. 5 dan adik no. last ke rumah adik no. 2 saya di Putrajaya. Adik no. 4 tak tersenarai dalam ni sebab dia kena tinggal kat umah; tak dapat cuti haha kesian.

Awalnya, kami datang ke sini naik bas dan plan untuk pulang adalah : mak, ayah dan adik syabil naik sekali dengan adik no. 2 sebab dia, suami & anak - anak mereka pun nak balik Langkawi jugak.

Then kelmarin, adik dan suaminya telah mendapatkan kenderaan yang lebih besar untuk pulang maka selamatlah duit ai dari melayang kena bayar tiket bas ehe..

Oh ya. Datang sini sebab ada kenduri di rumah sedara. Tunggu update :D

++ Ohhh..banyaknya borong tudung kat nilai tadi-.-"

++ Silap pulak tak apply cuti sampai Isnin. Lusa keja sehari dah cuti pulak. Hmmph.

Hari Terbuka Pusat Observatori Negara Langkawi

Monday, February 7, 2011•

Ini cerita sudah lama. Tapi mahu update jugak.

Sedikit cerita. Hai, nam
a saya FINA
Tak pernah sampai kesini. Tak pernah tahu kewujudan tempat ni pun sebenarnya. Tengok - tengok dah tersergam indah nun di celahan hutan Bukit Malut berdekatan empangan. First time juga sampai ke empangan ini sebenarnya.


Pegi sini pun sebenarnya ada event. Majlis perasmian balai cerap pusat ni oleh YB Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Itu berlaku pada malamnya. Sebelah siangnya diadakan aktiviti untuk penduduk Langkawi. Aerobik, jogging pagi, pertandingan mewarna untuk kanak - kanak, pameran, ceramah by Dr Faiz etc etc etc *tak ingat sebenarnya.


Nak dijadikan cerita, beberapa hari sebelum tu dah perasan satu MPV kalo tak silap park kat parking pejabat. Then tertulis kat pintu kereta tu perkataan ANGKASA. Kat bawah perkataan ANGKASA tertera perkataan Pusat Oberservatori Negara Langkawi. 


Time tu sangkaan mestilah lokasi pejabat diorang kat atas Gunung Raya dimana terletaknya pusat pemantauan satelit Tiungsat-1 tu. Pastu salah sorang yang turun dari kereta tu pulak bawak banner yang lazimnya perlu dicop kat pejabat sebelum boleh gantung kat mana - mana station banner kat kawasan jajahan pulau ni.


Then the next day, Cu (maksu) ajak g Bukit Malut. Ada aerobik katanya. Pukul 6.45 pagi. Mak tak dapat join sebab ada kenduri. Pukul 6.00 pagi yang masih gelap tu nak gagah naik skuter g umah Cu then pegi sekali dengan Cu n adik sepupu adalah satu keberatan buat saya. Gelap kot. Dah la tak biasa sangat lalu jalan nak ke Bayas tu. Maka joinlah saya pegi ke sana pada pukul 10.00 lebih.


Sesampainya kat sana..masya-Allah..sangat indah kawasan tu. Tak sangka ada juga tempat secantik tu kat Langkawi ni. 



Ini dam - empangan





Persekitarannya sangatlah cantik <3
tak tahu lansung kewujudan tempat ni


cerap matahari
teruja sekejap dapat tengok matahari secara live :D

syabil & aisyah
benda kat belakang tu mcm bergerak2 @_@

Dr. Faiz si yang berbaju hitam

Oh oh..yang buat saya kuciwa sikit tu adalah bila mendapat tahu yang Dr. Faiz ada join aerobik+jogging pagi yang seawal 6.45 pagi tu :(


Kalau lah saya tau, sanggup ku redah gelap pekat pagi kejut ayah mintak p hantaq ke umah Cu :D


Dapat la bergambar barang sekeping dua dgn Dr. Faiz. Itu pun lepas Cu tahan dia sebelum dia masuk bagi ceramah. Hee..sori aaa Doc for taking your time :D


Jaaadiiiilah..
Gambar ni tak letak watermark
sebab curik kat fb adik sepupu :P


Oh ya, tempat ni bukan senang - senang boleh diakses begitu sahaja seperti tempat - tempat tarikan pelancong yang lain. Hanya yang berkenaan saja dapat masuk ke tempat ni. Ahem..bapak sedara ai penjaga dam ni. Dapat lah bodek2 masuk ke tempat ni besok2 ehe..


Okai. Tu saja. Bai.


fanpage : Langkawi National Observatory, ANGKASA  


berita dari ANGKASA ada kat sini


Hai, nama saya FINA

Blog updated. Wah, ada cerita beronok malam ni kat Majalah3 di #tv3 :P

Saturday, February 5, 2011•

Ini short update.


Hari ini takde aktiviti kat rumah. Maka diisi dengan aktiviti paling best ; tidur. Punya takde benda nak buat. Main internet main taram je istilah pun dah macam malas gila. Takde menda.


Banyak perkara sebenarnya nak tulis. Tapi tulis sekerat, save kat draft. Dah berlambak - lambak dah kat draft tu. Nanti selesa - selesa tulislah kot sampai habis.. Apa selama ni tak selesa ke kau cipina?


Dapat call dari bestfriend ajak g boling. So, nak siap - siap ni. Kawan - kawan yang keja kat luar dah nak balik dah esok. So, inilah masa nak jumpa pun.


Oh ya, korang pernah dengar perkataan beronok tak? Nak tau apa menatang beronok tu? Ha, saksikan apa itu beronok kat Majalah3 malam ni thehee..


Babai.






Hai, nama saya FINA
Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright