Monday, May 17, 2010

Tiba-tiba rasa macam nak makan kerabu beronok..nyam nyam tapi dah kenapa dengan mentaliti orang melayu?

Tengah buzy-busy buat laporan, pamplet, kertas kerja [nak bagi ilusi orang tengah bizi gila babeng] terasa lapar nak makan kerabu. Lebih tepat kerabu beronok.
Beronok? Apakah? Sejenis kuih kah? 
Nahhh..ni gambarnya..tapi gambar selepas tuan badan dikerat kecil-kecil dan dijadikan bahan kerabu..kejap lagi saya tunjuk gambar tuan empunya diri yang pemalu itu. 

Kerabu beronok nyam nyam *lap air liur
| klik gambar utk ke source asal |

Beronok ni adalah makhluk laut yang lembik, takde tulang, pelik, geli, jijik macam eaauwwwww tapi tapi tapiiiiiii..

tu sebelum makannn. Lepas makannn ha kau nak lagi ai tell yu..tak percaya? mai Langkawi try test tengok..terus nak pack bawak balik rumah sambil mintak resepi tapi jangan harap sebab beronok ni cair dengan cepat tambah-tambah bila letak dalam peti ais. Ini bermaksud, pagi ni g cari kat laut yang berselut melut tu, tengahari dah kena siap sebagai menu makan tengahari. Jangan tanya kenapa ia cepat cair sebab tu lumrah tuhan. Jangan pertikaikan. Boleh terima tak alasan ni?

Rasanya makhluk tuhan paling seksi ni cuma ada kat Langkawi je, kalau tak silap la. Mungkin kat tempat lain ada jugak cuma tak dijadikan sebagai makanan tapi dijadikan sebagai haiwan peliharaan tengok cik fina menipu oke dah dah dah baca kat bawah ni sumber dari wiki.

Beronok ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Beronok di makan mentah iaitu di jadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di LangkawiKedah.
Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa dan rasanya agak masin. Beronok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cair.



See see see, saya dah cakap kan, jadi makanan eksotik kat Langkawi. Rasa dia memang la masin bang, namanya pong dok kat laut.

Oh ya, nak buat kerabu beronok ni senang je. Tak payah masak ye puan-puan (ala-ala chef wan)
Iyee..TAK PAYAH MASAK. Maksudnya DIMAKAN MENTAH. Benda tu dah la mudah cair kalo terdedah kepada udara, ko nak masak pulak. Tinggal air je laaa hahah..

Orait, ni gambar tuan punya badan yang pemalu tu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaa...cak cak cak..
Geli kan kan kan?
| klik gambar utk ke source asal |
Takda maknanya ko nak geli. Lepas dah masuk mulut..minta tambah lagi adaa...

Ni cara-cara nak buat kerabunya..mula-mula kena ada bahan-bahannya dulu..


| klik gambar utk ke source asal |
  1. Pucuk gajus dihiris halus [berapa helai tu ikut kesukaan, lagi banyak, lagi meriah la kerabu tu] - amek pucuk ye. Jangan g amek daun plak. Apa kau ingat nak bagi kamben makan ke apa?
  2. Bawang dimayang halus [Lagi banyak lagi sedap]
  3. Kelapa [diparut/dimesin], serai [dlm 2 3 batang], lada hitam [ikut kesukaan], cili kering [ikut kesukaan], sedikit belacan dan garam [BLENDER KESEMUANYA] - step ni sy tak sure sebenarnya..nanti balik sy tanya kat mak ye :P 
  4. Beras di blend halus
  5. Kerisik 
  6. Mangga masam yang dimayang halus..*kecur air liur ni seketika.
 Lepas tu cara-cara menyediakan kerabu yang menggoda ni.
| klik gambar utk ke source asal |

  1. Sediakan suspek.
  2. Hiris kecik-kecik. Jangan la kecik sangat. Nanti masuk mulut tak rasa pulak.
  3. Cuci dengan air asam jawa untuk hilangkan bau hanyir - selalunya kat umah, cuci dengan asam. ramas2 asam dengan beronok tadi.
  4. Masukkan kesemua bahan-bahan tadi dan gaul biar rata..
  5. Siap untuk dihidang. *slurrrppp..

Kerabu ni, ada yang makan ngn nasi. Tapi lagi sedap kalo makan macam tu je..Selalunya Lang [panggilan utk mak sedara singkatan kepada mak lang] buat kerabu, hantar sikit kerumahtengok tu masih tebal semangat kejiranan kan kan kan, belum sempat masuk bawah tudung saji dah licinnzzz..
Dulu waktu kecik-kecik ayah selalu bawak g cari beronok. Dia hidup dalam keadaan berselut, kalau air bersih dia takkan boleh survive. Badan dia mostly licin dan gemuk - penuh dgn air, tapi lepas ditangkap, dia akan jadi kurus dan berketak-ketak macam gambar kat atas tu sebab dia kencing :P
eh, boleh ke guna perkataan 'tangkap' sebab dia bukan lari pun kan?
Pernah beberapa tahun lepas time Explorace buat kat Langkawi, ada satu cabaran, peserta kena cari beronok dan makan kat situ jugak haha tapi kesian kat saya sebab tak dapat tengok pasal kena kerja. Kesian.

Ini yang keluar bila saya google perkataan 'beronok'

kuajaqqqqqq


sumber gambar :sini, sini dan sini
tuan punya gambar : kakak ni


18 comments:

  1. macam hati ayam pon ade jugak ek..macam telor ikan pon ye jugak...tapi ni first time tengok makanan ni...

    ReplyDelete
  2. @❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤
    datang la langkawi try! sedapp..

    ReplyDelete
  3. fuiiiyyyoo...

    adekah ia bergerak?..adekah ia berjalan?
    bagaimanakah cara makan?.macam mane nak buat kerabu?..

    nanti ai datang sane, yu tolong tunjukkan cara makan eh..:))..

    ReplyDelete
  4. [apesal aku tanye kat member opis ape mende beronok tue..diorang gelakk?????????....

    ReplyDelete
  5. @Aujinz
    adekah ia bergerak? TAK PASTI..adekah ia berjalan? PUN TAK PASTI
    bagaimanakah cara makan? MAKAN MENTAH.macam mane nak buat kerabu?..KAN DAH TUNJUK KAT ATAS TU :-W:-W

    dia ni ada musim gak..tgk la kalo mai sini nanti ada org jual :P

    ReplyDelete
  6. @1256357644418358261.0
    hahah..pasaipa pulak :))

    ReplyDelete
  7. tegak bulu roma bila tgk rupe sbenar die.. memang geli.. huhu~ kalo blm tgk rupa dia lagi myb boleh mkn.. dah tgk nih xpasti plak.. huhu~

    ReplyDelete
  8. @6194171039495548177.0
    uhuhu..rasa dulu :D

    ReplyDelete
  9. aduhai macam sedap je...
    lama tak makan kerabu kerabu ni..
    tapi kejap lagi saya nak masak chicken chop HPA hehe

    ReplyDelete
  10. mengandung ksli ni.. tak suka makan makanan laut... sama mcm dulu2.. jangan anak laki lagi sudah..

    ReplyDelete
  11. @cikgu isza
    oh..akak jadi cmtu ek? huhu..saya doakan akak dapat anak pmpuan..

    ReplyDelete
  12. sy suka rasa mmcm jenis kerabu.. tp yg nih xpenah rasa..
    mcm nk try jea..
    musim dia bulan brp? :-??

    ReplyDelete
  13. @adza
    err..yg tu sy pn tak pasti..tp yg sy tau dia kena berada dalam keadaan berselut sebab tu saja cara dia hidup. kalo time musim dia, melambak2 dijual..tp kadang-kadang time bukan musim dia pun ada jugak org jual..

    ReplyDelete
  14. erkk pelik ar bentuk dia.. macam otak je hehe sedap ke?? tak pernah rasa lagi..

    ReplyDelete
  15. @Fitrihadi.com
    otak? haha. tak nampak mcm tu pun :P

    sedap oh..datang sini try :D

    ReplyDelete
  16. oooo...ini lah beronok-ronok tu. tak pernah jumpa. pernah jumpa adik dia je.......seronok.
    hahaha

    ReplyDelete
  17. @qamarullah
    ha? dia ada adik eh? hahah..kalau datang langkawi, jangan lupa try tau!

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected