Salam Maal Hijrah. Hari ni dah seminggu kita berada di bulan Disember dan kat archive saya masih belum menunjukkan sebarang penambahan entri dan dengan itu saya berasa sangatlah sedih maka dengan ini terhasillah entri ini yang pada awalnya macam takmau tulis tapi bila dah takde entri sangat terpaksalah jua daku poskan..sekian adanya..
Hari tu kan saya ada pos pasal FastestChrome, haa..hari ni saya nak share benda lain pulak.
Baiklah...
Entri ini khusus untuk orang - orang yang suka menghabiskan berjam - jam lamanya di Facebook membrowse album - album dan suka melihat gambar - gambar orang. Stalker akan menghargai ini hehe. Ops.
Mungkin ramai yang dah tahu ni. Tapi takpelah, saya nak kongsi jugak. Dah lama saya guna benda ni tapi hari ni baru terasa nak share. Saya pun tak ingat kat mana saya dapat tahu pasal ni. So mintak maaflah ye kalau sesiapa terasa entri saya ni hasil dari menengok entri dia.
Baik. Mari kita mulakan.
Seperti yang saya katakan di dalam kotak di atas, Facebook Photo Zoom nama diberi ye tuan - tuan dan puan - puan sekalian.
Ini pula kegunaannya. Contoh korang klik satu album kawan korang ni, pastu pulak dia punya gambar mak ai beratus - ratus keping dan mesti dalam beratus - ratus keping tu ada gambar yang korang taknak tengok kan..jadi, disinilah Facebook Photo Zoom ini memainkan peranan.
Mari lihat gambar.
![]() |
| Gambar bersaiz kecik dan kena klik satu - satu untuk melihat setiap keping gambarnya yang bersaiz sebenar kan? |
Tapi..dengan adanya Facebook Photozoom ini..tanpa perlu korang susah payah..
![]() |
| hover saja mouse anda maka *poof* keluarlah gambar bersaiz sebenar tanpa perlu mengklik ke gambar.. |
Jimat masa kan!
Cubalah!
Klik sini untuk mendapatkan : Facebook Photo Zoom
Apa yang perlu korang buat, pegi ke link tersebut, dan klik saja Install dan siap!
![]() |
| on atau offkan feature |
Lebih banyak extension best - best di Google Chrome Extension. Terjah!
P/s - malasnya nak pegi keja esok, malasnya nak charge henpon, malasnya nak iron shawl, malasnya nak itu malasnya nak ini..hmph.


