Slider

Facebook category
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Perasaan bila orang subscribe kemaskini kita di Facebook..

Wednesday, April 25, 2012

 

Bila orang subscribe kemaskini status kita..

subscribe_stalker

Rasa macam..

.

.

.

.

.

.

im-watching-you-

Striaght Face
Awkward *small voice 

[Tutorial] Letak Butang LIKE & SEND Facebook di Blog

Wednesday, January 25, 2012


Hai,

Ini sebagai tutorial untuk diri sendiri kalau – kalau rasa nak tukar template blog nanti.

Tutorial ni saya dapat dari blog Coretanhidupku dan saya modified sikit.


Jom.

Kodnya

<!-- Facebook Like+Send button Start --><b:if cond='data:blog.pageType != &quot;static_page&quot;'><div style='float:left;padding:5px 5px 5px 0;'><script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1' type='text/javascript'></script><fb:like expr:href='data:post.url' font='' layout='standard' send='true' show_faces='false' width='450' colorscheme='light'></fb:like></div></b:if><!-- Facebook Like+Send button End -->




Kalau nak letak di bawah tajuk entri :

  1. Cari kod <div class='post-header-line-1'/>

  2. Pastekan kod yang diberi dibawahnya.

  3. Preview

  4. Kalau tak keluar apa – apa error, Save.

Kalau nak letak di bawah entri :

  1. Cari kod <data:post.body/>

  2. Pastekan di bawahnya

  3. Preview

  4. Kalau tak keluar apa – apa error, Save.

#ww Wordless Wednesday (Kedu Rabu)#7–Ohhh comment button..you don’t know how much I miss you~

Wednesday, October 19, 2011

 

 

comment button

Follow my blog with Bloglovin

[TUTORIAL] Fungsi Ticker di Facebook yang semak

Sunday, September 25, 2011

Semak okayyy dia dok jalan kat tepi penjuru kanan tuuuuu..

fb_ticker_semak

Nak dapatkan update kawan2 yg tertentu saja di ticker tu instead of semua kawan2 anda yang setengahnya tu anda sendiri pun tak kenal?

Meh ai tunjuk cara – cara masak air unsubscribe aktiviti kawan – kawan tak penting anda dari keluar di ticker dan biarkan hanya aktiviti orang yang anda suka saja keluar kat situ. Suruh juga rakan – rakan anda berbuat demikian terhadap anda. Ini bagi mengelakkan SETIAP PERBUATAN anda di post di bahagian kanan Home facebook dan menjadi tontonan ramai.

Mula – mula..

Hover mouse ke nama rakan anda

fb_ticker_semak1

Kemudian, dia akan keluar kotak seperti di atas.

Hover mouse anda ke option ‘Subscribe’

fb_ticker_semak2

Bila dah hover mouse ke ‘Subscribe’, akan keluar satu list seperti di gambar.

Perkara2 yang ber’tick’ itu lah yang dok naik di ticker anda tu.

fb_ticker_semak3

Untick perkara2 yang anda taknak ia naik di Ticker anda.

Contoh : saya untick Comments & Likes dan Games.

Lepas tu..

Habis!

KALAU ANDA INI ADALAH SEORANG YANG SUKA MEBYIBUK STALK KAWAN – KAWAN ANDA, JANGAN IKUT TUTORIAL INI.Devil

Fungsi ticker ini sangat berguna bagi couple check. Let say, si dia kata dia tak online. Tapi bila kat ticker asek keluar dia dok like like gambar orang dan komen – komen kat status/gambar orang walaupun org tu tidak friend dengan anda makanya dia sedang menipu anda. Awas penipu. Anda diawasi! HAHAHA Devil

Sesuai jugak untuk bos – bos memantau pekerja – pekerjanya. Tengok ke wall sunyi hening ja..tapi kat ticker nama diaaa ja penuh dok komen/like status/gambar orang. HAHAHA mana kau nak lari janggggg Devil

Oh, btw, anda sudah cuba Facebook Timeline? Inibestbro. Dari saat – saat akaun kau lahir sampai lah sekarang suma kau boleh tengok balik apa yang kau dah buat dengan Facebook kau selama ini ku mencari – cari teman yang sejati buat menemaani perjuangan suuuci~. Over Tongue

fbtimeline1

Banyak lagi perkara – perkara baru kat Fb yang memeningkan. Kalau rajin saya share lagi.

Kbai.

Feature penting yang tertinggal di Facebook.

Sunday, August 28, 2011

Follow my blog with Bloglovin

Kan?

source

[Update] Faizal Tahir offer nyanyi lagu GEMURUH di perlawanan Malaysia menentang Singapura Khamis ini #harimaumalaya

Sunday, July 24, 2011

 

Hai, tajuk entri ni panjang benor.

Teruja sekejap tadi bila tengok Faizal Tahir mengofferkan dirinya untuk menyanyikan lagu GEMURUH di perlawanan Malaysia menentang Singapura sempena kelayakan Sukan Olimpik Khamis ini (28 Julai 2011) di laman Facebook beliau.

FT_harimaumalaya

I would like to offer myself to sing GEMURUH exclusively for our Harimau Malaya team for our next game against Singapore this coming Thursday –FT-

Lagi bersemangat rasanya bila Faizal Tahir offer nak nyanyi lagu untuk Pasukan Harimau Malaya ni. Nak nak pulak lagu Gemuruh tu pulak ala – ala memberi semangat.

Lagi lagi bersemangat nih.

Semangat dah nih. Fuh fuh fuh.

Nak g buka puasa. Kthxbai.

//Update – 28 Julai 2011

Baru tadi FT pos di laman facebook beliau yang beliau tak dapat join tonton match Malaysia vs Singapura malam ini di stadium. Maka tak dapat dengar la jugak lagu GEMURUH mengaum di stadium Sad smile

faizal_tahir_harimau_malaya

Apa pun, untuk pasukan Harimau Malaya, all the best for you. Main elok – elok walaupun saya ada terbaca pasal penjaga gol pasukan kita si Khairul Fahmi tengah dilanda masalah sebab curang dengan tunang beliau Elia jejariruncing..

Harap – harap beliau dapat fokus dan masalah ni dapat diselesaikan secara baik – baik.

Susah kan dapat pasangan public figure ni. Time tak femes takde orang kesah pun. Bila dah terkenal, mula la orang tu nak approach, orang ni nak dekat..sabor je la.

Amboi amboi cipina, profile picture baru kau lawa lah!

Thursday, December 16, 2010

Hahaha. pujian diri sendiri tak boleh belah.

Hari tu waktu Facebook tukar profile baru, ramai yang meroyan nak tukar ke profile lama balik sebab less privacy katanya.

Pastu saya pun p la usya - usya profile pic depa..peh. suma maklumat ada kat situ. Tak payah lagi dah dok klik - klik kat infolah, klik nak tengok gambaq la, tengok itu la, ini la..dengan profile baru ni, tak payah. Jimat masa. Paling sesuai untuk jejaka - jejaka menghusya aweks dan sebaliknya hahaha.

Oleh kerana takmau tergolong dalam golongan lurker bak kata kawan saya, saya menyahut cabaran hari ni dengan menukar profile facebook yang baru agagaga.

Ceh ceh..padahal nak buat something best kat facebook HAHA.

Sapa cakap tak best tukar ke profile facebook yang baru? Hanya orang yang tak mengerti je kata tak best. Erk :P

Baiklah. Apa yang bestnya?

Meh sini saya tunjukkan gambar. 


see see see best tak best tak.

First skali tengok perbuatan kreatif ni kat blog encik Obe bila dia pos kat blogserius then kat blog adik Naim cara - cara nak buat iaitu pegi ke www.PicCut.com. Senang gila.

Lepas dah buat ni, meroyan - royan la kesukaan kat facebook eksaited punya pasai kan. Ish. Korang try la jugak :D


  • Orang dah buat lama dah kau baru nak buat apa la Cipina.
  • Ini kalo orang nak buat dajal, pegi tag gamabr nasib la korang gambar tak jadi :P
  • Ahernya..entri baru..syukurrrrrrrr *tadah tangan




Thanks buat adik Naim untuk tutorial ini. Sangat best.


Nak tengok gambar lain? sila terjah belog cik Liyana Lunia a.k.a Ynn :D












Google Chrome : Facebook Photozoom yang best gila.

Tuesday, December 7, 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Salam Maal Hijrah. Hari ni dah seminggu kita berada di bulan Disember dan kat archive saya masih belum menunjukkan sebarang penambahan entri dan dengan itu saya berasa sangatlah sedih maka dengan ini terhasillah entri ini yang pada awalnya macam takmau tulis tapi bila dah takde entri sangat terpaksalah jua daku poskan..sekian adanya..

Hari tu kan saya ada pos pasal FastestChrome, haa..hari ni saya nak share benda lain pulak.

Baiklah...

Entri ini khusus untuk orang - orang yang suka menghabiskan berjam - jam lamanya di Facebook membrowse album - album dan suka melihat gambar - gambar orang. Stalker akan menghargai ini hehe. Ops.

Mungkin ramai yang dah tahu ni. Tapi takpelah, saya nak kongsi jugak. Dah lama saya guna benda ni tapi hari ni baru terasa nak share. Saya pun tak ingat kat mana saya dapat tahu pasal ni. So mintak maaflah ye kalau sesiapa terasa entri saya ni hasil dari menengok entri dia.

Baik. Mari kita mulakan.

Seperti yang saya katakan di dalam kotak di atas, Facebook Photo Zoom nama diberi ye tuan - tuan dan puan - puan sekalian.

Ini pula kegunaannya. Contoh korang klik satu album kawan korang ni, pastu pulak dia punya gambar mak ai beratus - ratus keping dan mesti dalam beratus - ratus keping tu ada gambar yang korang taknak tengok kan..jadi, disinilah Facebook Photo Zoom ini memainkan peranan.

Mari lihat gambar.


Gambar bersaiz kecik dan kena klik satu - satu untuk
melihat  setiap keping gambarnya yang bersaiz sebenar kan?

Tapi..dengan adanya Facebook Photozoom ini..tanpa perlu korang susah payah..


hover saja mouse anda maka *poof* keluarlah gambar bersaiz sebenar
tanpa perlu mengklik ke gambar..

Jimat masa kan!

Cubalah!

Klik sini untuk mendapatkan : Facebook Photo Zoom

Apa yang perlu korang buat, pegi ke link tersebut, dan klik saja Install dan siap!

on atau offkan feature


Lebih banyak extension best - best di Google Chrome Extension. Terjah!

P/s - malasnya nak pegi keja esok, malasnya nak charge henpon, malasnya nak iron shawl, malasnya nak itu malasnya nak ini..hmph.



Selamat datang ke dunia Syasya Syazwina!

Monday, November 15, 2010

Ehem..Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera semua.

Masa : awal - awal pagi sebelum mandi.

Kelihatan Dikja sudah pun bangun (dia tido depan tv sebab senang dia & Syaza nak ke toilet sebab dia preggie n Syaza pulak kalau nak terkucil, dia akan terus bangun n terkam pegi ke toilet. So, lebih selamat tidur di bawah berbanding tidur di bilik atas nak kena turun tangga lagi, silap - silap tercicir kat tangga P:)

Dari raut muka jelas terpamer sedang menahan sedikit kesakitan. Saya tanya "ang sakit ke dikja?" "sikit - sikit" jawabnya. 

Lepas bersiap - siap turun ke bawah, kelihatan Dikja sudah tiada di tempat tidur.  Dia pergi mandi. Teruskan bersiap dan bergerak ke pejabat.

Masa : dalam pukul 9 pagi nak ke pukul 10 pagi.

Rasa tak senang duduk. Call mak, mak cakap dikja ke klinik. Apa - apa hal mak akan call balik.

Call mak lagi sekali pada pukul-berapa-ntah-tak-ingat. Dikja dah disubmit ke hospital. 

oke. ai pulak yang lebih - lebih cemas kan.
Fuh fuh fuh.."dah macam nak bersalin gayenye kamu ni Cipina" kata salah sorang kawan saya kat kotak komen. Ai excited oke. Ai ni kalau excited melampau, kepala jadi pening. Terus nanti nak ilang mood sebab pening. Haih. Perangai. Burok betol.

Dalam pukul 9 berapa-berapa-belas-minit-ntah, mak call lagi dikja dah selamat melahirkan.

Syukurrrr alhamdulillahhhh..

Tengaharinya, terus pegi ke hospital melawat si baby & ibunya. 

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar dan segala urusan dipermudahkan..lahirlah seorang bayi perempuan yang comel berkeberatan 3.1kg.

Gambar sudah selamat diupload ke facebook. Kalau rajin, jenguklah ke sini. 

Sampai sini dulu. Nanti saya sambung balik ye. Nak balik tengok si comey tu dah buka mata ke belom. Asek tido je dia :P

FB Shoutbox - generasi shoutbox baru

Thursday, November 11, 2010

Assalamualaikum korang korang, selamat pagi semuanya! (dh berapa kali tukar dah ni dari petang-malam-pagi)


Patutnya pos ni dipublish semalam, tapi memandangakan ai tertidur depan si comel ni dah tu pulak tido tak sedar diri sampai syaza amek masa jugak la nak kejutkan soh buaikan syabil sebab syabil panggil kak na dia soh buaikan takmau orang lain sebab syabil ni dia ikut suka hati je nak assign org soh buaikan dia kalau dia kata mak maka mak je lah yang boleh buaikan dia tak boleh orang lain kalau tak dia marah ewah ewah tak buai kang baru tahu.


Sudah. Bukan yang ni saya nak pos sebenarnya. Ini yang betul.


Selain template blog yang sekejap pink sekejap ijau ni korang perasan apa lagi?


(Selain ketiadaan muka tuan blog yang annoying eksen idung tinggi kat banner) 
..ada lagi tak?

Tak perasan? Oke. takpe. meh saya gtau. blog ni tak glemer. ehehe..



Kat blog saya ada satu shoutbox berjenama Shoutmix. Sekarang saya telah menduakan dia dengan shoutbox yang baru yang berjenama lagi femes, yang lagi putih, yang lagi semat, yang lagi apaapajelah. Dia datang dari brand yang terkenal serata donia. Umpanya kalau korang tak kenal kiranya ketinggalan zaman lah camtu ha..terkenal tak terkenalnya dia.. 


Meh saya tunjuk gambaq dia..meh meh..



tada!!


FB SHOUTBOX


comel x? ni incik haizatt akak yoy yang buatkan ehehe. Korang nak x? Kalo nak, p sini mintak kat dia :P

Buat haizatt, thanks banyak2 ye. Ah. ada soalan. Bila orang pos kat fbshoutbox, dia ada tempoh eh? Sebab tengok kat fbshoutbox saya yg orang komen dh ilang. harap dibantu.

Sekali lagi, berbanyak - banyak terimas kat adik haizat@yoy yang hemsembaikhatimurahrezeki ini. Terima kasih ye dik!


Ini ada cerita sejuk yang menusuk ke tulang dan…

Sunday, August 22, 2010

..cerita panas yang membuatkan jiwa ini hangat macam kena peluk dengan kain selimut allahyarhamah tok. Al – fatihah buat tok. Selesa sekali berkali - kali.

Pagi ni bangun awal dari hari – hari biasa. Pagi tadi tidur lewat lagi macam malam kelmarin sebab tiba – tiba rasa nak tulis entri. Lepas publish entri, buat fanpage pulak. Tak reti, tapi teringin nak buat haha. Makasih kepada orang yang Like fanpage saya tu Love Struck

Tak pastilah samada awal – awal pagi memang sejuk ke tahap cucuk tulang ke ataupun kebiasaan keluar lewat sebab selalunya sampai pejabat lagi 4 5 menet je nak ke pukul 8 yang tak selalunya sejuk tahap menggigil macam pagi tadi.

Best rupanya datang keja awal ni. Tak ramai orang. Aman je. Takde rushing – rushing.

Masuk ke pejabat pun sama. Sejuk berganda – ganda apabila meja saya tepat berada di bawah lubang angin a/c. Dalam sejuk – sejuk tu, trip pulak. Satu pejabat black – out. Lama pulak tu. Sempat juga tido barang seround dua sambil dipeluk sisa – sisa kedinginan a/c sebelum trip tadi. Nyaman dong. 

kita ke cerita panas pula..

Lepas selesai masalah black – out, dapatlah online menggunakan wifi pejabat. Tergerak hati nak check akaun nuffnang saya. Alhamdulillah..dapat lagi buffered earning.

13th&14th_BE
Digi lagi & lagi!

What more can I say, thank you lah!Love StruckBlushingKiss 

Terima kasih di atas kehangatan pelukan kasih sayang kalian NUFFNANG *peluk Big Hug

Akibat guna template free dan perihal fanpage di facebook

Cerita satu.

Nasib tak baik.

Kelmarin tak terniat nak online awal paginya. Kemas rumah, mop lantai, lipat baju., tolong mak menjahit etc etc etc sampailah ke petang.

Dalam pukul 4 lebih, baru teringat nak online. Tu pun lepas tengok adik asyik men game online. Si Syafiq ni kalau dibiarkan sampai pukul 3 pagi pun takkan abes men game tu.
Syafiq ni penakut sket. Kalo time nak tido kena ayah temankan. Tapi kalo time men game tak payah sapa – sapa temankan takde pulak dia takut. Pandai pulak tido sendiri.

Lepas guna kuasa veto seorang kakak, si comel beralih tangan. Perkara pertama yang dibuka mestilah blog sendiri.

First bukak blog je tengok tengok…

20100820_013914_fentomatteblogspotcom_p_1046
Tak payah klik, bukan nampak punnnn..nak klik jugak? klik je lah. Degil.  
Kehabisan bandwith imej untuk template yang saya guna sekarang Sad. Apa nak di expect kan, benda free. Nak buat sendiri tak pandai.

Bila dah jadi mcm tu, terus gelabah. Dah la time tu saya ada orang masuk. Kalau yang dah biasa dengan blog ni okelah maybe masing – masing faham perkara macam ni. Kalau orang tu first time masuk? Kan ke kes naya tu.

Hampir 10 jam mencari penyelesaian, lepas private blog, google solution, cuba cari template lain, upload template yang dah didownload dan sebagainya, last – last dapat satu solution yang sangat mudah. Tak makan banyak masa pun sebenarnya. Dapat jugak template ini direcover.

Tapi yang sedihnya, saya tak download template yang saya dah guna sebelum upload template baru sebab template tu saya dah edit segala mak nenek meta tag, dofollow, bla bla bla yang saya pun dah tak ingat tapi masih penting untuk blog dan sistem threaded komen yang saya suka tu pun dah direvert kepada yang asal. Adoi. Kena buat balik semula. Dah la susah jugak nak buat benda tu.

Terpaksa lah merangkak cari balik. Nasib baik lah ada beberapa perkara yang saya buat, saya masih simpan link tutorialnya. Kalau tak, penat jugak nak cari balik.

Yang pasti, saya dapat dapat ilmu baru bila dah jadi macam ni. Blog pun berubah sedikit. Hehe. Kawan saya pernah komen dia terpaksa scroll jauh ke bawah melepasi kotak follower, banner yasreehomestay, twitter n shoutbox sebelum jumpa entri. So, banner iklan dan kotak follower saya letakkan kat bawah & kotak shoutbox saya letak sebelah menyebelah dengan twitter. Jimat ruang Winking

Pengajaran yang saya dapat dari perkara ni, DOWNLOAD TEMPLATE TERLEBIH DAHULU SEBELUM KO UPLOAD TEMPLATE BARU. Kan dah padan muka kau Fentot.Phbbbttt.

Cerita Dua
Saya rasa macam nak delete akaun facebook la. Tapi still nak berhubung dengan kawan – kawan. Alasan nak delete akaun ni sebab saya rasa macam privasi dah kurang bila accept banyak request. Mostly kawan – kawan kat facebook tu ramai pengusaha blogshop & orang - orang yang saya tak kenal tapi pakai approve je. Kalau dari pihak saya, masih oke la dapat kontrol sapa yang dapat lihat gambar – gambar peribadi. Tapi bila adik, kawan – kawan tag takkan nak suruh diorang remove gambar tu semata – mata tak suka gambar kita ada disitu kan?

Serba salah. Serba tak kena semalam apabila kawan saya upload gambar waktu tingkatan 3 dulu, dimana kami sedang menyediakan juadah untuk BBQ asrama. Gambar saya tak bertudung. Lepas dia masukkan pic tu, terus saya buzz dia kat chat. Dan dia sendiri dah faham. Sori la sayang, bukan tak suka. Tapi…harap kamu tak marah Sigh

Jadi, dengan itu saya dah buat fan page kat facebook. Senang nak berinteraksi dengan pembaca. Hey, semua orang pun dah ada fanpage facebook kan? Mana tahu lepas ni tetiba terglemer ke senang la orang nak cari dan klik like kat fanpage saya tu hee..perasan nombor satu kau ni.

Dah la, malas nak cakap banyak. Kalau suka klik Like, kalau tak suka pun klik Like jugak haha. Dah, nak tido. Penat sangat hari ni. Penat tido. Babai.


Jangan lupa klik Like tau! Hee :P

Jom enhance smileys anda di Facebook dengan Facicons

Sunday, August 15, 2010

Dah bosan dengan ikon smiley biasa – biasa je kat facebook korang? Setakat ikon :) :)) :P n habis – habis koman pun boleh buat ikon ni –> ♥ guna alt+3 / <3 atau copy paste ikon best – best macam ni

▒▒▒▒▒▓
▒▒▒▒▒▒▓
▒▒▒▒▒▒▓
▒▒▒▒▒▒▒▓
▒▒▒▒▒▒▒▓▓▓
▒▓▓▓▓▓▓░░░▓
▒▓░░░░▓░░░░▓
▓░░░░░░▓░▓░▓
▓░░░░░░▓░░░▓
▓░░▓░░░▓▓▓▓
▒▓░░░░▓▒▒▒▒▓
▒▒▓▓▓▓▒▒▒▒▒▓
▒▒▒▒▒▒▒▒▓▓▓▓
▒▒▒▒▒▓▓▓▒▒▒▒▓
▒▒▒▒▓▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▒▒▒▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▒▒▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▒▓▒▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▓
▒▓▒▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
▒▓▒▒▒▒▒▒▒▓
▒▒▓▒▒▒▒▒▓

dan macam semak bila tengok kat kotak komen kawan – kawan yang lain penuh dengan mesej ni kat bawah setiap komen ada mesej sakit hati ni

facicon_6
semak kan >.<

 

facicon nak ikon camni tak?

Jom ikut saya!

Mula – mula pegi ke facicons.com

 

kemudian

facicon_1 
klik download

 

step seterusnya

facicon_2
klik continue

 

pastu

facicon_3
klik install

 

then akan keluar window untuk instruction soh korang refresh fb masing – masing (f5) dan lepas korang tekan refresh / f5 kat facebook masing – masing, maka keluarlah butang ikon facicon kat kotak wall post korang dan kotak komen kawan – kawan korang..

facicon_4 

Selamat berbuka!

facicon_7 

Amboi amboi..main gigit – gigit telinga pulak diorang..

Saturday, August 7, 2010

Saya tak ingat bila saya terjumpa benda ni tapi lepas jumpa tu terus saya amek screenshot untuk dibuat bahan dikala kekeringan idea untuk entri. Amboi cik Fina, stalker betul kau. Keh keh keh.

Moh kite terjah.

ish_ish_ish

ish_ish_ish1

ish_ish_ish2

Amboi amboi korangggg..

Guys & gals sekelian, nak tanya, melalui perbualan diorang ni, apa yang korang fikir bila diorang boleh berbalas komen tanpa segan silu macam tu yang sah – sah kawan – kawan diorang boleh baca? Nak tunjukkan kemesraankah? Nak tunjuk yang diorang tu liberal kah?

Aha. Budak – budak ni baru berusia belasan tahun. Advance kepandaiannya.

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright