Slider

cinta category
Showing posts with label cinta. Show all posts

Sedar tak sedar..

Tuesday, January 24, 2012

awan love

..dah 7 tahun kita bersamaLove Struck

Ingat lagi tak tempat pertama kita bertemu? Ye..di kedai kristal kat Langkawi Fair Shopping Complex (SEO SEO)

Waktu awal jumpa awak dulu mata ni tak pernah lekang dari awak. Hati terus terdetik nak jadikan awak milik saya macam mana pun. Tiada istilah perigi mencari timba disini ye. Harap jelas disitu
Striaght Face
Ye. Awak jadi milik saya akhirnya. Walaupun saya terpaksa korbankan sesuatu demi mendapatkan awakLove Struck Takpe. Saya tak kisah. Yang penting, saya berjaya dapatkan awak.

Ye, bunyi macam kejam. Tapi, kat dalam dunia ni, kalau tak bersikap kejam sedikit, kita takkan dapat apa yang kita mahu. Kan?
Raised Eyebrow
7 tahun. 7 tahun kita bersama, susah senang kita harung bersama, pahit manis kehidupan kita rasa bersama..di setiap tangis tawa saya, awak ada dengan saya.Kiss

Putus sambung, putus sambung dah jadi rutin kita. Kadang – kadang tiap – tiap bulan kita ‘putus’. Tapi takpe, saya tahu hanya satu cara je nak ‘sambung’ dengan awak. Bayar sedikit amaun, kembalilah bertaut kan? Happy

Pernah saya merajuk dengan awak, berapa tahun kita putus. Hidup saya tak lengkap tanpa awak tahu Sad

Tapi nak buat macam mana, rajuk di hati siapa nak pujuk. Awak tu la, asek putus je. Penat. Saya penat tahu.

Tapi, demi sayangkan awak dan memikirkan berapa nilai saya terpaksa bayar untuk bersama awak, saya mengalahHappy

Alhamdulillah, sampai hari ni awak masih setia dengan saya. Saya suka Blushing
Itupun lepas saya pergi dapatkan khidmat pakar untuk dapat terus bersama survive dengan tabiat awak yang suka putus ni. Takpe, saya rela. Demi untuk awakBatting Eyelashes

Sekarang dah nak masuk empat tahun kan kita tak pernah putus sambung putus sambung dah kan? Harap kita dapat bersama sampai bila – bila. Awak sangat bersinar di mata sayaHappy..


..dan dimata saya, sinar awak tak pernah pudarLove StruckBlushing
Paling penting, saya rasa cantik bila dengan awak. Awak berjaya buat confident level diri saya meningkat.
Tenkiu Love Struck
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

V
 Si gelang kristal
Love Struck 

Korang, ada idea nak ikat gelang ni dengan apa lagi nak bagi tak/lambat putus? Dengan getah sudah, tali memancing laut dalam laut singkat suma dah, suasa pun dah. Sumanya putus. Kalau setakat putus je takpe, ini tidak, kalau putus mesti batu kecik - kecik tu pun hilang. Dah la sebijik harga 50sen oi. 
Gelang_kristal

Dekat nak 27 hidup, gelang kristal nilah benda yang paling lama dengan saya. Beli dengan duit sendiri  okHee hee

Walaupun dah 7 tahun, shining dia tetap tak hilang. Hehe..


7 tahun
Status kontroversi :trollface:Smug
Tapi sikit je lagi nak kantoiWhew
Tongue
7 tahun1


Kawan – kawan yang ingat saya tulis status tu untuk seseorang, mintak maaf lah ye kalau ada salah fahamNot worthy. Niat nak menyengal, jangan fikir serius noo..heehee TonguePeace SignHee hee


Jangan marreeeeBig Grin







Feeling beat up 

Kbai

Perihal lelaki terlebih caring yang menyusahkan..#2

Tuesday, April 27, 2010

Oraittt..part 1 dah lepas..sekarang, mari kita sambung part 2 entri pasal lelaki terlebih caring.



12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.


16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH MEREKA

Setiap manusia ada membuat kesilapan. Bila berurusan dengan soal hati ni, susah sikit nak jangka apa akan jadi di masa depan. Saya dah buat yang terbaik untuk kami. Tapi banyak sangat halangan. Terlalu banyak. Hmm..Biarlah masa yang tentukan. Hanya mampu berdoa dan diiringi tawakal.

Tu je. Babai.




 

Oke oke..ini baru betul perihal lelaki terlebih caring yang menyusahkan..#1

Berita gembira, saya selamat sampai rumah tanpa mengalami kebasahan sebab tak sempat hujan tadi saya dah sampai ke rumah. Ucap tahniah kat saya cepat..

Sebelum tu, saya nak minta maaf sebab tak tukar tajuk cerita yang ni. Tak perasan maa..
Ada jugak orang mengharap isi entri pasal lelaki caring rupanya ye..teehee~

Mestilah kan. Sapa taknak dapat lelaki caring kan? Nak nak pulak yang suka tunjuk ke'caring'annya depan kawan-kawan kita. Huh, time tu kembang kuncup idung rasanya bila kawan-kawan puji "wahhh...suweetnye pakwe ko, caring gilerrrr" "Wehhh..bertuahnya kau dapat balak macam balak kauuuuuuuu" dan akan jugak kedengaran suara-suara yang berbaur kejelesan "eleh, saje je tu nak tunjuk caring depan orang..padahal kat belakang ntah naik kaki tangan" - Kerana dirimu begitu berharga tak pasal-pasal keluar iklan Loreal pulak.



Baiklah, kita teruskan dengan topik kita malam ini.


Kadang - kadang lelaki yang terlebih caring ni menyusahkan jugak kan?


Yang ni nak skip pun takpe. Saja gedik bagi panjang entri.

Orait, ini berdasarkan kisah benar yang saya kutip dari merata tempat dan diri sendiri. Tapi sebelum tu, ada kawan saya pernah quote
Dalam sesuatu hubungan, kita kena tunjuk our true colour instead of simpan perangai sebenar kita.
Lebih kurang camtu la ayatnya. Ada kawan-kawan yang bersetuju dengan statement ni. Ada jugak yang tak setuju.


Berbalik kepada statement kawan saya tu. Bagi saya, saya setuju dengan statement dia. Sebab bila kita berkawan, mesti la nak kenal hati budi dulu kan? Takkan la jumpa-jumpa je terus couple btol tak? Kalau sepanjang proses pengenalan hati budi tu asek nak cover je manjang, sampai bila kita nak discover sikap sebenar dia kan?


Si gegirl time makan mesti nak kontrol cun. Nak suap isi ayam pun payah sebab malu nak buka mulut depan si beboy. Cuba kat rumah. Habis tulang-tulang ayam kau kekah sampai licin. Yang si beboy pulak, pun tak nak kalah. First time nak g dating ni sanggup sewa/pinjam kereta kat ahli keluarga/handai taulan dan tak kurang jugak kereta ahli jiran tetangga semata-mata nak bagi impression-budget-si-pempuan-akan-keluar-ayat "woah! skyline! terbaik ah! terus masuk list jadi bofren"(-_-")


Pernah dengar tak kes rumahtangga yang ada ayat camni - "dulu sebelum kawen, dia tak pernah mcm ni..tp lepas kawen, silap sikit pun I kena pang kat muka" ujar Joyah tersedu-sedan menceritakan pengalaman perit bersama suami artisnya [motif???] yang dibina baru 3 bulan itu. Contohhhhh..


Tu la, sapa suruh tak discover warna diri si dia yg sebenar awal-awal dulu. Sampai bila nak berlakon kan? Bila dah jadi macam ni..kan dah terlambat nak patah balik mula dari A.


Orait, jom terjah!


Psst..ni saya copy sebijik dari sini ye..



Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah.


Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:


1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu utk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.


6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

Babai.


Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright