Subscribe:

Tuesday, April 27, 2010

Oke oke..ini baru betul perihal lelaki terlebih caring yang menyusahkan..#1

Berita gembira, saya selamat sampai rumah tanpa mengalami kebasahan sebab tak sempat hujan tadi saya dah sampai ke rumah. Ucap tahniah kat saya cepat..

Sebelum tu, saya nak minta maaf sebab tak tukar tajuk cerita yang ni. Tak perasan maa..
Ada jugak orang mengharap isi entri pasal lelaki caring rupanya ye..teehee~

Mestilah kan. Sapa taknak dapat lelaki caring kan? Nak nak pulak yang suka tunjuk ke'caring'annya depan kawan-kawan kita. Huh, time tu kembang kuncup idung rasanya bila kawan-kawan puji "wahhh...suweetnye pakwe ko, caring gilerrrr" "Wehhh..bertuahnya kau dapat balak macam balak kauuuuuuuu" dan akan jugak kedengaran suara-suara yang berbaur kejelesan "eleh, saje je tu nak tunjuk caring depan orang..padahal kat belakang ntah naik kaki tangan" - Kerana dirimu begitu berharga tak pasal-pasal keluar iklan Loreal pulak.



Baiklah, kita teruskan dengan topik kita malam ini.


Kadang - kadang lelaki yang terlebih caring ni menyusahkan jugak kan?


Yang ni nak skip pun takpe. Saja gedik bagi panjang entri.

Orait, ini berdasarkan kisah benar yang saya kutip dari merata tempat dan diri sendiri. Tapi sebelum tu, ada kawan saya pernah quote
Dalam sesuatu hubungan, kita kena tunjuk our true colour instead of simpan perangai sebenar kita.
Lebih kurang camtu la ayatnya. Ada kawan-kawan yang bersetuju dengan statement ni. Ada jugak yang tak setuju.


Berbalik kepada statement kawan saya tu. Bagi saya, saya setuju dengan statement dia. Sebab bila kita berkawan, mesti la nak kenal hati budi dulu kan? Takkan la jumpa-jumpa je terus couple btol tak? Kalau sepanjang proses pengenalan hati budi tu asek nak cover je manjang, sampai bila kita nak discover sikap sebenar dia kan?


Si gegirl time makan mesti nak kontrol cun. Nak suap isi ayam pun payah sebab malu nak buka mulut depan si beboy. Cuba kat rumah. Habis tulang-tulang ayam kau kekah sampai licin. Yang si beboy pulak, pun tak nak kalah. First time nak g dating ni sanggup sewa/pinjam kereta kat ahli keluarga/handai taulan dan tak kurang jugak kereta ahli jiran tetangga semata-mata nak bagi impression-budget-si-pempuan-akan-keluar-ayat "woah! skyline! terbaik ah! terus masuk list jadi bofren"(-_-")


Pernah dengar tak kes rumahtangga yang ada ayat camni - "dulu sebelum kawen, dia tak pernah mcm ni..tp lepas kawen, silap sikit pun I kena pang kat muka" ujar Joyah tersedu-sedan menceritakan pengalaman perit bersama suami artisnya [motif???] yang dibina baru 3 bulan itu. Contohhhhh..


Tu la, sapa suruh tak discover warna diri si dia yg sebenar awal-awal dulu. Sampai bila nak berlakon kan? Bila dah jadi macam ni..kan dah terlambat nak patah balik mula dari A.


Orait, jom terjah!


Psst..ni saya copy sebijik dari sini dan saya ulas sikit berdasarkan pengalaman diri sendiri sikit-sikit dan pandangan saya sendiri. Ini pendapat saya ye..sapa yang bercanggah pendapatnya, sila hentam kat bahagian komen ye :P





Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah.

kredit kat Google

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:


1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu utk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa
- Depends. Ada yang buat sebab nakkan balasan. Rasuah ni. Kalau yang betul-betul, memang untung la si gegirl tu. Tapi..dalam hati si beboy wallahualam la kan. Dia je yang tahu.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap
- Pernah alami benda ni. Boring. Tak ngam kot.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya
- Yang ni, Ya Allah..hari-hari! Dari first day kenal sampai sekarang. Kadang-kadang naik fedup jugak. Bukan tak menghargai. Tapi bila dah jadi rutin, naik bosan *nasib baik dia tak reti pasal blog :P eh, ada tulisan lagi kecik tak >.<

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap
- Wuu..ini pun saya kena. Dah macam budak tadika pulak kadang-kadang tu.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya
- Melalui kelakuan si dia..ye, saya nampak benda ni dengan jelas.


6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga
- Sentiasa! Tensiyonnnnn.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya
- Iye. Orang lain pun sama kot.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya
- Selalu. Benci.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain
- Ni pun selalu. Tapi tak berhasil. Hahah. Gila kejam punya gefren.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja
- Sebagai seorang manusia yang jarang jumpa dengan bofrennya, yang ni dia memang tak pernah fail..buat saya terharu *nangis kejap. oke dah.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya
- Hahah. Tak sempat merajuk dia dulu kena memujuk. Ngehehe.

Oke, kat sini dulu entri ni ye..panjang sangat..nanti tengok sambungan kedua pulaks k :D:D

P/s - entri malam ni macam gedik sikit. Ops terdedah :P

Babai.


8 comments

April 27, 2010 12:34 AM

caring salah.. tak caring pun salah.. haishhh... -,-

April 27, 2010 12:41 AM

ahahaha~

well, the imperfections of your partner makes you perfect... can?

April 27, 2010 12:46 AM

wah....terasa macam nak buat benda yg sama...ala2 tagging gitu :-j
haha....

April 27, 2010 8:13 AM

@5104554020340804863.0
boleh kalau nak caring..tapi jangan la overrrr :((

April 27, 2010 8:15 AM

@3766857288425703500.0
saling melengkapi each other..hmm..tunggu part 2 :P

April 27, 2010 8:17 AM

@5517712249288072452.0
haha..cik yana..buat la jugak..ada part 2 lepas ni :P

April 27, 2010 2:56 PM

gua la tue..kacak dan bergentleman. ciri-ciri idaman gadis. kui2

April 27, 2010 3:05 PM

@8026657440641667305.0
kacak? mana? ooo..topi besi tu ek..ok ok :P

Post a Comment
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
1Malaysia Blogger Community
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected blogr.my

BlogMalaysia.com