Monday, April 26, 2010

Kadang - kadang lelaki yang terlebih caring ni menyusahkan jugak kan?

Quick update yang takde gambar. Sapa baca sampai habis, saya sayang dia. Muah! [bodek]
Waktu saya tengah menaip entri ni tengah gila punya mengantuk. Tapi digagahkan jugak mata ni sebab nak taip entri ni. Saya sendiri pun tak tau kenapa tangan ni gatal sangat nak padet blog. Padahal takde idea pun nak menaip. Ikut je apa yang terlintas kat kepala..
Sekarang ni kat atas meja sebelah kiri laptop ada fail baru dibuka, saya tulis tajuk ngn pensil je dulu sebab abg Ilyas (pem. am pejabat) cuti so kena tunggu dia datang ofis baru boleh buat tajuk n letak no rujukan dengan proper [padahal boleh buat sendiri. dasar pemalas]. Dah dua hari dia cuti. Rasa sunyi la pulak dia takde. Kalo tak, ada je benda dia nak cakap. Eh, dia ke saya...(??) oke, abaikan.

Kat depan Cik Fina ada dalam 18 fail beraneka warna [lebih pada 3 kaler boleh masuk kategori beraneka la kan?] n di sebelah kanan saya ada buku catatan yg diatasnya bermaustatin seekor mouse berjenama Logitech, sebelah buku catatan ada kabel hp, xpress music 5800, seketul pendrive, card reader n seketul kamera pejabat. Pergh. Macam busy. Memang busy pun. Keja melambak. Sampai tak tahu yang mana satu nak start dulu. Last-last online FB n blogshopping+FB-shopping [salute kaum-kaum wanita yang buat bisnes dalam FB! - terima kasih sebab berjaya buat duit dalam akaun saya susut..saya terharu]

Sebenarnya saya kena taip surat jawapan kat satu jabatan kerajaan ni. Pastu kena kasi bos semak n tandatangan. Tapi bos takde la pulak kat ofis dia. Tu yang terbabas tulis belog n buat pembayaran online beli shawl+inner berharga RM27. Peh, tu pong ko nak cakap Cik Fina. Tapi kan weh, budget saya terbabas sejak sebulan lepas. Ini semua gara-gara online shopping punya pasal la ni - [nangis]

Bila dikira-kira balik, RM200++ ada kot duit saya terbabas masuk akaun orang lain. Takleh jadi, takleh jadi. Selagi masih nampak 5 6 [includekan titik perpuluhan ye] angka kat dalam akaun, selagi tu la nafsu nak membeli ni membuak-buak. Kena buang duit tu g tempat lain nampaknya. Sapa nak pinjamkan akaun dia bak sini no akaun saya nak transfer. Oke takpe. dah transfer ke BIMB Cik Fina. Terima kasih.

Kat luar hujan..abes la Cik Fina hari ni mandi kat tengah jalan raya.

Oke, berenti sekejap baca doa.
Orait, lagi 2 minit nak balik.
Nak siap-siap balik. Bos dah masuk ofis. Besok lah baru tunjuk surat jawapan tu kat bos. Harap-harap bos lupa.

Oke semua, babai.


P/s - sy taip tanpa baca balik entri ni. Tag pun tak letak. Kalau ada salah error, harap dimaafkan. Nanti saya betulkan balik.
P/s/s - Tajuk tu sebenarnya untuk entri lain. Tapi saya nak cepat ni. Dimaafkan kan kan kan??


10 comments:

  1. adohyaii..nakal tol la fina ni..beria kak mie cari pasal lelaki caring tu.cubit mauu? :P

    ReplyDelete
  2. @1279097497286730687.0
    kak mie, jumpa tak pasal lelaki caring tu? haha ♥♥
    saya tak salah :P

    ReplyDelete
  3. hahahha. igt kan betol2 psl laki caringg!! huaaa.

    ReplyDelete
  4. @8667876542573540998.0
    cik aisha, saya tak salah X____X

    ReplyDelete
  5. perempuan terlebih caring pun susah gak

    ReplyDelete
  6. patut la aku rasa macam kepelikan, xde kaitan tajuk entri pun hehe.
    tapi aku pun banyak duit abis entah ke mana. xreti betul nak control budget.

    ReplyDelete
  7. wah...200tu kira sedekah ke? tak leh nak mintak balik ek

    ReplyDelete
  8. @9050387143866660547.0
    nasib baik saya tak macam tu :P

    ReplyDelete
  9. @4066154074724118593.0
    haha..soriii..
    tak tau duit pegi ke mana? nak no akaun saya? boleh salurkan ke situ :P

    ReplyDelete
  10. @4838288647090182782.0
    tak bolehhh..terbabas masuk akaun orang lain tu gar-gara online shopping..macam mana nak amek balik..uwaaa :((

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected