Slider

hari tanpa plastik category
Showing posts with label hari tanpa plastik. Show all posts

Kempen Hari Tanpa Plastik di Langkawi. Akan berjayakah?

Monday, March 28, 2011

Korang, saya ada janji kan nak padet pasal laptop baru saya? Well, tunggu sekejap. Saya ada perkara yang lebih penting untuk di war – war kan.  Hari Tanpa Beg Plastik. Bagi yang dah buat, perkara ni mungkin tak penting. Tapi bagi kami penduduk Langkawi, ini adalah sesuatu yang baru dan perlu dilaksanakan. Kalau tak, sampai bila? Orang dah pergi jauh, kita masih kat takuk lama.

Anjakan paradigma dari setiap seorang penduduk adalah amat diperlukan dalam merealisasikan Hari Tanpa Plastik ini berjaya. pehhhh..ayat..kemain Bukan sekadar pada hari acara, malah kita mahu setiap hari juga adalah hari tanpa plastik. Walaupun perkara itu adalah seperti mustahil, sekurang – kurangnya we make an effort towards the campaign.

Paling penting, harus diingat, kita adalah anak pulau. Hidup dikelilingi laut. Pusat pelupusan sampah tidak mampu menanggung beban sampah yang kita buat hari – hari. Dari situ terhasilnya insinerator. Walaupun begitu, penggunaan insinerator memerlukan kos yang tinggi. Jadi salah satu usaha yang boleh kita lakukan adalah dengan meminimakan penggunaan beg plastik. Kita sayang pulau Langkawi. Mahu ke kalau satu hari nanti Langkawi sudah tidak menjadi pilihan pelancong hanya disebabkan masalah sampah? Hilang nilainya disitu. Rugi.

Baru – baru ini seluruh pelusuk Langkawi membincangkan isu masalah sampah di Pulau Tuba yang dilaporkan melalui slot Aduan Rakyat di Buletin Utama TV3. Perkara ini sedikit sebanyak memberi impak kepada Langkawi. Jadi, jangan risau orang Pulau Tuba. Kita akan lakukan sesuatu. Tapi jangan tak support pulak ye nanti SmugPasal ni nanti saya post kat entri seterusnya ye Winking

Baik.

Kembali ke kempen kita.

Kempen hari tanpa plastik ini akan diadakan pada hari Rabu, 30 Mac 2011 bertempat di Tapak Baazaar Ramadhan berhampiran Tapak Pasar Malam Kuah.

kempen_hari_tanpa_plastik
klik untuk tumbesaran yang sihat

Video dari FCUProduction.
 

Video khas untuk kempen iniLove Struck

 

Persoalannya, mampukah rakyat Langkawi menyahut seruan kempen ini?

Sama – sama kita nantikan…

.

.

.

.

.

.

cecece..bajet pembaca berita pulakTongue

Fakta Yang Tidak Ingin Diketahui Mengenai Beg Plastik dari Kedai Membeli Belah

Monday, March 7, 2011

Assalamualaikum!

Haiiiiii :D

Hari ni nak post entri berilmiah sket. Takde gambar. Laptop rosak. Guna komputer orang. Tetiba jadi tak reti nak masukkan gambar dalam entri. Takde feel boleh pakai tak alasan ni?

What ever lah.

Jom cekidaud.

Renungilah fakta yang mengejutkan mengenai  beg plastik dari kedai membeli belah:
  • Beg plastik diperbuat dari polietilena. Polietilena adalah produk hasil dari petroleum.
  • Lebih kurang 60 - 100 juta tong petroleum digunakan untuk menghasilkan beg plastik setahun untuk seluruh dunia.
  • Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyumbang kepada pencemaran udara dan kadar pengunaan tenaga. 
  • Pengeluar beg plastik menambahkan lagi pengeluaran karbon yang bertan-tan diudara setiap tahun.
  • Di United Kingdom, pengharaman beg plastik adalah bersamaan dengan mengurangkan 18,000 kenderaan di atas jalan.
  • Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastik dihasilkan dan digunakan setiap tahun diseluruh dunia.
  • Hanya 1%  dari trillion yang dihasilkan itu dikitar semula.
  • Kebanyakan beg plastik polietilena mengambil selama 400 tahun untuk dibiodegradasikan.  Sesetengah dari itu boleh mengambil masa selama 1000 tahun untuk diuraikan.
  • Apabila polietilena diuraikan, bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah dan seterusnya ke rantai makanan kita.
  • Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita.  Beg-beg ini menyekat jalanan pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah dan air kita.
  • Beg plastik juga memberi kesan yang padah kepada burung – burang dan mamalia marin yang menyangkakan beg tersebut adalah makanan. Setiap tahun, 100,000 penyu laut dan haiwan marin yang lain mati kerana beg plastik.
Renung - renungkan :D

Sumber : Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.

Hai, nama saya FINA
Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright