Slider

majlis perbandaran langkawi category
Showing posts with label majlis perbandaran langkawi. Show all posts

Dapat surat kompaun dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang, sedangkan kereta tak keluar pun dari Langkawi.

Tuesday, June 7, 2011

 

Sebelum ni ayah ada terima surat tawaran kompaun dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Pelik apabila menerima surat itu sebabnya kami sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur pada waktu itu. Dan kami ke sana melalui jalan udara jadi takkan la kereta tu nak dibawa keluar dari Langkawi. Ayah buat panggilan ke MPPP untuk me’rectify’ akan kejadian ini tapi diminta membuat penjelasan melalui surat (smlm baru dapat tahu ayah hantar surat ke MPPP)

Semalam ayah tunjuk lagi satu surat, dimintanya saya buatkan surat nak hantar ke MPPP. Eh, surat lagi? Surat yang ayah hantar hari tu? Takde tindakan dari pihak MPPP ke bila orang dah respon melalui surat? Dihantarnya lagi surat susulan siap ada tulisan warna merah bertulis – PERINGATAN TERAKHIR TINDAKAN MAHKAMAH di bawah letter head.

Ewah ewah.

Dah la tak bagi bukti kereta ayah ada kat tempat kejadian waktu tu, apahal pulak nak hantar surat lagi. Siasat la dulu. Orang dah hantar surat kata kereta ada di Langkawi pada masa tu, check la balik. Apa bukti yang mengatakan kereta tu ada di sana pada masa kejadian? Ada gambar? Bila orang dah hantar surat bagi penjelasan kata kereta tu ada di Langkawi pada tarikh tersebut, kau pegi lah check dengan Kastam. Mintak rekod keluar masuk kereta yang dimaksudkan tu. Takkan itu pun tak reti.

 

saman_parkingNombor Kenderaan : KV 8675 B
Surat kedua ini bertarikh 27/5/2011

Teksi ayah saya macam ni la :

Rupa bentuk teksi ayah saya. Tapi teksi beliau takdela dalam ni.

Info gambar : Stesen teksi ni betul – betul depan pejabat saya sekarang. Tapi dah musnah selepas banjir besar yang dialami pada tahun 2004.

Ini ada sedikit trivia pasal prosedur nak bawak kereta berplet KV (sahaja) keluar dari Pulau Langkawi.

  1. Nak bawak keluar kereta berpletkan KV dari Langkawi kena bayar cukai kat Kastam. Kena tinggalkan geran kereta di pejabat Kastam. Balik Langkawi baru Kastam bagi balik.
  2. Dalam setahun tempoh kereta berada di tanah besar adalah selama 90 hari.
  3. Tempoh sekali keluar, tak boleh lebih daripada 30 hari.
  4. Kalau nak bawak kereta tu keluar selama 2 bulan contohnya, sebelum cukup tempoh 30 hari, kena bawak balik ke Langkawi dan baru keluarkan semula kereta. Nampak macam banyak songeh tapi ada lah sebabnya kan Kastam tetapkan peraturan macam tu. Dah katanya kereta kat Langkawi murah kannnnn.
  5. Kereta kat Langkawi memang murah. Tapi tak boleh la datang Langkawi beli kereta pastu bawak keluar pegi tinggal di tanah besar. Siap sedialah nak membayar cukai yang silap – silap lagi tinggi chargenya dari harga kereta tu sendiri (mostly kereta import)
  6. Kalau kereta dah melepasi tempoh – tempoh tertentu (5 tahun keatas), nilai cukai menjadi lebih murah (untuk yang nak bawak keluar terus).

Picture credit : Gambar sendiri & Langkawi Story


Kalau suka, kliklah ye Open-mouthed smile


Kempen Hari Tanpa Plastik di Langkawi. Akan berjayakah?

Monday, March 28, 2011

Korang, saya ada janji kan nak padet pasal laptop baru saya? Well, tunggu sekejap. Saya ada perkara yang lebih penting untuk di war – war kan.  Hari Tanpa Beg Plastik. Bagi yang dah buat, perkara ni mungkin tak penting. Tapi bagi kami penduduk Langkawi, ini adalah sesuatu yang baru dan perlu dilaksanakan. Kalau tak, sampai bila? Orang dah pergi jauh, kita masih kat takuk lama.

Anjakan paradigma dari setiap seorang penduduk adalah amat diperlukan dalam merealisasikan Hari Tanpa Plastik ini berjaya. pehhhh..ayat..kemain Bukan sekadar pada hari acara, malah kita mahu setiap hari juga adalah hari tanpa plastik. Walaupun perkara itu adalah seperti mustahil, sekurang – kurangnya we make an effort towards the campaign.

Paling penting, harus diingat, kita adalah anak pulau. Hidup dikelilingi laut. Pusat pelupusan sampah tidak mampu menanggung beban sampah yang kita buat hari – hari. Dari situ terhasilnya insinerator. Walaupun begitu, penggunaan insinerator memerlukan kos yang tinggi. Jadi salah satu usaha yang boleh kita lakukan adalah dengan meminimakan penggunaan beg plastik. Kita sayang pulau Langkawi. Mahu ke kalau satu hari nanti Langkawi sudah tidak menjadi pilihan pelancong hanya disebabkan masalah sampah? Hilang nilainya disitu. Rugi.

Baru – baru ini seluruh pelusuk Langkawi membincangkan isu masalah sampah di Pulau Tuba yang dilaporkan melalui slot Aduan Rakyat di Buletin Utama TV3. Perkara ini sedikit sebanyak memberi impak kepada Langkawi. Jadi, jangan risau orang Pulau Tuba. Kita akan lakukan sesuatu. Tapi jangan tak support pulak ye nanti SmugPasal ni nanti saya post kat entri seterusnya ye Winking

Baik.

Kembali ke kempen kita.

Kempen hari tanpa plastik ini akan diadakan pada hari Rabu, 30 Mac 2011 bertempat di Tapak Baazaar Ramadhan berhampiran Tapak Pasar Malam Kuah.

kempen_hari_tanpa_plastik
klik untuk tumbesaran yang sihat

Video dari FCUProduction.
 

Video khas untuk kempen iniLove Struck

 

Persoalannya, mampukah rakyat Langkawi menyahut seruan kempen ini?

Sama – sama kita nantikan…

.

.

.

.

.

.

cecece..bajet pembaca berita pulakTongue

Fakta Yang Tidak Ingin Diketahui Mengenai Beg Plastik dari Kedai Membeli Belah

Monday, March 7, 2011

Assalamualaikum!

Haiiiiii :D

Hari ni nak post entri berilmiah sket. Takde gambar. Laptop rosak. Guna komputer orang. Tetiba jadi tak reti nak masukkan gambar dalam entri. Takde feel boleh pakai tak alasan ni?

What ever lah.

Jom cekidaud.

Renungilah fakta yang mengejutkan mengenai  beg plastik dari kedai membeli belah:
  • Beg plastik diperbuat dari polietilena. Polietilena adalah produk hasil dari petroleum.
  • Lebih kurang 60 - 100 juta tong petroleum digunakan untuk menghasilkan beg plastik setahun untuk seluruh dunia.
  • Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyumbang kepada pencemaran udara dan kadar pengunaan tenaga. 
  • Pengeluar beg plastik menambahkan lagi pengeluaran karbon yang bertan-tan diudara setiap tahun.
  • Di United Kingdom, pengharaman beg plastik adalah bersamaan dengan mengurangkan 18,000 kenderaan di atas jalan.
  • Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastik dihasilkan dan digunakan setiap tahun diseluruh dunia.
  • Hanya 1%  dari trillion yang dihasilkan itu dikitar semula.
  • Kebanyakan beg plastik polietilena mengambil selama 400 tahun untuk dibiodegradasikan.  Sesetengah dari itu boleh mengambil masa selama 1000 tahun untuk diuraikan.
  • Apabila polietilena diuraikan, bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah dan seterusnya ke rantai makanan kita.
  • Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita.  Beg-beg ini menyekat jalanan pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah dan air kita.
  • Beg plastik juga memberi kesan yang padah kepada burung – burang dan mamalia marin yang menyangkakan beg tersebut adalah makanan. Setiap tahun, 100,000 penyu laut dan haiwan marin yang lain mati kerana beg plastik.
Renung - renungkan :D

Sumber : Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.

Hai, nama saya FINA

Wow, ada perubahan la kat jantung pisang luar biasa tu..hmm..i wonder..

Monday, October 4, 2010

Korang, ingat lagi tak pasal jantung pisang luar biasa yang saya cita hari tu? Ala..kalau tengok kat archive mesti nampak punya tajuk tu. Bukan banyak pun update T__T. Takde mood nak menulis haih.

jantung pisang besar semacam yang dimaksudkan

Ni perkembangannya. Rasanya sehari lepas saya pos kat blog, saya noticed perkara ni. Erkk..agak - agak ada tak orang berdekatan pejabat saya baca blog NSF ni eh?

Sebab lepas saya pos entri ni, esoknya time nak p makan, terperasan benda ni.


sudah kena bungkoih! hahaha!
Saya tak salah saya tak salah *larikkk..


Jantung pisang yang lain macam

Tuesday, September 21, 2010

Tadi terperasan jantung pisang ni waktu on the way balik ke ofis. Gila besar. Oke. Orang lain saya tak tahu, tapi sepanjang saya hidup selama 25 tahun ni (ops..terreveal umur plaks)belum pernah lagi saya jumpa jantung pisang sebesar ini.

Orang Langkawi, kalau tak percaya, pokok pisang ni berada di belakang balai bomba Langkawi tepi Arked Teratai yang berada di tepi Majlis Perbandaran Langkawi.

Huh.

 

P/s – ini kalau buat ulam sedap x? >___<

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright