Slider

orang putih category
Showing posts with label orang putih. Show all posts

Tak mustahil lepas ni hidup berjiran dengan orang putih di tempat sendiri. Itu buat saya bimbang.

Thursday, July 29, 2010

Sambungan dari cerita pasal ayah & orang putih dihujung kampung ni..baca dulu entri ni untuk feel yang lebih..

Cerita Orang Putih

Mak sedara saya pernah cerita hal orang putih yang menyewa sebuah rumah di kampungnya. Ada perjanjian tertentu yang diorang buat. Tapi setakat janji mulut. Bila orang putih tu langgar perjanjian mulut diorang, tuan rumah memprotes dan mengungkit perjanjian yang diorang dah buat. Tapi dengan kecerdikan orang putih tu, tuan rumah tak dapat berbuat apa – apa. Sebab?

Sebab orang putih tu pakai peguam, sebab takde hitam putih, takde tandatangan waktu perjanjian dibuat dulu. Silap – silap haribulan, rumah yang bukan hak dia pun dia boleh buat sampai jadi milik dia. Jangan dibuat main, diorang ni apa – apa sikit guna peguam, kena pulak peguam yang pandai belit, benda tak betul pun, jadi betul. Mestilah kan. Dah namanya peguam. Mesti nak kena menang kes bila dah terima kes dan kemudian dibayar untuk fight kat court. Takkan la dibayar untuk kalah kes pulak kan? Kot mana pun diorang kena fight kalau dah dibayar  hatta kes kesalahan tanam pokok tanpa kebenaran tuan rumah sekalipun. Itu contoh.

Itu bezanya orang putih dan orang kita. Diorang kuat dengan peguam. Apa – apa hal semua pakai peguam. Kita pula kuat dengan budi bahasa dan amanah. Diorang, lagi kuat peguam, lagi mudah hidup. Tanggungjawab jatuh atas bahu peguam. Tanggungjawab diorang, cuma bayar peguam tu je. Orang kita sangat berat tanggungjawab. Amanah. Bukan perkara yang mudah. Walaupun berjanji mulut, takde hitam putih, takde meterai tandatangan, amanah adalah lebih besar dari semua tu. Sangat tinggi kedudukan dan martabat amanah ni. Bila dah janji, kena tunaikan sebaik mungkin. Itu namanya amanah. Tapi itu dulu, sekarang ni amanah ni macam dah hilang fungsi dan maknanya. Kan?

Pecah amanah sana sini, rasuah berleluasa, kroni celah sana, lobi celah sini. Wallahualam..

Kisah Ayah dan Orang Putih di hujung kampung

Sunday, July 25, 2010

Bila dah bercerita pasal orang putih ni, mula lah nak melalut. Dah lama pendam pasal ni. Cuma masa dan idea tu je kurang. Bila dah ada idea ni, sampai 2 3 entri nak dibuat.

Ayah adalah seorang pemandu teksi. Di hujung kampung dekat bukit, terdapat satu kawasan yang diduduki oleh orang – orang putih. Tanah – tanah bukit di situ di jual oleh orang – orang kampung kepada orang – orang putih tersebut untuk dijadikan penempatan dan juga sebagai mata pencarian mereka di sini. Buat homestay. Ada website. Tapi tak ingat linknya.

Sangat cantik pemandangan dari kawasan perumahan yang diorang bina. Tambah – tambah lagi di waktu petang. Dengan sawah terbentang di depan mata di kaki bukit dan melihat sang matahari sedikit demi sedikit menyembunyikan diri di balik bukit bukau di hujung sana pulau ketika senja. Subahanallah. Sangat indah cahaya jingga itu.

Tapi apa kan daya. Dah jadi hak milik orang. Ayah pernah masuk ke kawasan perumahan diorang pick – up customer. Kata ayah, anjing – anjing diorang sangat ramah. Baru ayah nak jejakkan kaki turun dari teksi ayah, anjing – anjing tadi terus serbu datang kat ayah. Terus cepat – cepat ayah masuk semula ke dalam van. Sampai la anjing – anjing tu berlalu baru ayah keluar balik dari van. Dah macam tu diajar tuannya kan. Dah menjadi kebiasaan. Semua orang pun diorang nak serbu tanda menunjukkan yang diorang tu tak garang dan friendly. Banyak ekor pulak tu.

Ayah cakap lagi, hiasan dalaman rumah diorang sangat cantik. Kemas, teratur dan dekoratif. Well, orang banyak duit kan, apa pun boleh jadi. Duit dah banyak, pandai pulak cari jalan nak tambahkan duit kat bumi Langkawi ni. Orang kampung pula suka bila dapat jual tanah kat orang putih (segelintir). Dapat banyak duit. Sedikit demi sedikit tanah tu dijual kat orang putih, last – last menumpang di bumi sendiri. Ye lah, tanah sendiri dah jadi milik orang. Atas apa alasan sekalipun, menjual tanah kepada warga asing adalah langkah terakhir yang akan saya fikirkan. Wallahualam.

Itu pun tak tahu perjanjian yang macam mana diorang buat. Orang putih ni jenis detail. Siap peguam bagai. Kita yang kurang arif selok belok proses jual beli ni terus jual tanpa fikirkan kesan di masa akan datang. Memang tak semua orang – orang putih ni jahat. Tapi, dalam baik – baik diorang, ada jugak dia nak kelebihan dari kita. Yang jenis jahat ni *telah lah. Licik.

Dulu je la ayah selalu pick – up customer kat situ, lepas tu ayah tolak bila pemilik homestay tu call ayah. Macam – macam alasan ayah bagi. Bukan tolak rezeki. Tapi demi keselamatan ayah jugak. Setiap kali ayah pegi, anjing – anjing pemilik homestay tu akan datang serbu nak bagi sambutan selamat datang yang hangat (warm welcome). Eloklah ayah stop pick up customer kat situ pun. Saya tak berapa gemar ayah pegi situ. Rasa macam tak sedap hati walaupun pada awalnya saya bersyukur ayah dah ada regular customer. Nasib baik ayah pun berfikir yang sama.

Kamus : *telah – sedia maklum

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright