Sunday, July 25, 2010

Kisah Ayah dan Orang Putih di hujung kampung

Bila dah bercerita pasal orang putih ni, mula lah nak melalut. Dah lama pendam pasal ni. Cuma masa dan idea tu je kurang. Bila dah ada idea ni, sampai 2 3 entri nak dibuat.

Ayah adalah seorang pemandu teksi. Di hujung kampung dekat bukit, terdapat satu kawasan yang diduduki oleh orang – orang putih. Tanah – tanah bukit di situ di jual oleh orang – orang kampung kepada orang – orang putih tersebut untuk dijadikan penempatan dan juga sebagai mata pencarian mereka di sini. Buat homestay. Ada website. Tapi tak ingat linknya.

Sangat cantik pemandangan dari kawasan perumahan yang diorang bina. Tambah – tambah lagi di waktu petang. Dengan sawah terbentang di depan mata di kaki bukit dan melihat sang matahari sedikit demi sedikit menyembunyikan diri di balik bukit bukau di hujung sana pulau ketika senja. Subahanallah. Sangat indah cahaya jingga itu.

Tapi apa kan daya. Dah jadi hak milik orang. Ayah pernah masuk ke kawasan perumahan diorang pick – up customer. Kata ayah, anjing – anjing diorang sangat ramah. Baru ayah nak jejakkan kaki turun dari teksi ayah, anjing – anjing tadi terus serbu datang kat ayah. Terus cepat – cepat ayah masuk semula ke dalam van. Sampai la anjing – anjing tu berlalu baru ayah keluar balik dari van. Dah macam tu diajar tuannya kan. Dah menjadi kebiasaan. Semua orang pun diorang nak serbu tanda menunjukkan yang diorang tu tak garang dan friendly. Banyak ekor pulak tu.

Ayah cakap lagi, hiasan dalaman rumah diorang sangat cantik. Kemas, teratur dan dekoratif. Well, orang banyak duit kan, apa pun boleh jadi. Duit dah banyak, pandai pulak cari jalan nak tambahkan duit kat bumi Langkawi ni. Orang kampung pula suka bila dapat jual tanah kat orang putih (segelintir). Dapat banyak duit. Sedikit demi sedikit tanah tu dijual kat orang putih, last – last menumpang di bumi sendiri. Ye lah, tanah sendiri dah jadi milik orang. Atas apa alasan sekalipun, menjual tanah kepada warga asing adalah langkah terakhir yang akan saya fikirkan. Wallahualam.

Itu pun tak tahu perjanjian yang macam mana diorang buat. Orang putih ni jenis detail. Siap peguam bagai. Kita yang kurang arif selok belok proses jual beli ni terus jual tanpa fikirkan kesan di masa akan datang. Memang tak semua orang – orang putih ni jahat. Tapi, dalam baik – baik diorang, ada jugak dia nak kelebihan dari kita. Yang jenis jahat ni *telah lah. Licik.

Dulu je la ayah selalu pick – up customer kat situ, lepas tu ayah tolak bila pemilik homestay tu call ayah. Macam – macam alasan ayah bagi. Bukan tolak rezeki. Tapi demi keselamatan ayah jugak. Setiap kali ayah pegi, anjing – anjing pemilik homestay tu akan datang serbu nak bagi sambutan selamat datang yang hangat (warm welcome). Eloklah ayah stop pick up customer kat situ pun. Saya tak berapa gemar ayah pegi situ. Rasa macam tak sedap hati walaupun pada awalnya saya bersyukur ayah dah ada regular customer. Nasib baik ayah pun berfikir yang sama.

Kamus : *telah – sedia maklum

2 comments:

  1. hmmm~ nak wat camne. diorang berduit... jgn smpai langkawi nnti di jajah sudah lah..

    ReplyDelete
  2. @Anne Boleyn
    juga berdoa macam tu..harap - harap jangan lah jadi macam tu. taknak dijajah sekali lagi walaupun hakikatnya kita sedang 'dijajah' >.<"

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected