Slider

ayah category
Showing posts with label ayah. Show all posts

Kisah Ayah dan Orang Putih di hujung kampung

Sunday, July 25, 2010

Bila dah bercerita pasal orang putih ni, mula lah nak melalut. Dah lama pendam pasal ni. Cuma masa dan idea tu je kurang. Bila dah ada idea ni, sampai 2 3 entri nak dibuat.

Ayah adalah seorang pemandu teksi. Di hujung kampung dekat bukit, terdapat satu kawasan yang diduduki oleh orang – orang putih. Tanah – tanah bukit di situ di jual oleh orang – orang kampung kepada orang – orang putih tersebut untuk dijadikan penempatan dan juga sebagai mata pencarian mereka di sini. Buat homestay. Ada website. Tapi tak ingat linknya.

Sangat cantik pemandangan dari kawasan perumahan yang diorang bina. Tambah – tambah lagi di waktu petang. Dengan sawah terbentang di depan mata di kaki bukit dan melihat sang matahari sedikit demi sedikit menyembunyikan diri di balik bukit bukau di hujung sana pulau ketika senja. Subahanallah. Sangat indah cahaya jingga itu.

Tapi apa kan daya. Dah jadi hak milik orang. Ayah pernah masuk ke kawasan perumahan diorang pick – up customer. Kata ayah, anjing – anjing diorang sangat ramah. Baru ayah nak jejakkan kaki turun dari teksi ayah, anjing – anjing tadi terus serbu datang kat ayah. Terus cepat – cepat ayah masuk semula ke dalam van. Sampai la anjing – anjing tu berlalu baru ayah keluar balik dari van. Dah macam tu diajar tuannya kan. Dah menjadi kebiasaan. Semua orang pun diorang nak serbu tanda menunjukkan yang diorang tu tak garang dan friendly. Banyak ekor pulak tu.

Ayah cakap lagi, hiasan dalaman rumah diorang sangat cantik. Kemas, teratur dan dekoratif. Well, orang banyak duit kan, apa pun boleh jadi. Duit dah banyak, pandai pulak cari jalan nak tambahkan duit kat bumi Langkawi ni. Orang kampung pula suka bila dapat jual tanah kat orang putih (segelintir). Dapat banyak duit. Sedikit demi sedikit tanah tu dijual kat orang putih, last – last menumpang di bumi sendiri. Ye lah, tanah sendiri dah jadi milik orang. Atas apa alasan sekalipun, menjual tanah kepada warga asing adalah langkah terakhir yang akan saya fikirkan. Wallahualam.

Itu pun tak tahu perjanjian yang macam mana diorang buat. Orang putih ni jenis detail. Siap peguam bagai. Kita yang kurang arif selok belok proses jual beli ni terus jual tanpa fikirkan kesan di masa akan datang. Memang tak semua orang – orang putih ni jahat. Tapi, dalam baik – baik diorang, ada jugak dia nak kelebihan dari kita. Yang jenis jahat ni *telah lah. Licik.

Dulu je la ayah selalu pick – up customer kat situ, lepas tu ayah tolak bila pemilik homestay tu call ayah. Macam – macam alasan ayah bagi. Bukan tolak rezeki. Tapi demi keselamatan ayah jugak. Setiap kali ayah pegi, anjing – anjing pemilik homestay tu akan datang serbu nak bagi sambutan selamat datang yang hangat (warm welcome). Eloklah ayah stop pick up customer kat situ pun. Saya tak berapa gemar ayah pegi situ. Rasa macam tak sedap hati walaupun pada awalnya saya bersyukur ayah dah ada regular customer. Nasib baik ayah pun berfikir yang sama.

Kamus : *telah – sedia maklum

Demam demam pun nak berjalan jauh #1

Tuesday, February 23, 2010

Nak buat macam mana kan. Tuntutan kerja..

Ecewah..tuntutan kerja konon.

Padahal bos soh pegi last last minute sebab dia kena teman bos besar g persidangan kat Gunung Jerai.

Perjalanan kali ni agak ‘sakit’ disebabkan tuan tanah blog ni demam. Dah tu plak sakit tekak. Sungguh tak selesa perjalanan ni. [Betul la tak bersyukur Cik Fina ni, dapat naik bas yang seat dia dah besar katil pun nak komplen itu ini tak selesa – oke, yang besar macam katil tu saya tipu Tongue]

Dari malam sebelum hari bertolak lagi saya dah rasa tak sedap hati. Berbual kat telefon pun saya tak fokus. Lagi lama cakap lagi tak sedap hati. Last-last minta talian diputuskan sebab nak tido supaya dapat hilangkan rasa tak sedap hati tu.

Dan persoalan pasal tak sedap hati pada malamnya terjawab bila pagi ni saya bangun lambat!

Tersedar pukul 7.40 pagi n feri pukul 8.30 minit! Ini bermakna saya ada kurang dari 20 minit untuk siap2. Dah la barang pack pn tak habis lagi..berus gigi dengan pencuci muka tak masuk dalam beg lagi. Kasut untuk kursus pn tak masukkan dalam beg lagi.

Tapi, nasib baik sempat. Kena bebel dengan ayah sekejap [dari rumah sampai setibanya kat Jeti-.-“]

Layan cerita K.A.M.I dalam feri. Tak pernah tengok cerita ni sebelum ni walaupun ada Zahiril Adzim. Logik la, sebab saya minat Zahiril Adzim lepas dia berlakon cerita ni.

Belum abes layan K.A.M.I, dah sampai kat Jeti Kuala Perlis. Turun je dari feri, terus g cari makanan. Kena amek breakfast sebelum travel jauh-jauh sakit perut nanti kang susah pulak [oke, sekarang saya rasa sakit perut. saiko betul]

Kat dalam feri jumpa kawan sekolah lama eh, ke kawan lama sekolah, ke sekolah kawan lama oke oke lupakan. Jadi cikgu kat KL sana. Ramai jugak kawan-kawan jadi cikgu. Saya? Jangan tanya. Sebab belum jawab soalan tu pun saya dah tau macam mana keadaanya Cik Shafina Othman ni jadi cikgu –.-“ [kalau saya jadi cikgu, mesti anak murid tak sabar-sabar nak masuk kelas nak buli Cikgu Shafina] – pergh..cikgu shafina. TBB betol..Kan dah terberangan sekejap..hmm..

Oke sudah.

Sambung part #2 pasni.

 

 

Cerita tengahari Jumaat

Friday, February 12, 2010

Hari ni, lepas Jumaat, mak dengan ayah ajak pergi Pekan Kuah. Mak nak masukkan duit kat dalam akaun bisnes dia, Bank Simpanan Nasional. Sesampainya di BSN, wah, dah berubah. Sudah ada mesin CDM [Cash Deposit Machine]..Nampak sangat saya tak amek tahu hal-hal semasa kat Langkawi ni-.-"

Sesampainya disana, saya ikut ayah ke mesin CDM tu sebab saya tau ayah akan mengalami masalah untuk masukkan duit ke dalam slot [part nak masukkan tu takde masalah, yang masalahnya timbul bila mesin tu susah nak terima duit]

Teringat saya selama pengalaman memasukkan [skema TBB] duit ke dalam CDM tu, saya perasan yang duit yang dimasukkan tak boleh terlipat, kalau boleh masukkan duit yang keras-keras je tak lembik - yang ni masalah sket la, mana nak cari duit keras-keras kesemuanya. Bukannya semua duit yang kita nak masukkan tu fresh-fresh keluar dari mesin buat duit..kan? So, alternatifnya, kena gosok-gosokkan duit tu menjadi sekeras mungkin.

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright