Slider

cerita seram category
Showing posts with label cerita seram. Show all posts

Kat pejabat saya ada tempat melepaskan tension../dan bila bos marah..

Wednesday, June 8, 2011•

 

Kami panggil tempat tu stadium. Ada ping pong, dart dan karom. Karom ye bukan Karim. Ramai abang – abang pejabat akan melepaskan tension masing – masing selepas kerja dengan menghabiskan masa di situ..

 

/dan selalunya kan, bila bos marah..

 

 

dia ajak main ping pong kat ‘stadium’ ikon

Fuuu..takottt takottt.

 

Ingat ye, release tension adalah selepas kerja ye ikon_tongue

[Seram] Jangan bermulut celupar kalau tinggal di asrama. Lagi–lagi pukul 00:00 keatas.

Wednesday, May 18, 2011•



Waktu tu, baru lepas prep. Hanya tinggal saya, Fiza, Kamilah kalau tak silap (tak ingat) dan beberapa orang kakak senior sedang sambung study. Lepas prep, semua kerusi meja yang digunakan akan dikemaskan oleh pelajar – pelajar yang gunakan meja study tu tadi.

Kami sambung study dalam keadaan yang sangat best sebab tenang takde soseh – soseh kedengaran dok sembang – sembang gosip – gosip oleh pelajar – pelajar lain. Waktu tu dah dekat – dekat nak masuk pukul 12 tengah malam.

Tengah sedap – sedap study dok interview akak senior yang bernama Kak Mini kalau tak silap tentang apa itu white head dan apa itu black head (almaklumlah, bodo – bodo lagi tak reti bab – bab penjagaan muka ni. Ai innocent lagi waktu tuBlushing, padahal pembesaran lambatCrying)  tiba – tiba kakak – kakak Ting. 6 yang tengah study kat bilik warden meluru ke bilik prep kitorang.


Senior Form 6 : Hampa nampak dak? Kitorang : Nampak apa?
Senior Form 6 : Hantu!
Kitorang : Haa?? Mana mana?

Terus diorang tunjuk kat satu lembaga tengah berlegar – legar kat depan Aspura (asrama lelaki).
Terus masing – masing meluru ke tingkap nak tengok. (Tuuuuu.. berani tuu) 



Rupa – rupanya budak Aspura tengah mengusik. Along dengan si Azrin. Along Tingkatan 5. Tinggi orangnya, manakala Azrin seusia saya. Dan juga lagi kecik dari saya Tongue. 

layout_asrama_along_dan_azrin_jadi_hantu
So, dengan kolaberasi diorang, Along dokong Azrin yang kecik tu kat atas bahunya, amek cadar katil putih asrama, jalan kat kawasan lapang depan surau yang terletak di antara Aspuri (asrama perempuan) dan Aspura.

Kira kalau bukak tingkap dari Aspuri boleh nampak bilik Aspura la. Cecece..dulu time ni suka tengok kakak – kakak senior dok bermain mata dengan abang – abang bilik depan di sebalik langsir. Malu – malu la tu. Elelele…comey ja. Ai? Ai time sekolah orang tak pandang sebab waktu Form 4 pun Ustaz boleh tersalah anggap yang ai ni baru Form 1 T__T. Sapa nak ngorat kalau lagu tu? Tapi sekarang dah terlebih besar la pulak. Demokkk T__T. 

Eh, kita bukan nak cerita pasal tu. Sambung balik sambung balik.

Awal tu terkejut jugak. Tapi bila perhati betul – betul, nampak sangat si Along dengan Azrin tu. Eleh. Terus jadi tak takut.
Tiba – tiba hati jadi berani terus sound diorang..

“Ooii..ngusik laaa, tengok sat lagi tepat pukul 12.05 minit ampa kena kacau balik, baru padan muka”

Pergh. Mulut ai celupar gila yuols.
Lepas tu kitorang terus sambung balik study macam takdak apa – apa berlaku. Tak sampai 5 minit tunduk menghadap buku, tiba – tiba..

TUP!

BLACKOUT!

TEPAT PUKUL 12 TENGAH MALAM!!

Warghhhh!

Masing – masing terus meluru ke pintu nak naik ke dorm.
Tapi ada rintangan sebelum dapat keluar dari bilik tu!

Ya Allahhh..time tu macam banyak sangat kerusi bergelimpangan kat lantai. Macam tak tersusun! Macam tengah berkecamuk semuanya.

Masing – masing ambik masa nak keluar dari bilik prep tu dok cari jalan keluar dari kerusi – kerusi yang seolah – olah tak disusun dari awal. Padahal awal – awal tadi kerusi dah disusun oleh pelajar yang guna lepas prep tadi! Pintu cuma dalam 4 kaki je dari meja study saya..Tapi macam jauh gila nak sampai ke pintu!

Lepas tu, naik ke atas, mujur ada lampu kecemasan. Tak la bergelap sangat kami. Jantung macam nak pecah sebab laju sangat mengepam..

“Pucatnya Finaaaaaaaa..” Itu je yang saya dengar dari budak – budak dorm Dang Wangi. Maunya tak pucat. Menyesal gila sebab mulut ni celupar sangat cakap yang bukan – bukan.

Ya Allah..nasib baiklah tak berlaku apa – apa time tu. Nasib baiklah takde sapa pun kena sampuk ke histeria ke waktu jadi tu. Ya Allahh..

Tapi masalahnya Cipina, macam mana hang tau tepat pukul 12 tengah malam perkara tu berlaku?

Sebabnya..

Fiza bagitahu..

Katanya “Waktu tengah study tadi, Fiza sempat langut (dongak) tengok jam. Time tu tepat pukul 12. Baru tunduk nak study balik, terus kelam!”

Sejak dari peristiwa malam tu, tobat dah nak study lepas pukul 11. Cukup time ja terus naik ke dorm. #hambekau
Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright