Nakletakjugakcaption: At least apa yang ada dalam ‘fikiran’ budak tu adalah apa yang kakak tu harapkan. Alaa..kasik can la..alaa..
Nakletakjugakcaption: At least apa yang ada dalam ‘fikiran’ budak tu adalah apa yang kakak tu harapkan. Alaa..kasik can la..alaa..
Belum gaji
Seluk poket kanan jaket. Teraba beberapa keping kertas.
Keluarkan.
“Wohhh..ada RM30! Rezeki tak terduga!” *mata bersinar penuh kesyukuran.
“Eh?” tengok kertas kuning kat celah – celah duit.
Buka.
Alaa..duit saman parking yang adik soh tolong bayar rupanya![]()
Seluk poket kiri pulak.
Teraba beberapa keping kertas.
Keluarkan.
Not warna biru 3 keping.
“Alhamdulillahhhhh” *mata berkaca.
Dah Gaji
Duit baki sumbat merata. Dalam poket jaket, dalam beg laptop, dalam drawer, atas rak baju, dalam laptop case & kat mana – mana yang sempat.
Kesimpulannya :
Terima kasih kepada diri sendiri ketika dah gaji sebab punyai tabiat suka sumbat duit merata – rata supaya nanti bila berada di situasi seperti ketika belum gaji tidaklah berkelakuan seperti situasi seluk poket kanan tadi-.-‘
#kisahbenar
Special thanks to Abang Eq untuk kad raya tu
Abg Eq orang pertama hantar kad raya kat saya tahun ni! Weehu~
oke. dah lama dapat sbenarnya baru nak pos![]()
Alkisahnya, pada suatu pagi yang tenang sepoi – sepoi bahasa.
Seorang gadis mengangkat gagang telefon pejabatnya dan mendail nombor tet tet tet tet tet tet tet tet*bunyi dail
Trutt trutt..
Takde jawapan..
Trut truttt..
No answer..
Trutt truttt
没有答案
Trutt truttt
Tiada jawaban
trutt truttt..
“Hello..bla..bla..bla..laut..” *laju
Eh, laut je aku dengar..
“Selamat pagi, saya polan polan polan buat panggilan dari sini sini sini nak mintak ulasan pasal itu itu itu di perairan situ situ situ kat mana perlu saya hantar surat eh? Kat ___situ___ ke, ___sana____ ke atau kat sini je?” Sori, perkara & lokasi terpaksa dirahsiakan.
“Erm. Kat ___sana___”
“Oke. Boleh bagi alamat situ tak?”
“Alaa..dia tepi kastam tu..belok kiri je..Kan kalau lalu situ ada kastam kan..kan bila pegi area tu bla..bla..bla..kan ke ada kastam kat tepi tu..haa..tu la tempatnya.”
“(-.-“) Oh..ye ye ..boleh kasi alamat kat situ tak?”
“Amek no tpon”
“Ye?”
“966****”
“Eh?” “Err..terima kasih.. . …”
Letak gangang telefon.
Pegi kat laptop.
Google.
Tak mesra alam betol.
Kak. Engkau tu kerja kat jabatan kerajaan. Jangan sombong sangat boleh? Kalut nak p mana ntah. Sembelit ke hapa.
Kelmarin dulu (Selasa) saya cuti. Hujan lebat gila. Tak boleh naik moto dalam keadaan tu. Ingatkan hujan sekejap sekejap je sebab selalunya camtu. Boleh dikatakan sepanjang hari tu hujan. Tunggu hujan berenti tapi tak berenti – berenti jugak, sms kat Julia cakap saya amek cuti hari tu. Julia juga mengalami masalah. Kereta tak dapat dihidupkan. Enjin masuk air kot. Terpaksa ke pejabat lewat. 7.45 pagi keatas adalah lewat bagi Julia sebab dia selalu masuk keja dalam pukul 7.20 pagi – 7.30 pagi camtu. Saya ni, awal – awal masuk keja je la sampai awal kat pejabat. Tapi sekarang, haha..lagi 5-10 minit nak ke pukul 8.00 pagi baru sampai. Berdedikasi kan kan kan? Baiklah tak.
Terasa sangatlah heaven sebab dapat sambung tidur balik. Aktiviti adalah sangat terhad dimana tak boleh basuh baju sebab hujan lebat, dah tu pulak mesin basuh rosak lagi, maka terpaksa keringkan baju yang tengah lembap – lembap yang telah dibasuh (oleh emak) pada hari sebelumnya.
Lepas inform Julia, sms Hafis pulak. Pesan itu ini lebih kurang, handover kerja yang perlu dihabiskan, tinggal wasiat dua tiga ketul, terus sambung tidur balik. Punya la best dengan hujan lebat sepanjang hari tanpa mengetahui apa jadi kat luar, tidur tanpa rasa bersalah. Macam tidur waktu malam je amannya. Hujan la katakan.
Buat keja dalam hujan lebat. Rajin kan?
– gambar takde kena mengena -
Waktu tersedar tu, keadaan pada masa tu (hujan masih lebat) macam pukul 9 – 10 pagi je rasanya. Sekali tengok jam, haa ambik kau dah pukul satu. Turun ke bawah, konon nak buat makan tengahari la. Tapi menengokkan nasi lemak pagi tadi yang ayah belikan masih lagi berbungkus – bungkus terus tak jadi masak.
Tak masak tengahari. Rugi kalau masak pun. Tak habis punya. Syafiq pun lepas balik sekolah kadang – kadang je dia makan. Pukul 2 ptg dia balik, penat agaknya dia bantai tidur sampai ke petang. Hujan katakannn..
Online sekejap, offline. Pastu online balik pastu offline and so on and on and on.
Boooring weh. Tambah – tambah hujan – hujan camni. Tidur je la kot yang best pun. Tidur lama – lama pun boleh buat badan letih balik. Tengok tv, melayan si kecik syabil, tengok tv balik bla bla bla..
Petangnya, ayah balik dengan tangan yang penuh dengan makanan. Beli kat pasar malam. Ada apam balik, keropok lekor, laksa beras (laksa buat sendiri), DURIAN etc etc etc. Terus rasa berbaloi percutian ni. Kalau kau pegi keja pun sama jugak perasaannya ceh.
Oh. Hari ni pun saya cuti Program untuk Mac sudah setel! Yeahuuuuuu..Baiklah, kena start plan untuk April pulak T__T.
Saya guna font lain untuk entri ni. Rasa lebih refreshing. Hnsssf *tarik nafas kesegaran..
Tu pun nak cakap.
Pasni saya padet pasal kejadian kelmarin (Rabu 30/3/2011) – letak tarikh. Skema gila.
Baru lepas kaya sekejap. Nak pi KFC belanja family makan.
Dedaa..
Saya ada satu tabiat yang sedikit pelik. Pelik sikit je. Tak banyak. Iaitu suka pakai jaket / cardigan kat pejabat.
Tujuan asal tabiat ni adalah pakai sewaktu menunggang si Ego yang comel tu ke tempat kerja. Tapi ditambah dengan keadaan pejabat yang berpenghawa dingin yang sangatlah sejuk dan kulit saya pulak jenis nipis tak tahan sejuk, terpaksa sarung jaket tu dari awal pagi sampai ke petang hari pulang kerja.
Bila dah hari – hari buat macam tu, akhirnya dah menjadi tabiat. Tak kiralah panas atau sejuk, jaket mesti sentiasa ada.
Selain sejuk melampau di pejabat, ada alasan lain sebenarnya pakai jaket kat pejabat ni hehe.
Antaranya :
Ramai yang pelik dengan kejadian saya memakai jaket ditengahari. Even nak keluar pegi makan yang pada masa itu cuaca di luar nauzubillah panas terik pun jaket tetap setia membalut badan. HAHA. Pelik kan?
Tapi saya bernasib baik mempunyai rakan seperjuagan yang mempunyai tabiat yang sama tapi tak tahulah atas alasan apa dia pakai jaket sepanjang masa. Yang nyatanya, jaket dan kami memang tak boleh dipisahkan. Rasa kekok tak pakai jaket satu hari.
Kalau nak bukak jugak jaket, kena buka dari awal – awal masuk kerja.
Ini draf yang telah berkurun ditaip. Juga auto – publish
P/s - Kadang – kadang, benda mudah yang sepatutnya dibuat dalam sekejap masa pun akan jadi lambat kalau tak tahu teknik yang betul kan? Sapa setuju?“Kepada semua staf MPLBP yang bertolak ke Hatyai, Thailand pada pagi tadi, saya ucapkan selamat jalan dan selamat kembali,
jangan dilupa cenderahati kami,
hari Ahad jumpa lagi tata titi”
Selamat pagi semuaaaaa..Dah makan?
Nah tengok muka saya yang fresh dari ladang pejabat.
Muka perasan comel –_-“
Ini pesen muka saya yang macam baru bangun tidur. Awal pagi lagi teruk. Orang selalu tegur, ‘Kau nampak jalan ke Pentot? Aku tengok mata kau macam takleh bukak je pun’. Choy. Tak baik tau. Ai nampak oke. Jelas melas lagi. Tak baik tau.
Pagi ini, bangun dengan perasaan terasa comel yang segar walaupun terasa kelewatan. Tapi bila turun ke bawah, on the way ke bilik mandi sempat saya mengerling ke arah jam. Oh. Masih awal rupanya.
Takpe. Boleh berleka – lekaan mandi – mandian kat dalam bilik air. Jangan tiru aksi ini. Tak elok dok dalam toilet lama – lama ye adik - adik.
Selepas mandi, ketika tengah senang hati bersiap – siap mekap mekapan, kedengaran gerimis menyapa atap zink rumah menghasilkan runut bunyi yang cukup indah. Ecececeh. Ayat sastera abes ah. Skema pulaks
Saya teruskan proses menconteng muka sambil meleterkan diri kepada adik Syafiq yang juga ketika itu sedang bersiap – siap ke sekolah. Time ada ayah mengada – ngada betol budak ni sorang. Semua benda nak ayah yang buatkan. Time ayah keluar awal pegi menoreh dulu senang je nak bangun pegi sekolah. Sekali panggil je dah zap berdesup bangun ke bilik air. Reti pulak dia nak pakai baju sendiri, angkat beg sekolah sendiri, cari stokin sendiri, naik basikal sendiri, masuk pagar sekolah sendiri, parking basikal sendiri, masuk kelas sendiri haha over over.
Sambil berharap hujan berhenti, sambil – sambil pakai losyen ecece dah pandai pakai losyen dah sekarang sambil jenguk jenguk telefon bimbit dengan satu niat suci murni :- Nak sms Julia/Bad “Bad/Julia tolong punch kat saya sat. Sini hujan la :(” hehe. Boleh la berlewat – lewatan
. Sebab hujan haa..bukan sengaja oke. Tak suka lah nak lewat – lewat pegi kerja ni [walauuuuuupun kau selalu je sampai pejabat kurang 5 minit nak ke pukul 8]
Belum sempat niat dilaksanakan, tertera sms dari Bad, dia dh tolong punchcardkan. Hujan lebat katanya kat pejabat. Mesti dia dah boleh agak akan kesukaran saya pegi keja kalau hujan. Ini lah namanya kawan. Faham kesukaran dan keperluan kawannya ketika kesusahan kan kan kan? Dan dan je puji kawan kannnnn.
*********
Sesampai ke pejabat, dia atas meja sudah tersedia air mineral. Eh, baik hati betul siapa ini yang letakkan botol air mineral untuk saya kat sini? Wahhh..terima kasih ye.
Terus perasan diri ini ada secret admire yang lomentik baik hati bagi ai air mineral sebab tekak sakit kelmarin buat suara ai macam serak – serak gagak basah persis Ella gitu. Terus daydreaming sekejap sambil teka – teka siapa agaknya si secret admire ai iteww *efek gedik
Lepas beberapa ketika selepas sedar dari perasaan perasan yang best itu, baru saya teringat, itu air mineral saya yang kelmarin punya beli kat kedai runcit beli mamee (-___-“). Terus sedar diri kembali.
Haih. Perasan je kau kan Fentot. Sudah sudah. Pergi buat kerja. Bos sudah usya – usya. Cecece bos, konon – konon keluar cari staf la, padahal nak bagi hint kat saya la tu tak p kat bos lagi tunjuk justifikasi lagi x_x. Baik bos. Berita diterima over. Saya buat sekarang. Eh silap. Bos cari Abg Ilyas suruh pegi fotokopi. Perasan lagi. Hmm..
*Blogging, ku seru semangat mu :’(
Semalam tidur sangat nyenyak!
Lama pulak tu
Best
Rasa nak datang lagi
Yes, confirm nak datang lagi
Sekian
Time ni tengah siap – siap pakaian untuk cuti kali ni. Pergi ke Terengganu. Feri pukul 7 petang dan bas pukul 11 malam.
Akan menaiki bas dari Shahab Perdana ke Putrajaya.
Tunggu update dari saya. Atau follow twitter saya. Kawan – kawan kat facebook, jangan nakal – nakal ye
Ambil cuti selama 3 hari. Ahad, Isnin & Selasa. Rugi pulak tak ambik cuti 5 hari terus. Kalau tak boleh dah bersenang – lenang tak payah fikir pasal kerja selama 9 hari .
Takpelah, cuti lama – lama nanti kang lemau pulak nak masuk kerja.
Baiklah, tunggu update dari saya ye.
Nak siap – siap betul – betul tanpa teralih pandangan ke si chomel ini dengan menidurkan dia sekejap sebab kalau tak, sampai ke tengah malam kerja tak siap
Akan merindui pemandangan ini selama 3 hari
orang cakap, selalu tengok laut dapat pahala, betul eh?
dan jugak diorang diorang diorang ni
dan juga
Korang jaga makmal tu elok – elok ye, nanti kita beli extension kita pasang peti ais letak makanan tak berkhasiat kat dalam tu banyak - banyak. Makan sampai bos datang ketuk kepala sorang – sorang sebab dia panggil lambat sangat nak bangun jalan pegi ofis dia hahah.
Babai!
Baru balik dari pekan. Oh itu pukul 11.15 malam tadi. Ni sambil taip entri samil meraban kat facebook. Kenyang sampai nak muntah. Makan mee bandung yang banyak gila dengan udang yang berekor ekor tu ya allah nikmat, milo suam dengan kerang bakar. Nyams.
Pegi pekan sebab nak tukar kemeja yang beli tengahari tadi di Langkawi Parade. Ingatkan muat, rupanya kecik sket :P, nampak sangat la dah gemuk budak Fina ni..terlupa yang berat dah naik sejak beberapa minggu lepas akibat aktiviti membantai makan tak tentu masa sebab asal lapar makan asal lapar makan dan hasilnya badan yang semakin membulat. Dah la ketot >.<”
milo dia kawww gila. i loike.
Asalnya nak tukar baju yang warna putih tu je, tapi last – last terbeli yang warna ungu tu sekali sebab harga yang saya nak tukar tu kurang dari harga baju yang beli tengahari tadi. Ada baki lagi RM5, nak tak nak kena beli item lain. Hasilnya, terpaksa beli kemeja ungu tu. Terpaksa lah sangat kau cik Fina oi..Itu pun mak yang suggestkan soh beli kemeja lagi satu untuk kerja. Kalau tak, benda mengarut – mengarut je yang dibeli..ehehe..
Oke, sudah masa tido. Besok nak pegi airport. Tak bukan sebab nak berangkat keluar dari Langkawi ke apa..Pegi airport sebab nak cari nyamuk >.<”. Kerjaaaaa…
Selamat malam!
Hari : Khamis
Lokasi : Ofis
Hari ni saya sedikit terlewat ke pejabat. Saya rasa saya tahu kenapa. Sebab semangat. Semangat nak kemas makmal di pejabat. Berpakaian sukan siap dengan kasut sukan segala. Gila semangat. Lepas parking motor kat parking, bergegas ke pejabat. Bukan. Bukan sebab takut nanti bos marah saya datang lambat. Sebab kat ofis saya mengamalkan membaca doa sebelum mulakan kerja dan selepas habis kerja yakni sebelum balik. Saya tak suka sampai ke pejabat waktu di pertengahan doa. Lepas tu sambil berjalan masuk ke ofis, sambil tadah tangan. Tak ikhlas. Nak mintak dengan Tuhan kenalah serius dan ikhlas..kan? Sesampainya ke pejabat. Nasib baik. Ngam-ngam. Doa baru nak dibacakan. Perenggan pertama ni saya rasa skema. Abaikan.
Pagi ni, cuma saya, Julia dan Bad je yang cuci makmal tu. Hafis tak dapat join sebab kena attend meeting pukul 10 pagi. So, dia tak boleh tolong memandangkan dah pakai smart-smart. Bilik tu berfungsi sebagai bilik gerakan atau bilik perbincangan selain fungsi makmal itu sendiri. Bilik tu tak besar. Cukup – cukup la untuk kitorang empat orang. Ada sebiji peti ais baru, 3 mikroskop, botol sampel, kipas dinding, dan kotak letak sampel untuk buat kerja luar yang banyak etc etc etc. Terberangan sekejap jadi CSI Duquesne [eh, betul ke ejaan ni?]
Barang dalam bilik tu nampak sikit je. Tapi bila dah dipunggah-punggah, jadi banyak pulak. Dalam bilik tu ada tandas. Dalam tandas tu penuh dengan kayu-kayu dan besi-besi rak fail yang diletak disitu. Turut serta adalah sebijik printer kat situ. Printer dalam tandas?? Kagum.
Bilik ni dah lama tak digunakan sampai dinding & karpet jadi macam tu.
Lepas kemas. Second round to come.
Lepas siap kemas round kedua. Belum final.
Mikroskop buat eksyen :P
Pemandangan dari luar makmal.
Barang tak perlu. Nampak je sikit tapi banyak gila.
Barang yang tak perlu. Kelihatan En. Bad disitu.
Habis bab satu kat situ. More to come. Cepatlah berlalu bulan 6.
P/s – bulan 5 pun terkial-kial lagi (_ _”)