Slider

kemerapuan terserlah category
Showing posts with label kemerapuan terserlah. Show all posts
Langkawi, Kedah, Malaysia

Jemputan Jamuan Hari Raya - Entri tiada makna.

Monday, September 19, 2011•


Entri ini adalah dirujuk dan berkenaan. 
Seperti pihak tuan/puan sedia maklum, pada musim - musim perayaan, terutamanya pada minggu kedua bulan Syawal, hampir keseluruhan jabatan - jabatan kerajaan akan mengadakan Jamuan tambah lemak Hari Raya. 

shing shing bersinar - sinar *matabentuklove
Bersempana jamuan - jamuan tersebut diharap pihak tuan/puan yang mana berkenaan dapat mengambil perhatian akan beberapa perkara seperti yang tertera di bawah:

  1. Dikala jamuan sedang berjalan, bagi pelanggan - pelanggan yang dihormati maafkanlah kami kalau kat atas meja itu penuh dengan pinggan - pinggan dan gelas - gelas polisterin berisi beraneka jenis makanan & kuih muih melebihi kertas - kertas kerja kami. Sekejap lagi selesai urusan silalah jemput makan :)
  2. Bahan berasaskan polisterin adalah tidak baik untuk kesihatan ye.
  3. Bagi penjawat - penjawat wanita adalah dinasihatkan tidak memakai baju kurung moden (ada shape), baju - baju pesyen yang mengikut bentuk badan mahupun kebaya kebayan kerana dikhuatiri attire anda tadi tidak dapat menampung kapasiti maksima perut dan ini menimbulkan tayar - tayar simpanan yang kurang enak dari jelas kelihatan. Overload gitew~ (Melainkan anda adalah seorang yang bijak menahan perut & nafsu, sila abaikan perkara ini.)

  4. Adalah lebih disarankan memakai baju kurung kerana itu adalah langkah paling selamat demi menjaga pandangan orang terhadap diri anda yang berperatusan tinggi akan tertumpu di bahagian tersebut. Kalau nak pakai jubah laaaaaagilah digalakkan. Manis :) Tapi janganlah selagi tak nampak perut menimbul disebalik jubah tu lagi tu kau dok membantai. Babap perut tu kang :)
    Oh. Tidaklah mampu daku menolak. Isk.

  5. Bagi para penjawat lelaki pulak, anda dinasihatkan supaya memakai seluar yang lebih besar pinggangnya dari biasa. Takut nanti perhatian kami kaum wanita tersasar pula apabila terlihatkan seluar anda - anda dah berada di paras pinggul dan bukan di paras pinggang seperti hari - hari biasa.
     
  6. Kemeja juga sebolehnya sila pakai yang lebih besar satu saiz dari saiz biasa anda. Tidaklah kami ini menumpang terseksa pabila terpandang butang baju anda - anda yang hampir tertanggal dari jahitan selepas/ketika menjamah juadah jamuan yang superb - superb itu :)
  7. Melekatkan lampiran Cara - Cara Mengira Indeks BMI di pintu dewan makan adalah sangat sangat sangat tidak praktikal. Perli ke bangg?
  8. Jika anda konsisten menghadirkan diri ke jamuan - jamuan hari raya tanpa gagal setiap hari, peluang untuk duit makan anda dijimatkan adalah tinggi sehingga tiba ke tarikh gaji.
     
  9.  Entri ni tertimbul akibat kekenyangan akibat menghadiri 2 majlis jamuan hari raya. Alkisahnya.
Sekian. 
Hoy hoy! _My Girlfriend is a Gumiho *tetiba
*Gambar adalah dari album kawen raya tahun 2009 :D






Kat pejabat saya ada tempat melepaskan tension../dan bila bos marah..

Wednesday, June 8, 2011•

 

Kami panggil tempat tu stadium. Ada ping pong, dart dan karom. Karom ye bukan Karim. Ramai abang – abang pejabat akan melepaskan tension masing – masing selepas kerja dengan menghabiskan masa di situ..

 

/dan selalunya kan, bila bos marah..

 

 

dia ajak main ping pong kat ‘stadium’ ikon

Fuuu..takottt takottt.

 

Ingat ye, release tension adalah selepas kerja ye ikon_tongue

Hujan lebat di sebelah Utara. Sorryy bos, saya cuti dulu baru isi borang ye >.<

Thursday, March 31, 2011•

Kelmarin dulu (Selasa) saya cuti. Hujan lebat gila. Tak boleh naik moto dalam keadaan tu. Ingatkan hujan sekejap sekejap je sebab selalunya camtu. Boleh dikatakan sepanjang hari tu hujan. Tunggu hujan berenti tapi tak berenti – berenti jugak, sms kat Julia cakap saya amek cuti hari tu. Julia juga mengalami masalah. Kereta tak dapat dihidupkan. Enjin masuk air kot. Terpaksa ke pejabat lewat. 7.45 pagi keatas adalah lewat bagi Julia sebab dia selalu masuk keja dalam pukul 7.20 pagi – 7.30 pagi camtu. Saya ni, awal – awal masuk keja je la sampai awal kat pejabat. Tapi sekarang, haha..lagi 5-10 minit nak ke pukul 8.00 pagi baru sampai. Berdedikasi kan kan kan? Baiklah tak.

P3271009_julia_kakmilah
Julia si penggemar pink

Terasa sangatlah heaven sebab dapat sambung tidur balik. Aktiviti adalah sangat terhad dimana tak boleh basuh baju sebab hujan lebat, dah tu pulak mesin basuh rosak lagi, maka terpaksa keringkan baju yang tengah lembap – lembap yang telah dibasuh (oleh emak) pada hari sebelumnya.

Lepas inform Julia, sms Hafis pulak. Pesan itu ini lebih kurang, handover kerja yang perlu dihabiskan, tinggal wasiat dua tiga ketul, terus sambung tidur balik. Punya la best dengan hujan lebat sepanjang hari tanpa mengetahui apa jadi kat luar, tidur tanpa rasa bersalah. Macam tidur waktu malam je amannya. Hujan la katakan.

P3301105_buatkejadalamujan
Buat keja dalam hujan lebat. Rajin kan? 
– gambar takde kena mengena Tongue-

Waktu tersedar tu, keadaan pada masa tu (hujan masih lebat) macam pukul 9 – 10 pagi je rasanya. Sekali tengok jam, haa ambik kau dah pukul satu. Turun ke bawah, konon nak buat makan tengahari la. Tapi menengokkan nasi lemak pagi tadi yang ayah belikan masih lagi berbungkus – bungkus terus tak jadi masak.

Tak masak tengahari. Rugi kalau masak pun. Tak habis punya. Syafiq pun lepas balik sekolah kadang – kadang je dia makan. Pukul 2 ptg dia balik, penat agaknya dia bantai tidur sampai ke petang. Hujan katakannn..

Online sekejap, offline. Pastu online balik pastu offline and so on and on and on.

Boooring weh. Tambah – tambah hujan – hujan camni. Tidur je la kot yang best pun. Tidur lama – lama pun boleh buat badan letih balik. Tengok tv, melayan si kecik syabil, tengok tv balik bla bla bla..

DSC_1282_NSF
Syabil Red heart

Petangnya, ayah balik dengan tangan yang penuh dengan makanan. Beli kat pasar malam. Ada apam balik, keropok lekor, laksa beras (laksa buat sendiri), DURIAN etc etc etc. Terus rasa berbaloi percutian ni. Kalau kau pegi keja pun sama jugak perasaannya ceh.

Oh. Hari ni pun saya cuti TongueProgram untuk Mac sudah setel! Yeahuuuuuu..Baiklah, kena start plan untuk April pulak T__T.

Saya guna font lain untuk entri ni. Rasa lebih refreshing. Hnsssf *tarik nafas kesegaran..

Tu pun nak cakap.

Pasni saya padet pasal kejadian kelmarin (Rabu 30/3/2011) – letak tarikh. Skema gila.

Baru lepas kaya sekejap. Nak pi KFC belanja family makan.

Dedaa..

Mati kerana overdose air minuman dalam tin..RIP

Friday, October 29, 2010•

Tak tau nak kata macam mana. Waktu jumpa mangsa, badan beliau dah keras. Memang dah tak boleh diselamatkan lagi dah. Nak buat CPR pun macam tak boleh. Bukan sebab skill dah berkarat. Tapi memang tak reti nak buat CPR kat beliau.

Punca kematian dipercayai akibat overdose air minuman dalam tin berdasarkan bahan bukti yang ditemui disebelah mangsa. Sangat sedih dengan cara beliau mati. RIP.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 


PA161563_RIP_billion

ditemui bersama bahan bukti dipercayai penyebab punca kematian

PA161565_RIP_billion
tak pernah amek kursus CPR kat spesis beliau
sapa – sapa tau?

 

Oke..berasa sangat sedih sekarang. Pergi dulu. 

Perasaan perasan memang best dilayan kan?

Monday, September 20, 2010•

Selamat pagi semuaaaaa..Dah makan?

Nah tengok muka saya yang fresh dari ladang pejabat.


P9200125

  Muka perasan comel –_-“
Ini pesen muka saya yang macam baru bangun tidur. Awal pagi lagi teruk. Orang selalu tegur, ‘Kau nampak jalan ke Pentot? Aku tengok mata kau macam takleh bukak je pun’. Choy. Tak baik tau. Ai nampak oke. Jelas melas lagi. Tak baik tau.

Pagi ini, bangun dengan perasaan terasa comel yang segar walaupun terasa kelewatan. Tapi bila turun ke bawah, on the way ke bilik mandi sempat saya mengerling ke arah jam. Oh. Masih awal rupanya.

Takpe. Boleh berleka – lekaan mandi – mandian kat dalam bilik air. Jangan tiru aksi ini. Tak elok dok dalam toilet lama – lama ye adik - adik.

Selepas mandi, ketika tengah senang hati bersiap – siap mekap mekapan, kedengaran gerimis menyapa atap zink rumah menghasilkan runut bunyi yang cukup indah. Ecececeh. Ayat sastera abes ah. Skema pulaksBatting Eyelashes

Saya teruskan proses menconteng muka sambil meleterkan diri kepada adik Syafiq yang juga ketika itu sedang bersiap – siap ke sekolah. Time ada ayah mengada – ngada betol budak ni sorang. Semua benda nak ayah yang buatkan. Time ayah keluar awal pegi menoreh dulu senang je nak bangun pegi sekolah. Sekali panggil je dah zap berdesup bangun ke bilik air. Reti pulak dia nak pakai baju sendiri, angkat beg sekolah sendiri, cari stokin sendiri, naik basikal sendiri, masuk pagar sekolah sendiri, parking basikal sendiri, masuk kelas sendiri haha over over.

Sambil berharap hujan berhenti, sambil – sambil pakai losyen ecece dah pandai pakai losyen dah sekarang Tonguesambil jenguk jenguk telefon bimbit dengan satu niat suci murni :- Nak sms Julia/Bad “Bad/Julia tolong punch kat saya sat. Sini hujan la :(” hehe. Boleh la berlewat – lewatan Big Grin. Sebab hujan haa..bukan sengaja oke. Tak suka lah nak lewat – lewat pegi kerja ni [walauuuuuupun kau selalu je sampai pejabat kurang 5 minit nak ke pukul 8]

Belum sempat niat dilaksanakan, tertera sms dari Bad, dia dh tolong punchcardkan. Hujan lebat katanya kat pejabat. Mesti dia dah boleh agak akan kesukaran saya pegi keja kalau hujan. Ini lah namanya kawan. Faham kesukaran dan keperluan kawannya ketika kesusahan kan kan kan? Dan dan je puji kawan kannnnn.

*********

Sesampai ke pejabat, dia atas meja sudah tersedia air mineral. Eh, baik hati betul siapa ini yang letakkan botol air mineral untuk saya kat sini? Wahhh..terima kasih ye.


P9200131

Terus perasan diri ini ada secret admire yang lomentik baik hati bagi ai air mineral sebab tekak sakit kelmarin buat suara ai macam serak – serak gagak basah persis Ella gitu. Terus daydreaming sekejap sambil teka – teka siapa agaknya si secret admire ai iteww *efek gedikDay dreaming

Lepas beberapa ketika selepas sedar dari perasaan perasan yang best itu, baru saya teringat, itu air mineral saya yang kelmarin punya beli kat kedai runcit beli mamee (-___-“). Terus sedar diri kembali.

Haih. Perasan je kau kan Fentot. Sudah sudah. Pergi buat kerja. Bos sudah usya – usya. Cecece bos, konon – konon keluar cari staf la, padahal nak bagi hint kat saya la tu tak p kat bos lagi tunjuk justifikasi lagi x_x. Baik bos. Berita diterima over. Saya buat sekarang. Eh silap. Bos cari Abg Ilyas suruh pegi fotokopi. Perasan lagi. Hmm..

*Blogging, ku seru semangat mu :’(

Nyanyikan I lagu please

Thursday, August 19, 2010•

not enough sleeping 
Jam 1.30 pagi

trutt trutt..hp berbunyi

“Hello………” *mamai

“Bebi, ai tak boleh tido laaaaa”

“Dah tu yu nak ai buat ape…………” *mamai lagi

“Bebi bebiiii..yu nyanyikan ai lagu boleh tak? Ai tak bole tido niiiii..pleaseeee..”

“Nyanyi lagu ape pulakkk tengah malam buta niii..”

“Bebi nyanyi la lagu apa – apa pun..ai sunyi”

“Sunyi pulak dah. Ai ngantuk la…pegi la bukak radio ke mp3 ke..ai nak buat apa, bukan terer 
nyanyi pun”

“Bebi niiii..tak romentik lansung la. Ai nak dengar bebi nyanyi. Ai nak orang tersayang yang nyanyikan untuk ai. Bebi tak sayang ai keee?” *merajuk

“Ye lah ye lah..dah dok diam – diam dengar ai nyanyi”

“Ok”





10 saat berlalu..*diam
.
.
.
.
.
.
.
.
.
20 saat berlalu..*diam lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.

30 saat berlalu..kritt kritt kritt *bunyi cengkerik








40 saat…”Bebi!”

“Krohhh koh koh koh..erk aa aaa..ye ye ai nak nyanyi la nih. tengah amek feel”

“Tipuuuuu. bebi tidooooo..bebi jahat..bebi tak sayang ai…”

“Tak..oke kali ni ai nyanyi..dok diam –diam”

“Nyanyi tau. kalo bebi tido lagi, ai taknak cakap dengan bebi lagi dah. huh”

“Alhamdulillah”

“Apa bebi cakap??”

“Eh tak ai cakap janganlah”

“Tau pun..dah, nyanyi cepat”

“Ye ye..ready?”

“Ready!” *excited




“Sepohon kayu daunnya rimbun..lebat bunganya serta buahnya…waaa…”

tutt tutt tutttttttttttttt *talian putus

Moral of the story :- jangan ganggu orang tido di tengah – tengah malam buta.
kredit gambar : photofacade

Misteri tu dah terjawab..sungguh makan dalam

Monday, April 5, 2010•


Ada satu perkara yang buat saya tertanya-tanya pasal ni especially waktu makan tengahari.


Setiap kali turun makan, saya mesti nampak mereka dua orang. Kadang-kadang salah sorang je. Tapi, tak pernah lekang dengan laptop. Apa agaknya ya yang diorang bincangkan?


Tengok dari mimik muka dan gerak tubuh mereka seolah-olah sedang berbincang tentang taktik dan strategi.


Dah beberapa bulan mereka berkelakuan macam itu..projek besar kah?


Besar mana sangat? Budak-budak tu keja kat bank je pun. Hmm..

Tiap-tiap kali turun makan je mesti nampak. Saya selalu akan port betul-betul depan mereka. Cuba cari tahu apa agaknya 'projek besar' yang mereka usahakan..sakit hati ni bila tak dapat ketahui 'projek' yang mereka rancang tu. Mestilah sakit hati, bawak laptop, dah tu, tiap-tiap hari pulak tu n yet tak tau apa yang diorang buat..Tak kisah lah ramai customer ke tak time tu, time lengang ke, Kalau korang, sakit hati ke tak?

At least, kalau dah tahu apa yang diorang bincangkan, takde lah tertanya-tanya tiap-tiap kali makan. Kadang-kadang tu bila terlalu memikirkan sangat perkara ni waktu makan, sampaikan bila saya habiskan makanan pun tak sedar. Punya asyik fikirkan perkara mistirius tu..maka, perut tak terasa kenyang sebab makan tanpa perasaan, maka 'terpaksa' membeli jajan untuk mengenyangkan perut :P - alasan

Pada satu hari tu, sesampainya saya kat kiosk tu, hoh, diorang duduk membelakangkan kaunter makanan, ada chance nak usya..skrin laptop betul-betul menghadap saya! Wuh! Cantekk..

Pergi ke posisi paling dekat, kononnya dok pilih-pilih lauk
[padahal dah order nasi ayam]
sambil pergi dekat-dekat dengan meja diorang yang masih membelakangkan saya..

Yang sorang tu bercakap penuh perasaan, yang sorang lagi mengiyakan cakap si kawan sambil mata masih melekat di skrin laptop. Khusyuk..
Saya dekatkan lagi posisi dengan table diorang..hah!
Nampak dah!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hah??!!


Ini rupanya 'projek besar' tu?
Aaaa...

Adoi T______T
Ingatkan projek apa lah Ya Allah..

Farmville je rupa-rupanya 



Teepah tertipuuuuuuu  




Aku Join Mencari The Ranggi

Wednesday, March 31, 2010•

Photobucket


Contest time!! Jom pakat-pakat memeriahkan majlis..meh meh..



Oleh kerana si empunya blog ni adalah Lanun Ranggi, so konsepnya senang. Kita cari harta karun!


Takde slogan, takde time limit, takde pilih pilih siapa best...
siapa cepat dia dapat! Fair and Square.

Ape syarat?

dua jer...
1. korang mesti ade ID. Janji korang bukan Anon. Korang takmo jadi follower?.. no hal! [ BAIK! ]

Tapi...sebagai menghargai Follower DAN Pengomen Tegar, ade bonus untuk korang. Hadiah + bonus Follower + bonus Pengomen Tegar = 3 hadiah korang dapat! [ ALRIGHT ]

2. Sila bagi info kontes dia dalam blog korang ok! [ DONE ] The more the merrier! Dah warwarkan...post link entri korang..En. Lanun akan skodeng! [ SIAP PAK! ]

Hadiah?

Akan di beritahu di dalam Peti Harta Karun! Tak seberapa. Tapi masih bernilai. Kita nak seronok seronok kan???

Macam mane konsepnya?

1. En. Lanun akan post soalan berkaitan entri merapu dalam blog dia. Korang selongkar blog dia cari jawapan...jawapan tersebut adalah kata laluan untuk mendapatkan satu daripada empat kunci untuk membuka peti harta karun. Simpan leklok..jangan bagi kat orang lain.

2. Soalan akan di pos berkala untuk bagi korang masa selongkar blog En Lanun. Masa entri soalan di pos akan di beritahu bila korang berjaya memberikan password.

3. Entri Peti Harta Karun akan di poskan paling last. Masa akan di beritahu. Masukkan kunci kunci yang korang dapat (password) untuk claim hadiah korang. Arahan terakhir ada dalam Peti Harta Karun okeyh!

4. Siapa cepat dia dapat. En. Lanun takkan bertanggungjawab sekiranya korang lambat di sebabkan kelembapan internet korang!


So, apa lagi..terjah En. Lanun Ranggi sekaranggg!!


kunci pertama akan di post pada 1 April 2010 jam 3

petang



Nak duit lebih? enjin carian pun boleh bagi duit..klik kat sini

Cabaran kepada diri sendiri..boleh buat ke tak?

Sunday, March 28, 2010•

Ini entri hari Rabu lepas..ye ye saya tau saya malas padet blog.
Jadi, tolong layankan je entri ni..kalau tak mau layan..layankan jugak hokeh..

Hari ni saya masuk bilik awal..awalnya tu rasa mengantuk, tapi lepas mandi mata jadi segar bugar balik. Okelah, siapkanlah keja untuk esok [khamis] siap-siap. Nanti abg senior tanya, hulur je terus.
Lepas mandi, masuk ke bilik. Tak pasal-pasal ternampak dua ketul dumbbell avon kat tepi susunan buku-buku reader’s digest
[dulu waktu kecik-kecik panggil buku ni raiders deegest Feeling beat up]


Pic2761

Saya amek dumbbell tu, tengok menda alah dua ketul tu, then saya tengok lengan saya. Dari atas nampak slim. Dari tepi, dah ala-ala peha anak kambing usia 4 bulan pun ada jugak.
Lalu saya terfikir..nak challenge diri sendiri Tongue.

Baik, mulai dari hari esok [khamis], saya akan mulakan regime kuruskan lengan sendiri…
Mula-mula, kena ukur ketebalan isi lengan dulu..


Pic2803

then, lakukan regime mengangkat dumbbell tersebut tiap-tiap malam sebelum tido sebanyak 100 kali. Sikit sangat ke banyak sangat tu ha?

Okelah, nevermind..yang penting, tiap-tiap minggu saya akan poskan perkembangan penurunan/
penaikan kadar isi lengan yang terlibat.
Saya bagi masa selama sebulan untuk mengetahui keberkesanan regime ini. Jika berjaya, saya akan awardkan diri sendiri barang seketul dua hadiah
..[kalau ada yang sudi nak kasi hadiah jugak, kecik tapak tangan, airport Langkawi saya tadahkan – oke, poyo]

Kalau ada sapa-sapa kat sini yang pernah buat perkara seumpama ini dan mempunyai tips menarik untuk dicuba sudi-sudi la kongsi-kongsikan dengan saya yeSmugRaised Eyebrow

P/s - selalunya benda ni sesuai dilakukan waktu baru bangun pagi ke sebelum masuk tidur? Ke bila-bila masa pun sesuai?

P/s/s - masuk hari ni dah hari ke 3 saya buat regime tu..harap-harap berkekalan la tabiat ni hingga ke anak cucu..ngeh

Saya jadi sengal ni bukan sebab apa..kes terpengaruh la ni..

Saturday, February 13, 2010•

Assalamualaikum & salam sejahtera semua!


Berkenaan tajuk di atas, kawan saya yang ni ha cakap saya sengal..
Padahal diri sendiri pun sengal :p


Ini buktinya si empunya gambar kat atas adalah sengal

dia ada thread kamus sengal kat VF ok-.-"
dia pom sengal cakap orang sengal-.-..[tetiba emo kat dia ni :P..sori cik Adza :"> :-s]
bukannya apa..sengal dan dia adalah sinonim..sudah sudah merapu tanpa hala tuju..

Oke, itu adalah mukadimah kepada tajuk dan juga bersempena orang yang menetaskan menge'tag'kan saya..Kisah sebenar ada kat bawah :P



Hari ni saya nak taip tanpa tekan butang backspace dan dengan penuh kelajuan..


NO BACKSPACE, NO STOP..


oke, kita mula dengan kiraan tiga..


1
.
.
.
2
.
.
.
3
.
.
.
GO!



Cincin tu…pencuri dah dijumpai

Thursday, January 21, 2010•


Saya rasa saya tau sapa pencuri cincin tu..
Patut la dia asek usya-usya jari saya semenjak 3-4 hari lepas [pembaca : sila kecilkan mata sebelah kiri]
Ada niat tersembunyi rupanya ye..kiranya tinggal tunggu masa ai tanggalkan je la ye..


cuba menyembunyikan muka ketika ditemui

turut ditemui bantal pelik peluk berwarna pink

tanpa baju

terdapat makanan di tangan dipercayai roti gardenia

lokasi persembunyian : kat bawah penyidai besi dalam bilik mak

muka kantoiWaiting

Sebenarnya dah dua ke tiga kali dia amek cincin tu. Tapi yang bestnya dia pulangkan balik bila dia dah boring main [letakkan cincin kat jari, pastu bawak rata-rata pegi main sambil jari yang pakai cincin ditegakkan – elakkan cincin jatuh]




sila jangan terpedaya dengan muka comel beliau
beliau tak salah, begitu juga dengan kakaknya kerana dilahirkan comel [Feeling beat up].

sekian.

Teknik seksikan bibir

Saturday, January 9, 2010•

Nak bibir seksi macam ni?




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


eh silapsilap..






macam ni..



[Insert Angelina Jolie's picture here]




IKUT PANTUN SEPERTI DIBAWAH...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Creative Business Card Design Inspiration | Logo Design Blog

Tuesday, December 29, 2009•



Semalam dok tengah boring-boringan, ai ada la termasuk ke dalam ini website..sangat la menarik. sebab ai memang suka design-design ni..hee~


So, let's cekidaut! [penggunaan bahasa dah semakin teruk. lebih baik kau ubah sebelum berkahwin, nanti efek kat anak] - pergh. nasihat kat diri sendiri yang tak boleh belah..hoho


Oke, sudah mencaci diri sendiri.


Dibawah, saya letak beberapa design kad perniagaan yang dicilok dari laman web tersebut..



Japanese punya kad perniagaan. sopan kan?


Ini tak tahu la macam mana nak masukkan dalam wallet.


Siap bagi benih. Mesti tokey gandum ni.


Sesuai kalau bagi kat ahli-ahli pisau cukur.
Kalau ai spesis ni, tobat terasa weh.

:A picture tells a thousand words:

Sunday, November 15, 2009•

 //Sorry, gambar dah diremove sebab tak dapat recall balik lepas dah hilang tempohari waktu sync akaun blogger saya ke hp. 

Untuk info lebih lanjut, sila rujuk di ENTRI INI 

http://fentomatte.blogspot.com/2012/08/habis.html

Kawan-kawan mesti lama tunggu saya update kan? SianSigh
Tapi takpe..saya akan masukkan entri yang akan buat mata anda akan sentiasa berada di skrin komputer/laptop/hp anda sahaja sampai ke titik terakhir entri ini.
Oke, entri ini juga dibuat bersempena pertandingan “a picture tells a thousand word” dari Cik Bulan. So kepada Cik Bulan, sudi-sudi la membelek gambar-gambar saya ni ye. Pilih la yang mana berkenanBig GrinJangan sampai muntah dah la yeKiss
Hari : Jumaat
Lokasi : Pantai Chenang, Langkawi
Masa : Petang


Kenapa Cik Bulan mesti berfikir kalau tengok picture ni [yea, Cik Fina dah pandai italic tulisan berbahasa Inggeris…tepuk tepuk tepukApplause] ialah :
  • Kenapa pantai tersebut kotor? Adakah kerana pencemaran yang dilakukan oleh pengunjung yang tak bertanggungjawab, atau mungkin juga kerana diselerakkan oleh dugong-dugong yang tak tahu malu dan takde kesedaran fizik sivik buang sampah kat pantai yang semakin hari semakin tak cantik ituThinking
  • Kenapa Cik Fina pegang plastik minuman yang dah takde air? Adakah kerana air dah habis diminum sebab tak nak buang masa lepak kat kedai atau adakah kerana Cik Fina mengutip sampah yang berkeliaran kat pantai tu?Thinking 
  • Adakah Cik Fina sedang berjalan atau berhenti. Kalau berjalan, kenapa dia nampak macam berhenti. Kalau anda rasa dia sedang berhenti, kenapa nampak dia macam takut kat budak depan dia tu?
  • Kenapakah budak depan Cik Fina tu main bola kaler kuning? Kenapa tak warna hijau warna kegemaran Cik Fina mahupun warna biru ataupun warna turquoise sedondon dengan kaler air laut?Thinking
  • Kenapakah takde gambar kapal terbang kat udara? Sedangkan Cik Fina dah check flight schedule yang ada kapal terbang akan mendarat dan melalui kawasan pantai tersebut pada hari ini?Thinking

Oke..kita ke gambar kedua pulak..

Kenapa Cik Bulan mesti berfikir kalau tengok picture ni :
  • Apa yang Cik Fina sedang fikrkan? Adakah memikirkan kekasih hatinya yang jauh berkelometer itu? Atau adakah kerana Cik Fina risaukan keadaan mendung langit pada hari itu? Thinking
  • Kenapa Cik Fina tak senyum dalam gambar ni? Buruk lahhhCryingCrying

Move on ke gambar ketiga :
Gambar ni saja buat selinganBlushingsaya suka gambar ni. Penuh emosi. Kalau nak masukkan dalam contest tu pun boleh jugakBlushing
Gambar keempat..

Ni pun saja selingan sebab Cik Fina perasan gambar ni cantik.
Ke gambar seterusnya..

Sila berfikir apa saja yang anda rasa nak fikir..Devil


Cik Fina rasa nak stop kat sini dulu untuk entri kali ini. Selagi tak sampai 17/11/09 (tarikh tutup) Cik Fina akan berusaha mengupload gambar-gambar untuk contest Cik Bulan sebanyak mungkin dengan lebih GIGIH..SEMANGAT!
Dah habis dah. Betul kan saya cakapSmugSmug
Ada tengok kat tempat lain tak? Ada? Pendek umurTongue
Amacam, teruja tak tengok gambar-gambar saya. Teruja tak teruja tak..teruja? tak?
tak eh..OK nah seketulFeeling beat up


Haih : Upload gambar je banyak. Padahal gambar diri sendiri cuma ada 2 keping jeLaughingFeeling beat up

The end [titik]



Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright