Slider

hatyai category
Showing posts with label hatyai. Show all posts

Cuti cuti ke Hatyai # 1

Tuesday, December 13, 2011•

Hai, saya tak tahu kenapa saya takleh publish entri ni dari WLW sedangkan entri Giveaway Nisa Kay boleh je pun.

Mari teruskan ke cerita cuti saya. Trip ke Thailand ni rasanya last trip saya untuk tahun ni.

Trip ni boleh dikatakan best sebab walaupun perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain ada yang memakan masa sampai 2 jam, tapi perjalanannya sangat selesa.

Kawan – kawan yang join trip best. Bas dia best. Luas, colourful, TV sampai 3 ketul, ada tandas, dan yang paling penting sekali, tingkap cermin dia sampai ke bawah. Jadi, bila cermin luas, dapatlah tengok pemandangan kat luar dengan vision paling maksimum!

Oh ya, tempat shopping best dan terpaling best sekali adalah kami dijamu dengan makanan yang best-best!

Ini bas kami Open-mouthed smile

PB230801

Tapi, malangnya saya amek seat sebelah dalam, tak dapat snap2 gambar kat luar pastu dok pulak kat bahagian tengah bas. Terlindung dengan benda ni

PB230817-edit

 

Ni pulak view dari dalam..

PB230774Terhalang dek TV & dinding bas Sad smile

 

 

 

 

Tapi takpelah.

Nampak jugak view kann..

Jadi, pergi holiday kalau tak bawak kamera memang tak best. Kan? Tapi..

 

..kamera tu memang la bawak. Charger la pulak tak bawak. Dem. Sib baik dah charge sebelum pegi trip. Maka terpaksalah berjimat – jimat. Nak amek gambar pun terhad. Takleh ikut suka snap. UwaaCrying face

Perjalanan kami diguide oleh ejen dari Prasan World Tour Thailand. Tour guide dia best gila. Husin nama dia. Dulu pernah kerja kat Langkawi & boleh berbahasa melayu dengan fasih. Tak sunyi bas tu ada dia.

PB230769

Husin

PB230768

Husin ni suka ketawa. Cakap sikit ketawa.
Sebelum buat lawak dia ketawa dulu.

 

Di sepanjang trip kami diiringi oleh Mr Daniel, ejen dari Legend Admire Tours & Travel (Malaysia) & Mr. Prasan pemilik agensi Prasan World Tour itu sendiri.

Trip adalah selama 3 hari 2 malam. Pegi hari Khamis (24 Nov 2011) balik hari Sabtu (26 Nov 2011). Antara tempat – tempat yang kami kunjungi adalah Satun (of course lah, jeti kat situ), Pantai Samila, Songkhla, Pulau Kok Yo, Hatyai, Phatthalung, Floating Market & tak ingat dah mana tempat kami singgahSmile with tongue out

Stop dulu kat sini. Nanti saya sambung lagi di entri Cuti cuti ke Hatyai # 2 ye!

 

Bai!

Cakap siang pandang – pandang..I’m sorry bos T_T

Thursday, October 28, 2010•

Perkara ni berlaku petang kelmarin. Time tu adalah time yang paling semangat buat setiap staff sepanjang 8 jam kat ofis; - time tengah siap – siap nak balik. Tak semena – mena dipanggil oleh abang senior suruh buka fail untul pelanggan baru. Urgent. Perlu disiapkan waktu tu jugak.

Terus rasa tak puas hati sebab proses bersedia untuk balik jadi terganggu. Saya yang ketika tu tengah gulung charger si comel terus bertindak menghempas charger tu ke meja..

..dengan perlahan. Kuat kang pecah pulak cermin kat atas meja tu. Tak pasal – pasal je kan kena bayar ganti rugi T_T

Sambil buat muka ish-orang-nak-balik-ni-tau-tak-jap-g-mak-nak-g-latihan-kawad-pulak-nak-pakai-skuter saya pegi la buat apa yang disuruh. Nasib baik Julia & Hafis belum balik lagi time tu. Dapat jugak meredakan keradangan di hati ni *bajet marah gila je ayat kann..

Sambil buat perkara yang disuruh iaitu menulis nombor fail dan maklumat pelanggan, mulut saya juga turut berkerja keras membebel. Sabar je la Si Julia dengan Hafis kena tahan telinga dengar ai membebel kann.

Tapi bebel – bebel pun depan diorang je la. Hehe. Tak sampai hati nak bebel abang senior. (Abang senior tengok muka ‘mak singa’ ai pun dia dh paham yang ai tak puas hati hehehe)

Nak dijadikan cerita..bebel punya bebel, terkeluar perkataan ni :-

“Apesal la aku tak berambos awal – awal tadi, *huruf P mana?? pot pet pot pet pot pet”..

..tanpa menyedari bos ada kat belakang T___T.
PA131491_copgetahLOVE
*rujuk huruf P di sini cop getah berhuruf untuk menulis no fail

Saya tak perasan bos ada kat belakang time tuNailbiting. Bila Julia cuit – cuit saya di lengan, saya dah faham signal fina-jangan-cakap-jangan-cakap-bos-kat-belakang dia tu..huhu..

Pastu saya dengar macam bunyi orang berjalan berlalu dari belakang..wuwuwu..tu mesti bos Sad
Lepas kejadian singkat tu, person in-charge bab – bab ini, Abang Ilyas pun datang menyelamatkan keadaan. Dengan suara memujuk :-

“Alahhh..ni takdak apa nih. Benda kecik ja ni. Meh sini nak buat”

tugas bertukar tangan dan kerja menjadi cepat dengan kepakaran Abang Ilyas melakukan tugas tersebut tanpa banyak cakap. Tadi dia p surau. Nasib baik dia tak balik terus.  Kalau tak..

Oke..

..saya rasa sangat bersalah walaupun tadi dengan penuh ego saya cakap kat Julia,
“Biar ah, tau tak mak saya dah lambat ni nak g kawad ni tengah tunggu saya balik nak guna skuter”

padahal ai pecut stengah jam pun tak sampai dari Kuah ke Kampung Baru Ulu Melaka tu T___T (poyo je kan letak nama penuh kampung ngan mukim-_-“)

Bos……sorry bos. Bukannya nak marahkan bos. Biasalah bos, orang tengah ‘bayar zakat’ macam saya ni emosi tak stabil sikit. Sori bos T__T. Ikhlas ni saya mintak maaf *bajet bos baca blog ni. poyo je an an an – Nabil Sifu & Tongga

Kalau bos baca ni (berharap bos baca tapi malu la pulak kalau bos baca nanti mesti bos pandang lain macam sebab kalau bercakap dengan bos nanti mesti bos bayangkan entri – entri ai kat blog ahadoi eh tapi kalau bos tak baca macam mana pulak nak kasitau bos yang saya rasa bersalah gila babas ni aihhh..) harap bos maafkanlah saya. Rasa bersalah sangat – sangat dah ni. 

Tapi kan bos, bos tak amek hati kan kan kan? Bos jangan kecik hati eh ngan saya. Nanti percutian bos kat Hatyai jadi tak best pulak kan kan kan? Kita kira 0 – 0 la ye bos ehehe..

Oh. Sebelum terlupa.
“Kepada semua staf MPLBP yang bertolak ke Hatyai, Thailand pada pagi tadi, saya ucapkan selamat jalan dan selamat kembali,
jangan dilupa cenderahati kami,
hari Ahad jumpa lagi
tata titi”
P/s - Kadang – kadang, benda mudah yang sepatutnya dibuat dalam sekejap masa pun akan jadi lambat kalau tak tahu teknik yang betul kan? Sapa setuju?

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright