Slider

hospital langkawi category
Showing posts with label hospital langkawi. Show all posts

[Gambar] Sehari bersama PUSPANITA Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar dan PUSPANITA Cawangan Langkawi Part #2

Sunday, February 26, 2012

Oraitlah. Bersambung dari Part #1.

Hai, dah habis kat tempat blow – blow kristal, kami ke Kompleks Utama pulak.

P2170701Disambut oleh banner dengan ucapan Selamat Datang dalam pelbagai bahasa.

P2170711Penerangan oleh wakil PUSPANITA Pusat Kraf, Langkawi.

P2170723Pastu jalan – jalan tengok kawasan la apa lagi.

P2170726Teringat waktu Form 3, akak main menatang ukir – ukir ni waktu Pendidikan Seni. Oh, teringat pulak kat Puan Nora.

P2170729Buaian ni harga dia RM90 uols. Akak bercadang nak beli untuk anak pertama akak. Unik sikit kan. Lain dari orang lain punya.

P2170740Pastu masuk muzium pulak. Muzium Adat Istiadat & Perkahwinan. Dalam muzium ni mereka men’display’kan ciri – ciri, adat & kelengkapan perkahwinan masyarakat – masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Bertambah ilmu akak pasal selok belok perkahwinan. Dan terus akak rasa ready nak kawen. Cuih.
Eh, terberangan pulak akak.

P2170744Ini bergambar kat depan display perkahwinan masyarakat Cina.

P2170749Sessi menandatangani buku tetamu.

P2170754Pastu masuk pulak Muzium Warisan di mana menempatkan alat – alatan tradisional yang digunakan oleh atuk nenek moyang kita dulu – dulu. Dari segi alat perkakasan buat rumah, alat muzik, alat membantu ekonomi & sebagainya.

P2170762Korang kenal ni apa? Ini bubu.

P2170765Ini? Kenal? Akak kenal tapi dah lupa nama dia Smile with tongue out Waktu akak kecik – kecik dulu menatang ni masih digunakan lagi.

P2170766Ini akak mengaku akak first time tengok. Tapi menurut yang tertulis kat alat ni, ia digunakan untuk dapatkan jus dari tebu.

P2170768Ala ala ala..akak ni malu – malu orang amek gambar dia. Cekap sekali beliau menganyam.

P2170770Lepas dah habis ronda, berkumpul semula kat kaunter informasi, makan ringan sudah tersedia.

P2170775Makan sudah, sessi bertukar cenderahati & seterusnya upacara menandatangani buku tetamu. Pen tu adalah pen marker. Harap maklum. (akak pun tak tahu apa motif akak bagi tau ni)

Event ni sepatutnya ada sessi conteng canting batik. Tapi disebabkan masa tak mengizinkan, sessi tu terpaksa dibatalkan.

Next entri, kita bergerak ke hospital pulak.

Itu entri last. Akak tahu korang bosan. Akak pun bosan baca ooi.

P/s – kalau korang baca part buaian tu. Tu cuma angan – angan akak je uols. Calon pun takdo lagi, suami apatah lagi. Anak nak muncul dari mana? I iz sad Sad smile

Part #1 : [Gambar] Sehari bersama PUSPANITA Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar dan PUSPANITA Cawangan Langkawi

Saturday, February 25, 2012

Hai,

Tajuk tu takleh skema lagi ke Cipina?

Aktiviti adalah pada hari Sabtu lepas yakni 18 Februari 2012 dimana saya telah berusia 27 tahun 1 hari.

Ye. 27. Panggil saya kakak from now on ok? #tuadah

Berbalik ke topik asal.

Lawatan ini lebih kurang lawatan mesra – mesra la. Nak cerita panjang pun macam membosankan korang je nanti, jadi layan gambar je lah.

Oh by the way, tempat yang dilawati adalah Kompleks Kraf Langkawi & Hospital Langkawi.

Mula -  mula layan gambar di Kompleks Kraf Langkawi dulu.

P2170571

PUSPANITA Cawangan Langkawi.

Time ni tengah tunggu rombongan PUSPANITA Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Gossip – gossip dulu hehe.

P2170573

Sambil – sambil tunggu tu bergambar kenang – kenangan la dulu.

P2170574

Korang nampak apa yang akak nampak? Haiiii *lambailambai

P2170575

Maka rombongan pun tiba..salam salam.

P2170590

Pastu wajib la bergambar kannnn..time ni akak takde sebab jadi cameraman.

P2170606

Dah masuk dalam. Tengah tunggu apa ni? Abang tu dok buat apa?

P2170618

Ohh..tengah demo cara – cara nak buat angsa rupanya..

Serius senang gila tengok dia buat swan tu. Skejap je dah siap. Berapa minit je. Patutlah akak tengok kat belakang tempat akak berdiri ni berlambak – lambak angsa kristal. Akak ada rakam time ni. Kalau akak ada kerajinan, akak pos lah kat blog eh? KALAU ye.

Lepas demo buat angsa, dia demo buat ikan pulak.

Lepas dah tengok demo, tengok hasil buatan lah pulak.

P2170647

Ni contoh ikan yang abang tadi demokan. Kiut – kiut kan? Harga dia pun kiut jugak.

P2170665

See. Harga dia kiut sangat kan? Boleh la beli empat ketul bawak balik. Akak sebenarnya saja je nak letak gambar ni sebab ada muka sendiri. Gedik je taww akak niii..

P2170672

“Haiiii..*oghang Utagha panggil itteww tokkey. Itteww sejenis gecko. Harge ittew RM45 jewww..beli la iteww beli laaa”

P2170697

Ni waktu operasinya.

P2170698

Akak suka prinsip ahli – ahli Puspanita NRE ni.

“Biar Menyesal Membeli, Jangan Menyesal Tak Beli”

I loike.

Oke. Habis pati sini. Kita pegi kompleks Utama pulak.

Next entri ah.

------------------***************-------------------

Kamus :

* Oghang Utagha = Orang Utara

Selamat datang ke dunia Syasya Syazwina!

Monday, November 15, 2010

Ehem..Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera semua.

Masa : awal - awal pagi sebelum mandi.

Kelihatan Dikja sudah pun bangun (dia tido depan tv sebab senang dia & Syaza nak ke toilet sebab dia preggie n Syaza pulak kalau nak terkucil, dia akan terus bangun n terkam pegi ke toilet. So, lebih selamat tidur di bawah berbanding tidur di bilik atas nak kena turun tangga lagi, silap - silap tercicir kat tangga P:)

Dari raut muka jelas terpamer sedang menahan sedikit kesakitan. Saya tanya "ang sakit ke dikja?" "sikit - sikit" jawabnya. 

Lepas bersiap - siap turun ke bawah, kelihatan Dikja sudah tiada di tempat tidur.  Dia pergi mandi. Teruskan bersiap dan bergerak ke pejabat.

Masa : dalam pukul 9 pagi nak ke pukul 10 pagi.

Rasa tak senang duduk. Call mak, mak cakap dikja ke klinik. Apa - apa hal mak akan call balik.

Call mak lagi sekali pada pukul-berapa-ntah-tak-ingat. Dikja dah disubmit ke hospital. 

oke. ai pulak yang lebih - lebih cemas kan.
Fuh fuh fuh.."dah macam nak bersalin gayenye kamu ni Cipina" kata salah sorang kawan saya kat kotak komen. Ai excited oke. Ai ni kalau excited melampau, kepala jadi pening. Terus nanti nak ilang mood sebab pening. Haih. Perangai. Burok betol.

Dalam pukul 9 berapa-berapa-belas-minit-ntah, mak call lagi dikja dah selamat melahirkan.

Syukurrrr alhamdulillahhhh..

Tengaharinya, terus pegi ke hospital melawat si baby & ibunya. 

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar dan segala urusan dipermudahkan..lahirlah seorang bayi perempuan yang comel berkeberatan 3.1kg.

Gambar sudah selamat diupload ke facebook. Kalau rajin, jenguklah ke sini. 

Sampai sini dulu. Nanti saya sambung balik ye. Nak balik tengok si comey tu dah buka mata ke belom. Asek tido je dia :P

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright