Slider

syaza syazwana category
Showing posts with label syaza syazwana. Show all posts

Pengalaman Pertama Puasa Syaza

Sunday, August 14, 2011

Hai, semalam sempat berbuka puasa dia luar bersama keluarga.

KOLAJ
Macam tahun – tahun sebelumnya, berbuka di restoran yang sama iaitu di
Restoran Wan Thai, Langkawi Mall, Kuah, Langkawi. Sebab? Sedap.

Tahun ni jugak merupakan tahun pertama Syaza (4 tahun++) berpuasa. Sebelum ni kalau di Putrajaya, puasa dia agak kurang mencabar sebab kat rumah cuma ada ibu, abah dengan adiknya saja.

Tapi bila balik kampung, jumpa pakcik dia (12 tahun), paksu (3 tahun) dia dan jugak maksu (5 tahun++) dia, puasa dia sedikit mencabar memandangkan hanya dia (tak termasuk pakciknya) yang berpuasa.

Bila dah balik kampung ni biasa la kan..budak – budak..mesti nak main je kan.

Macam tu la jugak Syaza. Punya seronok bermain sampai dia lupa yang dia tu puasa.

Bila dah badan dah letih dan kedahagaan, cabaran bermula.

(berdasarkan dialog sebenar – err..lebih kurang sebenarnya)

Scene 1

“Maklong, nak aiiiir”

“Eh tak boleh..Syaza posa”

“Tapi Maksu tak puase. Dia minum air tadi”

“Err..nanti dia tak dapat duit raya..haaa..maksu tak dapat duit raya nanti. Syaza puasa penuh nanti dapat duit raya. Maklong bagi, ibu lagi, abah lagi, uwan lagi, pak lang mat lagi..bla bla bla..”

Sabo je lah aku boleh g bagi alasan camtu-.-

; maksunya adalah anak mak sedara saya. Tua beberapa bulan dari Syaza kalau tak silap. Cuma saiz badan maksu lebih besar dari Syaza.

Scene 2

Lebih kurang pukul 4++ petang, paksu kelaparan. Maka dimintanya nasik. Lepas dengar paksu dia mintak nasik, dia pun mula la..

“Mak Longggggg, nak nasik”

“Eh eh. Mana boleh makan nasik. Syaza kan posaaa”

“Tapiii..kenape paksu tak puase?”

“Paksu kecik lagi..Syaza dah besar kena la posaaa..”

“Paksu pegi makan jauh – jauh. Jangan makan depan Syaza. Syaza puase.” Tegas bagi arahan.

Nasib baik la Syabil tak buat hal makan nak makan depan tv.

Kelmarin, kami sekeluarga berbuka di luar. Syaza letih gila kelihatannya. Mana taknya, siangnya main tak ingat. Sampai kena jerit – jerit nak suruh dia berhenti main.

P8130123Sabar menanti waktu berbuka.

P8130125
Tok : Paksu kena tunggu Syaza berbuka dulu baru makan tau.
Paksu Syabil : =.= *korehkoreh pinggan nasik.


P8130135

 Si kecik

Syasya pun sama naik nak berbuka Nyah-Nyah
[klik untuk entri Selamat Datang Syasya]

Waktu berbuka, dia minum air soya setin habis. Pastu makan sotong goreng beberapa ketul dan lepas tu cergas semula. See.

buka puasa 2011 gif


Lepas berbuka, pegi shopping sikit di Billion. Beli bantal sebijik. Tengah offer 60%. Dari RM60++ tinggal RM20++. Tunggu apa lagi. Rembat la kan. Kebetulan beli cadar baru, sarung bantal dia besar gila. Tak padan dengan bantal kabu yang kecik cinonet ai tu-.- boleh lipat dua lebihan sarung tu Smile with tongue outTapi last last bantal baru tu dok kat kaki. Sedap bantal kabu jugak Nyah-Nyah

 

Selamat berpuasa!

Terapkan amalan membaca di kalangan ahli keluarga. Keluarga saya suka membaca……

Sunday, April 17, 2011

…..sampaikan kat kedai makan pun still boleh baca buku lagi. Tengok ni.
P1254668P1254683P1254684P1254685P1254689P1254694
Ahhh..propa semua itu. Ini yang boleh baca pun sebab baru balik dari kedai buku. Beli kat Kedai Buku Barkath di area depan Kamdar. Beli buku kat Barkath ni unik. Takde plastik disediakan. Satu usaha yang bagus Thumbs upCuma yang tak best sikit tu bila beli Al – Quran pun tak disediakan plastik/dibalut dengan kertas. Well, we should treat our holy kitab nicely la kan. Nak jimat punya pasal kot. 

Syabil nak buku yang sebijik macam Syaza punya. Abah dia belikan waktu ibu dia berpantang waktu melahirkan Syasya kat kampung hari tu.
Syasya sudah besar. Comel banget dia! Macam anak mat salleh pun ada Open-mouthed smileSekarang dah pandai mengekek bila diagah. Geram!
Jauh beza ngn kakak dia. Kakak dia garang sket Nyah-Nyahhehe..
Tapi dua – dua totap yang paling chiomelRed heartSmile

Selamat datang ke dunia Syasya Syazwina!

Monday, November 15, 2010

Ehem..Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera semua.

Masa : awal - awal pagi sebelum mandi.

Kelihatan Dikja sudah pun bangun (dia tido depan tv sebab senang dia & Syaza nak ke toilet sebab dia preggie n Syaza pulak kalau nak terkucil, dia akan terus bangun n terkam pegi ke toilet. So, lebih selamat tidur di bawah berbanding tidur di bilik atas nak kena turun tangga lagi, silap - silap tercicir kat tangga P:)

Dari raut muka jelas terpamer sedang menahan sedikit kesakitan. Saya tanya "ang sakit ke dikja?" "sikit - sikit" jawabnya. 

Lepas bersiap - siap turun ke bawah, kelihatan Dikja sudah tiada di tempat tidur.  Dia pergi mandi. Teruskan bersiap dan bergerak ke pejabat.

Masa : dalam pukul 9 pagi nak ke pukul 10 pagi.

Rasa tak senang duduk. Call mak, mak cakap dikja ke klinik. Apa - apa hal mak akan call balik.

Call mak lagi sekali pada pukul-berapa-ntah-tak-ingat. Dikja dah disubmit ke hospital. 

oke. ai pulak yang lebih - lebih cemas kan.
Fuh fuh fuh.."dah macam nak bersalin gayenye kamu ni Cipina" kata salah sorang kawan saya kat kotak komen. Ai excited oke. Ai ni kalau excited melampau, kepala jadi pening. Terus nanti nak ilang mood sebab pening. Haih. Perangai. Burok betol.

Dalam pukul 9 berapa-berapa-belas-minit-ntah, mak call lagi dikja dah selamat melahirkan.

Syukurrrr alhamdulillahhhh..

Tengaharinya, terus pegi ke hospital melawat si baby & ibunya. 

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar dan segala urusan dipermudahkan..lahirlah seorang bayi perempuan yang comel berkeberatan 3.1kg.

Gambar sudah selamat diupload ke facebook. Kalau rajin, jenguklah ke sini. 

Sampai sini dulu. Nanti saya sambung balik ye. Nak balik tengok si comey tu dah buka mata ke belom. Asek tido je dia :P

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright