Slider

lazada cheating category
Showing posts with label lazada cheating. Show all posts

Wordless Wednesday - Sudahlah menipu, terkantoi pula Lazada ni.

Wednesday, August 1, 2012




LaughingLaughingLaughingLaughingLaughingLaughingLaughingLaughingLaughing


Sumber : Oh!Media

Selepas 18 hari baru dapat email dari Lazada. Sampai jugak akhirnya.

Monday, July 30, 2012





Sambungan entri Penipuan oleh Lazada
Jumaat lepas (27 Julai 2012) pada lebih kurang pukul 10.00 malam saya menerima email dari Lazada mengatakan barang yang dipesan telah di pos. Baru dapat tracking number kat situ.



Hari ni, dapat panggilan dari Gdex beritahu nak hantar barang. Mulanya dia nak hantar ke rumah sebab alamat pengeposan saya letakkan alamat rumah, tapi saya minta dia hantar ke pejabat dan dia setuju. Ok lah kan.

Akhirnya, kes saya setel kat sini. Tapi memandangkan perkara ni dah dibuat aduan, minta maaflah Lazada Malaysia. Damage has been done. Terpaksa lah korang tanggung.

Barang yang sampai petang tadi. Kotak kemain beso kau.



Masalah dengan Lazada ni;
  1. Communication.
    • Fail. Patutnya dah tahu tak boleh hantar barang dalam tempoh yang dijanjikan, inform la customer anda. Jangan biarkan diorang tertunggu – tunggu tanpa khabar. Diorang bayar. That’s why la orang marah sangat.
  2. Tak ambil berat masalah pelanggan.
    • Bila pelanggan bertanya, diorang diam. Tak jawab apa – apa. Tapi keep on updating new promotion. How?
  3. PR fail.
    • Yang diorang tahu, update update update. Bukannya nak tolong setel masalah orang. Perlu bertimbangrasa dengan pelanggan.  
Masalah ni dah pun sampai ke peringkat pihak berkuasa, harap diorang ambil tindakan sewajarnya.

Peringatan buat kawan – kawan yang lain, kalau berlaku penipuan, selepas bercakap secara elok ‘tidak jalan’, ambillah tindakan. Anda ada hak. Walaupun nilai duit anda itu tidak sebanyak mana, pengajaran perlu diberi supaya mereka lebih bertanggungjawab di masa akan datang.

Ini adalah sebagai pengajaran buat semua. Buat diri sendiri juga supaya lebih berhati – hati dalam membeli secara online.

Serik dah? NO WHAYYYY.

Bai!

Lazada oh Lazada. Why oh why?

Sunday, July 22, 2012

Malaysia's best online shopping mall (kononnnnnnn) Not talking
Itu yang mereka claimed. Tapi bagi saya diorang ni indah khabar dari rupa.
Pada 11 Julai 2012, saya ada memesan satu optical mouse melalui website diorang.

Item yang dipesan
Butiran pesanan.

Bukti pembayaran


Order sejak 11 Julai 2012, dan sampai saat ni 1.03 petang 22 Julai 2012 barang masih tak kunjung tiba.


Dua hari selepas order, saya tunggu tak sampai – sampai dan saya fikir tunggu lagilah sampai seminggu. Langkawi. Lambat la sikit kot (bersangka baik)

Masuk hari keempat (tak sampai seminggu dah start kalut dah Cipina) dah rasa tak best sebab apesal yang lama sangat barang nak sampai. Satu Malaysia jugak. Poslaju rileks je hantar the next day. Paling lewat pun 2 hari je.


So, terus saya ke page Lazada di Facebook. Sangat diluar jangkaan. I am not alone rupanya. Most of their post ada je orang komplen. Ini salah satunya.

link - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.380473778687147.90653.296717127062813&type=1  



Silalah berkunjung ke page mereka Yawn Silalah silalah.


Lepas barang yang ditunggu tak kunjung tiba, saya buat keputusan untuk menghantar mesej bertanyakan samada pihak Lazada ni ada masalah ke apa. 

Hantar mesej di website. No reply. Tunggu lagi. Kot – kot la diorang overlook order saya ke apa. Bagi masa utk diorang check. Still no reply walaupun dah masuk seminggu.

Hari – hari usya page diorang, hari – hari ada komplen baru. Sampai lah kelmarin, I decided to PM them through their page.



Tak lama lepas tu, muncul di news feed dimana blogger Eyriqazz update pasal Lazada. Laju je ai terjah. Entri beliau ada kat sini –> http://www.eyriqazz.com/2012/07/lazada-malaysia-menipu.html

Ini yang buat entri ni ‘ter’terbit Hee hee

Pasal PM saya di facebook diorang tu, no reply no nothing.
The best part is, diorang dengan selambanya boleh update pos kat wall walaupun diasak dengan pertanyaan oleh pembeli – pembeli yang tertipu ni. Biarkan soalan pembeli – pembeli tergantung disitu. Tak ada reply. Cuma satu je diorang reply iaitu:-
We appreciate all comments from our consumers, whether good or bad. If it's a complaint, it gives us an opportunity to rectify our weaknesses and improve on our delivery of services. However, your actions in encouraging other consumers to complain unfortunately smacks of malicious intent beyond your individual case. Like any other Facebook page for corporations and brands, we do not accept spamming. All we ask is a fair chance to solve your complaint and that of every other consumer. - link
Oh really? It took a month to solve a complain? Tak cukup kakitangan ke? And 3 items ordered but only 1 item arrived tu macam mana pulak? Nak menipu ke? We are the customer. We PAID. You did not keep your promise so it’s our right la to complain. Kalau taknak orang spam kat wall, REPLY email & mesej kami. Easy. Minta maaf ke apa. Cakap la tengah siasat apesal lambat ke apa. Ini tak. Diam.
You ignore complaints from the buyer and yet updating new promotion how are you suppose us to understand your problem (let say if you had one)? As you guys said –However, your actions in encouraging other consumers to complain unfortunately smacks of malicious intent beyond your individual case..kalau dah tahu macam tu.. 

..RESPONSE US INDIVUALLY then.

Sangat menyedihkan bila company yang mempunyai belasan ribu pengikut di Facebook boleh buat hal macam ni. Dah la tu, iklan diorang boleh dijumpai kat mana – mana website kat internet ni.

Rugi betul la. Dah establish, tapi buat fakap macam ni. Haih.

Since this is my first time encountering this kind of scam issue, buat aduan terus lah kat KPDNKK. What to do. Orang email, mesej kat facebook, takmau reply. Sombong.

Klik gambar di bawah untuk aduan.





Oh btw, me English is no good. Please correct me grammar if there is mistakes. Thank you

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright