Slider

pengenalan category
Showing posts with label pengenalan. Show all posts

Cabaran kepada diri sendiri..boleh buat ke tak?

Sunday, March 28, 2010•

Ini entri hari Rabu lepas..ye ye saya tau saya malas padet blog.
Jadi, tolong layankan je entri ni..kalau tak mau layan..layankan jugak hokeh..

Hari ni saya masuk bilik awal..awalnya tu rasa mengantuk, tapi lepas mandi mata jadi segar bugar balik. Okelah, siapkanlah keja untuk esok [khamis] siap-siap. Nanti abg senior tanya, hulur je terus.
Lepas mandi, masuk ke bilik. Tak pasal-pasal ternampak dua ketul dumbbell avon kat tepi susunan buku-buku reader’s digest
[dulu waktu kecik-kecik panggil buku ni raiders deegest Feeling beat up]


Pic2761

Saya amek dumbbell tu, tengok menda alah dua ketul tu, then saya tengok lengan saya. Dari atas nampak slim. Dari tepi, dah ala-ala peha anak kambing usia 4 bulan pun ada jugak.
Lalu saya terfikir..nak challenge diri sendiri Tongue.

Baik, mulai dari hari esok [khamis], saya akan mulakan regime kuruskan lengan sendiri…
Mula-mula, kena ukur ketebalan isi lengan dulu..


Pic2803

then, lakukan regime mengangkat dumbbell tersebut tiap-tiap malam sebelum tido sebanyak 100 kali. Sikit sangat ke banyak sangat tu ha?

Okelah, nevermind..yang penting, tiap-tiap minggu saya akan poskan perkembangan penurunan/
penaikan kadar isi lengan yang terlibat.
Saya bagi masa selama sebulan untuk mengetahui keberkesanan regime ini. Jika berjaya, saya akan awardkan diri sendiri barang seketul dua hadiah
..[kalau ada yang sudi nak kasi hadiah jugak, kecik tapak tangan, airport Langkawi saya tadahkan – oke, poyo]

Kalau ada sapa-sapa kat sini yang pernah buat perkara seumpama ini dan mempunyai tips menarik untuk dicuba sudi-sudi la kongsi-kongsikan dengan saya yeSmugRaised Eyebrow

P/s - selalunya benda ni sesuai dilakukan waktu baru bangun pagi ke sebelum masuk tidur? Ke bila-bila masa pun sesuai?

P/s/s - masuk hari ni dah hari ke 3 saya buat regime tu..harap-harap berkekalan la tabiat ni hingga ke anak cucu..ngeh

Test

Friday, January 8, 2010•


100101_155711.jpg, originally uploaded by sha.fina85.
Jika anda sedang membaca entri ini,sila ucapkan tahniah kepada saya kerana telah berjaya mengepos entri melalui telefon bimbit. Yeah!

Sekian.
Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright