Slider

minta maaf category
Showing posts with label minta maaf. Show all posts

Facebook berjaya kenakan saya..terima kasih T__T

Saturday, March 13, 2010

Kelmarin, chat dengan sorang kawan kat facebook. Tak lama lepas tu, ada sorang lagi kawan tegur, Abang Wan namanya. Kawan lama masa keja hotel dulu. Arabic GRO kat hotel untuk handle guest Arabic. Masing-masing bertanya khabar. Dia sekarang kat Kuwait, buka travel agency kat sana kalau tak silap. Bisnes maju katanya. Dia pun tak banyak chat. Setakat bertanya khabar, tanya keja kat mana then diam.


Dengan kawan lagi sorang ni, banyak benda kami bincangkan. Baru - baru ni berlaku satu masalah berat yang tak tertanggung seorang diri. So, kawan saya yang ni lah yang banyak membantu. Dia rapat dengan keluarga adik [suami adik tu kawan baik dia] maka senang untuk saya luahkan apa yang terbuku kat hati yang 'pihak tu' tak faham. Susah bila saya terpaksa lawan 1-4. For sure saya kalah kan?


Ha kau, entri je dah dua rangkap :P


Macam ni ceritanya..
Waktu tengah feeling meluahkan perasaan tak puas hati kat kawan saya ni, saya refresh page. Takut nanti terlepas perkara best yang kawan - kawan pos.


Mula - mula, kedudukan chat box [ke ada nama lain?] tu macam ni.


lihat kedudukan 1 [Abang Wan] & 2 [kawan lagi sorang]

So lepas dah refresh, saya teruskan menaip. Dengan penuh semangat, saya taip dengan laju tanpa melihat nama kat pane chat tu.


Dalam 12 baris saya taip, kawan saya tu tak balas, then kat pane yang berkedudukan no 2 keluar notification, bila saya tengok kat nama si pembalas chat tu..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ya Allah, saya hantar kat Abang Wan!!
Macam mana boleh jadi macam ni?!

kedudukan dah bertukar T___T
Bila dah terperasan yang diri ni dah tersalah hantar mesej, terus mintak maaf kat Abang Wan.

Ada masalah ek..takpe, kalau rasa nak cerita, share je ok. 
yee..baeklah (_ _") 

Malu wei..mana nak letak muka ni. Dah la baru contact balik. Nasib baik jauh. Adeh.


Kesimpulan : berhati - hati ketika memandu sebab kita takkan tahu bila lembu akan melintas di jalan * tetibe.


Perlukah guna model yang kuku makan cekam untuk pamplet anda?

Sunday, February 28, 2010

Saya tak faham. Apa siginifikasinya letak gambar jari kuku makan cekam untuk pamplet anda yang gah di mata dunia ni? Tak faham. Serius tak faham. Sungguh tak faham. Memang tak faham. Anda? Faham?

 

Pic2502

minta maaf kalau gambar diatas buat hati anda tak tenang

 

sekarang meh saya tunjukkan gambar yang lebih menenangkan Tongue

 IA Big GrinBatting Eyelashes

 

P/s – perjalanan kali ni sangat memenatkan.

Tu La..Jangan Bantah Cakap Mak

Sunday, January 3, 2010

Peristiwa ni berlaku petang tadi. Time tu dah nak masuk pukul enam. Seorang emak sedang melayan customer yang datang ke rumah nak ambil kain yang dijahit tepi.
Adiknya yang kelima berusia 10 tahun tengah tgk tv. Si kakak macam biasa kat depan netbook. Adik bongsu mereka yang berusia 1 tahun 6 bulan itu seperti selalu akan mencari perhatian mak di ruang menjahit emak lepas tak dapat perhatian dari kakak dan abang dia yang hanyut dengan teknologi yang nak kata tak berguna takleh jugak. Sendiri hanyut, sendiri mau ingat [apakah yg cuba kau sampaikan ni fina?]


Kebetulan ruang menjahit mak masih baru, kat luar masih belum sempurna, belum ada tile, kosong. cuma yang ada saki baki simen kasar yang sudah kering dan kesat.

Blog saya sudah kuruss!!

Friday, November 20, 2009

Fuh Fuh Fuh..

Assalamualaikum kawan-kawan..

Dah banyak hari saya tak update blog ni kan[Feeling beat upBANYAK HARI KAU KATA? DAH DEKAT 3 TAHUN TAU TAK!]

Kesian dia..kurang kasih sayang. Kelaparan.

Oke, untuk menebus 'dosa' saya sebab pernah janji kat blog ni [ni janji saya dengan blog ye..bukan dengan kamu, kamu kamu ke kamu ke kamu tau] untuk 'kasi makan' (update) dia hari-hari, maka saya bagi dia 'makanan' yang maha banyak untuk tampung 'kelaparan' dia dengan cerita sepanjang saya bercuti selama 2 minggu away dari Langkawi. Tarikh akan dibuat berdasarkan tarikh kejadian berlaku.. Takut nanti kang konpius plak anda.

So, nantikan kemunculan entri-entri tak berguna tahap-baca-sampai-muntah dari saya selepas ini. Stay tune. I’ll be right back after the commercial break. Ngeh.

Tak larat dah nk italickan perkataan Bahasa InggerisFeeling beat up


Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright