Slider

outta ailand category
Showing posts with label outta ailand. Show all posts

Sakit lutut di usia 25..

Tuesday, March 30, 2010

Umur 25 dah sakit lutut, macam mana agaknya kalau Tuhan panjangkan usia saya lagi 25 tahun atau lebih? Adakah penyakit-penyakit yang memegang ranking tertinggi yang menyerang atuk-atuk dan nenek kita semua akan menyerang dengan lebih hebat lagi memandangkan umur tak masuk 30 dah sakit itu ini..Ish..tak mau tak mau..saya tak mau sakit sia sia..saya nak jadi nenek yang masih sihat walafiat dikala mencecah usia 50-60..nak jadi nenek yang bertenaga..yang masih mampu panjat Gunung Mat Chincang, yang masih boleh panjat tangga seribu kenangan ke Gunung Raya, nak jadi nenek yang boleh masuk Explorace ok dah lebih dah lebih..

Sejak sebulan lepas, lutut kiri saya selalu sengal-sengal. Tak dapat dipastikan kenapa. Takkan sebab banyak duduk pulak..saya ni jenis duduk tak diam. Kalau mengadap laptop, sekejap duduk bersila, sekejap regangkan kaki, sekejap meniarap kat lantai, sekejap begitu, sekejap begini..hmm..

Sampai lah satu hari, terjumpa seorang kawan yang sama-sama menjalani kursus PKA pada Disember tahun lepas di Bagan Lalang di FB..dan berlaku conversation seperti berikut : 

oh iyaa....tiba-tiba teringat..
Kes berlaku waktu buat aktiviti obstacle..peserta dilepaskan mengikut kumpulan. ada dalam 10 kumpulan n kumpulan saya adalah kumpulan ke.........tak ingat. 

Lepas melalui titi gantung, kawat berduri, gayut melepasi kolam, sampai la ke tembok 6 kaki [kalau tak silap], semangat ni..kaki kanan pijak encik yang bersandar kat tembok selaku penampan, then naik ke atas dengan bantuan encik kat dalam gambar tu yang sedia menstandby kan diri kat atas tembok..peh peh..yakin je panjat..
sekaliii..waktu kedua-dua kaki sudah melepasi tembok yang disebelah sana, terasa seperti kaki kiri kebas, sejuk, kejang, keras kat atas tu seminit..orang kat bawah dah standby nak sambut in-case salah landing..tiba-tiba..
sekejap sekejap..kaki saya..
hoh? kenapa pulak si fina ni? masing-masing cuak, heran, penuh tanda tanya sambil mata masing-masing tertumpu kat saya..

 dan saya tutup muka..dan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..menangis kat atas tembok tu (T__T)


sangat memalukan..serius malu (_ _")


antara hero-hero yang terlibat dalam pembikinan adegan tersebut-.-"


Inilah akibatnya membuat aktiviti berat tanpa warm up.


Persoalan disini..adakah lutut saya jadi camtu disebabkan aktiviti tu..atau adakah pasal perkara lain..maka..tunggu apa lagi..pegi la check cik fina oii!



P/s - semalam saya terskip regime dumbbell X_X

Demam demam pun nak berjalan jauh #2

Sunday, March 7, 2010

Minta maaf sebab lambat update blog. Berlaku masalah yang sangat berat. Tak tertanggung sorang-sorang.

Seperti yang dijanjikan, ini entri kesinambungan kepada part #1 hari tu.. 

Sesampainya kat Kuala Perlis, singgah makan dulu. Nanti kang perut masuk angin dalam bas tu tak ke susah. 

sebelum bertolak kena makan dulu. nanti perut kosong pulak


Tunggu bas sambil sembang-sembang ngn akak satu sekolah saya tu. Mengajar kat Klang. Baguslah. Dah bekerjaya. Saya? erm..

Oke, setibanya bas, terus saya g cari seat. Macam biasa, saya amek seat tepi sekali. Port wajib-duduk-tiap-tiap-kali-naik-bas :P

Duduk sebelah kakak bersama seorang anak kecil. Kak Ida namanya. Nama baby, Rashid Reza [kak ida jangan marah kalau tersalah eja nama baby akak :P] 

Seperti biasa, menjadi rutin saya naik bas akan check lubang air con sebab saya tak suka air con kena muka. nanti muka jadi kering berkedut-kedut T__T.

Okeh, sudah tutup.


dh tutup

Tapi..apesal rasa angin lagi ni? bocor ke apa? Check balik..dah tertutup. rapat-rapat lagi.

Tercari-cari mana punca angin tu. Buat cara kuno. Jilat jari, julang jari ke udara tapi tak melebihi paras seat nanti orang cakap 'apehal pulak budak ni angkat tangan dalam bas macam nak jawab soalan. ingat ni kelas matematik ke hapa' T_T
Berkeadaan begitu selama 30 saat setengah dan jumpa punca angin. hahah..tipu tipu. takde lah sampai buat aksi pengakap sekolah segala. Study situasi dalam bas tu..then lepas tengok atas bawah kiri kanan maka terjumpa punca angin tersebut..kat situ -.-"
hambek kau 10 jam kena sapu muka tanpa halangan T___T







Perjalanan yang menyeronokkan sebab ada kawan nak berbual. Kak Ida memang banyak cakap! Respek kat dia. Walaupun penat jaga baby Rashid yang super aktif tu, mulut masih bertenaga nak bercakap. Tabik.

identiti si comel terpaksa dirahsiakan sebab tak mintak kebenaran mama dia letak gambar dia kat blog :P
Gambar kat atas ni waktu singgah kat RnR mana ntah..thanks kak ida sebab belanja mee udang :D
oke, saya takkan sebut pasal mee udang yang udang dia dah expired hinggakan isi pun dah mengecut sampai ada ruang antara kulit ngn isi..eh, tercerita pulak :P

Sepanjang perjalanan tu jugak habis tak habis-habis saya tweet tweet ke twitter :P
ngaaaa~

Bosan oke. Tambah-tambah lepas Kak Ida turun kat Sg. Buloh :-s

Orait..dipendekkan cerita, maka sampailah saya di Pudu, terus ke Hotel Midah, Kuala Lumpur. Disambut oleh Faizal dan Heri & gf! Tak sangka you! Terharu sangat. Sayang korang!

Esoknya, check out dari hotel dan pegi kursus. Petang tu [oke, bukan petang, dah malam] singgah rumah adik kat Putrajaya then keesokannya pukul 10 pagi naik bas balik ke Kuala Perlis, sampai dalam pukul 8@9 malam, tido kat umah mak sedara kat Kuala Perlis, naik feri ke Langkawi, balik rehat sekejap then pegi keja pada pukul 2.00 petang. Heaven kan T__T








Panggilan kepada atuk @ nenek

Saturday, March 6, 2010

Waktu tu saya dalam bas on the way ke Kuala Lumpur untuk mendengar taklimat pasal pengurusan kesihatan [apesal la badan kerajaan kat Malaysia tak praktis video conference..takdelah semata-mata nak dengar taklimat 4 jam sampai kena buang 3 hari sebab travel dari Langkawi ke Bangsar..penat oke].

Ketika bas melalui Jitra, saya pandang ke luar tingkap kot-kot ternampak mimiot tengah jual goreng pisang ke jual ikan keTongue sebaliknya ternampak sepasang atuk dan nenek hendak menaiki motosikal kat depan bank.

Nampak macam romantik pula tengok atuk bawak moto dan diboncengi oleh nenek kat belakang. Comel je~Love Struck


Teringat kat arwah tok dan tokwan..Worried

Keluarga saya, tok wan adalah panggilan untuk atuk manakala tok pula adalah panggilan untuk nenek. Ada juga yang menggunakan sebaliknya iaitu tok kepada atuk dan tokwan kepada nenek .Ada yang panggil opah, ada panggil uwan, etc etc..

Korang panggil apa kat atuk @ nenek masing?

P/s – Rindu allahyarham tokwan ngan tok. Al-fatihah~
P/s/s - betul ke orang cakap tak boleh sebut perkataan arwah merujuk kepada allahyarham / allahyarhamah sebab arwah adalah nama setan?

Perlukah guna model yang kuku makan cekam untuk pamplet anda?

Sunday, February 28, 2010

Saya tak faham. Apa siginifikasinya letak gambar jari kuku makan cekam untuk pamplet anda yang gah di mata dunia ni? Tak faham. Serius tak faham. Sungguh tak faham. Memang tak faham. Anda? Faham?

 

Pic2502

minta maaf kalau gambar diatas buat hati anda tak tenang

 

sekarang meh saya tunjukkan gambar yang lebih menenangkan Tongue

 IA Big GrinBatting Eyelashes

 

P/s – perjalanan kali ni sangat memenatkan.

Demam demam pun nak berjalan jauh #1

Tuesday, February 23, 2010

Nak buat macam mana kan. Tuntutan kerja..

Ecewah..tuntutan kerja konon.

Padahal bos soh pegi last last minute sebab dia kena teman bos besar g persidangan kat Gunung Jerai.

Perjalanan kali ni agak ‘sakit’ disebabkan tuan tanah blog ni demam. Dah tu plak sakit tekak. Sungguh tak selesa perjalanan ni. [Betul la tak bersyukur Cik Fina ni, dapat naik bas yang seat dia dah besar katil pun nak komplen itu ini tak selesa – oke, yang besar macam katil tu saya tipu Tongue]

Dari malam sebelum hari bertolak lagi saya dah rasa tak sedap hati. Berbual kat telefon pun saya tak fokus. Lagi lama cakap lagi tak sedap hati. Last-last minta talian diputuskan sebab nak tido supaya dapat hilangkan rasa tak sedap hati tu.

Dan persoalan pasal tak sedap hati pada malamnya terjawab bila pagi ni saya bangun lambat!

Tersedar pukul 7.40 pagi n feri pukul 8.30 minit! Ini bermakna saya ada kurang dari 20 minit untuk siap2. Dah la barang pack pn tak habis lagi..berus gigi dengan pencuci muka tak masuk dalam beg lagi. Kasut untuk kursus pn tak masukkan dalam beg lagi.

Tapi, nasib baik sempat. Kena bebel dengan ayah sekejap [dari rumah sampai setibanya kat Jeti-.-“]

Layan cerita K.A.M.I dalam feri. Tak pernah tengok cerita ni sebelum ni walaupun ada Zahiril Adzim. Logik la, sebab saya minat Zahiril Adzim lepas dia berlakon cerita ni.

Belum abes layan K.A.M.I, dah sampai kat Jeti Kuala Perlis. Turun je dari feri, terus g cari makanan. Kena amek breakfast sebelum travel jauh-jauh sakit perut nanti kang susah pulak [oke, sekarang saya rasa sakit perut. saiko betul]

Kat dalam feri jumpa kawan sekolah lama eh, ke kawan lama sekolah, ke sekolah kawan lama oke oke lupakan. Jadi cikgu kat KL sana. Ramai jugak kawan-kawan jadi cikgu. Saya? Jangan tanya. Sebab belum jawab soalan tu pun saya dah tau macam mana keadaanya Cik Shafina Othman ni jadi cikgu –.-“ [kalau saya jadi cikgu, mesti anak murid tak sabar-sabar nak masuk kelas nak buli Cikgu Shafina] – pergh..cikgu shafina. TBB betol..Kan dah terberangan sekejap..hmm..

Oke sudah.

Sambung part #2 pasni.

 

 

Hai!

Thursday, December 10, 2009

Hai hai!!
Sehat suma?
Lama siut tak hapdet blog ni.


Rasa bersalah saya berkurangan setelah mempadet belog ini. Yeah!!


Sekarang saya kat Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang, Selangor kerana menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan. Sangat la mem'best'kan. Kata urusetia, sessi kali ini adalah sessi bertuah sebab buat kat hotel [tu pun komplen itu ini, itu tak kena ini tak kena. tak reti bersyukur sungguh kau ni Cik Fina]. Kalau sessi sebelum ni buat kat Kem Kuala Kubu Baru, Selangor dan sessi kedua diadakan di Akademi Bomba, Wakaf Tapai, Kuala Terengganu. Kerusus mereka sangat menerukkan. Ada yang kena ragging, kena bangun pukul 2 3 pagi. Sampai tido pun tak tanggal stokin sebab encik-encik Bomba akan kejutkan tak tentu masa. Tak tentu hala kan mereka?
Waktu saya sedang mempadet blog ini, saya sedang menunggu rakan-rakan PKA yang lain untuk masuk ke dewan. Malam ini adalah malam ke 5 kami di sini. Okeh, more update to come.

Daa!


P/s - Lengan saya sakit-sakit sekarang sebab tadi main polo air kat pool petang tadi. [Polo air la sangat kau!]



Blog saya sudah kuruss!!

Friday, November 20, 2009

Fuh Fuh Fuh..

Assalamualaikum kawan-kawan..

Dah banyak hari saya tak update blog ni kan[Feeling beat upBANYAK HARI KAU KATA? DAH DEKAT 3 TAHUN TAU TAK!]

Kesian dia..kurang kasih sayang. Kelaparan.

Oke, untuk menebus 'dosa' saya sebab pernah janji kat blog ni [ni janji saya dengan blog ye..bukan dengan kamu, kamu kamu ke kamu ke kamu tau] untuk 'kasi makan' (update) dia hari-hari, maka saya bagi dia 'makanan' yang maha banyak untuk tampung 'kelaparan' dia dengan cerita sepanjang saya bercuti selama 2 minggu away dari Langkawi. Tarikh akan dibuat berdasarkan tarikh kejadian berlaku.. Takut nanti kang konpius plak anda.

So, nantikan kemunculan entri-entri tak berguna tahap-baca-sampai-muntah dari saya selepas ini. Stay tune. I’ll be right back after the commercial break. Ngeh.

Tak larat dah nk italickan perkataan Bahasa InggerisFeeling beat up


:Balikla cepat:

Monday, November 2, 2009


Waktu saya tengah menaip entri ni, mak, ayah, adik syafiq dan adik syabil berada di Bukit Selambau, Sungai Petani. Esok ada majlis konvokesyen dik mat. Tinggal saya dengan dik pun je tak pegi. Kena keja. Ala tak pegi pun takpe. Bukannya boleh masuk pun [Padahal menangis tak hengat nak ikut-.-"] Takpe, tak kisah lah :-j [:-s :((]

Macam la saya tak pernah pegi Sg Petani, macam la saya tak pernah naik feri, macam la saya tak pernah kena tinggal sorang-sorang dok ngn Lang, macam la saya tak pernah naik pentas amek sijil [Sijil je ke? Heh]




Hoho..Kak Na jangan jeles adik jalan-jalan naik feri..lalala. Ngeh.

Orait orait. Takpa dik. Takpa. Adik balik nanti Kak Na takmo dah tekan butang power kat remote Astro bila adik off channel [suka sangat dia tekan button off kat remote Astro dah tu bawak remote tunjuk TV dah terpadam] [-([-(

Tergelak tengok MyStarz LG. Ada yang suara kepit, suara sengau [dh tu tak puas hati hati pulak tu bila kena reject..krisis sungguh], ada yang suara memang tak sedap tapi tak nak terima kenyataan [siap bawak mak jadi tukang komen bila tak puas hati keputusan juri], ada yang suara sedap tapi tak layak sebab tahun ni dia amek SPM, ada yang dah jadi ayah di usia muda :X:X umur baru 21 tahun, baby dia cute! Isteri dia sangat la comel. Macam budak sekolah Tingkatan 2 :D

Adik:-s..balik cepat:(


 Adik, kira satu dua tiga pat..
Satu tua tua tua..
(-.-")

Hadeh, lambatnya masa berlalu. Esok mesti tak lalu nak buat keja [Heh, padahal hari-hari pun tak lalu nak buat keja:P] sebab teringatkan adik yang jauh diseberang yang tak sampai 72 jam itu. I miss you :-s :((:((

Adik, kalo adik baca blog ni suruh mak beli blaus kak Kak Na selai ye. Jangan lupa pesan kat Kak Ja mouse, earphone dengan perfume Kak Na tau.  Jangan lupa tau tau tau..


 Ades..apa la nasib adik dapat kakak cam Cik Fina ni. Haih-.-"

 
Weh : Perlu ke setiap cerita yang ada scene ala-ala saspen kena ada effect asap segala?



Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright