Slider

adrenalin berlari category
Showing posts with label adrenalin berlari. Show all posts

Sakit lutut di usia 25..

Tuesday, March 30, 2010

Umur 25 dah sakit lutut, macam mana agaknya kalau Tuhan panjangkan usia saya lagi 25 tahun atau lebih? Adakah penyakit-penyakit yang memegang ranking tertinggi yang menyerang atuk-atuk dan nenek kita semua akan menyerang dengan lebih hebat lagi memandangkan umur tak masuk 30 dah sakit itu ini..Ish..tak mau tak mau..saya tak mau sakit sia sia..saya nak jadi nenek yang masih sihat walafiat dikala mencecah usia 50-60..nak jadi nenek yang bertenaga..yang masih mampu panjat Gunung Mat Chincang, yang masih boleh panjat tangga seribu kenangan ke Gunung Raya, nak jadi nenek yang boleh masuk Explorace ok dah lebih dah lebih..

Sejak sebulan lepas, lutut kiri saya selalu sengal-sengal. Tak dapat dipastikan kenapa. Takkan sebab banyak duduk pulak..saya ni jenis duduk tak diam. Kalau mengadap laptop, sekejap duduk bersila, sekejap regangkan kaki, sekejap meniarap kat lantai, sekejap begitu, sekejap begini..hmm..

Sampai lah satu hari, terjumpa seorang kawan yang sama-sama menjalani kursus PKA pada Disember tahun lepas di Bagan Lalang di FB..dan berlaku conversation seperti berikut : 

oh iyaa....tiba-tiba teringat..
Kes berlaku waktu buat aktiviti obstacle..peserta dilepaskan mengikut kumpulan. ada dalam 10 kumpulan n kumpulan saya adalah kumpulan ke.........tak ingat. 

Lepas melalui titi gantung, kawat berduri, gayut melepasi kolam, sampai la ke tembok 6 kaki [kalau tak silap], semangat ni..kaki kanan pijak encik yang bersandar kat tembok selaku penampan, then naik ke atas dengan bantuan encik kat dalam gambar tu yang sedia menstandby kan diri kat atas tembok..peh peh..yakin je panjat..
sekaliii..waktu kedua-dua kaki sudah melepasi tembok yang disebelah sana, terasa seperti kaki kiri kebas, sejuk, kejang, keras kat atas tu seminit..orang kat bawah dah standby nak sambut in-case salah landing..tiba-tiba..
sekejap sekejap..kaki saya..
hoh? kenapa pulak si fina ni? masing-masing cuak, heran, penuh tanda tanya sambil mata masing-masing tertumpu kat saya..

 dan saya tutup muka..dan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..menangis kat atas tembok tu (T__T)


sangat memalukan..serius malu (_ _")


antara hero-hero yang terlibat dalam pembikinan adegan tersebut-.-"


Inilah akibatnya membuat aktiviti berat tanpa warm up.


Persoalan disini..adakah lutut saya jadi camtu disebabkan aktiviti tu..atau adakah pasal perkara lain..maka..tunggu apa lagi..pegi la check cik fina oii!



P/s - semalam saya terskip regime dumbbell X_X

Facebook berjaya kenakan saya..terima kasih T__T

Saturday, March 13, 2010

Kelmarin, chat dengan sorang kawan kat facebook. Tak lama lepas tu, ada sorang lagi kawan tegur, Abang Wan namanya. Kawan lama masa keja hotel dulu. Arabic GRO kat hotel untuk handle guest Arabic. Masing-masing bertanya khabar. Dia sekarang kat Kuwait, buka travel agency kat sana kalau tak silap. Bisnes maju katanya. Dia pun tak banyak chat. Setakat bertanya khabar, tanya keja kat mana then diam.


Dengan kawan lagi sorang ni, banyak benda kami bincangkan. Baru - baru ni berlaku satu masalah berat yang tak tertanggung seorang diri. So, kawan saya yang ni lah yang banyak membantu. Dia rapat dengan keluarga adik [suami adik tu kawan baik dia] maka senang untuk saya luahkan apa yang terbuku kat hati yang 'pihak tu' tak faham. Susah bila saya terpaksa lawan 1-4. For sure saya kalah kan?


Ha kau, entri je dah dua rangkap :P


Macam ni ceritanya..
Waktu tengah feeling meluahkan perasaan tak puas hati kat kawan saya ni, saya refresh page. Takut nanti terlepas perkara best yang kawan - kawan pos.


Mula - mula, kedudukan chat box [ke ada nama lain?] tu macam ni.


lihat kedudukan 1 [Abang Wan] & 2 [kawan lagi sorang]

So lepas dah refresh, saya teruskan menaip. Dengan penuh semangat, saya taip dengan laju tanpa melihat nama kat pane chat tu.


Dalam 12 baris saya taip, kawan saya tu tak balas, then kat pane yang berkedudukan no 2 keluar notification, bila saya tengok kat nama si pembalas chat tu..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ya Allah, saya hantar kat Abang Wan!!
Macam mana boleh jadi macam ni?!

kedudukan dah bertukar T___T
Bila dah terperasan yang diri ni dah tersalah hantar mesej, terus mintak maaf kat Abang Wan.

Ada masalah ek..takpe, kalau rasa nak cerita, share je ok. 
yee..baeklah (_ _") 

Malu wei..mana nak letak muka ni. Dah la baru contact balik. Nasib baik jauh. Adeh.


Kesimpulan : berhati - hati ketika memandu sebab kita takkan tahu bila lembu akan melintas di jalan * tetibe.


Demam demam pun nak berjalan jauh #2

Sunday, March 7, 2010

Minta maaf sebab lambat update blog. Berlaku masalah yang sangat berat. Tak tertanggung sorang-sorang.

Seperti yang dijanjikan, ini entri kesinambungan kepada part #1 hari tu.. 

Sesampainya kat Kuala Perlis, singgah makan dulu. Nanti kang perut masuk angin dalam bas tu tak ke susah. 

sebelum bertolak kena makan dulu. nanti perut kosong pulak


Tunggu bas sambil sembang-sembang ngn akak satu sekolah saya tu. Mengajar kat Klang. Baguslah. Dah bekerjaya. Saya? erm..

Oke, setibanya bas, terus saya g cari seat. Macam biasa, saya amek seat tepi sekali. Port wajib-duduk-tiap-tiap-kali-naik-bas :P

Duduk sebelah kakak bersama seorang anak kecil. Kak Ida namanya. Nama baby, Rashid Reza [kak ida jangan marah kalau tersalah eja nama baby akak :P] 

Seperti biasa, menjadi rutin saya naik bas akan check lubang air con sebab saya tak suka air con kena muka. nanti muka jadi kering berkedut-kedut T__T.

Okeh, sudah tutup.


dh tutup

Tapi..apesal rasa angin lagi ni? bocor ke apa? Check balik..dah tertutup. rapat-rapat lagi.

Tercari-cari mana punca angin tu. Buat cara kuno. Jilat jari, julang jari ke udara tapi tak melebihi paras seat nanti orang cakap 'apehal pulak budak ni angkat tangan dalam bas macam nak jawab soalan. ingat ni kelas matematik ke hapa' T_T
Berkeadaan begitu selama 30 saat setengah dan jumpa punca angin. hahah..tipu tipu. takde lah sampai buat aksi pengakap sekolah segala. Study situasi dalam bas tu..then lepas tengok atas bawah kiri kanan maka terjumpa punca angin tersebut..kat situ -.-"
hambek kau 10 jam kena sapu muka tanpa halangan T___T







Perjalanan yang menyeronokkan sebab ada kawan nak berbual. Kak Ida memang banyak cakap! Respek kat dia. Walaupun penat jaga baby Rashid yang super aktif tu, mulut masih bertenaga nak bercakap. Tabik.

identiti si comel terpaksa dirahsiakan sebab tak mintak kebenaran mama dia letak gambar dia kat blog :P
Gambar kat atas ni waktu singgah kat RnR mana ntah..thanks kak ida sebab belanja mee udang :D
oke, saya takkan sebut pasal mee udang yang udang dia dah expired hinggakan isi pun dah mengecut sampai ada ruang antara kulit ngn isi..eh, tercerita pulak :P

Sepanjang perjalanan tu jugak habis tak habis-habis saya tweet tweet ke twitter :P
ngaaaa~

Bosan oke. Tambah-tambah lepas Kak Ida turun kat Sg. Buloh :-s

Orait..dipendekkan cerita, maka sampailah saya di Pudu, terus ke Hotel Midah, Kuala Lumpur. Disambut oleh Faizal dan Heri & gf! Tak sangka you! Terharu sangat. Sayang korang!

Esoknya, check out dari hotel dan pegi kursus. Petang tu [oke, bukan petang, dah malam] singgah rumah adik kat Putrajaya then keesokannya pukul 10 pagi naik bas balik ke Kuala Perlis, sampai dalam pukul 8@9 malam, tido kat umah mak sedara kat Kuala Perlis, naik feri ke Langkawi, balik rehat sekejap then pegi keja pada pukul 2.00 petang. Heaven kan T__T








Demam demam pun nak berjalan jauh #1

Tuesday, February 23, 2010

Nak buat macam mana kan. Tuntutan kerja..

Ecewah..tuntutan kerja konon.

Padahal bos soh pegi last last minute sebab dia kena teman bos besar g persidangan kat Gunung Jerai.

Perjalanan kali ni agak ‘sakit’ disebabkan tuan tanah blog ni demam. Dah tu plak sakit tekak. Sungguh tak selesa perjalanan ni. [Betul la tak bersyukur Cik Fina ni, dapat naik bas yang seat dia dah besar katil pun nak komplen itu ini tak selesa – oke, yang besar macam katil tu saya tipu Tongue]

Dari malam sebelum hari bertolak lagi saya dah rasa tak sedap hati. Berbual kat telefon pun saya tak fokus. Lagi lama cakap lagi tak sedap hati. Last-last minta talian diputuskan sebab nak tido supaya dapat hilangkan rasa tak sedap hati tu.

Dan persoalan pasal tak sedap hati pada malamnya terjawab bila pagi ni saya bangun lambat!

Tersedar pukul 7.40 pagi n feri pukul 8.30 minit! Ini bermakna saya ada kurang dari 20 minit untuk siap2. Dah la barang pack pn tak habis lagi..berus gigi dengan pencuci muka tak masuk dalam beg lagi. Kasut untuk kursus pn tak masukkan dalam beg lagi.

Tapi, nasib baik sempat. Kena bebel dengan ayah sekejap [dari rumah sampai setibanya kat Jeti-.-“]

Layan cerita K.A.M.I dalam feri. Tak pernah tengok cerita ni sebelum ni walaupun ada Zahiril Adzim. Logik la, sebab saya minat Zahiril Adzim lepas dia berlakon cerita ni.

Belum abes layan K.A.M.I, dah sampai kat Jeti Kuala Perlis. Turun je dari feri, terus g cari makanan. Kena amek breakfast sebelum travel jauh-jauh sakit perut nanti kang susah pulak [oke, sekarang saya rasa sakit perut. saiko betul]

Kat dalam feri jumpa kawan sekolah lama eh, ke kawan lama sekolah, ke sekolah kawan lama oke oke lupakan. Jadi cikgu kat KL sana. Ramai jugak kawan-kawan jadi cikgu. Saya? Jangan tanya. Sebab belum jawab soalan tu pun saya dah tau macam mana keadaanya Cik Shafina Othman ni jadi cikgu –.-“ [kalau saya jadi cikgu, mesti anak murid tak sabar-sabar nak masuk kelas nak buli Cikgu Shafina] – pergh..cikgu shafina. TBB betol..Kan dah terberangan sekejap..hmm..

Oke sudah.

Sambung part #2 pasni.

 

 

Macam mana saya dapat netbook ni #2

Saturday, January 16, 2010



Maka, selama hampir 2 minggu menggodek-godek netbook tersebut, barulah terjumpa email si tuan punya notebook ini. alkisahnya...lagi.


Netbook tu mempunyai 2 startup [kalau salah tolong betulkan]
1. Window XP Professional - English
2. Window XP Home - Arabic


Kiranya, first kita on tu kita boleh pilih samada nk XP Professional ke XP Home. Dengan perasaan tau tahu apa-apa, terus tekan enter [means masuk ke XP Professional]
Oke la bahasa Inggeris kan. Cari punya cari, takde la pulak sebarang maklumat berkenaan. Cuma yang ada slide presentation Power Point xxx love xxx je..ni mesti honeymooner kan..thehee~


Selama beberapa hari mencari-cari tak ketemu maklumat si pemilik, mula la nak fed up mencari. Nak guna takut pulak orang tu tak halalkan. Takut.


Sehinggalah pada satu hari...
Saya on netbook tu, terus tergerak hati nak buka [betul ke term ni?] XP Home. 
Bila dah masuk...
tadaaa....tu dia kat pop up msn messenger pane berserta email si pemunya..
terus saya contact dia..malas nak taip panjang-panjang, let d picture do the percakapan oke..here we go..


oh ya, kalau nak tgk gambar-gambar ni kat tab baru, sila klik kat skrol mouse tu ataupun klik kanan, 'open link in new window' atau pun tekan shift dan klik kiri untuk buka gambar di new window...jom layannzzz...
Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright