Sunday, August 22, 2010

Akibat guna template free dan perihal fanpage di facebook

Cerita satu.

Nasib tak baik.

Kelmarin tak terniat nak online awal paginya. Kemas rumah, mop lantai, lipat baju., tolong mak menjahit etc etc etc sampailah ke petang.

Dalam pukul 4 lebih, baru teringat nak online. Tu pun lepas tengok adik asyik men game online. Si Syafiq ni kalau dibiarkan sampai pukul 3 pagi pun takkan abes men game tu.
Syafiq ni penakut sket. Kalo time nak tido kena ayah temankan. Tapi kalo time men game tak payah sapa – sapa temankan takde pulak dia takut. Pandai pulak tido sendiri.

Lepas guna kuasa veto seorang kakak, si comel beralih tangan. Perkara pertama yang dibuka mestilah blog sendiri.

First bukak blog je tengok tengok…

20100820_013914_fentomatteblogspotcom_p_1046
Tak payah klik, bukan nampak punnnn..nak klik jugak? klik je lah. Degil.  
Kehabisan bandwith imej untuk template yang saya guna sekarang Sad. Apa nak di expect kan, benda free. Nak buat sendiri tak pandai.

Bila dah jadi mcm tu, terus gelabah. Dah la time tu saya ada orang masuk. Kalau yang dah biasa dengan blog ni okelah maybe masing – masing faham perkara macam ni. Kalau orang tu first time masuk? Kan ke kes naya tu.

Hampir 10 jam mencari penyelesaian, lepas private blog, google solution, cuba cari template lain, upload template yang dah didownload dan sebagainya, last – last dapat satu solution yang sangat mudah. Tak makan banyak masa pun sebenarnya. Dapat jugak template ini direcover.

Tapi yang sedihnya, saya tak download template yang saya dah guna sebelum upload template baru sebab template tu saya dah edit segala mak nenek meta tag, dofollow, bla bla bla yang saya pun dah tak ingat tapi masih penting untuk blog dan sistem threaded komen yang saya suka tu pun dah direvert kepada yang asal. Adoi. Kena buat balik semula. Dah la susah jugak nak buat benda tu.

Terpaksa lah merangkak cari balik. Nasib baik lah ada beberapa perkara yang saya buat, saya masih simpan link tutorialnya. Kalau tak, penat jugak nak cari balik.

Yang pasti, saya dapat dapat ilmu baru bila dah jadi macam ni. Blog pun berubah sedikit. Hehe. Kawan saya pernah komen dia terpaksa scroll jauh ke bawah melepasi kotak follower, banner yasreehomestay, twitter n shoutbox sebelum jumpa entri. So, banner iklan dan kotak follower saya letakkan kat bawah & kotak shoutbox saya letak sebelah menyebelah dengan twitter. Jimat ruang Winking

Pengajaran yang saya dapat dari perkara ni, DOWNLOAD TEMPLATE TERLEBIH DAHULU SEBELUM KO UPLOAD TEMPLATE BARU. Kan dah padan muka kau Fentot.Phbbbttt.

Cerita Dua
Saya rasa macam nak delete akaun facebook la. Tapi still nak berhubung dengan kawan – kawan. Alasan nak delete akaun ni sebab saya rasa macam privasi dah kurang bila accept banyak request. Mostly kawan – kawan kat facebook tu ramai pengusaha blogshop & orang - orang yang saya tak kenal tapi pakai approve je. Kalau dari pihak saya, masih oke la dapat kontrol sapa yang dapat lihat gambar – gambar peribadi. Tapi bila adik, kawan – kawan tag takkan nak suruh diorang remove gambar tu semata – mata tak suka gambar kita ada disitu kan?

Serba salah. Serba tak kena semalam apabila kawan saya upload gambar waktu tingkatan 3 dulu, dimana kami sedang menyediakan juadah untuk BBQ asrama. Gambar saya tak bertudung. Lepas dia masukkan pic tu, terus saya buzz dia kat chat. Dan dia sendiri dah faham. Sori la sayang, bukan tak suka. Tapi…harap kamu tak marah Sigh

Jadi, dengan itu saya dah buat fan page kat facebook. Senang nak berinteraksi dengan pembaca. Hey, semua orang pun dah ada fanpage facebook kan? Mana tahu lepas ni tetiba terglemer ke senang la orang nak cari dan klik like kat fanpage saya tu hee..perasan nombor satu kau ni.

Dah la, malas nak cakap banyak. Kalau suka klik Like, kalau tak suka pun klik Like jugak haha. Dah, nak tido. Penat sangat hari ni. Penat tido. Babai.


Jangan lupa klik Like tau! Hee :P

3 comments:

  1. hang buat jaa template sendiri Fentomatot..

    kalau hang ada photoshop.. ceq hantaq template kat hang.. mo?..

    lepas tue tukaq la mana nak.. :D..

    ReplyDelete
  2. kita dh lama xde fesbuk... (T_T)

    ReplyDelete
  3. @Aujinz
    jinnnn..mau mau mau :D


    @zyra
    dah delete kah?

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected